Tuesday, September 27, 2011 5 comments

7 Pesanan Bicara Soal Cinta

Jika pertanyakan soal hati dan persediaan...Aku ingin sekali memaklumkan kepada kamu... langkah sepatutnya kamu ambil tahu... Ini hanyalah berdasarkan situasi yang pernah aku lalui. Terpulang sama ada mahu ikut atau tidak. Sebarang paksaan tidak dikenakan. *cewah! macam nak charge ape je....


Simbolik perjalanan sebuah cinta mudah saja. Ada dua manusia, si A dan si B. Menuju satu cita iaitu mengejar cinta. Jarak menuju "CINTA" itu sama saja. Tak ada bezanya. Bezanya cara mereka menuju ke arah cinta itu bagaimana. 


Si A, menuju ke arah cinta dengan mudah saja. Melalui jalan lurus. Erti kata lain, tanpa halangan dia mudah mendapatkan cinta, dalam masa yang pendek. Manakala Si B, menuju ke arah cinta dengan perjalanan yang bersimpang siur. Sudah semestinya mengambil masa yang lama untuk menemui apa itu cinta.


Cinta yang mudah dimiliki, sekejap saja perjalanannya. Perhatikan... Banyak apabila cinta itu terlau mudah dimiliki tanpa ada sebarang halangan, jodoh mereka selalunya tidak panjang. Allah memberikan mereka bahagia. Tetapi hanya sementara dan bahagia itu terbukti hanya pinjaman.


Lihat pula pada cinta yang amat mudah untuk dimiliki. Bertahun menanggung derita, pelbagai dugaan yang diharungi. Akhirnya bersatu juga tetapi lambat. Kebiasaannya mereka yang dah melalui pelbagai dugaan hebat ini diberikan nikmat yang sedikit panjang dari perjalanan cinta si A.


Apapun, itu adalah rencana ILAHI yang maha mengetahui. Sesungguhnya bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Carilah pedoman yang takkan pernah hilang selamanya dalam hati.


1- Sekiranya kamu bertemu sesorang, jangan pernah cuba untuk ingat tarikh perhubungan kamu bermula. Kenapa? Sebab setiap yang bermula pasti akan berakhir.. jangan ingat tarikh mula..kerana pasti akan ada tarikh berakhir.. Biarkan tanpa permulaan..kerana tidak akan ada perakhirannya.

2- Jangan pernah kamu mencintai atau menyayangi seseorang sepenuh hati kamu..kerana sekiranya dia melukai kamu, lukanya lebih parah dan sakitnya melebihi dari apa yang telah kamu beri padanya iaitu...

3- Jangan pernah kamu mempercayai seseorang 100%...Kerana sekali dia menghianati kamu, kamu akan terasa kecewa teramat kerana kepercayaanmu dipersia..

4- Sekiranya si dia pernah mengalami kisah duka yang dalam atas kerananya sendiri, berhati-hati kerana anda mungkin mangsa seterusnya.

5- Sekiranya kamu mencintai seseorang, jangan kerana kebaikannya, carilah keburukannya..kerana bila kamu mencintai kerana baiknya, semakin kamu temui keburukannya, semakin hati kamu hampa..begitulah sebaliknya.

6- Sekiranya kamu berkasih, terimalah apa ada dirinya seperti mana kamu mahu dia menerima kamu apa adanya.

7- Sebelum menerima sesiapa yang ingin disayangi, tanya sejujurnya hati kamu, dan hati si dia. Apakah sebabnya dia menyayangi kamu? Dan tanya pada diri kamu sendiri. Adakah kamu menerima dia kerana sayang atau kasihan? *point terpenting! kenali perasaan kamu.

*originally eyqasara*
Sunday, September 25, 2011 5 comments

Bicara Hati

Biar ghaibmu terus menjadi persoalan..
Sudah ku mulai melupakan..
Sudah ku noktahkan pencarian..
Sudah ku hentikan detik penantian..


Biarlah waktu yang mengubat rindu..
Biarlah waktu yang menawar duka..
Hatiku mula beralih arah...
Hatiku mula mematah haluan..




Hilangmu tanpa pesanan..
Pergimu tanpa pamitan..
Hanya aku yang tertunggu-tunggu...
Hanya aku yang menanti harap..


