Tuesday, November 29, 2011 11 comments

Jawapan Seorang Lelaki

"Kenapa awak pilih dia sebagai isteri? Sedangkan awak tak kenal dia sepenuhnya"
"Saya pilih dia sebab hati saya nak dia, setelah pandang wajah dia, saya yakin dia mampu membahagiakan saya dan keluarga kami nanti"
"kenapa cakap macam tu? tak terlalu awal?"
"Tak, sebab seindah hiasan adalah wanita solehah...insyaAllah.."

**************

"Ada sebab lain mengapa pilih dia?"
"Petunjuk dari Allah...sebuah cinta yg ikhlas"
"kenapa?"
"dia mencintaiku kerana mencari redha Allah.. dan mengubah pendirian sendiri lebih mudah dari mengubah pendirian orang lain"


cinta kerana agama, lain nikmatnya berbanding cinta kerana nafsu..
aku mencintai..kerana mencari redha Ilahi..
aku mencintai..kerana ingin menemukan jalan yang abadi..
Ya Rabb.. pertemukan aku dengan insan yang mencintaimu..agar cintaku lebih mekar bersamaMU.

*Allah sentiasa dengan orang yang sabar.. credit to: DrLove.
12 comments

Ost Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…
uuu…uuu..

Hafiz & Adira : Ost Ombak Rindu (Download)
Sunday, November 27, 2011 8 comments
Ibu pernah berpesan. Pesananan dia tu sampai sekarang aku ingat. Tapi kadang-kadang aku lupa. Sedangkan pesanan itulah yang dia paling nak aku ingat. Supaya aku tak lupa diri. Dia tak suka tengok anak dia tergedik-gedik, perasan, bangga diri. Aku tau tu..


"...apa saja yang kita nak, cermin diri kita dulu...."

Bila aku tengok orang beli benda-benda mahal, aku pun teringin. Nak sangat miliki barang tu. Tapi disebabkan pesanan ibu, aku tak beli. Aku bukan golongan kaya raya. Dengan jumlah duit sebanyak itu, aku boleh beli benda yang lebih bermanfaat. *sekali sekala tak pa la kata ibu..

Bila aku tengok orang hensem, suka je aku nak tengok. Kadang-kadang terasa nak miliki. *gatai nooo.. Teringat kata ibu, aku cepat-cepat buang perasaan tu. Ramai orang yang lagi cantik, kalau setakat muka macam aku, agaknya pandang sebelah mata pun tak kan..?

Bila aku tengok orang yang beragama, hati aku nak sangat memiliki dia sebagai suami. Supaya boleh bimbing aku. Tapi, aku tengok diri aku. Aku tak cukup baik untuk lelaki macam tu. Dia lebih layak dapat yang lebih baik dari aku. Aku perlu raih cinta Allah dulu, baru layak meraih cinta lelaki yang telah memeluk cinta Allah.

Bila aku tengok saudara-mara aku dapat orang yang berpelajaran tinggi. Aku juga menyimpan hasrat untuk memiliki begitu. Tapi, aku sangat sedar diri yang aku ni berlajar pun tahap mana saja kan? Ada hati pula nak orang yang bijak pandai. Memang tak lah! Kena perbaiki diri aku dulu. Baru la boleh berangan nak dapat macam tu. Sedar, aku tak layak pun nak terima tu semua. 

Bila aku tengok orang bahagia, aku perlukan itu juga.. Tapi aku sedar diri, mungkin aku selalu melukakan hati orang atau mungkin hari ini bukan milik aku. Esok lusa, insyaAllah. Allah dah aturkan yang terbaik. Aku cuma perlu bersabar dan menunggu sambil berharap pada Allah agar memberikan aku nikmat itu.

Sebab tu, aku sangat-sangat merendah diri. *walaupun memang sebenarnya aku dah rendah! Sebab tu, aku segan bila ditegur golongan-golongan yang tinggi martabatnya. Bahkan kadang-kadang terasa kerdilnya diri ni. *kerdil? ceh~! ade orang pernah bagi gelaran tu.. seh ngeh leh betul!
Saturday, November 26, 2011 2 comments

Nasihat Ibu Untuk Tahun Baru

Pejam celik, pejam celik dah masuk 1433 H..Selamat Tahun Baru.. Salam Maal Hijrah. (^^) Alhamdulillah. Sempena tahun baru ni, aku nak bersihkan hati. Muhasabah diri setelah apa yang aku lalui tahun lalu. Aku nak maafkan semua kawan-kawan aku, maafkan pada sesiapa saja yang pernah buat silap pada aku. Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja. Yang jelas, mahupun yang terselindung. 

