Wednesday, May 21, 2014 1 comments

KENAL PASTI PUNCA JERAWAT DAN CARA ATASINYA

Germarning ebelibadisss! *lambai-lambai* Hari yang gilang gemilang lagi ceria. Pagi ini aku nak kongsikan beberapa tips kecantikan. Hamboi kauuu. Cantik sangat ke muka tu? Ok, dengan rendah hati jujur lagi tulus aku nak bagi tahu aku bukanlah seorang wanita yang punya kulit muka yang gebus mulus lagi flawless macam camere 360 yang boleh merubah muka dari Hantu Kak Limah hingga jadi Anzalna. Kulit muka yang biasa-biasa saja.
.
.
Sebelum ni aku memang menghadapi masalah kulit yang jerawat cuma tumbuh sebiji demi sebiji sahaja. Tapi sebiji tu memang sangat mengganggu sebab agak menonjol bila persekitaan kulit bersih tapi ada satu menjadi mercu. Jadi, self confident memang drop tak tau nak cakap macam mana. Setiap bulan aku akan stand by satu ubat jerawat untuk bantutkan tumbesaran jerawat tu.
.
.
Pertama-tamanya, langkah yang aku ambil adalah kenal pasti kenapa jerawat silih berganti pada wajah. Nak ikutkan aku bukan ada masalah kulit pun. Akhirnya aku tahu jawapan kenapa. Kenapa...kenapa...kenapa... sebab dan punca adalah RESEDUNG. Yes, aku memang mengalami masalah resedung. Korang boleh tengok punca resedung dan effect dekat SINI.
.
.
Aku nak syorkan korang satu produk yang aku ambil dah hampir 35 minggu. Kalau ikutkan minggu orang mengandung tu, dah nak sampai due dia. Bella Formula Sinus Cure. Alhamdulillah, masa aku ambil dua biji capsul untuk malam pertama percubaan, esok pagi tu dah tak ada lagi bersin-bersin. Tak ada lagi gatal hidung dan tak ada lagi hidung berair. Ini jaminan aku sebab aku pengguna tegar Sinus Cure ni.



Alhamdulillah, lepas penggunaan produk ni, tak ada lagi jerawat berani bertandang dekat muka ni. Kalau pernah ada pun, sebab kesilapan dan kegatalan tangan aku menukar produk. Bila aku tukar semula produk yang biasa aku pakai, semuanya kembali seperti normal. So, kepada sesiapa yang nak cuba mengambil produk Sinus Cure, korang boleh dapatkan di kedai-kedai jamu yang berdekatan korang, ataupun boleh membuat pembelian secara online.

P/s: Tak guna beli make up yang mahal-mahal andai tak merawat kecantikan dari dalam. Selain menggunakan produk-produk kecantikan, air wuduk yang orang cakap cliche tu pun, sebenarnya adalah satu petua wajah berseri. Ok baiiiii.
Friday, May 16, 2014 0 comments

BUAH BICARA HATI

Bila aku ingin melangkah jauh...
Aku ingin engkau yang menemaniku berjalan...
Bila aku ingin dibuai mimpi...
Aku ingin engkau yang menghiasinya...
Bila aku ingin melihat kecantikan...
Aku ingin engkau yang mengindahkannya...
Bila aku ingin memandang luas...
Aku ingin engkau yang menjadi objeknya...
Bila aku inginkan ketenangan...
Aku ingin engkau yang memelukku...

Harapan dan impian itu selalu ada untuk yang berani.
Kepercayaan itu adalah untuk insan yang ada kejujuran.
Kesetiaan itu adalah untuk insan yang menghargai.
Kecintaan itu adalah untuk insan yang mengasihi.

Dari segi lahiriahnya kelihatan kelam...
Tapi ku tinggalkan engkau dalam doa...
Dari segi zahirnya kelihatan hitam...
Tapi ku cerahkannya dalam hati...
Dari segi jelasnya kelihatan tak peduli...
Tapi ku tinggalkannya bersama Allah...

Bila engkau seorang sahabat...
Bila engkau seorang pendengar...
Bila engkau seorang perihatin...
Bila engkau seorang pemberi semangat..
Bila engkau seorang harapan...

Segalanya pulih.
Segalanya ada.
Segalanya punca senyuman.

P/s: Nota-nota ini buat mereka. Sumber pemberi motivasi. Sahabat hingga jannah.
Monday, March 17, 2014 1 comments

Rintihan Buat Kekasih Abadi

"Merenung akhirat itu membuatkan aku gerun, maka aku memejamkan mata seketika buat dunia.."

credit pic from google.

Ya Allah, 
Sekiranya dulu aku seorang yang alpa,
Ingatkan aku tentang duniaMU.

Ya Allah,
Sekiranya dulu aku seorang yang melakukan perkara lagha,
Ingatkan aku tentang hikmahMU.

Ya Allah,
Sekiranya dulu aku seorang yang buruk akhlaknya,
Ingatkan aku tentang panduanMU.

Ya Allah,
Sekiranya dulu aku seorang yang lemah imannya,
Ingatkan aku tentang hidayahMU.

