Tuesday, June 21, 2011 1 comments

Lirik & Download Berubah - Ery Putra & Reen Rahim (OST Nora Elena)

Sambil edit custom picture my sis wedding sempat jugak nak update blog kejap. Jari ni memang gatal. Kalau tak menaip sehari meronta-ronta macam budak kecik! *kompius besar ni.. macam mana jari meronta-ronta?? Jom layan lagu daripada ost Nora Elena yang menjadi igauan ramai. nak download tekan SINI. Lirik? mestilah disediakan..kat bawah ni.. :D


P: Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah 
Apakah salahku

Erry Putra & Reen Rahim (OST Nora Elena)

*bab jiwang aku lah nombor satu.. hahaha..
0 comments

Gambar Perkahwinan & Entry Last Minggu Ini..

Mood sedih ni..malam ni last post untuk minggu ni sebab aku nak balik umah da.. umah aku line broadband tak ok.. tak boleh nak cakap ape laa..nak ke Cyber Cafe, kene start motor dulu or kayuh basikal laju-laju..kalau nak best sikit naik bas..tapi berkuah ketiak menunggu bas kat tempat yang panas tu..isk! kalau bernasib baik, bodek ayah boleh la dia hantar kejap siap pakej lengkap dengan wang saku... *$$$ ssambil tersengih-sengih... erkk.. hhmmm dapat bayangkan tak?

Untuk last post ni tak de input sangat pun. Tapi just nak share pic-pic yang aku edit untuk perkahwinan kakak aku 6 june yang lepas. Gambar yang aku edit ni tak cantik mane laa..sebab aku bukan photographer profesional.. junior pun tak.. newbie pun tak.. ni suka suki hati aku je... hihihihi..








tapi nanti bila sempat curik masa, aku akan update blog eah.. janji tunggu tau!!!!! tak tunggu nak merajuk lelame.. *dalam hati dorang mungutuk aku kaw2 punye kat aku.. oohh my dear.. tak mo la macam tu... bukan tak mo update.. kan? :)

Sebelum pape, sok aku ade exam. Final tau.. so, mengharapkan korang mendoakan aku selamat menjawab dan doakan supaya selamat aku sampai kat rumah sok yep! terima kasih sudi bace... weee.. ;)
Monday, June 20, 2011 9 comments

Silap Besar Bila Stop Berblog

Just nak share. Dulu masa mula berblog, memang tak henti-henti post kat blog. Paling kurang pun satu hari satu entry. Seboleh-bolehnye memang tak mahu miss satu hari pun..walaupun kite sendiri yang baca blog kite tiap2 hari.. *hoh! pecah tembelang! ye laaa.. masa 1st2 dulu mane ade followers kan?

Sampai satu tahap berkat rajin dulu tu, banyak manfaat yang aku dapat. Aku bertambah rakan, bertambah kenalan, bertambah ilmu, bertambah pengetahuan tentang blog, nuff, trafik ape bagai tu.. sume lah bertambah! p/s! duit pun bertambah..$$.. aiyok! tu sampingan ye.. kang ade pulak cakap aku blogger mata duitan.. tak ye.. tak mo cakap gi tu tak mo k..babap kang... * da tunjuk jari telunjuk nih!

Tapi ade jugak sampai satu tahap hilang semuanya. Setelah lame berblog, stand atas blog sendiri macam sekarang, ade pulak yang cakap "lepas eyqa jadi blogger,perangai eyqa..bla~bla~bla~" tak payah la cakap kenapa kan..sedih pedih letih ingat semua tu. Stop berblog sekejap. Lame jugak.. sampai idea kering kontang kat otak ni. Habuk pun tarak! Minat kat blog pun dah hilang. Tak de feel macam sekarang.