Mulakan hari baru pada tahun baru ini dengan sesuatu yang baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan, aku juga peroleh kemaafan sekiranya aku melakukan kesalahan yang sedar, mahupun yang tak disegajakan. Sedangkan nabi ampunkan umat. Siapalah aku nak menghukum. Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Setiap insan yang bersalah berhak diberi peluang kedua.

Azam tahun baru aku, nak menjadi seorang hamba Allah yang mukminah. Iaitu seorang muslimah yang sentiasa berusaha untuk perbaiki dirinya dari masa ke semasa. Cuba setiap detik untuk memperbaiki diri aku. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk hadapi masa akan datang. 

*nasihat ibu sempena tahun baru.

InsyaAllah ibu.. Anak ibu bukanlah seorang yang pendendam. Angah redha apa pun yang telah ditetapkan. Angah terima seadaanya. Angah percaya setiap apa yang telah berlaku tu ada hikmahnya. Allah menguji, angah cuba bersabar menjalaninya insyaAllah. Terima kasih ibu..
Friday, November 25, 2011 2 comments

Mintalah kepada Allah..

Harap awak boleh tolong saya...
tolong jangan tunggu saya...
tolong jangan jatuh cinta dengan saya...
tolong jangan berharap pada saya...
tolong jangan cuba curi hati saya...
tolong jangan tabur janji manis awak...
tolong jangan buat semua ni...
Selagi awak, tak kenal siapa saya...

awak baru saja kenali saya..hati budi saya yang awak tak pernah tahu. Kata hati awak, saya perempuan yang baik-baik. Awak tahu dari mana? Alhamdulillah bila pandangan awak baik pada saya. Tapi cukup sekadar itu. Saya bukan seperti yang awak gambarkan. Jangan terlalu kagum dengan sesuatu yang awak sendiri tak pasti. Mintalah pada Allah, agar Dia memberikan jawapan. Saya tak tahu. Saya tak boleh berikan jawapan. Maaf, harap awak hormati pendirian dan faham kehendak saya. 


Firman Allah di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

*mintalah pada Allah, kerana permintaan kamu belum tentu aku mampu turuti..
2 comments

Nukilan Hati

Kalau awak ingat, awak boleh permainkan saya, awak silap!
Kalau awak ingat, muka awak hensem saya boleh terpikat awak silap!
Kalau awak ingat, awak kaya raya boleh membeli hati saya awak silap!
Kalau awak ingat, pergunakan agama boleh cairkan hati saya awak silap!
Kalau awak ingat, kata-kata manis boleh melembutkan hati saya awak silap!

Awak silap selagi awak tak betulkan niat awak memikat hati saya..
Awak silap selagi awak tak berlaku jujur dengan kaum saya..
Awak silap selagi awak tak bertanggungjawab sebagai seorang lelaki..
Awak silap selagi awak tak menggunakan cara yang berlandaskan syariat..
Awak silap selagi awak tak beramal dengan ilmu yang awak ada..


Kisah silam memang mengajar aku. Aku keras hati? Memang. Pada zahirnya aku kelihatan lembut. Tapi kelembutan yang ada bukan untuk kamu pijak maruah aku sebagai seorang perempuan. Aku buka hati untuk kamu, bukan bererti aku membenarkan kamu permainkan perasaan aku. Tabahnya aku sebagai wanita itu mungkin, tapi kecewanya aku sebagai manusia biasa itu Allah saja yang dapat rasa.

Jangan tanya aku kenapa sukar untuk aku memberikan kamu peluang. Sesungguhnya hati aku betul-betul tidak bersedia setelah apa yang kamu lakukan. "Jangan cuba mencipta harapan jika kamu hanya berniat untuk mainkan perasaan..." Carilah jalan yang berlandaskan ajaran agama. Jalan yang sah untuk memiliki hati aku.