Ya Allah,
Sekiranya dulu aku seorang yang hina,
Ingatkan aku tentang pintu taubatmu.

Allah, ingatkan aku sebelum aku menutup mata.
Allah, ingatkan aku sebelum tertutup taubat buatku.
Allah, ingatkan aku sebelum segalanya terlewat.
Allah, ingatkan aku sebelum aku masih berkesempatan.

P/s: Disaat tiada bahu buat bersandar, masih ada sejadah sedia terhampar..
LAGU SELINGAN (RAPUH BY OPICK)



Friday, March 14, 2014 1 comments

BICARA TENTANG JODOH

Pilihan KITA belum tentu baiknya...
Pilihan KELUARGA mungkin baik...
Tapi pilihan ALLAH semestinya terbaik...

Aku terkesan sedikit bila baca bait di atas. Benar. Sememangnya benar. Aku teringat seawal umur aku 16 tahun. Ustazah penah berpesan kepada aku dan kawan-kawan. "Berdoalah punya jodoh yang baik dari sekarang..bukan tunggu esok bernikah, baru mahu berdoa agar diberikan jodoh yang baik. Masa tu dah agak terlambat...."

Nampak gatalnya perangai anak dara anak teruna seawal umur begitu sudah berfikiran ke alam perkahwinan. Tetapi bagi aku itu bukan menunjukkan pemikiran yang gatal atau seangkatan dengannya, tetapi pemikiran matang yang memikirkan soal tanggungjawab. 

Apa sekalipun yang tertulis di sini, jodoh kita bertemu dengan pasangan di dunia belum lagi pastinya. Tetapi jodoh kita bertemu Allah di alam lain adalah sudah semestinya. Jangan terlalu fikir soal  jodoh, lupa soal yang sepatutnya.

"Kurangkan bicara tentang hati dan banyakkan bicara soal mati..."

Aku sebagai pemilik badan pinjaman Allah taala ini, mestilah terniat di hati untuk memilih jodohku sendiri. Tapi, apa yang berlaku dari hari ke sehari, seakan berat jodoh itu untuk lekat. Seperti main tarik tali. Kita nak, dia tak nak. Bila kita tak nak, dia nak. Ini semuanya adalah dugaan Allah SWT. Aku belajar untuk redha menerima segalanya.

Apa sekalipun, aku sangat berharap agar pilihan jodoh itu adalah daripada DIA dan bukan dari sesiapa. "Ya Allah, bantulah aku dalam melakukan dari sekecil-kecil keputusan sehinggalah ke keputusan yang terbesar. Janganlah Engkau membiarkan aku sendiri terkapai-kapai dalam membuat keputusan."

P/s: Kepada yang move on move off tu, aku rasa sebaiknya kita MOVE ON pada benda yang patut. Iaitu move on cari redha Allah dah rahmatnya sebagai bekalan akhirat yang sedang menanti. Manusia takkan menunggu kita. Tapi Allah sedang memerhatikan kita untuk mengambil kita pulang ke pangkuanNYA. Wallahualam.


Layan lagu MUHASABAH CINTA  dulu. :)


Sunday, February 2, 2014 0 comments

Jodoh Pasti Bertemu

Mek: Aku buntu.... tolong aku selesaikan masalah aku plis ika...
Aku: Aku tak boleh nak tolong selesaikan masalah engko. Aku cuma boleh berikan pendapat.
Mek: Tak kisah la. Engkau faham tak kalau aku dah tak ada hati.. macam mana aku nak teruskan hubungan lagi?? ko faham tak mek...?
Aku: Ye.. ye... aku faham sangat mek. 

Bukan semua keputusan boleh diputuskan dengan mudah.


Sedikit dialog di atas menggambarkan kekusutan seorang perempuan. Dilema yang dihadapi beliau. Aku dah lali. Bukan kerana masalah yang diceritakan. Tetapi masalah itu juga aku pernah hadapi. Apa yang aku boleh katakan, kalau dah hati tak suka takkan nak dipaksa.

Masalah Mek bukan nama sebenar di atas, adalah kecelaruan dalam memilih pasangan hidup. Soalan yang pertama aku soal pada dia, "family ko tau semua ni? Perasaan ko? Dilema ko sekarang?" Jawapan dia, alhamdulillah. Family dia tahu dan mereka menyerahkan keputusan sebulatnya pada dia. Family hanya mampu mendoakan kebahagiaan yang dia pilih. Tak nak membuat keputusan untuk hidup dia. Dia dah besar. Boleh fikir baik buruk. Maka, aku cuma tersenyum. Itu dah cukup mudah untuk engkau menilai dan membuat keputusan.

Apa yang dia serabutkan sekarang? Sebab keduanya baik. Keduanya dia sayang. Keduanya ada ciri yang diinginkan. Apa yang aku perhatikan disebalik cerita yang pernah dia ceritakan pada aku, masalah yang sering wujud dalam perhubungan mereka adalah pertengkaran. Yang boleh membuatkan mereka berjauh hati. 

Permasalahan dalam fahaman politik.
Pertengkaran dalam memutuskan tarikh-tarikh resepsi serta adat.
Keadaan keluarga yang tak sefahaman sependapat dengan dia.
Masih kekok walaupun setelah bertahun lama menjalinkan hubungan.

