Friday, October 28, 2011 9 comments

MULA BERCINTA SEMUANYA MANIS~ZANA


Okey, dah print screen status di atas. Yela, nanti ada pula yang mengatakan aku syok sendiri bicara soal hati, perasaan, cinta dan kasih sayang. Permintaan seorang rakan blogger memerangkap kawan seangkatan, aku nak juga mengulas sedikit. Walaupun dah banyak kali aku bicara pasal cinta. Sampai naik juling orang membaca dan naik pening melihat entry aku. *ade mak kisah? huh~! 

CINTA! lagi-lagi soal cinta. Sekarang ni ramai sangat yang sedang dilamun cinta sehinggakan ada terasa dilambung-lambung dengan hujah manis dan bungaan cinta mekar dihati segala bagai lah kan? Kawan, sekadar bertemu hanya beberapa jam, minit, minggu, bulan, tak cukup untuk kita menilai seseorang itu. Sedangkan yang bertahun kenal pun, masih meragui pasangan. Malah ada juga yang semakin lama berkenalan, semakin dia tak mengenali "siapa" pasangan mereka.


Guys~! satu pesanan. Yang kini aku terapkan dalam jiwa aku insyaAllah. "easy get, easy go!" makanya, jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu pasangan. Ingat~!!!! Selidik sehabis mungkin sekiranya anda ingin berteman lebih rapat bersama si dia. Tahu kenapa? 

Okey, alhamdulillah. Ramai orang inginkan yang terbaik dalam hidup masing-masing. Perempuan, mahukan lelaki yang soleh, yang boleh mengimamkan mereka dan sangat menginginkan lelaki yang bertanggungjawab. Lelaki pula, inginkan wanita solehah sebagai peneman hidup kerana wanita solehah sebagai isteri adalah penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, yang penting sekali yang boleh menjaga dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak mereka. Semua mahu yang baik. Oleh itu ramai juga yang sedang membuat perangkap menggunakan agama sebagai cara mereka memikat hati perempuan.

Hati-hati, kerana anda mungkin salah seorang mangsa itu. Sebab, tiada yang mustahil di dunia ini. Bagaimana untuk anda mencari lelaki yang benar-benar tawadhuk dalam agamanya? Ikutlah cara yang telah digariskan oleh Islam. Carilah yang berilmu dan yang beramal dengan ilmu agamannya dan bukannya mencari orang yang berilmu sekadar belajar di sekolah-sekolah agama semata.

"Mula bercinta semuanya manis".. janji-janji ditabur, kata-kata manis diucap, puji-pujian, yang buruk pun dipuji. Alangkah indahnya sekiranya segala benda ni dilakukan setelah berkahwin. Setelah halal. Puas kerana ucapan itu sudah tentu pada mereka yang benar-benar berkelayakkan.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan......"-Imam Hasan Al-Basri-

*jari bukan sekadar menari, tetapi berpesan kepada diri ini juga.
*jadilah seorang mukminah, bukan sekadar muslimah. :)
*ZANA sila buat entry balas ye.. hihi...
Wednesday, October 26, 2011 12 comments

Jika Aku Diberi Pilihan



Kalau diberi pilihan, 
Mahu saja aku kembali ke dalam rahim ibuku..
Mahu saja aku kembali lahir dalam suci dan bersih..
Mahu saja aku kembali ke zaman kanak-kanak dulu..
Mahu saja aku hapuskan segala kesilapan dulu..
Mahu saja aku menjauhi KAMU yang menyakitiku..
Mahu saja aku menerima KAMU yang menyayangiku..

ITU JIKA AKU DIBERI PELUANG.
sekarang, apa yang ingin aku lakukan ialah,

Kembali mengutip sisa baki hidup dengan melakukan amal..
Kembali menimba ilmu yang ku tinggalkan..
Kembali membersihkan hati yang aku kotorkan..
Kembali tersenyum setelah duka yang aku rasakan..
Kembali menyemai cinta pada Yang Sepatutnya..
Kembali meraih cinta sejati Allah Taala.