Aku tak kisah jika kamu pergi. Bukan kerana aku sombong, bukan kerana aku ego, tapi aku lebih rela begitu. Merendahkan martabat aku di depan kamu bukan aku orangnya. Aku percaya pada takdir ilahi. Jika jodoh itu sememangnya untuk aku, walau sejauh mana kamu berlari, walau sepantas mana aku mendaki meninggalkan kamu, di suatu sudut, Allah pasti temukan kita. 

*nukilan hati
2 comments

Perangai Budak Itam! *miss u babe!


Aku baru nak lelap. Aku pejam mata, aku terbayang seorang demi seorang wajah kawan-kawan aku. Bermula dari zana. Aku terbayang dia duduk depan pintu bilik kita sambil ketawa dan bercerita dengan gaya sempoinye tu. Aku teringat malam terakhir bertungkus lumus di ruangan iron baju, kami berdua menelaah buku 7 bab sampaikan masing-masing dah macam orang gila. Perangai giler-giler dia membuatkan aku selesa dan tak jemu mendengar dia bercakap. 

Aku tersenyum sendiri. Kemudian muncul wajah kak ain, jiran katil aku. Yang sentiasa ada sebelah aku tiap-tiap malam. Teringat segala pesanan-pesanan, dia jugalah yang rajin mengajak kita semua mengaji al-Quran. Dan paling penakut antara semua. *Hihihi.. maaf kak ain, rahsia anda bocor.. :) Kalau nak pergi toilet tengah malam, memang takkan nampak dia bangun. Sebab orangnya tak sampai hati nak kejutkan orang lain. Tapi nak pergi seorang jangan harap lah kan. hihihi..

Kak Aida!! Mummy yang kuat mara-mara. Bagi aku dia dah macam seorang ibu. Selalu bising dan menegur itu ini.. Kalau ada yang rtak kena siaplah! Ayat fames "eyqa, always like that aaa!" dia selalu tegur sebab tabiat aku yang minum air tak pernah nak habis. Aku tak tersinggung pun. Aku cuma hadiahkan dia sengihan yang menawan! Hihihi.. *jangan bayangkan kalau tak mahu pengsan! Dia jugak selalu manjakan kami. Untuk aku, ada lagu yang direka khas.. "eyqasara...waktu kecil..kau berambut..." sila sambung sendiri dan menyanyi mengikut lagu papadom last soundtrack!


Terbayang pulak wajah comel kembar aku si ipin. Yang nakalnya nauzubillah. Suka sangat mengusik orang. Dalam toilet, time nak tidur, time orang study... tangan merayap je nak mencuit, nak menggeletek bagai. Perangai budak comel ni, semua apa yang aku nak dia mesti nak sama. Citarasa kami sama. Sampai kadang-kadang berebut-rebut kat kedai. *malu kau bedah oiii.... Akhirnya untuk selamatkan keadaan, kami beli benda yang sama. p/s! jangan laki pun ko nak sama dah yer ipin!! 

Eyna Acheed! Eyna tu pangkat adik dengan aku. Tapi dia tinggi, dan selalu protect aku. Kalau bergaduh, dia lah penyelamat aku. Hiks! dan dia adalah geng aku untuk makan. Ingat eyna, ingat makan. Sebab kami sama kecik tapi kuat makan. Bezanya tinggi je. Eyna ni pulak suka sangat mengusik orang dalam toilet. Bahaya betul budak ni. Dia ni, nampak je ganas. Bergaduh, bagi je kat dia. Confirmed! Dia orang yang pertama ke depan. Tapi, satu rahsia dia... Suka dengar lagu-lagu jiwang. Lagu 60-an yang tak tahan tu. Hehehe..

Kak Yaz, my ex roomate. Sem 2. Yang ni sorang lagi. Tak pernah dia merungut kalau aku minta dia belikan aku makanan. Sikit pun tak merungut. Dan dia suka buat benda-benda yang pelik. Tulis surat, hantar sms walaupun bersebelahan. Kadang-kadang keletahnya buat aku nak tergelak. But, dia sangat baik. Kalau dia ke bilik aku, YES!! itu bertujuan. Hihihi.. sebab dia jarang la nak lepak bilik aku saja-saja. Cuma akhir-akhir ni kami menjadi sangat rapat. Seorang yang sangat tak pernah nak berkira.


