Friday, April 29, 2011 5 comments

WATIKAH TERAKHIR CIK EYQASARA

DEMI ALLAH aku sayang sangat nak tutup blog ni.. tapi apekan daya aku... aku cuma insan lemah... *uih! tak bley blah!* tapi betul laaa.. disebabkan aku berblog aku di tuduh dengan gelaran-gelaran yang kurang baik. Aku nak tutup..tapi aku tak tahu.. jalannya adalah aku membiarkan blog ini sepi, dan bersawang... ada "penunggu" tak kalau aku tinggalkan? hihihi... tengok! aku masih mahu berlawak... tak..maksud aku, ada tak blogger or silent reader yang menunggu? aku masih mahu berblog...tapi aku tak mahu dicaci... cukup laaa.... Sakit hati aku ni...

Mungkin senang bila orang berkata biarkan...tetapi bagaimana orang yang sebelum ni betul-betul menyokong setiap apa sahaja di blog ini, dia yang mencaci mengata kita? ape perasaan? hhhmmm.. adakah benar kata dia yang aku lupa diri bila mula berblog??

Terima kasih semua followers. Kenangan aku dengan blog ini aku tak pernah lupa. Hanya Allah yang tahu kepuasan aku berblog dan berjumpa semua. I want more... but i can't...

Guys!! kalau ada gathering, kalau sudi, jemput la eyqa eak! i will miss u all... Salam sayang kepada semua followers... (PENA CIK EYQASARA)

*Jam: 16:50
*Jumaat
*29 April 2011
*Sekian
Thursday, April 28, 2011 26 comments

MAAF BLOG INI AKAN DITUTUP TERUS!

Subhanallah.. aku tak penah rase macam ni.. aku tak penah kene hina macam ni rupe.. terase longlai badan aku. Aku tak pernah jangka benda ni akan berlaku. Aku terharu sebab warga Penerbit tempat aku berkerja sangat mengalu-alukan aku untuk stay kat situ, tapi aku rase sedih..tak semua orang suka kita.. ada insan yang sangat mahukan aku berambus dari UPSI....

Okey, tepat pukul 5 pm aku akan keluar dari UPSI ni dan aku takkan jejakkan kaki lagi kat tempat ni. Dan aku jugak akan keluar dari sini. Aku takkan duduk dekat area rumah aku lagi. Aku akan pergi jauh dari hidup "kamu" yang mahukan aku beredar cepat. Maafkan aku andai perilaku aku sangat menjengkelkan hati kamu.

All bloggers...minta maaf.. riwayat blog aku akan aku tamatkan. Andai kata dari blog ini timbulnya fitnah, aku akan tutup blog ini. Minta maaf sangat-sangat. Aku tak mahu nak tutup tapi aku perlu tutup blog ini. Aku sayang blog ni macam aku sayang diri aku. Tapi aku dah tak mampu berblog. Ini bukan saja nak buat gempak tapi aku betul-betul akan tutup.

Aku tak sanggup kene maki, cemuh aku sebagai "perempuan gedik!" "perempuan gatal"...ntah ape lagi yang keluar lepas ni. All newbies yang minta aku ajar berblog, minta maaf eyqa tak dapat nak penuhi kehendak anda. Pasal banner yang ditempah eyqa try wat. Dan email sj kat blog korang. Aku pasti akan rindukan blog ni.

untuk awak...saya tau saya bukan perempuan baik untuk awak.. awak kate saya gedik.. awak kata saya perempuan gatal.. awak menyampah tengok saya..awak nak saya berambus dari hidup awak.. awak terguris dengan saya, saya minta maaf. Saya takkan muncul depan awak lagi. Semua barang awak saya akan pulangkan segera. Terima kasih sebab pernah menyokong saya. Dan sekarang awak buat saya jatuh. Thanks! penghargaan besar untuk awak. Saya sedar sape saya untuk awak yang baik. Lelaki baik untuk perempuan baik. DENGAR SEMUA LELAKI, TAK PERLU NAK MENGORAT SAYA SEBAB SAYA BUKANLAH PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK AWAK SEMUA!.

*eyqa minta maaf guys.. :'(
*ada sesiapa tahu macam mana nak close blog?
4 comments

Tips Untuk Blogger Newbie

Aku masih baru dalam berblog ni. Tapi baru-baru aku, ade yang lebih baru. Ade yang ingatkan aku dah lama berblog. Tapi untuk pengetahuan, aku still newbie lagi.. masih perlu berguru. Guru aku sape? tu dia boleh tengok kat bloglist "dia berpengalaman".. kebanyakan mereka amat membantu aku. Okey, cukup kat situ..

Ada yang tanya macam mana nak ade followers ramai, macam mana nak bagi blog cantik, macam mana nak bagi blog dikunjungi ramai, macam mana nak tarik pembaca. Seriusnya aku masih belajar bab ni. Tapi untuk berkongsi pengalaman, insyaAllah boleh..tapi tak la sebanyak mereka yang dah bertahun berblog. Blog aku ni setahun pun tak cecah. Baru 9 bulan. Kalau orang mengandung baru nak bersalin. hihihi.. meleret dah!

Tips yang boleh aku kongsi...
  1. Rajin-rajin menjengah blogger lain serta meninggalkan jejak dengan Blogwalking.
  2. Blog anda jangan berat ok. Buang widget2 yang boleh beratkan blog anda.
  3. Susun atur blog biar kemas jangan serabut. Warna jangan terlalu terang boleh wat orang juling.
  4. Gaya penulisan tu..kalau boleh tulis sebijik sebijan yang BOLEH PAHAM. bukan *dewmam, pewnink,  shayunk, lebyiuw,.. dah rase masuk tadika belajar mengeja u.. hihih..
  5. Kalau nak letak lagu, kalau boleh biar lagu yang slow je.. jangan korang tibai rock kapak tu ok.. terkejut orang kang trus innalillah.. kan dah arwah tu.. 
  6. Mudahkan orang untuk comment. Buat pop-up window sebab line berukband bukan selalu ok ye.
  7. Tutup words "verification".. kalau tak faham tulisan utk OKU tu.. lambat. Kalau salah taip dia suh wat yang baru. Mase tu, tau laaa.. azab lambat, trus tekan button merah hujung. Nak? 
  8. Pastikan blog anda ade letak link ye..supaya orang mudah jejak anda bila anda follow orang lain. Ade yang tak letak, yang ade cuma blog yang dia follow panjang berjela tu..
  9. Kalau boleh, jangan letak "content warning" sebab buang masa dan menyusahkan orang nak masuk. Loading sampai 5-10 minit. Masa dah terbuang..
  10. Last, jangan sombong dan jangan guna perkataan "i follow u, follow me back" memang kene sumpah seranah dengan blogger lain. Maaf, sememangnya ramai blogger yang tak suka dengan perkataan tu.
Wat masa ni tu dulu. Khas untuk yang baru je buat blog. Ataupun yang masih tak tahu. Ramai yang dah lama berblog, tapi ramai jugak yang tak tahu benda ni. Percayalah. hhhmmm.. selamat berblogging!