Pergilah.. berjalanlah.. berlalulah.. 
tidak akan ku kejar..
tiada akan ku tuntut janji mu...
tiada akan ku cuba jejakimu..

*originally from eyqasara
*uuurrhhh boleh dibuat lagu.. huhu.. -.-"
*sekadar bicara hati
Monday, September 19, 2011 11 comments

Membangkitkan Hati Setelah Kecewa

Assalamualaikum. Menaip dengan mood yang baik hari ini. Tak da sedih-sedih, tetapi dengan penuh semangat. Alhamdulillah setelah agak down untuk 2 ke 3 hari, hari ni aku bangun semula dengan semangat yang bersisa itu kerana Allah Taala serta keluarga aku. Terima kasih kepada rakan yang sudi memberi semangat kepada aku. I love u guys sooooo much! Thank you for all the support. :)

Kalau dilihat dari segi post-post aku yang sebelum ni banyak sangat membicarakan tentang hati. Tak bawa ke mana hati kita sekiranya cinta kita tak kukuh pada yang SATU. Itu yang aku fikir sekarang. Kalau la hati tak kuat, itulah penyebab ada yang sanggup mengambil nyawa sendiri. Hati masih tak kukuh pada Penciptanya. Sepatutnya kita muhasabah diri. Redha apa saja dugaan yang diberikan. 


Cinta manusia pada manusia kebiasaanya terbatas. Selalunya bermula dengan pertemuan, perkenalan, perhubungan, percintaan, perhubungan, perkahwinan, persengketaan dan akhirnya dengan perpisahan. Lebih sedih bila alam perkahwinan pun tak sempat dijejaki. Lihatlah cinta manusia, mana sekalipun halanya ia tetap berakhir dengan perpisahan. Berbanding dengan cinta kita dengan Allah Taala yang membawa ke akhirnya yang tiada penghujung.

''CARILAH HATI MU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN . JIKA KAU TIDAK TEMUI , CARILAH  HATI MU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT , JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATI MU KETIKA DUDUK BERTAKAFUR MENGINGATI MATI . JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA , BERDOALAH  KEPADA ALLAH PINTA HATI YANG BARU''


Ruginya menjadi manusia yang tidak memperoleh cinta daripadaNYA yang kekal abadi. Bagaimana ingin mendapatkan cinta yang abadi itu? Caranya dengan menjaga amalan kita. '' KUALITI AMALAN MENENTUKAN KUALITI HATI''. Dengan amalan dapat melembutkan hati, dengan amalan dapat membuang segala kekotoran dalam hati. 

Amalan itu ada banyak iaitu amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan ALLAH dimana kita perlu bermujahadah iaitu berlawan dengan nafsu sendiri dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yg dilarang. Tentukanlah jadual kita beramal dengan bertanyakan pada hati "Amalan apakah yang ingin aku persembahkan kepada tuhanku hari ini?"

Amalan sunat sebenarnya menguatkan lagi hati kita pada ILAHI. Solat 5 waktu itu wajib pada setiap hari. Maka, ianya sepatut menjadi kebiasaan dan fitrah sebagai umat Islam. Jadi, lakukan pula perkara yang istimewa seperti perkara-perkara sunat contohnya solat sunat, puasa sunat, berzikir dan sebagainya untuk membuktikan kita ikhlas dan membalas cintanya.

*apa-apa sekalipun, lakukan yang wajib terlebih dahulu kemudian yang sunat.
*melakukan yang sunat tanpa melaksanakan yang wajib ibarat bersolat tanpa wuduk.
*thanks to Siti Aiaishah. I am proud of u my dear.. thank u sooooo much! love u...
Sunday, September 18, 2011 2 comments

Cara Memilih Pasangan

"SAYANG". Mudahnya mengungkap sayang. Sayang hanya kerana ambil hati atau benar-benar sayang. Kadangkala aku tak faham kenapa ada manusia yang mudahnya mengungkapkan sayang, tapi pada akhirnya mudah sungguh mengalih perasaan pada orang lain. Benarlah apa yang dikata, "jangan terlalu sayang kerana satu hari nanti kita akan membencinya, dan jangan pula terlalu membenci kerana bimbang satu hari nanti kita akan terlalu menyayanginya". Biasa didengarkan? Biasa juga jumpa situasi di atas.