Lepas tu bila kita nak berblog balik banyak kesan sampingan yang boleh jadi tau. contoh:
  • followers ada, tapi pembaca lari.. faham? dia buat derk je naik name kite kat dashboard pun..
  • Tertinggal pelbagai benda baru dalam blogging. *contoh segmen best2..GA, gathering, segala tu..
  • Idea nak berblog hilang serta merta sebab jauh ketinggalan. Tak tahu isi terbaru contoh macam sekarang hackers tu... *aku pun lambat tau.. sadis!
  • Newbie melangkah lebih jauh menyebabkan kite tergaru-garu kepala kejap.
  • Nak masuk line blogging balik pun tetiba menjadi segan silu.
Banyak! tu antara perasaan aku bila aku stop berblog dan berblogging semula. Kalau blogger famous macam zack tu tak payah cakap laaa.. bukan dia yang cari orang, tapi orang yang cari dia.. tu jangan ikut ye.. melainkan anda blogger famous.. eyqa? tanye je kat sesiape.. kompom tak kenal.. :') tak pe laaa.. tujuan berblog bukan untuk terkenal kan? kalau terkenal tu bonus namenye.. Dah laa.. tak larat.. mate dah berkaler-kaler.. serupa macam pelangi dah! ngantuk.. sleeptight.. wawawa... *hhmm -.-" ZzZzZ


2 comments

Terhenti Di Sini - Asfan

Pepagi ni melayan lagu mendayu-dayu pun syok jugak kan? Jom lah layan lagu populer satu ni.. dek kerana Nora Elena punye cerita abis aku menjiwang 24 hours.. sape nak tanggung ni?? tuan director??? ahaks! jawab lah sendirik.. jom download kat SINI.. dan lirik kat bawah ni.. 

Cara nak layan mood feeling lagu ni.. pejam mate rapat-rapat lepas tu pasang headphone or earphone korang. Baring kat katil or.. baring kat buaian.. bukan buaian bayi ye.. harap maklum. Dah beso panjang nak naik buaian bayi parah la jawabnye.. dah! dah! jom.. :D  TERHENTI DISINI : ASFAN



Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

*amacam?? dapat feel tak??? 
4 comments

Octove Vs Dr. Love

Dah pagi tapi jari ni masih lagi aktif nak menari atas laptop. Kalaulah diikat meronta-ronta minta lepas. Nak buat macam mane kan? Lepaskan aje biar dia bergerak bebas sambil menaip2 pe benda nye.. To DR LOVE! sebab beliau lah aku tak boleh tidur.. mata kuyu jadi lebih giat memandang screen laptop sebab beliau memperkenalkan aku dengan Octove.com. *lariikkkk!!!

Tanpa membuang masa terus lah menghapdate blog kan? penemuan baru untuk aku tapi dah basi bagi orang lain.. *ade aku kisah? Asalkan aku dah ade sekarang ni..kau bising-bising kau ado? hihihi.. thanks ye Dr Love.. * tersenyum2 malu.. aiseh!

Ape benda Octove.com ni korang boleh click SINI untuk tahu lebih lanjut. Kalau tanya aku harrrreeemmm aku nak jawab sebab aku pun baru buat sign up benda alah ni. Nampak macam menyeronokkan.. ahaks! lepas ni melambak-lambak la table tab aku kat laptop setiap kali online.. blog, facebook, twitter, gmail, YM, octove *pun dah dalam list dah... *tersenyum sambil mengeser2 dua belah tapak tangan...

Dah terlanjur buat entry menghapdate mende alah ni..nak jugak la masukkan sekeping dua gambar..tapi bila difikir-fikir elok satu aje lah memandangkan line broadband pun mengalahkan siput merayap lambatnye. Gambar ni adalah gambar perkahwinan my sis pada 6 June hari tu. Ade lah pic ni yang aku edit nak tunjuk bakat aku yang tak kreatif mengedit gambar.. hmmm...




cantik ke tak??? cepat hangguk!! *sampai jugak tapak kasut kat muke aku ni kang.. ish.. satu je gambarnye..tak payah scroll lagi.. memang tak ade dah.. tinggal komen je yek.. tu pun kalau sudi la.. kalau malas tekan je bucu tu.. :')
7 comments

Berpurdah? Wajib @ Sunat?

Assalamualaikum.. waaa.. lame dah tak mula entry dengan mendoakan orang ni *nampak sangat jahilnye isk! Semoga pembaca entry hari ini mendapat hidayah. *alhamdulillah.. Erm, nampak pelik ye aku? *geleng-geleng kepala untuk mulakan tajuk hari ni. Ada beberapa sahabat, blogger, bertanyakan adakah aku berpurdah? kenapa pakai purdah? Apakah sebab seseorang itu berpurdah? Bertubi-tubi soalan yang diusul dan selalu sangat orang tanye. 