*bukan nak tunjuk pandai. Sekadar memberi info kepada mereka yang tak tahu.
24 comments

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER




Secara umumnya dulu eyqa just nak buat suka-suki je blog ni. 
Lama jugak mengambil masa untuk cari arah tuju blog eyqa sebenarnya. 
Setelah berbulan-bulan berblog, eyqa mula temui minat dan banyak menjuruskan blog eyqa 
kepada rekaan banner. Secara suka rela menawarkan diri untuk buat header 
blog orang *percuma* walaupun tahu tak sencantik mane. 
Header yang telah didesign automatik menjadi koleksi header eyqa . 
Baru lagi bermula. Setakat ni baru beberapa orang yang telah eyqa design kan header mereka.

*siap! hihihi..
Wednesday, April 27, 2011 8 comments

6 "P" UNTUK LELAKI!

Setelah dicongak, dikira, dihitung, dihisab, di..ape lagi??? okey.. ade 6 perkataan untuk lelaki yang perangai mengalahkan syaitonirajim..kalau tak mahu kene, baik jauhkan diri. Kecewa bila baca kat dada akhbar banyak kes melibatkan kekasaran pada wanita. Baru-baru ni kes makwe kene blasah kat wad. Ape kes? cemburu? tu namenye cemburu bute!!

Dapat ilham dan saranan BRO yang suruh aku update blog memberi 4P untuk lelaki yang kurang ajar. 



Tapi tu laa..aku rase macam tak cukup je.. nak tambah lagi ok? 6P bagi mereka-mereka yang kurang ajar ialah:

1. PELEMPANG
2. PENUMBUK
3. PENYEPAK
4. PELANGKUNG
5. PENAMPAR
6. PENERAJANG

sape nak rase dulu? hahaha... ni bukan main-main ok.. ade je sesiapa yang kurang dek ajar tu pompuan tak harus berdiam diri. Bagi je 6P ni.. padan dengan muke dorang. Bagi yang ayu, lembut, sopan santun mungkin payah nak bagi 6P ni..Tapi anda harus cuba untuk elakkan dari anda yang mendapat 6P tersebut.

*gurls jom la blajar ilmu pertahanan diri.. ;)
2 comments

LINK TEGAK BULU ROMA!

Grrr... nape? terase seram.. kalau malam lagi seram kot.. kalau hati anda kental jom tengok link bawah nie.. AMARAN keras pada yang agak penakut tu tengok siang hari okey.. jangan tengok malam-malam. Nanti ade yang meraung nauzubillah... 

Yang terlebih berani jom tengok dalam gelap dan waktu malam kul 12 malam. Cayalah! mesti best giler.. hahaha... :D malas nak komen taip pepanjang.. jom usha mende ni.. kalau agak suka-suki like lah eak! hihihi...


*seram ke? hahaha.. tengok malam la best..
7 comments

PENGUMUMAN CONTEST GAMBAR PALING CHUMEL

Assalmualaikum. Terutama sekali nak minta ampun maaf sebab dah lebih 3 hari tak sempat nak bukak blog sebab ade outstation ikut bos.. so, entry kali ni nak UMUMKAN SIAPA yang menjadi pilihan HATI en. Secret. mengenai contest eyqa yang CONTEST GAMBAR PALING CHUMEL tu...

Pertama: Eyqa nak ucap tahniah kepada semua yang join. Terharu sebab sudi joinkan diri anda. Serius eyqa cakap anda semua memang comel-comel belaka. Sure, en. Secret rabun mata memilih.. hihihihi.. Pilihan En. Secret TIADA SEBARANG PAKSAAN dari mana-mana pihak.
Kedua: Minta maaf kepada anda yang tak menang. Bukan kerana anda tak comel, tetapi mungkin bukan rezeki anda kali ini. Hope anda tak berkecil hati dan masih sudi joinkan diri anda dalam contest eyqa yang lain insyaAllah..

Ketiga: Minta maaf sekali lagi sebab Pen Parker sebagai hadiah tu telah eyqa tukarkan kepada pen yang berjenama lain atas sebab-sebab tertentu. Bukan sengaja tetapi ade incident yang berlaku menyebabkan pen tersebut tidak dapat diberikan sebagai hadiah. Al kisahnye pen tersebut telah dibeli 2 yang serupa supaya adil Tetapi pen yang satu tu ada masalah. Silap eyqa sebab tak tengok dulu n main beli aje. Tak adil kalau eyqa bagi pen yang bermasalah untuk anda kan? so, eyqa wat keputusan untuk membeli yang lain. Jenama lain sebab time eyqa beli pen parker tu kat KL dan sekarang memang tak boleh dah nak gi KL.. sadis! minta maaf ye..~~

Keempat: Pen tu berjenama "Allan D'lious" jangan riso, sebab harga pen tu masih sama jenama je lain. huhu..

Kelima: 

PENGUMUMAN!!!!

HADIAH UTAMA

PEMENANG PEREMPUAN DIMENANGI OLEH ~



PEMENANG LELAKI DIMENANGI OLEH ~

PEMENANG SAGUHATI OLEH ~
TOPUP YE...