*Ya Allah.. sering saja aku curang kepadaMU..
*Ya Allah.. sering saja aku bermaksiat dijalanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku meninggalkanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku terlupa akanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku berdosa padaMU..
*Ya Allah.. sering saja aku menabur janji palsu padaMU..
Namun tak pernah sekali engkau meninggalkanku Ya Rabbi..
Sesungguhnya aku lupa akan diriMU yang memberikan bahagia itu..
Sesungguhnya Engkaulah KEKASIH yang sebenar. Dunia, dan akhiratku..
Ampuni aku Ya Rabbi...
Monday, October 24, 2011 9 comments

Manusia Ketika Bercinta ada 2 Ciri.

Orang yang bercinta ni ada 2 CIRI. Ada yang Bijak, ade juga yang Bodoh. *agak kasar bahasa, maaf. Kedua-dua ciri ni ada dalam diri setiap insan yang bercinta. Bezanya sama ada ikhlas atau tidak dalam menjalani perhubungan dan sama ada sedar atau tidak. Tapi itu adalalah hakikat. 


Masa bercinta semuanya indah. Bila dah benci, yang indah jadi buruk semuanya. Masa bercinta semua kabur. Serba serbi baik, serba serbi bagus sampai yang buruk pun kita nampak bagus. Sebab menceritakan buruk sendiri orang anggap berani menonjolkan kelemahan sedangkan itu adalah "hint" bahawa anda akan disakiti. Taktik kuno semuanya tapi masih ada lagi yang tertipu. Ada juga yang berniat ikhlas agar si dia dapat menerima baik buruknya. Wallahualam. Itu adalah hak masing-masing.

BIJAK untuk menipu pasangan.
BIJAK untuk membuat helah.
BIJAK untuk memutar cerita.
BIJAK untuk menabur janji.
BIJAK untuk berkata manis.
BIJAK untuk menutup kesilapan.
BIJAK untuk mengambil hati.

BODOH kerana percaya.
BODOH kerana tak nampak cela itu.
BODOH kerana termakan janji manis.
BODOH kerana rela dilukai.
BODOH kerana buta hati.
BODOH kerana terlalu ikutkan hati.


Al kisahnya, ada manusia yang hati hitam. Mempergunakan agama untuk menarik minat hati si pasangan. Beria la mengaku solat 5 waktu tak tinggal, jumpa pasangan siap berbaju melayu bersongkok. Bercerita ke masjid untuk solat jemaah setiap waktu magrib dan isyak. Membaca Al-Quran setiap hari. Sedangkan pada hakikatnya terbongkang bersama talifon, laptop, menonton tv dengan boxernya. Patut tak?


Terdetik pula aku nak buat entry ni. Setuju atau tidak, ini hanyalah pandangan aku. Aku tahu tak semua yang begini tetapi jika terdapat ini semua pada diri kamu dan aku juga, aku nak pesan..itu lah namanya cinta. Suka dan sakit itulah cinta. 

*Pada hakikatnya tersenarai BODOH & BIJAK di atas, ada antaranya aku termasuk sama. >.<
Sunday, October 23, 2011 14 comments

FENOMENA PERCINTAAN, PERKAHWINAN, PERPISAHAN

Sejak dua menjak ni ramai benar berceritakan mengenai kisah cinta, kisah perkahwinan, aurat, kekasih hati, bakal suami dan bakal isteri. Menjadi satu fenomena pula kan? Tak kurang juga aku. Pernah merasakan semua tu. Sampai satu saat aku merasakan tak percaya pada namanya "cinta manusia, kasih sayang manusia" yang seakan membutakan hati dan perasaan, dan memberikan kelalaian semata.

Mujur aku cepat tersedar. Kalau tidak aku pun mungkin lemas dalam namanya "arus percintaan". Aduh! Sakit cinta itu andai tak pandai kita untuk mencorakkannya. Lebih baik la berhenti bercinta dan kahwin terus. Bercinta lepas kahwin lebih indah. Berkenalan seterusnya menjaga hati masing-masing sepanjang masa. Berkahwinlah kerana agama. Menunaikan ibadah. 


"Tenang sahajalah, jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat ibadah kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya."

