Monday, March 28, 2011

POCO_POCO DIHARAMKAN?

aku tak tahu sejauh mane kebenaran.. tapi mungkin jugak ye...aku dapat dari rakan seoffice mengatakan bahawa tarian poco-poco ni haram. Terkejut terkesima terperanjat ter...segala jenis ter yang terlibat! Wooo! keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri perak memaklumkan sedemikian-


"Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mangambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan".


aku tak pasti kesahihannye. Yang pasti aku copy bulat-bulat dari paper yang ada di pejabat aku ni..aku rase ramai kot yang dah tahu.. untuk Umat Islam khususnya, kalau was-was baik jangan lakukan..aku pun takot jugak ni..baru minggu lepas nak plan wat senaman dengan ayah.. tak jadik la pulak! erm..ni kes macam YOGA jugak la kan? diharamkan jugak.. so, ade akai sila pakai... ;)


*nak tau lebih tepat cik Google la jawabnye eak!

No comments:

 
;