Keenam: Pemenang adalah pilihan en.Secret. Kenapa beliau pilih, beliau dah terangkan pada eyqa. Beliau bukan hanya tengok pada entry tetapi keseluruhan blog insan-insan yang join ni. Kekemasan blog, warna, entry2.. Hope tiada yang kecil hati. *untuk Dinie..sebenarnya bantal dan buku tu untuk baby sebab dia geram tgok gambar baby yang dengan Dinie tu.. hihihi...

Ketujuh: Hadiah dari eyqa hanya sebatang pen tersebut dan hadiah yang dilihat dalam gambar tu adalah hadiah dari en. Secret dan penaja lain. Terima kasih atas sokongan. ;)

Kelapan: Sila emailkan Nama Penuh; Alamat; No Tel; ke eyqasara@gmail.com okey? secepat mungkin dalam minggu ini juga. Terima Kasih!



2 comments

Komen realiti TV!

Aku tengok Mentor.. sebelumnya aku tengok AF.. Sebelumnya pulak tengok Maharaja lawak.. wuuuu.. berturut beb.. ni aku nak komen berdasarkan pandangan.

Maharaja lawak- aku rasa kan, dorang patut tukar la masa bersiaran tu.. bukan ape.. tengah malam sangat laa.. 10 pm.. mata aku pun dah bengkak tunggu. Dorang wat hari jumaat. Almaklum la, bukan masa cuti kan? aku dok bukan kat pantai timur. Jumaat tu balik keje memang penat ya ampun. 

Lepas tu nak tunggu sampai kol 10 pm baru start bersiaran, 9.40 mata aku dah lebam berair-air mangantuk. Kesannya bila baru dua tiga persembahan, aku dah lesap dodoi dek lena.. hampeh! terlepas sesaja. Nak plak starting biasenye dorang letak orang yang tak beberapa nak ade potensi sangat. Aku nak tengok pun lesu aje.. huhuhu..

AF pulak! - ni memang aku tak puas hati tahap gaban lah! aku rase memang tak patut komen dari pihak juri malam tu. Terlalu kasar bahasa. kalau ye pun nak gugurkan, kene lah jaga hati pelajar-pelajar tu.. kalau ye pun tak suka, tak payah la cakap sampai melampau-lampau. 

Student pun jadi down bila dengar kritikan tu. Dari ok trus ko. Aku tak berape bekenan dengan cara pengkritik ni kritik. menjatuhkan air muka orang betol...! maruah orang beb!!! jangan lah sesuka hati buat macam tu.. buat seketika letakkan diri anda di sudut mata mereka... hampeh!

Mentor- Yang ni aku memang tak de masalah la.. sebab aku suka sistem dorang dalam pengendalian rancangan ni. Betul-betul sistematik. no wonder la kenapa mentor lebih menyerlah dari bintang realiti lain. Ade kekuatan tersendiri. Mentor dan protoge pulak semakin meningkat markah-markah dan prestasi.. thumbs up 4 uols! Bagus! hope kekalkan.

*aku komen bukan nak tunjuk pandai tapi dari perspektif mata aku.

Tuesday, April 26, 2011 2 comments

TARIKH UMUM CONTEST GAMBAR PALING COMEL

PEMENANG CONTEST CIK EYQASARA AKAN DIUMUMKAN ESOK!!!!

TOLONG AMBIL PERHATIAN!!!!

TARIKH: 27 APRIL 2011
HARI: RABU
MASA: BILA-BILA MASA



Monday, April 25, 2011 140 comments

.::CONTEST GAMBAR PALING CHUMEL::.

 -TUTUP DAH OKEY!!!!!!!! -

Contest! Contest!!!
Okey... setelah lama berblogging...teringin rasenye nak wat Contest...
So, contest ni tak la susah sangat senang sahaja...serius senang!
contest ini hanya memerlukan anda untuk meletakkan gambar paling chumel yang anda miliki..
tak kira lelaki atau perempuan sebab hadiah sesuai untuk semua...
nampak banner bawah nie???


okeysss!!
Apa yang harus anda buat?

1. Meletakkan banner di dalam entry (shj) seperti di atas.
2. Tajuk entry "CONTEST GAMBAR PALING CHUMEL"
3. Gambar anda yang paling chumel. Tak kira la gambar seorang atau lebih..tetapi anda harus ada!
4. Ceritakan secara ringkas tentang gambar anda tersebut.
5. Wajib menjadi FOLLOWER Pena Cik Eyqasara.
6. Tagkan kepada 4 rakan anda. *Pastikan mereka tahu*
7.Linkkan url anda setelah siap entry tersebut di entry contest eyqa yang ini.

mudahkan? hanya 7 benda yang harus anda buat... :D
 Hanya 2 pemenang yang bertuah akan terpilih..
seorang lelaki dan seorang perempuan...
pemenang akan dipilih oleh EN. SECRET berdasarkan entry dan gambar yang menarik!
tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 April 2011.
Hadiah??? Pemenang akan mendapat sebatang PEN berjenama PARKER.
*hadiah saguhati berupa topup utk yg bertuah*
sebagai permulaan....saya tag 4 orang...
TETAPI siapa yang nak join walaupun tak di tag..anda amat dialu-alukan...
Hadiah tetap menanti anda...

*jom join ramai-ramai memeriahkan contest!
Thursday, April 21, 2011 7 comments

Header Baru Yang Ni Eyqa Punye!

Assalamualaikum. Hye oulss!! Okey.. nak update cepat-cepat sebab hari ni kene pergi Pameran Pesta Buku di PWTC... sape-sape jom la gi sane..banyak buku yang terdapat kat sane.. yang berkenan di hati boleh la beli... Mane la tau tengah-tengah pilih buku tup! tup! jumpe eyqa pulak..

Sekarang ni eyqa nak tunjuk header baru eyqa... malam tadi buat.. bersengkang mate sebab tak puas hati nak jugak header baru... jom tengok-tengok header-header eyqa dari first sampai sekarang... jom!






ni semua header yang pernah temani blog.. ececeh! yang paling sayang adalah header yang pertama n kedua sebab yang tu mulanya blog aku bergerak sebagai blogger newbie.. kak sunah yang tolong buat. Mase tu memang tersangat-sangat lah happy dapat header yang cun gitu! waaaa...!!!! sampai sekarang sebenarnya masih tamo tuka..tapi kak sunah bagi semangat untuk try wat header.. alhamulillah aku suka wat header skung! hihihii... 