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

14 Dzulka'edah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.

*tak perlu gelisah bila si dia, si dia meninggalkan anda.
*dia bukan terbaik untuk anda sekiranya Allah tidak pertemukan kalian.
*ada yg lebih baik untuk anda kelak. InsyaAllah..
*senyumlah, bergembiralah, bersyukurlah kerana hidup ini indah diberi nikmat cinta.
*bersangka baiklah dengan Pencipta. Sesungguhnya DIA lebih tahu.

*yang penting jangan ada dendam. Allah maha adil, biar DIA yang membalasnya. (^^)
2 comments

WAJAH BARU BLOG PCE!

Nampak tak? Blog dah berwajah baru~! pheewwiittt! kembang kempis idung.. Saja je aku nak ubah sedikit penampilan blog aku yang sebelum ni agak membosankan untuk dikunjungi. Jadi, maka, bermaksud, di sini, aku telah membuat perubahan yang drastik ye kawan-kawan. Dengan mengubah template dan menambah buang sepatut dan tak sepatutnya. *improve ur language please eyqasara!

Orang mungkin terkekeh-kekeh gelak tengok aku baru nak buat apa yang korang dah berkurun-kurun buat. Tak pe, aku tak ambil pusing pun. Lalala. Dan aku telah mengurangkan keberatan blog aku yang orang cakap-cakap sebelum ni. Jenuh la aku merujuk pada sifu apakehalnya aku punya blog ni dicop berat.

Padahal sifu aku cakap blog aku dah terlalu ringan. Makanya ye tuan puan, silalah upgrade anda punya broadband yang berkemungkinan kekurangan MB. huwahuwa.. Ataupun berhentilah dari curik line wifi orang sebelah, depan dan belakang rumah anda. *huiissshhh mati aku kene terajang ni!

banner pertama dan selamanya dihati *dari kak sunah
*rindunye nak guna balik banner yang menaikkan aku dulu..
Dan bacalah dengan mengikut mood penulisan Pena Cik Eyqasara. (^^) terima kasih pada sifu ZE yang pening melayan kerenah aku yang agak "buta IT" *tak mengapa buta IT jangan buta HATI. Aku pun dah tersengguk-sengguk sebenarnya upgrade malam tadi. Tapi itu saja masa yang sesuai untuk upgrade. Then, link-link buat anda yang sedang nak mencari template baru untuk blog yang dah usang.


Selamat Mencuba!
Saturday, October 22, 2011 6 comments

Kenapa Hilang Semua Gambar????

Okey, aku tak tahu kenapa tangan aku gatal sangat suka dok mengusik semua benda. Dan akhirnya blog aku hilang SEMUA gambar-gambar. *mood sedih! Aku tak tahu macam mana nak gantikan balik gambar-gambar tu. *aku pasti merinduinya. Huks! waaaaa..!! Nak nangish nie!!! sob! sob!

Tak pelah kan. Entry ni entry gila kejap. Nak baca, baca, tamo baca boleh kuar dari blog ni. Luahan hati dan perasaan sementara nak fikir-fikir apasal pula hilang semua gambar. Habis tak tinggal sekeping pun. Dan gambar-gambar yang ada ni aku baru masukkan. 

Ada sesiapa yang tahu dan boleh bantu? -.-"

*Not in mood! -offline-
Thursday, October 20, 2011 8 comments

ENTRY TANGKAP MUAT!

Sempat menaip entry walaupun kepala dah serabut. Okey, dengan hidung yang tersumbat. Kepala yang sedikit biol. Badan yang mula membahang panas walaupun cuaca kat luar sekarang dalam keadaan sejuk sebab hujan agak lebat. Aku sedang menaip duduk bersimpuh di atas lantai dan laptop di atas katil. Sambil berselubung selimut dari atas kepala sehinggalah menutup hampir seluruh tubuh kecil ini. *nampak situasi tu? 

Sebelum ni, pernah aku khabarkan pada kamu aku mengikuti kursus untuk menyediakan Rancangan Perniagaan. Dan aku telah menyertai pertandingan penyediaan RP. Saja suka-suka ikut. Niat nak menang memang tak ada la. Walaupun gigih menyiapkan benda alah tu. Tujuan hanya nak dapat markah PB je. Sekali, hameekk ko! Terpilih pulak kan? Tekanan mula membahang.