Selalunya manusia ini, selagi belum dapat, dikejar sehingga hujung dunia. Tapi bila dah memperolehinya, dijaga acuh tak acuh, endah tak endah. Alasannya "dia sudah menjadi milikku..apa lagi yang mahu ditakutkan?" huh~! mudahnya dia berkata. Ego terlalu tinggi melangit. Merasakan diri mampu mencari yang lebih baik dan bisa mendapatkan dengan hanya memetik jari. Pada hakikatnya? Anda sudah terlepas sesuatu yang mungkin berharga. Amati kisah ini. Seorang pelajar yang bernama Amri dan seorang cikgu yang bernama Anisah.

"Cikgu, adakah mudah untuk kita bertemu dengan seseorang yang baik, cantik, menarik untuk dibuat teman sepanjang hidup?" seorang pelajar lelaki bertanya kepada Cikgu Anisah. Cikgu itu tersenyum lalu bertanya.

"apakah tujuan kamu untuk mengetahui ini semua?"

"saya ingin pastikan saya akan mendapat seseorang yang sempurna di mata saya untuk dijadikan teman sehidup semati nanti." Amri menjawab dengan bersungguh-sungguh.

Cikgu Anisah tersenyum. Baginya bukan mudah untuk memberi fahaman sebegini kepada insan yang masih bergelar pelajar. Lantas Cikgu Anisah memberikan arahan dan tugasan kepada Amri.

"kamu pergi ke padang sekolah, carilah hanya satu bunga lalang yang paling cantik dan sempurna dipandangan matamu dan bawa ke mari. Tapi ingat, sekiranya kamu sudah melangkah, jangan kamu berundur atau berpatah balik. Teruskan perjalanan sekiranya kamu masih belum jumpa yang sesuai." kata Cikgu Anisah.

Amri mengangguk tanda faham dan terus bergerak menuju ke padang sekolah untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan.

Hampir setengah jam kemudian, pelajar itu masuk ke kelas semula lantas berjumpa dengan Cikgu Anisah. Cikgu tersebut hanya memandang pelajarnya itu yang pulang dengan tangan kosong. Cikgu Anisah bertanya.

"Kenapa kamu pulang dengan tangan kosong? Mana bunganya?"

"Cikgu kata, cari bunga lalang yang paling cantik. Saya sudah jumpa pada awalnya tetapi saya yakin akan berjumpa bunga lalang yang lebih cantik sekiranya saya terus melangkah kehadapan. Tapi, sehingga hujung padang sekolah, saya sudah tidak jumpa bunga lalang yang cantik seperti yang saya jumpa pada mulanya. Cikgu juga berpesan tidak boleh mengundur dan berpatah balik. Jadi, bunganya saya tak dapat bawa pulang seperti yang diminta." Panjang lebar Amri menjelaskan keadaannya.

Cikgu Anisah mendengar dengan senyuman. Akhirnya dia telah dapat mengajar Amri dengan cara yang mudah.

"Begitulah sukarnya kita mencari pasangan. Sekiranya kita dah bertemu yang baik, yang cantik, janganlah dipersiakan dirinya. Kerana belum tentu pada masa akan datang kita akan jumpa yang baik seperti ini lagi. Untuk berpatah balik ia bukanlah mustahil. Tetapi harapannya sangat tipis.." Cikgu Anisah menerangkan kepada Amri lembut.

Amri menunduk dan merenung lantai. Dia mula faham apa yang ingin disampaikan oleh gurunya. Benarlah, sekiranya kita sudah bertemu yang baik, sekiranya kita terlepas akibat dari perasaan tamak, untuk memperolehinya semula sangat tipis harapannya. 

*sayangilah dia tulus seperti mana dia tulus menyayangi mu..
Saturday, September 17, 2011 6 comments

Mencari Pelengkap

Walaupun diberi pilihan yang banyak, hati selalu saja salah memilih, salah menilai. Adakah kerana terlalu inginkan yang terbaik, kesilapan selalu dilakukan? Aku selalu mendambakan yang terbaik dari yang terbaik. Seringkali juga aku dengar perkataan "demand" yang ditujukan pada aku. HUH~! sebal aku dengar ayat tu. Siapa yang tak mahu dapat yang terbaik dari yang terbaik? Cuba tanya dalam diri kamu, setelah kamu dapat yang terbaik, adakah kamu ingin melepaskan sebegitu saja? Hasrat, ada ke yang hanya menyimpan hasrat mahu yang biasa-biasa saja?