Pape pun, hope aku akan cekal dan terus berblogging disamping ketengahkan bakat yg ado.. hohoho... relax j aku cakap eak! macam dah berpengalaman! hahaha... tak de k.. gurau2... korang ni asik nak pandang serong je... tak baek taoooo!!

k.. nak gi dah! bubye!!!~~~ Jangan lupe gi PWTC pameran buku tau!!!!
5 comments

ADA BANNER BARU!

Assalamualaikum... yeay!! dapat siapkan satu header untuk seseorang...."Kak, minta maaf sebab lambat.." bukan ape tapi terlalu sibuk dengan kerja dan terpaksa menghadiri meeting-meeting penting.. Fuuh! nak diikutkan memang tak cukup rehat sebab kerja dibawa ke rumah. Sampai rumah pun tak jadi keje jugak sebab terlalu letih melayan kerenah orang kat umah...sekarang ade la masa untuk bernafas.. ewah! hihihi...

Tapi sekarang ni dah terhasil banner or header di bawah untuk blogger manis .. Beliau minta warna yang seakan warna theme blog beliau. Lepas ni boleh terjah siapakah beliau eak! No idea actually..tapi yang ini terbaik yang dapat eyqa hasilkan. "Hope sangat akak suka.." :D

Sebarang komen boleh dropkan komen anda di bawah di tempat komen ye.. Mane tau pasni bley la upgrade skill aku nak wat banner.. tak gitu? kepada sesiapa yang baru kenal blog eyqa, eyqa nak gi tau eyqa menerima tempahan banner. TANPA berbayar. Buat masa ni belum nak charge sebab tak yakin dengan hasil kerja sendiri.. huahuahua...


Nak inform secara rasminya header di atas ini menjadi koleksi header eyqa di dalam blog ni. Sape-sape nak tengok boleh je tengok. Tak ada masalah sama sekali.. okey? sis.. dah siap! LELAFAROUK BANNER... minta maaf sekiranya header tersebut tidak memenuhi citarasa akak.. 


*lepas ni susah dah nak berblog..agak2 ade tak yang rindu?
Wednesday, April 20, 2011 10 comments

Thanks Penerbit!

Subhanallah dah tak lama lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa masa bersama Penerbit tempat aku menjalani latihan industri. Pasti akan aku rindui saat-saat mesra bersama mereka. Tadi, 20 April 11 warga Penerbit dah mengadakan jamuan makan perpisahan untuk aku. Serius aku terharu dan tak menyangka penghargaan yang terlalu besar aku terima.

Hadiah dan sijil aku terima di sini. Paling besar adalah segala kenangan dan jugak pengalaman aku kat sini. Lepas ni tak de la orang nak nampak aku ke hulu ke hilir lagi terutama bro ni yang selalu je terserempak dengan aku kat office.. hihihi... "bro..da tak nampak eyqa..xde da muke-muke cute yg kuar dah ok? hiks!" *macam la dia heran!*


Nak tengok hadiah tu? nak tak? hihihi.. jom... jom... moh! layan....







nice tak? sepasang kain untuk buat baju kurung dan selendang untuk match kan dengan baju. Nanti dah pakai aku snap pic tudung untuk korang tengok cara pemakaian. *woh? nak wat tutorial shawl ke?* hahaha... pape pun nantikan.. ok? :P weeekk!! tak de sape nak tengok pon.. hihihi...

4 comments

Bukan Mudah Untuk Berjaya..

Dah tinggal beberapa bulan je lagi aku nak menghabiskan diploma ni. Hope sempat habiskan. Teringat pulak macam mana sepanjang aku ingin bergelar siswi. Dari mula aku habis SPM.

Aku sedar keputusan aku tak mencapai tahap untuk menjadi seorang yang aku idam. Tak sesuai nak jadi seorang doktor. Fuhh! Luluh hati tengok keputusan ni. Ape yang akan aku jadi ye? Macam-macam permohonan yang aku buat demi dapat sambung belajar.

Dari aku nak beli nombor pin UPU..semuanya duit kumpul dari sekolah dan belas ihsan seorang ibu kepada anaknya. Panggilan pertama mungkin aku tak sebagus orang lain untuk mendapat peluang tu.

Panggilan kedua, semua tawaran yang aku mohon semua menawarkan aku sambung belajar di tempat mereka. Aku masih teringat saat manis aku menerima surat-surat tawaran. Seronok..Aku mula berangan menjadi seorang siswi.

Aku dapat tawaran UITM dalam bidang perakaunan. Ouh! Aku tak minat bidang tu. Aku menolaknya. Memang aku agak bodoh sebab tak tahu bila kita dah masuk boleh tukar course..tak pelaaa.. bukan rezeki aku.

Aku dapat tawaran sambung belajar di Indonesia dalam bidang perubatan. Makcik aku yang terima surat tu sebab kami semua berpindah rumah. Parents aku terus tidak membenarkan kerana tak mahu berjauhan dengan ku. Alasannya kerana ketika itu negara tersebut terlibat dalam rusuhan. Ya! mungkin benar kata mereka. Tapi aku terkilan, bahkan surat itu tidak diserahkan kepada ku. Sedihnya.

Aku dah putus harapan dan ayah memasukkan aku ke dalam Form 6 kerana mahukan aku menjadi seorang guru. Serius aku rasa macam tak boleh bawa. Aku berkeras mahu keluar. Ayah marah sebab aku mungkin tiada peluang lagi. Tapi langit itu masih cerah bila aku tersedar untuk buat semakan politeknik. Alhamdulillah aku dapat tempat lagi.

Kali ini lebih sedih bila ayah berkata "kalau angah nak belajar, cari duit sendiri" huhuhu.. aku kentalkan hati.. Berhenti belajar dan berkerja di Pizza Huts di bahagian service. Macam-macam kutukan aku terima kerana ada pelanggan yang mengaggap kerja aku tu untuk budak yang tidak cemerlang SPM. Aku tersenyum dan berkata dalam hati, suatu hari aku akan buktikan.