Guys! Doakan aku sihat walafiat je untuk aku teruskan perjuangan ni. *aisey! ayat aku kalau tak buat orang rasa nak lempang memang tak sah! Mata betul-betul dah kuyu. Kepala semakin berat. Bahu dah lenguh-lenguh. Nikmat masa lapang Allah dah tarik sedikit. Mungkin sebelum ni aku puas enjoy kot. Tak pe, Mudah-mudahan kelapangan aku untuk esok hari ada lah!


Ini adalah salah satu tugasan yang perlu aku lakukan. *dengan gigih membuatnya. Hasil? Uhhh.. boleh la kan? Ade la rupa invitation card ye tak? Huhuhu..

*jap! aku banyak kerja! nanti online lagi. HUH!
Wednesday, October 19, 2011 8 comments

Kau Sahabat Dalam Kenangan

Mula-mula ko tak kenal aku, aku pun tak kenal ko. 
Even dah berbulan kita berada dalam club yang sama. 
Hobi ko dengan aku sama. Masing-masing suka travel kat dalam hutan. 
Bila ada "kembara dalam hutan" ko dan aku excited nak join!
Masih teringat gelagat ko kacau aku bawa pacat.
Keliling aku lari sana sini. hihi.. *indah saat tu..

Dalam bas, ko lah kawan aku gelak terkekeh..
dari mula naik bas, sampailah kita turun bas..
Dari Johor..Sampailah kat PSIS..
Mengusik kawan, kita pulak yang rapat.. :)

Aku masih ingat, dalam bas kerusi ko belakang kerusi aku.
Tapi handphone ko, sebelah aku mengalun lagu sedih "doa perpisahan"..
Semua gara-gara tragedi hari tersebut bas 3 biji accident..
alhamdulillah, bas yang kita naiki selamat..


Aku lapar, ko teman aku beli makanan. PAU! aku ingat lagi.
Orang lain tak nak teman, ko beria ajak aku makan.
Sebab aku merungut aku lapar. Terima kasih kawan! :)
Kalau tak mesti kebulur aku tengah malam buta tu..

Hubungan tu tak berakhir di situ.
Talifon penghubung kita. Aku masih ingat!
Ko pernah ucapkan sesuatu.
"kalau ditanya, takdir apa yang aku mahu, 
aku mahukan kamu menjadi isteri aku.."
Aku gelak! sedikit pun aku tak ambil serius.
Aku hanya anggap gurauan seorang teman.

Lama-lama, ko jadi malas nak cakap soal hati.
Sebab aku sentiasa mengelak. Ko cakap ko kecewa.
Tapi maaf, bagi aku ko hanya kawan.
Tak lebih dari itu. Aku harap ko faham.
Lama kita tak berhubung.
Berbulan-bulan menyepi diri.

Tiba-tiba, ko online. Ko chat dengan aku. 
Apa ntah mimpinye. (^^)
Aku membalas riang seperti selalu.
Ko pesan pada aku macam-macam.
Aku hanya anggap biasa.

Seminggu selepas tu, aku menerima SMS.
"Shazwan Mokhtar telah meninggal dunia tengahari tadi"
YA ALLAH!! Benarkah??? Betulkah apa yang aku dengar???
Ya Allah!!! Ya Allah!!!! Ya Allah!!! :'(

Aku terus menangis. Aku terus terduduk melutut.
Terbayang dimata ku wajahnya tersenyum memandang aku.
Masih terngiang suara yang pernah menemani aku waktu malam.
Masih jelas terpancar wajah hampa bila aku cuba mengelak bertembung dengannya.
Hari terakhir aku berjumpa dengannya, aku mengelak sehabis mungkin.
Supaya aku tak bertembung dengan dia..


Menyesalnya aku ketika itu YA ALLAH...
Sekarang, Aku tak mungkin bertemu kembali dengannya.
Aku tak mungkin akan mendengar suaranya.
Aku tak mungkin akan melihat senyuman itu lagi..

Al-Fatihah buat sahabat aku.
Semoga kau tenang di sana bersama insan-insan yang dikasihiNYA.
lagu "doa perpisahan" pernah menjadi lagu kenangan kita dalam bas.
Aku tak sangka lagu tu kau benar-benar tuju pada aku.
Sebak bila aku teringatkan kenangan itu.
Selamanya ko sahabat, dunia akhirat.. :'(
Semoga Roh mu dicucuri rahmat. Amin..