Penat nak jawab sebenarnya. Kalau 15 orang tanya 15 kali la aku kene repeat bende yang sama. Nak jawab ni! nak jawab ni! perhatian kejap eah.. Ok di bawah ni adalah pic profile FB aku yang menghantui blogger dan chatter samada aku ni sebenarnya berpurdah ke tidak! Siapa disebalik purdah ni dan macam-macam lagi... *sambil mengesat peluh di dahi.. urk!




Adakah aku berpurdah?
aku sebenarnya tak berpurdah pun. Niat di hati tu ada. Tapi suatu hari nanti mungkin. Tak la dalam masa terdekat ni. Tapi jika diizinkan Allah memang nak pun. 

Adakah gambar dalam FB aku tu gambar aku?
Yup! tu memang aslinya muka aku berpurdah. Tak cilok orang punye gambar k... tapi kalau korang nak cilok pic aku tu kene gitau dulu lah! walaupun tak nampak muke aku, tapi tu hak aku ok?? jelas?? 

Kenapa letak gambar berpurdah?
Sebab aku nak elakkan dari menjadi fitnah. Korang tak nampak ke laki-laki suka kutuk cara perempuan ambil gambar dan update dalam FB? So, ini cara aku utk elakkan dari aku difitnah sedemikian. Selain itu, aku pernah menerima komen gambar yang "menggelikan" aku untuk baca. Berunsur komen yang tak baik dan komen tu jelas boleh menimbulkan fitnah dan jugak ghairah.

Apa hukum berpurdah?
Hukum berpurdah adalah sunat ye.. sebab?  ia adalah pakaian isteri para Nabi.

Ada beberapa hamba Allah mengatakan bahawa " purdah hanya dipakai oleh orang-orang yang cantik saja" aku dengar tergelak kecil. *sambil tutup mulut.. ececece... aku bertanya pulak setelah berfikir sejenak erm... "orang yang tak cantik tak boleh pakai purdah la ye? macam mana kalau wajah yang tak cantik tu diperkotak katik ataupun diejek? bukankah perlu berpurdah untuk elakkan dari dia malu?" mereka semua tergelak sakan dengar ape yang aku cakap tapi mengangguk tanda bersetuju ye tak?

Rasionalnya purdah ni boleh dipakai sesiapa saja yang berniat untuk berpurdah. Bukan hanya pada orang yang cantik atau hanya pada yang sebaliknya. Cuma, jadi wajib pakai sekiranya dengan wajahnya menyebabkan dia digilai ramai.

Contohnye... Ada seorang ustaz telah menikahi seorang gadis rupawan yang merupakan seorang ustazah. Subahanallah, sesiapa sahaja yang melihat pasti terpikat. Apabila telah berlakunya akad nikah, abang kepada si lelaki (ustaz) telah jatuh hati kepada perempuan yang baru adiknya nikahi atas kerana wajahnya yang cantik sempurna. Oleh yang demikian, perempuan tersebut telah memakai purdah untuk mengelakkan daripada timbul fitnah serta utk mengelakkan dari perasaan cinta membuak-buak lahir dari hati si abang ipar.

Jelas? aku cuma boleh memberikan sekadar pandangan.. Masing-masing ada cara pemikiran sendiri.. :)
Sunday, June 19, 2011 8 comments

Mood Blogger Dipengaruhi Hal Demikian

Am I Right??? Mood blogger boleh hilang untuk update blog jika..

  • Line broadband lembap macam labi-labi
  • Laptop menghadapi masalah cth rosak screen
  • Benda-benda yang nak di'upload pic or video "failed"
  • Tertinggal charger laptop
  • Tiada sebarang isu yang ingin dibangkitkan
  • Idea hilang secara tiba-tiba
  • Perut berbunyi-bunyi tanda lapar tahap gaban
  • Sakit kepala, runsing, pening dan seangkatan dengannya
  • Mengantuk keterlaluan sehingga mata sama seperti ikan dipasar
  • Diganggu ketika sedang menaip entry

Tulah sebab kenapa payah sangat aku nak update blog. Korang pun macam tu ke? Atau ada sebab lain?
0 comments

Kenangan. Mana Satu Tuan Belog Ni?