Akhirnya, dengan duit titik peluh aku, kini bergelar pelajar. Dan suatu hari nanti insyaAllah aku akan menerajui mana-mana temat sebagai Setiausaha berjaya insyaAllah. Aku tidak akan berhenti begitu sahaja. Aku akan buktikan kepada mereka yang menghina aku sebelum ini. Yah! 

*adik-adik yang lepasan SPM tu..carilah peluang seboleh mungkin..
Tuesday, April 19, 2011 2 comments

Menangis Baca Note Dari Kawan..

Sehari je aku tinggal blog nie.. rindunye kemain.. hihihi.. yelaaa.. lame tinggalkan buah ati.. korang ade rase macam tu tak? aku rindu kat blog ni macam aku rindu kat pakwe.. haahhaha.. *giler!* hmm... sebab rindu terlampau rutian aku tiap-tiap hari sampai office mende ni dulu wat.. *kantoi* tapi lepas tu baru la aku on FB.. alah macam korang tak biase~!! hihihi..

Dalam gelak-gelak baca komen tetiba dapat tag dari kawan lama. Hmmmm... aku sebak baca note ni ...Sumpah sebak! Nak mengalir air mata baca mende tu.. Tetiba teringat kat ibu.. huwaaa.. rase nak menangis... Korang nak baca? ade link tu gi baca dulu eak! pastu same-same nangish tau! huhuhu...

Pendek je entry den! first time ni..first time! ;)

*pepagi dah tumpah air mato den!
Monday, April 18, 2011 4 comments

UNTUK AWAK YANG BERNAMA * * *

Eeeeiiii!!!! saba je la aku kali ni.. nak je aku lepuk! lepuk! dia ni tauuuu!!!! gggrrrrr....!!! marah tahap cipan dah nie... bley plak perli-perli... aku ni nasib dah nak berhenti..kalau tak lepas ni kene heart attack ke ape dengan prangai mamat sorang nieh!

Kemarahan meluap-luap tau... asalnye bukan ape pun.. malu je..trus jadi marah macam nie.. kalau ikut hati nak je aku picit-picit mamat ni. Tapi bila ingat dia lelaki aku diam je. Dan aku sebagai sorang pompuan, marah macam mane pun aku tak boleh la nak tunjuk kekasaran aku kan? nanti kene perli lagi mampuih aku!

Hoh? aku tulis ni? alaaa.. dia bukan tau pown.. relax suda.. kalau dia baca pun pedulik hape aku... bior dia tau aku marah.. hahaha.. *boleh ke?* erm! hati kering! waaaaa!!!!! benci!!!!!!! benci!!!!! kalau ye pun nak kenekan aku wat la cara lain.. sob! sob! ~ ~ ~.... huhuhuhu... sadisnye hidup ku!

untuk awak yang bernama - - - ...please laaaa.... dengar sini eak! saya tau awak hebat... saya tau awak populer... saya tau awak cukup bagos dari saya... tapi please.. jangan la wat saya ni macam orang yang tak der prasaan eak! saya tamo jumpe awak lagi!!! nak nyorok bawah meja pas ni kalau nampak awak.. hahahaha....!!! HARAP TAK MAKLUM. 

*benci la kalau ade perasaan geram macam nie.. huhuu...


Thursday, April 14, 2011 14 comments

Ashraf Muslim Nak Bertunang!!

Dapat mesej dari nombor yang tak dikenali..berkerut-kerut dahi.. sape ni? hhmm mesej tu berbunyi begini..
"mek! Asyraf Muslim nak bertunang minggu depan!"



Woh????? Terkesima...! alorhhhh... melepas aku! hahahaha.. tak bley blah statement! saje je nak inform kat korang yang Asyraf Muslim aka Ustaz Amirul tu nak bertunang dah minggu depan.. aku doakan hubungan mereka nanti terus melekat sampai ke jinjang pelamin seterusnya hingga akhirat.. Woooh! ramai betul dah nak mendirikan rumah tangga.. aku ni bila lagi eak? Sabo..sabo... aku nak dapatkan degree dulu..


Dalam hati ni.. hancor hatiku... wah wah wah... saje je nak gempak.. tapi kalau aku nak ade laki, nak ciri-ciri macam Ustaz Amirul tu.. InsyaAllah kalau ade rezeki aku Allah pertemukan lah macam tu.. Ye..aku tau dan sedar sape aku nak demand lelaki bagus macam tu..sesuai ke? ahaks! tapi tu cuma impian..sape tak nak dapat laki ciri-ciri macam ustaz amirul tu kan? 


*Persoalannye masih ade ke lelaki begitu? hahahaha.. tepuk dada tanya iman la eah!

0 comments

LEPASKAN TENSION!

Tension jangan cakap lah! tahap cipan punye datok nenek! aku dah blur.. mata ni dah terbalik-balik nak ikotkan.. macam-macam dugaan sejak nak abis ni.. pergghhh!!! harap-harap aku kuatkan ati lah eak! eeemmm.. mak bapak aku macam paham plak.. dorang bawak aku gi proton city bawak dak mia chumel ni haaa... jalan-jalan cuci mate cuci poket jugak!!! huhhuhuuhuuu....

Okey jugak laaa.. malas nak cakap banyak jom layan gambar si genit!








dah penat dah tu..dalam kete dia lending plak!!


ouh... lupe nak cakap.. arini aku makan free... boss belanje makan KFC.. tamo jeles ye... nanti aku blanje korang eak! tu pun tunggu la time aku terase nak blaje dan kalau korang jumpe aku.. hahaha.. *nampak tak ikhlas...* hahaha... aku gurau jeee.... aku ley je blanje.. janji time tu aku tengah ade duit.. hihihi....

TQ bosss!!! hihihi...

*Nak buat macam mane..dah kesorangan.. nasib ade kawan baik.. Thnx pasha coz always with me!