*wan, tiba-tiba aku rasa rindu kat ko.. ;(
9 comments

Wordless Wednesday


*rindukan saat yummy McD dengan geng Marchmellow di Teluk Intan!
Sunday, October 16, 2011 7 comments

KEBURUKAN COKLAT.


Macam sedap saja kan Coklat Printed ni? Memang sedap pun. Pada mereka yang memang mengemari coklat mesti terasa nak sangat kek ni. Serius sedap! Tak dinafikan sebab sekarang ni aku tengah mengumpul sedaya upaya untuk habiskan.

Jangan la buat muka pelik kan? Bukan tak sedap. Tapi kek coklat bukanlah kegemaran aku. Cuma teringin nak makan, jadi minta rakan belikan. Padahnya aku tak boleh nak makan sebab baru beberapa suap, aku dah pening kepala dan mula rasa mual nak muntah. 

Kenapa aku mengalami keadaan macam ni? Kerana keburukan coklat yang sememangnya tak serasi dengan aku.
  • Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
  • Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
  • Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
  • Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.

Bahaya coklat pada aku satu saja. Sebab aku ada migraine. Setiap apa yang berasaskan coklat aku memang tak lalu nak telan. Bila teringin baru la aku jamah. Tapi kesannya menyebabkan aku tak mampu nak berdiri tegak, terasa terhuyung-hayang macam orang mabuk dan rasa nak muntah. Tak lalu nak makan apa pun waktu tu. 

Sekarang ni aku dah mula rasa berpinar-pinar je biji mata ni. *sapa nak habiskan coklat ni? huhu..nampaknya aku bakal-bakal tersadai di atas katil sebab aku dah terasa pening teramat. Perggh!!! 

*padan muka aku la..dah tahu tak makan nak juga! tanggunglah sendiri!
4 comments

Tanda-tanda Cinta Semakin Pudar.

Assalamualaikum. Sedikit segar mata walaupun jam di laptop menunjukkan pulul 1.15 pagi. Mana tak nya, tersadai aku kat katil setelah menelaah tugasan yang nak dihantar hari selasa ni. Sibuk aku mengalahkan ketua RPI la pula kan? RPI tu "Rakan Pusat Islam". Apa kaitannya? Sebab aku baru saja menghadiri KURSUS KAHWIN selama 2 hari anjuran RPI,PSIS pada 15 & 16 Okt 2011.

Aku nak kongsi pengalaman yang seciput ni pada anda semua. Yelah kan, mungkin anda mengikuti kursus ni di tempat lain, tapi aku yakin tak semua yang disampaikan serupa. Penceramah pun lain-lain kan? Jadi, buka dada menerima ilmu ini bersama-sama walaupun anda dah tahu. =)


Tanda-tanda cinta semakin pudar selepas berumah tangga.
  • Hilang kepercayaan terhadap pasangan.
  • Kurang menghargai pasangan.
  • Kurang mengambil berat terhadap pasangan.
  • Kurang menghormati pasangan.
  • Sukar menerima hakikat.
  • Kurang kesefahaman dengan pasangan.
  • Rasa menyesal berkahwin dengan pasangan.
  • Tak mahu mendoakan pasangan.
  • Bersikap dingin terhadap pasangan.
  • Sering bergaduh kerana masalah remeh temeh.

Kajian ini adalah kajian daripada Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. Sekadar untuk renungan bersama. Bukan nak bajet aku bagus. Tidak sama sekali sebab aku pun belum layak berkahwin agaknya. Sebab tu Allah belum menemukan siapa Mujahid yang aku nantikan. (SI DIA)

Allah memberikan sesuatu itu adalah berkehendak. Maka, janganlah kamu kecewa sekiranya jodoh kamu lambat. Kerana Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk anda. Allah sengaja menemukan kamu dengan sesuatu yang salah terlebih dahulu, untuk memberikan kamu yang benar kemudiannya. 

Ingat, yang baik sukar untuk kita perolehi. Maka, bersabar dan bersyukur. InsyaAllah, DIA akan permudahkan segalanya.