Didi, kawan aku jugak! Gadis emosi. Hehehe.. Kalau dia marah, dia marah sungguh-sungguh, kalau dia tengah happy, boleh nampak wajah keceriaannya. Kalau dia tengah angau, memang jelas kelihatan. Kalau dia tengah emosi, nampak dia tertonggeng-tonggeng atas katil sampai aku kadang-kadang aku geleng kepala lelaju tengok perangai dia. Hihi.. Dia juga sangat obses dengan kecantikan. "didi, kamu dah lawa.." ikhlas dari hati aku cakap.. ;) cuma ingat, cantik di luar, cantik juga di dalam, kamu pasti dikagumi oleh semua orang. (^^)

Tau tak korang, aku menulis entry ni sebab aku rindu korang sangat-sangat. Masa balik semalam, aku tak terasa sangat. Aku mula terasa bila aku nak tidur. Sebab sebelum tidur macam-macam gelagat yang boleh tengok, muka tension, muka happy nak tidur. Yang best! tidur bentang tilam luas-luas, tidur berlima. Serius, aku rasa lengkap ada korang suma. Sebak bila mengenangkan yang detik tu tak mungkin akan berulang kembali. Korang kawan terbaik aku. InsyaAllah.. never end. 

*entry khas untuk kawan-kawan aku..
*entry ni aku taip pada jam 3 pagi..
*tak boleh tidur ingatkan kawan-kawan..
* :'(
Tuesday, November 22, 2011 13 comments

Untukmu Sahabat

Satu demi satu profile sahabat-sahabat aku di facebook aku buka, aku baca, aku lihat gambarnya, aku tersenyum. Tiba-tiba sebak menerjah hati. Adakah lepas ni, aku akan jumpa lagi dengan mereka? Adakah suara ini, akan aku dengar lagi melaung-laung manja nama aku?














Semestinya tak. Masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Ada yang nak terus bekerja, yang nak sambung ke peringkat lebih tinggi, ada yang mahu mendirikan rumah tangga. Semua ada matlamat tersendiri. 24 Nov 2011. Semuanya akan terlerai pada waktu itu. 

tiada lagi usik-mengusik
tiada lagi hilai tawa yang membingitkan
tiada lagi gurau senda yang melampau
tiada lagi bual bicara selepas makan
tiada lagi agenda tampar menampar
tiada lagi aksi berkejaran sana ke sini
tiada lagi suara-suara memberikan kata semangat
tiada lagi sesi luahan hati dan perasaan
segalanya tiada lagi di BLOK B4 itu...

Ya Allah, bergenang air mata apabila mengenangkan saat akhir yang bakal ditempuh. Kami bersahabat, berkongsi derita, berkongsi cerita, berkongsi makan minum, berkongsi kasih sayang. Di sini, inilah keluarga aku. Semangat aku. Kekuatan aku. Itulah dia yang bernama sahabat.


CC: ain arif, ayda ishka, hatikah najieha, eyna acheed, zana tap, yazz farah & didiana.


*sem pertama kami bersama.. sem terakhir pun kami bersama... (^^)
Monday, November 21, 2011 4 comments

Contest Candid Time

Assalamualaikum. Aku dah lama sangat tak join contest-contest ni. Kali ni, disebabkan aku di tag oleh seorang rakan blogger yang berbaik hati nak berkongsi peluang, so, dengan senang hati aku menerima. Tengok pulak contest ni syaratnya tak berat. Aku suka nak join kan. Mana la tau rezeki badan kan. *rezeki ni kita tak jangka..tak gitu?