Sebagai contoh, andai diberi pilihan. Pensyarah izinkan kamu meletakkan markah sendiri pada test yang kamu ikuti. Tanpa ada sebarang bantahan dari beliau. Adakah kamu masih ingin letak markah yang biasa-biasa saja? Tak bukan? Peluang hanya datang sekali sahaja. Bila lagi akan datang peluang yang sedemikan sekiranya kamu hanya inginkan "biasa-biasa" sahaja dalam hidup kamu.

Begitu juga aku. Aku inginkan yang terbaik dalam hidup aku. Aku membebel sorang-sorang aku mahukan "macam ni, macam tu" semuanya adalah perancangan untuk hidup aku. Perancangan hidup mestilah terbaik right? Ada pula suara sumbang yang berbunyi "alaaa..kita nak demand lebih-lebih ingat la apa yang ada sangat dalam hidup kita nak dapat macam tu..." huh~! berasap je dengar kan? Senang je jawapan yang aku berikan. "Kalau dah tahu diri tu tak lengkap, cari la pelengkapnya..bukan hanya dibiar kosong dan lompong..."

Tapi ingatlah. Apa yang terbaik bagi kita tak semestinya akan memberi sinaran untuk kehidupan kita, dan yang buruk itu tak semestinya akan memusnahkan masa depan kita. Redha dengan ketentuan-NYA. Kalau awalnya dimulakan dengan kegembiraan, tak semestinya pengakhirannya juga bahagia. 

Seringkali aku takut untuk berhadapan dengan hari esok jika hari ini aku bahagia. Kerana aku yakin, bahagia itu tak lama. Tak kekal. Apa yang ditakuti kini berlaku. Selari dengan perasaan aku. Sekarang ni menulis dengan mood yang masih bersedih sebenarnya. Andai kamu tahu apa yang ada dalam hati ini, mungkin kamu akan bersama-sama merenung ke langit  dan berharap sinaran akan menerangi aku semula. Sesungguhnya aku hanya ada DIA untuk mengadu nasib dan berharap semuanya kembali normal. 

Aku tak minta bahagia andai pengakhirannya derita. Aku tak minta bertemu andai akhirnya disakiti. Aku tak minta senyuman andai akhirnya air mata yang mengalir. Sesungguhnya hati itu terlalu banyak yang tersirat untuk digambarkan.

*yang terindah itu hanyalah kenangan
2 comments

Lirik tanpa Muzik, Suara tanpa Kata itulah "KATA HATI"

Oh cinta
Kini dirimu ada dimana
Ku sangat merindukanmu
Ku sangat membutuhkan dirimu

Hooo uuoo.. cinta
Ku harap engkau cepat kembali
Jangan engkau pergi lagi
Jangan kau meninggalkan diriku

Sering ku rasa rindu ini menyiksa
Sungguh terasa hidupku kini hampa
Bila kau tak ada disini

Sayangku ingin engkau tahu
Sayangku ingin kau mengerti
Saat ini aku merindukan engkau
Yang jauh yang jauh

Ingin rasanya ku berlari
'tuk membawa engkau kembali
Dipeluk hanya dipelukkanku

Ouuu oouu ouuuu... DOWNLOAD


*********************************************


siapa sangka dengan hanya satu laman, hubungan menjadi mesra.
siapa sangka dengan hanya satu topik, hubungan menjadi rapat.
siapa sangka dengan hanya satu hari, hubungan menjadi erat.
siapa sangka dengan hanya satu masalah, hubungan menjadi akrab.
siapa sangka dengan hanya satu minggu, hubungan menjadi padat.
siapa sangka dengan hanya satu perkataan, hubungan menjadi hebat.
siapa sangka dengan hanya satu pesanan, hubungan menjadi mantap.


TAPI


siapa pula menyangka dengan hanya satu pesanan, hubungan menjadi goyah.
siapa pula menyangka dengan hanya satu perkataan, hubungan menjadi tak seimbang.
siapa pula menyangka dengan hanya satu minggu, hubungan menjadi kelam.
siapa pula menyangka dengan hanya satu masalah, hubungan menjadi pudar.
siapa pula menyangka dengan hanya satu hari, hubungan menjadi padam.
siapa pula menyangka dengan hanya satu topik, hubungan menjadi kabur.
siapa pula menyangka dengan hanya satu laman, segalanya tebongkar.