Kawan, setelah Allah memberikan mendung kelabu untuk kehidupanku semenjak dua menjak ini, tetapi hari semalam dan hari ini, Allah memberikan aku sinaran matahari. Senyuman untuk aku tak putus. Semoga senyuman ini kekal untuk esok, dan seterusnya. :) Alhamdulillah.

*mengharap esok lebih baik dari hari ini..
Saturday, October 15, 2011 14 comments

Gambar BUDAK comot JP PSIS

Beberapa hari mendiamkan diri. Terlalu sibuk sehinggakan tak sempat untuk update blog aku yang dah macam tungkang pecah! Seminggu sibuk membuat assignment, project with commerce department, practical, exam MUET, quiz, test, presentation,dengan kursusnya. Banyak betul. 

Penuh jadual langsung tak ada kosong untuk aku menunaikan kewajipan untuk tidur. Seperti selalu aku tidur bertemankan buku-buku, kertas-kertas dan lappy. Tak termasuk kain yang bertimbun untuk dicuci. Ya Allah. Dugaan sungguh. Tapi berbaloi-baloi bila aku happy dengan permainan outdoor program baru-baru ni. Jom cuci mata dengan gambar-gambar Hari Sukan Rakyat Bersama JP .

Lambung Kasih

semangat dek non meniup tepung ye... (^^)
Upin Ipin! *kembar aku kat poli..
huhu...~



Budak kelas aku yang sempoi mempoi!


Dia ni la MY BFF!! (^^) Farhan Shah. cerita dia "di sini" & di "sini"










banyak je lagi gambar. Tapi tak sempat nak upload semua sebab line internet macam cipanzi. Jadi, ini saja gambar untuk santapan malam anda. *cewah! tak payah la nak klasik sangat kan? Yang pasti aku enjoy dengan rutin hidup aku sekarang. Memang agak sibuk, tapi kesibukan tu membuatkan aku lupakan yang masa sedang berputar. 

Tak sabar nak balik Tanjung Malim. Nak pergi tempat kerja lama kat UPSI. Ada yang sedang menanti. Wah~ Wah~! *wait for me yah! ;)
Friday, October 14, 2011 4 comments

YOU

You by Nur Jannah Alia (DOWNLOAD)




you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you


how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine


never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here


i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you


for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do


*nice song~! love it!
Tuesday, October 11, 2011 4 comments

Exam MUET!

Dup Dab Dup Dab! Memang berdebarlah kan.. Esok, seawal jam 7.30 pagi aku akan di"penjarakan" di perpustakaan PSIS, bersedia untuk peperiksaan MUET. Huish! Kalau discan jantung dan hati aku ni, mau terkeluar dari kedudukan sebenarnya.

Apa sekalipun, terima kasih kepada Miss Tina sebab membantu aku dalam banyak hal walaupun saat akhir. Yelah, orang pergi kelas aku dok tergolek-golek atas bawah katil kan. Memang padan lah muka aku! Thanks kepada member yang tak bagi tahu aku kelas yang sepatutnya ada. -.-" *aku touching dengan korang~! 

Mengharapkan doa ikhlas dari ibu ayah dan sahabat. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar esok hari. Good Luck for all candidates. Group aku, harap kita boleh bekerjasama esok. *My best friends.. apa cerita ko ye? ko dah lepas tadi kan? aku tau ko bagus dalam bahasa Inggeris ni. Mampu tersenyum walaupun muke ko ketat! hehehe...

Geng aku pula mula dah cuak! Kalau ditoreh muka korang mesti tak keluar darah. Pucat je kan? Hihihi... Buat yang terbaik ok. :)

*usaha, doa, tawakal..
Sunday, October 9, 2011 20 comments

KURSUS KEUSAHAWANAN (KAKS)

Alhamdulillah. Baru saja balik dari Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KASK) yang dianjurkan oleh politeknik tempat aku belajar sekarang ni oleh CAC CONSULTANT. Apa pengisian? Tentang asas-asas bagaimana untuk menjadi seorang usahawan. 

Banyak input-input yang aku dapat dari program tersebut. Buat masa ni, aku dah join 2 kursus untuk belajar bagaimana untuk jadi usahawan. Dulu niat dalam hati tu ada. Tapi dipendam sebab aku tak tahu usahawan ni bagaimana. Dulu otak aku ni skopnye kecil sangat. Tak tahu. Bila dengar orang cakap, aku iyakan saja. Padahal dalam hati dan otak aku kosong, blur, tak faham, tak mengerti.