Apa yang dikehendaki tuan punya contest adalah meletakkan gambar candid. Ahaaa sememangnya ada gambar kenangan last bersama kawan-kawan memandangkan kami dah sampai ke sem terakhir. Gambar ni adalah detik terakhir untuk sem ini kami bergelak ketawa berjimba-jimba! yeaaahh! Yang penting gambar ni original candid.

tengah menentukan pose macam mana yang nak dibuat! eheks! ;)
tengok! sampai stress kawan aku tengok gelagat kami.. weeeiihhh!
Tag pada sahabat aku yang "giler contest! Zanariah & Nurul Ain.. (^^) Hadiah menarik! Jarang aku tengok blogger yang bermurah hati sediakan banyak hadiah dan mahal-mahal macam tu.. i'm proud of u lah!! so, tamo kedekut-kedekut, jom memeriahkan contest blog Muna Rahimah
Thursday, November 17, 2011 6 comments

Allah beri Ujian... Jika Aku Mati...

Hari ini, Allah memberikan aku ujian. Hampir saja menitis air mata ni, sebab dikeji dengan perkataan-perkataan kesat. Aku biarkan saja. Aku menadah telinga mendengar perkataan-perkataan tak baik itu dituju untukku. Aku tersenyum? Yah! memang aku tersenyum. Aku bukan tersenyum gembira kerana mendapat kejian. Tapi aku senyum kerana Allah memberikan aku sesuatu. Aku tahu, Allah rindukan doa-doa kudus dari aku pada waktu malam. Allah rindukan aku untuk munajat padanyaAllah menunjukkan sikap-sikap manusia di dunia. Allah mengingatkan aku tentang mati. YA! TENTANG MATI!

Aku diugut. Untuk dipukul, untuk dihabiskan riwayatku. Aku ingat itu. Malaikat maut mungkin saja sedang mengintai ku di mana-mana. Ya Allah, andai saja nyawaku ditarik dalam masa terdekat ini, aku mohon, biarlah ketika itu aku sedang menuju ke jalan MU. Jalan yang diredhai. Supaya aku mati dalam keadaan yang baik. Aku tak takut untuk mati, tapi aku takut mati dalam keadaan yang tak baik. Aku takut mati luar dari redhanya.

Benarlah, jika sesuatu yang baik itu, bukan mudah untuk didapatkan. Apa yang aku lakukan untuk raih redha Allah. Bukan untuk raih kepercayaan kamu, bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk hipokrit. Segalanya kerana Allah. Bila aku ingin dekatkan diri dengan DIA, banyak ujian yang perlu aku tempuh. Mungkin saja nyawaku terkulai, mungkin saja maruahku tercalar, mungkin saja badanku terlerai. Biarlah.. hanya Allah yang tau niat di hati ini.


Aku kuatkan diri. Aku tabahkan hati. Aku raih ketenangan Ilahi. Rasulullah lebih hebat menerima dugaan. Apa yang aku kena ni apalah sangat. Tapi Rasulullah berjaya. Bermaksud, aku juga tak mustahil untuk berjaya harungi dugaan ini. Hanya perlukan kesabaran yang tinggi dan jangan sekali aku melupakan Penciptaku.

Untuk sahabat, kawan-kawan aku yang aku sayang, terima kasih sebab backup aku. Sentiasa sokong aku. Aku tahu, korang faham sebenarnya aku tengah bersedih. Tapi korang tak putus-putus bagi semangat. Hantar sms, kat facebook, tak cukup, depan-depan lagi. Aku terharu sebab korang tak biarkan aku susah sorang-sorang. Terima kasih kawan.

p/s! kalau jadi apa-apa kat aku, korang tau kan sebabnya.. -.-"
Wednesday, November 16, 2011 10 comments

Cerita OKU

OKU. Ataupun orang kurang upaya. Itulah gelaran yang diberikan oleh semua orang kepada salah seorang rakan aku sejak kecil. Kurang upaya untuk bergerak. Mempunyai kaki tetapi tidak dapat berjalan sempurna seperti kita yang normal. Mempunyai akal yang cerdik tetapi tidak berpeluang untuk berpelajaran lebih tinggi. 
Dah lama kami tak berjumpa. Hampir 16 tahun yang lalu. Aku pun tak ingat wajah itu. Baru-baru ini, berkesempatan untuk berjumpa dengan beliau. Aku mengambil kesempatan untuk bertanyakan macam-macam hal.

Lepas aku berbual dengannya, banyak benda yang menginsafkan aku. Banyak benda yang membuatkan aku buka mata. Apa yang aku bualkan, jawapan yang aku terima sangat menyentak hati.