Tak lama lagi dah habis da shortsem. Lepas ni tak dok asrama la lagi. Kene duduk luar. Entah macam mana ragam pulak dengan keadaan duduk di luar. Kalau dalam asrama sentiasa dihantui dengan warden, senior, makcik kafe, makanan, biawak, charlee, monyet, lipan, ulat gonggok *serupa zoo wa tengok!

Kat luar pulak mesti la berkaitan dengan orang kampung dan segala macam binatang contoh lembu, kambing, beruk dan macam-macam lagi lah! So, nikmati sepuas-puasnya kenangan dalam asrama di PSIS..nak pulak aku pun dah last sem. Mesti lepas ni rindu kat poli kan? *pejam mata, juihkan bibir sambil geleng lelaju. 

Jom tengok gambar yang sempat disnap kenangan bersama pelajar shortsem. Kenapa buat shortsem jangan ditanya kalau tak nak ade yang dapat siku ok? *berbulu kucing aku bila ditanya kenapa kat poli sekarang... ggrrrr...

Mane satu aku??? cepat carik!!!! Pemenang akan mendapat hadiah penginapan di rumah sendiri selama seumur hidup! hahaha...







YES!!! NI LA TUAN PUNYE BELOG!
Aku pasti merindukan kenangan bersame selama kita shortsem. Kenangan berlapar kerana kafe tutup, ulang-alik naik kereta pergi belakang pantai semata-mata cari makan, berjalan kaki ke hadapan angkut delivery pakcik yang agak m****.. terkena dengan prabet sapu yang mencekik darah! Tak lupa.. walaupun pahit ku kenangi jua.. *cewah!
2 comments

Itulah Sahabat!

Kalau dah datang mood nak berblog, semua kerja jadi kelam kabut. Kawan dah jeling-jeling menyampah tak dapat nak berkongsi cerita baru. Bila nak bercerita, suruh buka blog. Kawan tarik muncung 16 inci cebik bibir mengalahkan donal duck! Hati mula rase runsing sebab risau kawan merajuk. Pakwe merajuk lantakkan!! kawan merajuk sedih pulak rase. Nak tahu kenapa?

  • Sahabat sejati tu, bila terasa hati lebih payah dipujuk.
  • Sahabat tu bila dah tak suka kita, kita akan terase lonely sangat.
  • Sahabat tu tak ada perkataan putus dalam kamus.
  • Sahabat tu tempat kita mengadu segala macam cerita
  • Sahabat tu lebih istimewa sebenarnya berbanding kekasih *kapel anda
kerana? sahabat yang baik sentiasa ingin memperbetulkan sahabatnya. Sentiasa berada dalam susah dan senang dan tak ada perkataan putus sahabat. Jadi, sayangilah sahabat anda seperti anda menyayangi diri anda. Doa seorang sahabat adalah mujarab selagi tidak dikhabarkan kepadanya doa itu. Anda ada sahabat?
4 comments

Some Words Make Me touch...

Someone give me some "words".. make me touch...in my heart...

"Aku bukan orang yang hebat tapi aku tetapi mahu belajar dari orang-orang yg hebat . Aku adalah orang biasa tetapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa . Dan aku bukan lah orang yang istimewa tetapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa..."
Tiba-tiba terasa nak menyanyi lagu... teringat Nashrin Mentor... lagu "Fobia Cinta"... urk..
".....bukan aku tak sudi bersama... cuma diri tak sanggup terluka... dulu terlalu percaya.. tak sangka... aku mangsa... fobia cinta...lalala..."
Ape yang aku nak buat ni..??? tutup muke sambil geleng kepale laju-laju...intai-intai lappy yang agak comel.. *tangan ke bahu mata pandang ke atas ..Pesan pada diri... eyqa jangan nak menggedik.. nanti orang menyampah... *tetiba terdiam kaku sambil tunduk menguis lantai. *UUh! ayat novel...*jangan panjat terlalu tinggi, bila kamu jatuh, kamu akan terasa sakit.