DAN hanya satu lagu, menjadi ingatan. "sayangku by taxi band"
(originaly from eyqasara)
Friday, September 16, 2011 1 comments

Hobi baru ~ Instrumental Music

Perasan tak perubahan yang berlaku dalam usia kita? Semakin usia kita meningkat, sebenarnya semakin banyak perubahan yang kita lakukan dalam kita tak sedar. Dari segi pemilihan pakaian, pilihan makanan, warna-warna kegemaran, hobi, cita-cita dan masa depan. Huhh! segalanya berubah. Selera mengembang mengikut masa. 

Hobi aku yang terbaru sekarang ni suka mendengar lagu-lagu slow dan suka untuk mendengar instrumental music. Pada yang tak tahu, instrumental music adalah gubahan muzik atau rakaman tanpa lirik atau nyanyian dari sesiapa. Hanya muzik yang dimainkan daripada pelbagai alat muzik. Ada yang suka instrumental music dari piano, violin, guitar, trumpet dan macam-macam lagi. Instrumental music ni bukan hanya memainkan muzik-muzik yang slow layan gitu, NO! banyak genre yang boleh dipilih contoh instrumental hip hop, instrumental rock, instrumental pop rock, lainnye, ada saja dari smooth jazz, beautiful music dan banyak lagi. Kebanyakan instrumental music ni dimainkan di dalam drama-drama, filem-filem, atau video-video sebagai latar cerita.

Tapi untuk aku, aku lebih sukakan instrumental music yang slow dan layan jiwang. Bukan apa, kadang kala aku naik pening bila dengar muzik yang ntah apa-apa digabung pula dengan suara "sumbangan" yang menyanyi tu, aduh... migrain dibuatnya. Kepada yang mula nak kenal, nak cuba-cuba meminati instrumental music ni, aku akan sertakan beberapa link instrumental kegemaran aku yang memang sesuai lah kepada sesiapa yang otak lebih kurang aku yang layan leleh ni. Maksudnya suka kan muzik-muzik yang tenang untuk didengar. Ok? tapi ni link yang aku minat aje.. agak-agak anda tak berapa nak minat, search saja pada you tube..  *eleh! macam tak biase buat..


*aku lebih selesa menulis dengan gayaku sendiri..
Thursday, September 15, 2011 1 comments

Bahagia Dan Sedih

Dah sekian lame jari-jari ni tak menari di atas huruf-huruf kecil menaip entry dan kisah. Semalam, yang telah menjadi sejarah, hari ini yang terukir kenangan, dan esok yang belum diketahui. Hidup ni penuh dengan dugaan, cabaran, pilihan, penipuan, kekejaman dan macam-macam lagi. Apa yang berlaku hari ini aku hitung detik demi detik, dan tiap detik itu lah juga aku hitung perasaan yang bercampur baur.

Apa itu bahagia? bahagia adalah satu situasi yang setiap orang idamkan. Dengan bahagia, terukir senyuman, dengan bahagia tertulis kenangan, dengan bahagia tercipta keindahan. Bahagia bersifat sementara. Andai hari ini dirimu tersenyum bangga dan bahagia, maka haruslah dirimu bersedia pada hari esok dengan benteng kukuh menghadapi kesedihan yang mendatang.

Kesedihan? Sedih satu situasi yang sering kali orang takut untuk menghadapinya. Dengan sedih, terlerainya air mata, dengan sedih terhasilnya kesepian, dengan sedih terbitlah kerunsingan. Kesedihan juga bukan selamanya. Tiada duka yang abadi. Setiap duka yang hadir sebenarnya adalah satu ujian untuk diri menjadi lebih kuat. 

Lihatlah. Sedari kecil kita telah dididik dengan amarah, pesanan, teguran, peringatan yang berbaur ketegasan tanda apa yang dikatakan haruslah diambil peduli. Dan aku sangat pasti setiap pesanan, teguran, peringatan itu terkesan di hati sebenarnya. Rasa marah, kecewa, geram..semua tu pernah ada. Tapi dengan kata-kata tu la sekarang aku masih disini, masih bersabar untuk menunggu esok apa pula coraknya.