"saya malu nak jumpa kamu...saya sedar sapa saya..."
"dah lama saya tak jumpa kamu... lepas ni dapat ke tak saya jumpa kamu lagi..."
"siapa saya ni..nak dapatkan orang macam kamu...."

Ayat-ayat ungkapan itu betul-betul menyentap hati aku. Banyak kisah-kisah beliau yang aku dengar dari opah aku, saudara mara aku. Aku selalu saja merungut pada Allah tentang kehidupan aku. Tanpa aku sedar sebenarnya apa yang aku rungutkan itu dah cukup baik sebenarnya. Ya Allah...nampak sangat aku kurang bersyukur dengan nikmatnya.

"Allah, kenapa kasih sayang itu KAU rentap setelah aku hampir memilikinya...?"
"Ya Allah.. kenapa aku bukan menjadi pilihannya..."
"Ya Allah.. kenapa markah ujian aku tak boleh mencapai markah seperti rakan-rakan ku?"
"Ya Allah.. aku sedar aku tak secantik mereka.. "

Ya Allah, banyaknya aku merungut. Sedangkan ada mereka yang lebih tidak bernasib baik. Aku merungut kerana kasih sayang diragut. Sedangkan ada hamba Allah yang langsung tak pernah merasa untuk disayangi.

Aku merungut kerana tak menjadi pilihan kepada mereka yang sedang memilih. Sedangkan ada hamba Allah yang langsung tak termasuk dalam senarai pun. 

Aku selalu merungut kenapa Allah memberikan markah yang rendah pada aku. Sedangkan ada hamba Allah yang tak berpeluang langsung untuk mengambil ujian seperti aku bahkan tak mempunyai kesempatan untuk mengenal abjad dan nombor. 

Aku merungut kepada Allah kerana aku tak secantik mereka yang jelita. Sedangkan ada hamba Allah yang mempunyai rupa yang tidak sesempurna kurniaanNYA seperti aku.


*muhasabah diri.. mengingati nikmat yang diberikan sebenarnya terlalu banyak.. tapi mentality manusia ni, yang sikit tu juga nak diungkit.
Saturday, November 12, 2011 2 comments

Sekadar Coretan Hati Aku..

Aku merenung di luar jendela..
Memerhati keadaan sekeliling..
Tiba-tiba hati tersentuh, mata berkaca..
Lantas menutup mata dan berpaling..

Aku sentiasa cuba tersenyum menutup duka..
Sentiasa cuba ketawa girang menutup luka..
Namun, sampai bila aku mampu bertahan dengan kepura-puraan?
Bila aku sendiri, tak mampu untuk aku menahan hiba..

Apa yang aku rasa kini, terlalu sakit..
Munajat kepadaNYA memohon pengertian..
Adakah ini balasan apa yang telah aku lakukan?
Penderitaan ini yang ditanggung hamba Allah itu?


Mungkin saja aku khilaf dalam pencarian terbaik..
Mungkin saja aku tersilap langkah dalam penyelesaian..
Mungkin saja aku tersalah percaturan dalam pemilihan..
Yang akhirnya aku tersungkur seorang diri dan menyesalinya..

Sekarang aku tak berani..
Berdirinya diriku tak seteguh dulu..
Suara ini tak mampu untuk bertutur lagi..
Wajah ini tak mampu untuk ku angkat lagi..
Hati ini tak berani untuk menerima lagi..

Terduduk, jatuh, sakit, pedih, merintih, hanya pada yang sudi menerima..
Yang sentiasa bersama walaupun cintaNYA seringkali aku duakan..
Tak pernah jemu untuk menerima taubatku..menerima kekhilafan ku..
Ya Allah, aku takut untuk hadapi hari akan datang..
Ya Allah, aku memohon pinjaman kekuatan dan ketenangan..

Andai hari esok masih bersisa, aku memohon sedikit kegembiraan..
Andai hari esok masih bernyawa, aku mohon khabar indah dariMU..
Andai hari esok masih terjaga, aku mohon selembar senyuman itu..
Andai hari esok masih berdetik, aku mohon seribu kemaafan dari hamba-hambaMU..