Wednesday, April 13, 2011 14 comments

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

 


tu je kan? malas nak taip pape.. abg ben kate tak paksa kalau taknak.. hihihi..
2 comments

Aku Jumpe Blogger Famous Dengan Cara Unik!

Kepala aku dah pening, kepala lutut pun dah menggigil plus kecut perut dengan kerje yang berlambak taruk atas wa punya otak! wa buntu! wa tak tau nak wat ape der! *pengaruh tengok tv la ni!* tengok jam kat tangan dah kul 4 lebih. Maknanya dah nak balik! otak pun sedikit mereng dan aku terus online sat bukak blog hupdate mende-mende merapu..kihkihkih! tiba-tiba...

"rajin update blog?!" *ade orang tegor?* sepantas kilat perpusing 90 darjah! wo? KANTOI plak aku kali ni.. tapi nasib dengan customer..dia ni ntah berape kali aku tengok dia ulang alik masuk office aku ni..aku la tolong bukak pintu.. *apedehal? keje aku kan?* ahaks! ok! ok! smbung balik... aku tersenyum sambil menutup muke ckit2.. alololo.. malu konon! ye la dah kantoi! buatnye dia report kat bossshhh aku tak ke mampus?

Aku nampak dia lagi..ulang alik depan blakang...tapi kali ni aku pastikan aku dah tutup blog.. uh tak! aku hide je.. hihihi.. kali ni dia pulak tak nampak aku.. aku rase dia agak kompius bila dia tengok bertukar orang tempat aku duduk tadi.. *dari orang kecik tukar besar cikit..hihi..* Aku pulak perhatikan dia dari belakang.. hahaha..bila dia toleh..dalam hati aku.."ape hal pandang-pandang?" *cis! bongkaknye aku...hahaha* dia datang dan dia hulur surat. Terkesima sekejap. nak tau ape isi? tengok ni!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


MELOPONG aku jap! Sumpah terkejut! DIA ? hahaha... aku dah gelak kat situ sambil sengih-sengih..tak terkata melainkan ayat yang terkeluar.. "awk kenal la Ben Ashaari?" *bley plak itu yg aku tnye eak! hahaha* dia angguk and say that.. "kenal" *kompius dia..aku rase mesti dia ingat aku gile! lantak ko la bro...* hahahaha... dan dia sebenarnya adalah bro yg aku nak kenal time dia dgn abg ben ! patot muka familiar.. ensem jugak! hihihihi... muke aku panas je time tuh! malu koooootttt.. tapi akhirnye teka-teki berjawab bila dia bagi tau dimana mereka berada time abg ben ben boom ke Tjg Malim tu.. hiks! menyampah! kalau la aku tau lebih awal...

Aku teringat lagi comment bloger bila aku sedih sebab tak dpt jumpe dorang ni.. betul la cakap dorang..yang tak tau citer tu carik ye..jangan malas... ketuk kang! ggrrrrr...tau kenapa aku malu? malu laaaa!!!! aku je tau blog dia..dia bukan kenal aku pown.. omputih kate.. "confused make me creazy..." mungkin tu ayat yang sesuai untuk dia.. hihihi....orang cakap bro tu sombong..betol ke? aku tengok ok la..tapi ntah..tak kenal sangat pun..

*berani tulis ni sb aku tau dia tak baca blog aku..hihihi.. so, nak naik tanduk sikit tu tak pe kot!
2 comments

Banner Lagi! Kali ini untuk Cik Zue...

Setelah penat seharian kat office aku fikir malam kat umah nak rehat je. Tapi semuanye meleset bila aku nampak laptop aku kat atas katil tepi bantal tu. Mula la aku nak godek-godek mende alah dalam tu.. Ilham datang secara sukarela.. *ade ke?* jari jemari mula menekan-nekan papan kekunci.. waaahhh! aku tak suka la formal sangat nie! skema je.. dah la jawab soklan skema.. nak tulis diari online pun nak kene skema ke? hahaha.. tapi aku tak lupe.. ade cikgu cikgi yang menilai.. siap bagi markah kritikan.. hahahaha,.. tak kisah la cikgu.. asalkan cikgu suka masuk blog eyqa.. merepek dah! lari tajuk ni.. cikgu tolak lagi markah tak..?? ngee~~

Ok, sebenarnya nak tunjuk header bawah ni untuk cik zue .. dia ada wat permohonan untuk banner. wah! wah! permohonan you.. macam nak apply ape plak kan? macam formal je. tak de lah! sebenarnya cik zue menerima tawaran wat header dari eyqa. boleh tengok SINI tawaran tersebut dan hasilnye adalah seperti di bawah ni. Sebelum dan selepas. Hope cik zue suka..kalau ade sesiapa nak memberi komen dipersilakan.. :) 

sebelum...


selepas...


Pengunguman seterusnya adalah secara rasminya header di atas menjadi koleksi header blog eyqa ni.. *cakap macam keling je! jap eyqa jap aku!* nak mesra alam konon..huhuhu.. okey dah dah! nak gtau tu aje... nak tengok entry dan header boleh ke lable koleksi header eyqa eak! tapi tak banyak laaa... hihihi... *cakap macam banyak je.. huhu!*

17 comments

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH



AYAH..lelaki yang bernama ayah itu yang telah banyak mendidik aku. Dulu waktu kecil sedari aku lahir ,dia yang menguruskan aku segala-galanya di waktu malam kerana tak mahu menggangu ibu.

Dia telah mengajar aku erti berdikari. Dia biarkan aku pergi ke sekolah tadika seumur 5 tahun sendiri di hari pertama tanpa ditemani sesiapa pun. Dengan sikap ayah sedemikian, hari ini aku menjadi seorang yang berani.

Aku bangga dapat naik ke pentas bersama ayah untuk menerima anugerah pelajar terbaik dalam pelajaran masa tingkatan 5. Ayah mencium dahi aku.Bergenang air matanya. Aku bersyukur dapat membanggakannya.