Oleh disebabkan itu, aku sering mendambakan seseorang yang boleh meminjamkan aku kebahagiaan dirinya untuk aku berkongsi. Seandainya aku dalam kesedihan, tidaklah aku terus sepi meratap hiba. Sekurang-kurangnya aku masih terhibur mendengar kisah gembiranya. Masih mampu tersenyum dan tumpang merasai nikmat itu.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." [138] HR. Al-Bukhari 7/158.


Hidup bukan untuk bersedih, tetapi hidup juga bukan untuk ketawa... Perasaan itu ibarat rencah dalam masakan. Segala-galanya harus seimbang. Tak boleh terlalu masin, tak boleh terlalu manis, dan tak boleh juga terlalu pedas. Semuanya harus sebati dan sebagai yang tukang masak harus belajar untuk melazatkan masakan. Begitu juga dengan kehidupan. Sebagai manusia harus diuji dengan pelbagai dugaan agar kita lebih mahir hidup di bumi Allah ini. Lebih bersedia menghadapi setiap dugaan.


*apa corak kehidupan anda, anda yang tentukan.
Sunday, September 11, 2011 4 comments

Bila Bangsa melayu Menuding Jari

Rasanya hati ni aku mahu berkongsi apa yang selama ini aku lihat dari mata kasar aku. Dengan satu situasi, situasi yang rasanya sudah jadi satu kebiasaan ataupun satu budaya yang rasanya mungkin akan jadi satu ikutan dalam masyarakat kita. Bila sebut orang Melayu semua orang bangga jadi orang Melayu bangga dengan adatnya, bangga dengan makananya, bangga dengan percakapannya, tapi pernah tak kita sebagai orang melayu terfikir apa sebenarnya kecatatan ataupun kekurangan yang masih lagi ada dalam hidup kita sebagai orang Melayu dan yang boleh kita bandingkan dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina.



Setuju atau tidak mengikut peratusan bangsa Cina lebih ramai yang berjaya dari bangsa kita dan setuju atau tidak bangsa Cina kurang ada perbalahan kurang ada pertelingkahan sesama mereka berbanding dengan bangsa kita yang setiap harinya ada berlakunya perselisihan faham percakapan mahupun perbuatan secara sengaja ataupun sebaliknya. Tahu tak kenapa aku terfikir sampai ke tahap ini? Kadangkala aku jadi pelik apa bezanya bangsa Cina dengan bangsa Melayu sedangkan mereka ini semuanya tetap manusia yang sama ada hati dan perasaan, ada mata dan telinga apalagi akal yang dikurniakan sebagai perantaran dalam membuat  pilihan sama ada ya atau tidak mahu atau tidak mahu berjaya atau gagal kiri atau kanan dan sebagainya.


Cuba kita lihat, apa yang boleh saya ceritakan di antara bangsa Melayu dan bangsa Cina . Mereka seperti permainan lama (dam dan catur) dan bila kita lihat perkataan dam ini terlalu sinonom dalam bangsa kita. Begitulah permainan catur kebiasaannya dimainkan oleh bangsa cina di mana kebenaran kisah yang mahu saya sampaikan dari kisah ini. Bagaimana permainan dam?  permainan dam sentiasa bergerak maju kehadapan tapi lagaknya cuba menindas orang lain demi mencapai sesuatu hajatnya. Begitulah orang melayu jika mahu berjaya terutamanya dalam mengejar kekayaan, kesenangan, kemewahan tidak kira siapa sahaja di bawahnya, dan tidak kira sesiapa saja di depannya termasuklah bangsanya sendiri pasti akan dilangkahnya/ditindas demi mencapai maksud mereka. Bayangkan haruskah demi sesuatu kepentingan peribadi kita sanggup menganiaya dan sanggup menindas orang yang cuba bersaing atau dalam erti kata yang lain mencari rezeki di dalam kawasan yang sama. Apa itu catur? dan apa persamaan cerita yang kita ceritakan tadi. Cuba kita lihat pada bangsa Cina. Bangsa mereka tingkah lakunya tidak ubah seperti bermain catur walaupun misi mereka sama seperti bangsa kita tetapi mereka tidak pernah menindas malah bergerak bersama-sama dalam mengejar satu misi. Sama seperti bangsa kita kesenangan, kekayaan, kemewahan. 