Masalah di atas bersangkutan dengan keluarga lelaki A. Manakala keluarga si lelaki B adalah sebaliknya. Tapi masalahnya sekarang, hubungan kawan aku dengan si lelaki A sudah mendahului tapak yang pertama. Merisik.

Bagi aku, perhubungan yang terlalu lama memang mengundang banyak masalah. Ada saja yang tak kena. Nak pula bila setapak demi setapak kaki mula menghayun langkah ke mahligai perkahwinan. Tapi kena beringat, tahun perhubungan bukan kayu pengukur ketahanan rumah tangga. Ada saja yang berkawan 10 tahun tapi bercerai setelah 2 minggu perkahwinan. Ada saja yang baru beberapa minggu perkenalan dan akhirknya kekal hingga jannah. 



Jodoh, pertemuan semua di tangan Allah. Siapa dia telah tertulis kemas di luh mahfuz. Apa yang aku harapkan kawan aku dapat membuat keputusan dengan sewajarnya. Mek, engkau bernasib baik sebab apa saja keputusan, adalah bergantung penuh pada diri engkau. Ada yang lebih malang jika keluarga tak restu dengan pilihan hatinya. Maka, lebih banyak hati yang nak dijaga.

Agama dah menggariskan panduan. Maka layarilah dengan panduan tersebut. Usaha, doa, tawakal. Niat dalam hati segalanya kerana Allah taala. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan. Istikharah adalah sebaik-baik jalan untuk menyelesaikan masalah ni. Jika tekad dan bulat jawapan, beranikanlah diri untuk terus terang. Bukan menyimpan dan membiarkan semuanya beku.

P/s: Ramai yang tak kahwin bukan kerana tak mahu berkahwin, tetapi situasi yang menekan dari segi zahir dan batin menyebabkan ramai memilih untuk solo saja. *serius benar entry aku kalini.. hiks!
Credit picture to Mr.Google
4 comments

NUKILAN HATI BUAT SAHABAT

Kita satu tempat belajar, kita satu jurusan, kita satu batch, tapi kita tak pernah kenal. Sampai satu incident unik, kita boleh rapat sampai macam sekarang.

Sepanjang perkenalan, engkau la kawan bergaduh, engkau la kawan bermanja, engkau la kawan berkongsi segala masalah, engkau juga yang dengar segala keluh kesah aku sebagai seorang pelajar. Rahsia aku, rahsia engkau. Rahsia engkau rahsia aku. 

lebih kurang macam ni la perangai kita kan kan kan?? hihihi


Kita pernah berhenti berhubung sekejap. Semuanya gara-gara bila engkau punya kekasih hati. Engkau tahu, selama engkau tak ada, aku tak ada kawan nak cerita semua masalah aku. Aku cuba hubungi kau, tapi kita tak boleh borak lama-lama sebab engkau nak luangkan masa bersama si dia. Aku akur. Walaupun dalam hati aku kecewa sangat.

Aku mendiamkan diri. Aku menjauhkan diri. Tapi tetap mengintai kau dari jauh. Melihat engkau dan si dia bahagia, aku cemburu. Sebab aku hilang kawan baik sekelip mata. Aku cari kawan lain. Aku cuba jadikan mereka seperti engkau. Tapi tak boleh. Engkau tetap engkau. Aku rindukan masa kita dulu.

Lagu ni... wehhh lagu ni.... :')


Selepas beberapa bulan aku tamat belajar, aku mula bekerja. Sedikit sebanyak aku dapat lupakan kau dan dapat meneruskan hidup aku tanpa pedulikan siapa engkau.

Sekarang, engkau datang. Bercerita tentang meninggalkan dan ditinggalkan. Aku tak tahu apa sebenarnya punca perpisahan engkau dan si dia, cuma yang aku tahu, mungkin Allah ingin kembalikan aku teman yang aku rindui ini. *Allah dengar doa aku* :')

Kita mula rapat macam dulu. Boleh dikatakan selalu kita berborak. Ada saja perkara hendak dikongsi. Tapi aku mula risau. Risau sekiranya aku akan kehilangan engkau lagi. Sahabat, aku doakan engkau cepat sembuh dan diberi kesihata yang baik. Aku doakan engkau berjaya dalam apa yang engkau inginkan. Aku sentiasa berada dekat dengan engkau memberikan sokongan. Walaupun kita jauh, tapi kita tetap kawan. Jarak bukan satu masalah.

Sebagai kawan, aku sayang sangat dekat engkau. Bersyukur, malah berasa bertuah sebab Allah kurniakan sahabat sebaik engkau. Bahu tempat aku menangis, punching beg tempat aku bergaduh. Terima kasih kerana menjadi sahabat. InsyaAllah dunia akhirat. 

Cuma selingan *peace*


P/s: Weh, sedar tak sedar dah 4 tahun kita berkawan baik. Moga-moga tak ada istilah putus walaupun ada perkatan END dalam friENDship. <3. Credit picture to ENCIK MIMPI
 
;