Hari ini, ketika aku melanjutkan pelajaran di menara gading, ketika aku mengikat perut kerana tiada duit, tapi naluri seorang ayah, dia tahu yang aku tiada duit. Dia hulurkan wang walaupun aku tahu dalam poketnya tak seberapa. Dia meredah hujan dan panas untuk naik motor ke tempat kerja semata-mata menyimpan wang untuk aku TERIMA KASIH AYAH! ;(

1, 2, 3,done! bawah ni jawapan no 4!

1st eyqa lum kawin dan tak tahu cara terbaik. Tapi yang eyqa tahu, ayah eyqa didik eyqa dengan selindungkan segala kemewahan dan mengajar eyqa erti berdikari. Tak pernah bagi muka dalam semua bab. Dia amat tegas dalam pelajaran dan ketegasannya itu menjadikan aku MANUSIA.

*angah sayang ayah!
0 comments

Second Time!!! check URL anda..

okey..ni adalah senarai yang kedua penyertaan contest eyqa.. hope jika ada lagi yang nak join segera join yep! sebab eyqa ingat nak tutup awal coz takut bermasalah untuk eyqa menghubungi anda sekiranya anda menang... tolong check yep.. sebelum eyqa wat double check coz eyqa hanya akan check melaui entry eyqa ni.. ;) hope tak de masalah ok..

http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-paling-chumel.html
http://vanillapandabearain.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-paling-chumel.html
http://bdarksepet.blogspot.com/
http://inisayapunyacerita.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-paling-chumel.html
http://wrose88.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-paling-chumel.html
http://butterflieslife.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-paling-chumel.html
http://talktellshare.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-paling-chumel.html
http://ceritajzmnjmla.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-paling-chumel.html
http://cumaakudankamoo.blogspot.com/2011/04/contest-gambar-paling-chumel.html

 *rajinkan untuk check supaya anda tak ketinggalan ok? hihi..
3 comments

Setiausaha Penyebab Organisasi Lumpuh!

Betul la orang cakap.. *wuufff! eksaited benau la aku nak taip sampai lupe nak bagi salam.* Assalamualaikum.. nak gitau nieh.. betul la ape orang cakap.. yang setiausaha ni adalah orang yang kedua penting dalam sesebuah organisasi selepas pengarah. Bila setiausaha tak ade mau kelam kabut office tu.. betul tak? situasi aku begitu sekarang.

Aku di tempat aku praktikal sekarang ni menjalani latihan industri sebagai pembantu setiausaha pengarah. Baru dua hari beliau tiada di office dan 3 hari aku menggantkan tempat PA pengarah aku dah blur dan terase nak menagis pun ade. Tapi aku kuatkan hati sebab aku rasa aku bakal tempuh menda-menda yang lebih dasyat lagi. *kaber line laaaa..takkan nak nagish tol?*

Setakat kene "ape awk ni buat kerja".... "takkan tu pun awak tak tahu".... "ehh! awak tak boleh kata tak tahu..awak mesti tau!"... ni contoh je... tapi ayat-ayat tu untuk orang yang baru belajar macam aku mesti touching beb..ayah aku pesan.. "itu lah adab orang nak belajo.." ok aku trima.. huhuhu...!

Huru-hara kalau setiausaha dan PA tak ade! mau pincang pejabat sebab orang yang penting menyimpan rahsia sulit pejabat tu tak de.. dengan aku-aku jadi mangsa... fuuh! nak ikut kan tobat nasuha aku..tapi mengenangkan selepas ni kerjaya aku bakal jadi SETIAUSAHA macam ni..so, aku cekal kan hati..

*hhhmm ade yang amik kos macam aku?
2 comments

SELAMAT TINGGAL BEN ASHAARI


Selamat Tinggal..untuk segmen penutup ni.. lambat pon join jugak!
Tuesday, April 12, 2011 5 comments

Nak Kahwin Tapi Takut Bila Menjadi Bapa. Macam mana tu?

Ade persoalan yang aku terfikir. Nak kahwin tapi tak nak tanggung resiko. Macam mana tu? Ade la ayat yang aku terima seorang berkata pada aku... yang dia suka nak kawin tetapi ngeri bila mengingatkan tanggungjawab yang nak dipikul sebagai suami. Nak pulak bila dah ade anak. Aku blur dan blur. Kenapa? Semua lelaki fikir macam tu ke? aku jadi takut pulak nak kawin. Tau sebab ape? sebab takut dapat lelaki yang merampus-rampus tak nak tolong aku uruskan rumah tangga... Aku pulak yang ngerinye tau!

Tapi aku respect kat ayah aku.. ibu aku cakap, masa kami adik beradik kecil, time malam bila kami menangis nak susu or lampin basah, ayah yang akan bangun uruskan kami. Dia jugak pesan pada ibu "ina tak payah bagun la kalau anak nangis, biar abang yang urus" ffuuuhh!! tabik spring kat bapak aku nie! biasenye aku jumpe orang lelaki ni bila dorang nak tido, tak de nye dia kisah hal bini dia. Dia lebih suka nak tidur je dari melayan anak menangis. Lazimnya ayat yang keluar "awak ni..tak dengar ke anak menangis tu? abg nak tidur ni! sok kerja.." cis! merungut-rungut! si isteri ni pun bangun la jugak sebab kesian kat anak tu menangis.

Aku macam tak percaya pada mulanya dengar mak aku cakap tu. Tapi aku mula percaya bila mak aku tunjukkan gambar ayah mandikan kami. Tidurkan kami. Seorang demi seorang ibu tunjuk gambar tu. Ayah seorang yang sukakan bayi. Lebih menguatkan kepercayaan aku bila kami ada baby baru. Ibu ayah ambil anak angkat yang usianya baru 4 hari.

Aku sendiri tengok, ayah yang bangun pagi-pagi buatkan susu baby mia, ayah yang mandikan baby mia dan ayah jugak la yang tidur dan bawak dia bersiar-siar. Sekarang ni, baby mia walaupun kene marah dengan ayah sebab nakal, tapi dia tetap pergi jumpa ayah minta dipujuk. Tengok! betapa dia sayangkan ayah kerana menguruskan dia setiap hari yang kini berusia setahun 6 bulan. Lelaki lain boleh?

sekarang mia dah besar!! 

tengok! nak ayah jugak yang dukung.. hihihi...