Kesimpulannya sampai bila kita mahu jadi sebegini? Sampai bila kita mahu jadikan ia sebagai satu tradisisi? Sedangkan kita patutnya bersama-sama mengembling tenaga dalam satu kata sentiasa saling bantu-membantu sesama kita dalam mencipta sesuatu kejayaan. Ingatlah bangsa kita tetap bangsa Melayu. Tidak ada lain selain dari Melayu tapi lihatlah apa yang sudah berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin 10, 20, tahun yang sudah mungkin bagi mereka-mereka yang terdahulu dianggap sebagai satu persaingan yang bersifat sementara. Tapi percaya atau tidak jika kita tidak endahkan atau kita mengabaikan senario sebengini, kisah ini akan menjadi satu budaya dan akan menjadi satu ikutan dalam hasutan kepada anak2 kita di masa hadapan dalam menghancurkan bangsa melayu itu sendiri. Sampai bila kita mahu menuding jari? Mencari setiap inci kesalahan orang lain sedangkan kita tidak bersedia mengubah diri kita sendiri. Inilah yang patut kita bimbangkan jangan kerana satu paku yang bengkok, rumah itu kita robohkan. Fikir-fikirkan.

*sampai bila kita mahu hidup saling menuding jari
*credit 4 AR-Mujahid aka drlove.. terima kasih sebab 100% idea dari beliau.. :)
*credit 4 Mr.G
Tuesday, September 6, 2011 4 comments

Jika Dia Adalah Suami...



Bila lihat semula, ayat ni dah tersebar luas. Terima kasih kepada sahabat kerana mengirimkan sepotong ayat seperti di atas. Beliau meminta aku untuk memasukkan ini di dalam blog. Bagi aku menarik. Thanks kawan... Baca ayat di atas, aku mula memikirkan bahawa "bukan mudah menjadi seorang suami... bukan mudah untuk bergelar seorang bapa... bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga.. terlalu berat tanggungjawab yang harus dipikul. Bukan hanya di dunia..malah diakhirat.."

Persoalan sekarang yang bermain difikiran aku, adakah lelaki sekarang benar-benar sedia untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang dituntut? Aku hanya menggeleng kepala dan tapi dalam hati aku penuh berharap "..lelaki itu ada..dan berharap dirinya adalah untuk aku.." 

Sukarnya mencari siapa dia.. "DIA"? Dia adalah suami...dia adalah lelaki yang boleh membimbing aku dan keluarga..dia adalah makhluk Allah yang taat kepada agamanya iaitu Islam.. Dia adalah lelaki yang mampu untuk melayarkan nakhoda di atas lautan yang bernama perkahwinan... Dia adalah cintaku yang tak pernah aku temui lagi sehingga kini. Mungkin ada... mungkin tidak.. Pilihan ada didepan mata. Tetapi hati ini terlalu meragui adakah benar si dia yang aku cari? 

Aku mencari seseorang yang menyayangi.. mencintai.. menerima aku dengan seadanya.. menerima baik buruk keluargaku.. segalanya tentang aku.. tanpa syarat dia menerimanya.. aku bukan mendambakan dia lelaki yang hebat di mata masyarakat.. Aku bukan menginginkan lelaki yang penuh dengan populariti.. Aku bukan memerlukan dia kerana pangkat dan darjat yang disanjung.. tetapi aku memerlukan dia yang hebat disisi Allah. Hanya kerana aku juga ingin menjadi hebat dan menjadi tetamu istimewa dalam hidup dia yang bernama suami.

Kadang-kadang muncul rasa sangsi. "Adakah benar cinta itu wujud?" aku sendiri tak memahami apa maksud cinta. Sayang? Rindu? Suka? Minat? terlalu umum..terlalu subjektif untuk aku mengatakan ia adalah cinta. Aku selalu saja memperlekehkan jika ada yang mengatakan "aku cinta kamu.." aku selalu bertanya "cinta? kamu faham apa itu cinta?" Fahamkan aku apa itu cinta...yakinkan aku apa itu cinta..supaya aku dapat kenal itu adalah cinta..dan supaya aku boleh mengakui kebenaran "sebenarnya itu cinta..."

*Jadi, tak hairanlah kenapa sukar untuk aku mencintai seseorang kerana aku sendiri tak memahami apa itu cinta.
 
;