*sekadar coretan hati..
Thursday, November 10, 2011 8 comments

Puisi Cinta Allah, jawapan kepada lelaki.


Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
>> Sebab saya akan lebih ralat jika saya hilang cinta Allah..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..


Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..


Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..


Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
>> Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..


Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..


Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
>> Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah..


*originally from Pena Cik Eyqasara
Friday, November 4, 2011 5 comments

Info Puasa Sunat Hari Arafah

Assalamualaikum. Tarikh 5 Nov 2011, Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. *siapa yang dah lama follow blog aku memang tau yang aku jenis menaip entry tengah malam dan waktu pagi. Esok, semua maklum raya qurban yang jatuh pada 6 Nov 2011. *mood raya dah dalam kepala. Tapi, berapa orang yang terfikir untuk berpuasa sunat sehari sebelum raya qurban? Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengingatkan aku.


Ok, mesti ada yang tertanya-tanya apa, bagaimana, kenapa, bila, siapa..tentang puasa sunat Arafah ni. Ada info untuk anda, semoga info yang tak seberapa ini dapat memberi anda rujukan tambahan. :)

Niat puasa Arafah, tak ada niat yang spesifik. Cukuplah sekadar berniat secara mutlak iaitu "sahaja aku berpuasa sunat" itu sudah memadai. Boleh juga sekiranya nak berniat "sahaja aku berpuasa sunat Arafah" kedua-duanya boleh diguna pakai.

Waktu berniat pula adalah sebelum subuh dan sebelum Zuhor 9 Zulhijjah. Kalau hari ni tarikhnya baru ingat nak puasa sunat, boleh lagi. Dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Ganjarannya? Sangat hebat. Seperti saudara di atas ni memaklumkan, 2 tahun dosa akan diampunkan insyaAllah. :) *tengok! betapa ruginya mereka yang tak ambil kesempatan ni. 

Info yang serba ringkas ini harap dapat dijadikan panduan insyaAllah. Jadi, bersamalah kita berpuasa sunat untuk menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kita beribadat terhadap Allah.

*yang sunat lakukan, jangan pula tinggal yang wajib! :)
Wednesday, November 2, 2011 2 comments

Sejarah Pada 1.11.11

Kenapa 1.11.11 sangat special? Ade sejarah disebalik tarikh tu. Jom intai ape yang sejarah sangat tu! Cerita dari awal pagi bermula 12.00 am.






gambar yang ni je dalam my phone.. yang lain dalam camera. So, ni aje lah ye!

  • Mata aku tak berapa nak mengantuk. Online sampai pagi, tidur dan bangun LEWAT.
  • Adik aku paling kecik MIA, tidur secara duduk sambil peluk aku (pelik). *boleh bertahan beberapa jam! ceh!
  • MY MUM BIRTHDAY!!! *selamat hari jadi IBU.. (^^)
  • Special dinner dengan family di... aku tak tau nama restaurant tu. BUT, serious best sangat. *celebrate my mum birthday!
  • Aku "bersimpuh" di depan pintu stesen minyak. *ok yg tu terlalu bersejarah sehingga lutut terkoyak. gggrrr.. blushing tahap gaban!
  • Bergaduh dengan seseorang yang bermakna dalam hidup aku. *yang ni sedih~!
  • Tidur dengan adik MIA. Kali ni lain pulak caranya. Aku disepak tang muka! Tangan dia mencengkam muka aku yang tengah nyenyak tidur nieh! *ngigau agaknye budak kechik tu. geram! nak je ku tampo-tampo!
  • Bangun dengan segar bugar. *esoknye!
Tak boleh nak masuk buku sejarah, tetapi cukup segala-galanya. Perasaan marah, benci, geram, seronok, lawak, sedih. Kiranya cukup lah semua perasa. :) aku akan ingat sampai bila-bila tarikh ni 1.11.11. Sebab satu family aku memang cakap *TARIKH NI SANGAT BERMAKNA UNTUK ANGAH* ye.. angah tu aku! 

*tak payah la nak bayang sangat macam mana aku bersimpuh depan pintu tu kan. HUks!
2 comments

Wordless Wednesday 2


Special Dinner with my family.
1.11.11
*p/s! ade yang lebih bersejarah tarikh ni.. ssshhhh! -.-"
 
;