Monday, April 11, 2011 14 comments

Budak Zaman Sekarang Tak Tahu Malu!

TERKESIMA! tu ayat yang boleh aku ungkapkan. Aku dah naik bas ke tempat kerja hampir 6 bulan. Dalam masa 6 bulan tu, macam-macam gelagat aku jumpe. contoh macam gambar di bawah ni. Tentang anak-anak gadis dan teruna masa kini. Cis! bahasa skema. Tak suka lah! tak mesra alam. Aku nak bagi selesa dan semua orang boleh membayangkan apa yang aku bayang.

Sampai kat stesen bas aku terpandang 3 pasangan yang berkepit. Laki bini tu lantak lah! Tapi ni budak sekolah. Si pompuan pakai tudung sekolah yang bercelana..ups! silap! -.-" berlencana. Hadoi!! dah la berkepit macam pasangan bercinta kat Bali! okey boleh nampak gambaran tu? berkepit tang pinggang, kepala, tangan. Pergh! panas je aku tengok. Tak payah la nak berpeluk-peluk kat situ.. geli tau! fadup je aku tengoknye. Kalau adik aku macam tu memang aku sekeh-sekeh kepala dorang sampai naik telor atas kepala tau! biar macam flowerhorn!




Agaknye orang yang kat stesen bas tu pun naik juling bijik mate tengok gelagat dorang ni kan? Aku naaaaak je pergi kat situ dan jerit " KORANG INGAT NI TEMPAT MAKSIAT KE WOI! " tapi tu laah! aku ni hanya insan biasa. Hanya mampu menanganinya dengan niat memperingati kepada yang lain dan beristighfar. Adik-adik sekalian, jangan buat mende tak senonoh yep.. kalau rase nak conteng arang kat muka ibu bapa, nak mereka tanggung malu, buat lah! tak cium bau syurga korang tau..! Dan kepada mereka-mereka yang lain, berpesan-pesan lah okey? Berbatas la pergaulan tu. Jangan sampai mengundang jijik di hati dan di mata orang yang melihat perbuatan anda. Nak buat dosa jangan nak melibatkan orang lain okey?

*gambar tak clear? biase laa... gambar curik! paparazi pun gambar bukan clear mcm org buat photoshot btol? ahaks!
6 comments

Rasminya Header Tersebut Untuk NiSha

Banner lagi? mesti korang dah muak kan dengan banner-banner aku? ahahahaha.. silakan ke toilet untuk muntah okey. Jangan nak keluarkan segala virus-sirus cinta ko kat sini kat blog aku ni.. terhina rasa tau tak! ahaks! saje je mengisi masa lapang.. okey, yang ni banner semalam. Separa siap sebab tak ade pic tuan punye blog. So, tuan punye blog dah emailkan pic beliau dan sekarang ni aku nak tunjuk hasil kerja setelah meletakkan pic beliau dan selepas permintaan beliau tentang kasut.

Yes! aku suka pendapat nisha ni.. dengan senang hati aku mengubahnya.. hihihi...hope nisha suka. Sory ye kalau header ni tak memenuhi kehendak nisha. Dengan rasminya nisha punye banner ini menjadi koleksi banner-banner aku di blog..hihihihihi... bila ada permintaan dan kepercayaan mereka beri untuk aku buat banner mereka, aku mula memikirkan hala tuju aku dengan blog aku nih! ce teka! ce teka apa aku nak wat? 

hahaha... mula lah tu! ingat aku nak jual la tu! okey.. aku bukan nak jual coz aku bukannye kreatif dan terlalu baru ibarat budak lahir tak cukup umur...so, i just want to making a collection banner in my blog. Walaupun sedikit, tapi aku yakin one day mesti aku dapat mengumpul banner-banner dengan banyak hasil buatan aku sendiri. 

SEBELUM

SELEPAS

Kalau korang tak suka boleh keluar dari blog aku dengan senang hati ye. Jangan pulak keluar dengan sumpah seranah, nanti korang yang rugi. Berat pulak bahu aku belah kanan kang... yelah! banyak pahala masuk! hihihihihi.. gurau je ye.. jangan amik serius. Tapi jangan salah sangka, aku nak buat ni sambil-sambil je..dari aku dok buat mende tak paedah baik aku tonjolkan minat ni kan.. bley la aku nampak hala tuju sebenar aku dengan blog ni. Bukan sekadar bicara kosong tetapi ade input! betol tak? kalau betul, kasi jatuh u punya kapla! hahahaha... cau! cau! merepek sudah ni!

*dah dapat mencari hala tuju blog... ;)
Sunday, April 10, 2011 8 comments

JOM TENGOK HEADER LAGI..

Assalamualaikum. minta maaf kepada pembaca tegar yang bising kerana tak hudate blog.. ahaks! ade ke? ade la seinci dua.. hihihihi.... kenapa eyqa tak update? semestinya jawapan pertama tak de berukband.. kedua busy sebab saudara mara berkunjung ke rumah..*maklumla fames!* ok aku tipu! hhhmmmm... kembali hari ini nak tunjuk sesuatu.. bukak mate beso-beso okey.. jangan gatal nak mengadu tak nampak.. ade yang kene tampo lelaju kang... *tak la aku guwau jeee....* lex.. cool.. chill.. okey? jom tengok header bawah nie... cun tak?


okey.. ni banner untuk NiSha.. baru wat.. tak tahu la dia suka or not.. tapi aku wat ni mengikut kehendak dan pandangan aku setelah jenguk blog dia yang colour pink gitu.. *ramai jugak suke pink eak!* banner beliau ni tak siap lagi.. baru separa siap... nak gambar dari tuan punye blog untuk dimuatkan dalam blog.. dan jugak nak minta pandangan tuan blog.. kalau dia nak tukar, banner di atas akan jadi milik orang lain..ahaks! *tukar tangan tak perlu sudah-sudah seperti nak tukar harta* hiks!

Komen diperlukan untuk menaik taraf.. *ewah! macam nak naik taraf banggunan.. hahaha* untuk penambahbaikkan okey? *skema*

*membantu..kepada yang ingin dibantu.. ;)

 
;