Sekarang ni bila dah faham, aku cuba nak mencari idea untuk buat business. Buat benda-benda yang asas terlebih dahulu. Umur seawal 20 tahun ni, agak mencabar untuk aku sebab aku terlalu mentah untuk bidang ni. Tapi aku masih mencari ilmu bagaimana nak teruskan niat aku.

P/S! selingan. Aku nak tunjukkan gambar-gambar semasa bengkel ini berlangsung. Dan apa yang aku buat? Memang best! Enjoy!

tercipta bila otak 5 budak itam bercantum giler!
*bila otak dah penat.. ini la jadinye... ada earphone? Fikir lah sendiri!
ujian mata *rasa macam kursus motivasi! hihi..


salah satu slot..
*khusyuk kan? kawan aku pun khusyuk! khusyuk ambil gambar.. lalala...
*ni lah keje aku menulis tu! hahaa.. 

Last result!
Selingan terakhir.. Malam tadi~ setelah penat berkhusus seharian.
Kursus berlangsung selama 2 hari sahaja. Tapi nauzubillah penat sangat. Kepenatan tu berbaloi bila aku tertarik untuk ceburi bidang ni. *nak cari sifu dulu..untuk bimbing aku yang tak tahu apa-apa ni..hhmm.. Itu saja.. Selingan dah habis, gambar pun dah habis. Maka, Dah Habis Lar!

*berniaga adalah salah satu sunah nabi... :)
Saturday, October 8, 2011 11 comments

REALITI PERCINTAAN *sakitnya cinta!

Selepas usai solat dan berdoa, aku ke katil menuju kepada salah seorang hamba Allah ni. Sahabat aku yang dalam kebingungan. Aku tanya kenapa? Tiada jawapan yang aku terima dan hanya menunjukkan email yang dia terima kepada aku daripada seorang lelaki.




Nak baca lebih jelas boleh click pada gambar. Harap boleh la dibaca. Satu je pesanan saya pada rakan saya. "jangan buat macam ni pada orang, sakit dia rasa ko tau tak?!"... dan sahabat saya dalam dilema. Rasa bersalah bersarang pada hati dia. Kenapa? Kerana dah buat orang berharap kemudian meninggalkan begitu sahaja. "what you give, you'll get back!" beware..

Bukan rekaan, ini cerita sebenar dan sahabat saya betul-betul mengalami jiwa kacau sekarang sebab rasa bersalah dan kesilapan yang dia lakukan iaitu melayan, si lelaki berharap, dan sekarang meninggalkan lelaki itu tanpa sebarang nota akhir. Email ni aku dah print-screen atas kebenaran beliau sendiri sebab aku nak jadikan bahan blog aku bercerita pada kamu tentang dunia percintaan.

Kejam kan? Itulah dunia. Pada fikiran kita, tak logik. Tapi bila kita berhadapan dengan situasi ini, kita akan tahu betapa sakitnya, pedihnya. Saya tak salahkan lelaki itu, saya juga tak salahkan sahabat saya. Sebab? Dia ingin yang terbaik dalam hidup dia. Dia nak lelaki tu, tapi atas sebab tertentu menyebabkan dia meninggalkan lelaki tu begitu sahaja dengan seribu rasa hiba.

Tapi, tak adil bagi lelaki itu kerana ditinggalkan begitu sahaja. Paling tidak pun memberikan kata putus supaya lelaki itu tak merana menanti kehadiran sahabat aku ni. Aku, dan beberapa sahabat aku pernah merasa ditinggalkan, dan rasa kecewa itu membekas dalam hingga sekarang. Bermodalkan "kegeraman" aku pada seseorang, kami dah tempiaskan segalanya pada dia. Bagi dia sedar apa yang dia lakukan ini SALAH! Maaf, tetapi aku tak suka dengan sikap macam ni. Bayangkan, kerana kita seorang, berapa banyak air mata yang dibazirkan kerana dikecewakan?

*untuk menyayangi seseorang hanya dengan beberapa jam, tetapi untuk melupakan mengambil masa seumur hidup.
 
;