*jangan berharap terlalu sangat, bila tak dapat kamu akan pedih..
2 comments

Wanita Harus Waspada!

Harini macam hot je topik pasal pompuan kan? Pesanan untuk wanita... *termasuk aku sebab aku pun wanita jugak ye... sebelum lelaki menggerlarkan perkataan yang tak senonoh macam betina, perempuan *etc segala macam... jom senaraikan ape sebenarnya yang buat lelaki *benci perangai perempuan. *uhuks!

  • Gelak besar-besar di khalayak ramai.. *kalau aku pun aku sekeh sorang2.. malu lah gelak kuat2!
  • Berpakaian sendat contoh pakai leggings pastu bertudung! *tak sesuai ye adik2... jangan ikut!
  • Ambil gambar dengan muka yang gedik sehingga menimbulkan meluat.. ccciiitttt! 
  • Manje terlampau..merengek-rengek mengalahkan bayi depan orang ramai... *geleng kepala laju-laju
  • Menarik perhatian jejaka jejaka konon tampan dengan bersuara lantang...*seberang laut pun boleh dengar
  • Jalan lenggang lenggok sehingga lelaki tertarik untuk pandang pinggang ke bawah.. *urk?
  • Jalan mendada menunjukkan gunung yang lelaki tak ade.. *malu siot..
  • Berpakaian nipis sehingga menunjukkan tali bra. *oushh.. tak patut laaa.. 
  • Make up berlebihan terutama kat mate eye shadow sampai kat kening ...*macam badut pun ade..
  • Menggunakan perkataan yang merosakkan bahasa *mewluat *dewmam *euuwwwsss *shayunk 
buat mase ni tu dulu lah. Aku tak perfect tetapi cuba sedaya upaya memberikan garis panduan untuk anda semua menilai diri anda. Adalah anda ada ciri di atas? kalau ada, waspada sebab anda adalah bahan umpatan lelaki yang sangat memalukan. Bukan tu saja, anda memberi contoh pada semua lapisan masyarakat. 

Bukan lelaki je... aku tengok pun kadang-kadang meluat. Ditegur terus berpaling, mata jeling-jeling bagai nak juling aku tengok. Muka tarik seribu..selalu macam tu nanti elok muke lawa, setaraf pulak dengan opah aku. Opah aku pun cantik lagi. See?? jangan biarkan maruah anda dipijak. 

Lelaki ni jahat macam mana pun mereka, tanyalah..perempuan jenis mana yang mereka mahu untuk jadi pendamping mereka kelak. *think yep....
Saturday, June 18, 2011 14 comments

Berubah Sekiranya Tak Mahu Dicemuh!

Berhubung dengan entry eyqa yang sebelum ni ramai je yang nak bersuara setelah entry tersebut di post kan. Entry tu sebenarnya bukan menentang apa yang ditegur oleh beliau. Tak sama sekali. Malah respect kepada beliau kerana teguran tu memang kene tepat pada batang hidung si wanita yang bercirikan apa yang disebut dalam "note" tu. Harap mereka sedar ape yang dipersoalkan dan dikritikkan.

NAMUN... *caps lock disitu ye.. NAMUN tegurlah secara berhemah tanpa perlu meletakkan perkataan-perkataan yang teruk yang tak sepatutnya. Tak perlu la sampai nak memaki bagai. Tahu, marah... geram... tapi ape kata kalau menulis dengan perkataan yang pedas tetapi berlapik. Kan lebih indah.. betul?

Wanita-wanita sekalian... Tolong la. Dah tengok kritikan tu harap ia sangat membina dan membuka mata seluas-luasnya. Jangan nak syok sendiri. Ketahuilah kalau lelaki dah tegur sampai maki bagai memang amat memalukan. Eyqa tegur sebab eyqa perempuan. Kaum sejenis eyqa yang ditegur. Apa yang ditegur tolong *take note.. 

Yep.. memang kubur lain-lain..tapi bila disoal dalam kubur tu kalau tak petik name kami tak pe..nanti salahkan sahabat, ibu bapa, adik beradik kerana tidak menegur. Secara berlapik eyqaa tegur. TOLONG...

Sama-sama memperbaiki diri dan eyqa menulis bukan sekadar menuding jari atau menyebelah mana-mana pihak. Sama-sama memperbetulkan diri entry ini termasuk memperingatkan eyqa sendiri. Mungkin benar kata segelintir blogger..setelah dikeji macam tu, baru nak buka mata kerana malu. Please...malu k..maruah kamu diperkotak katik. kamu tak rase begitu  ke?

*Eyqa hanya menegur..kamu sendiri lebih mengetahui apa yang kamu lakukan. Hiduplah untuk beramal. 
0 comments

Jom Berkenalan Dengan Blogger ni... *Newbie

Jom buat senaman pepagi ni! Letop kepala kiri kanan..betulkan segala urat yang tegang akibat silap tidur.. yes! loncat-loncat sikit..biar tenaga keluar...Kepala ringan tak? *melampau dalam entry nak wat gitu..! Jom teruskan membaca entry terbaru. Hari ni mood menaip agak memberangsangkan. Laju jejari menekan-nekan keyboard dan idea pun mencurah-curah setelah menstalker entry-entry orang.. *kantoi di situ.. ok aku tipu!

Bersengkang mata..*yelah sangat! jom tengok seorang lagi newbie dalam blogging ni. Baru lepas membantu beliau meng'upgrade lagi blog..ape yang tak de, di adakan...mengikut citerasa beliau. Header beliau dah siap dan dah dipasangkan pun! ewaaahhh~~ tersenyum sumbing sambil menaip! tak gitu? citt!



cun tak??? cepat angguk!! kalau tak out! *gulp! aku gurau... ade jugak yang dapat free2 je pelempang kang...adusss... gurau laa..gurau... tak best jugak kalau serius aje.. entry macam nak bagi kaki je kan? kite blogger kene pandai bermain dengan emosi ye.. *menaip sambil terangguk-angguk dan memejamkan mata..

Jom bagi sokongan sebagai newbie pada blogger baru nanie nassir...tamo sombong-sombong k... ;) eratkan ukhwah sesama blogger... :)
13 comments

Kejamnya Penghinaan Lelaki Untuk Wanita..Nauzubillah!

Nauzubillah...aku cuma mampu menggeleng kepala...tak sanggup nak baca sampai habis... Memang la orang cakap lelaki ni kalau dah mengutuk lebih dari perempuan lagaknye. Orang cakap perempuan ni kuat mengutuk, kuat mengumpat. Tapi rupe-rupenye lelaki lebih hebat ye? tak percaya? tengok bawah ni...*double click utk tumbesaran..





benar, ada benda yang betul beliau berbicara seperti di atas. Tetapi tak semua perempuan macam tu. Jangan lah sampai tulis tak berlapik. Betul bila niat hati kita sebenarnya nak menegur. Tetapi kalau dah macam kat atas ni caranya dah salah dah tu. Memaki hamun, menghina, mengata sesuka hati.. Kalau ianya adalah nasihat, patut berunsur sesuatu yang baik. Perkataan-perkataan yang positif. Bukannya dengan ayat yang kurang ajar macam ni.

Bayangkan...kau mengutuk kaw2 punye ko bagi sampai tak de satu pun ko nak bagi ayat positif. Yang kau nampak cuma keburukan yang "perlu" engkau maki *bagi kau!. Bayangkan ye... keluarga kau macam mane? Buatnye Allah nak balas dengan cara  ahli keluarga kau yang berperangai sedemikian. Mungkin adik, mungkin kakak, mungkin bini kau..tak pun mungkin anak kau..tak fikir? Cakap berhemah la saudara. Jangan ikut sedap mulut saja. 

Page atas ni sebahagian sahaja. Nak tahu lebih lanjut boleh la korang pergi kat link yang aku dah bagi ni. Pompuan yang agak-agak baran tak usah la baca. Kang ade yang laptop kene pijak sebab geram baca ayat yang mereka ni tulis. Komenter2 pun tak kurang hebatnye mengkritik. Panas jugak la note tu... 

*yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.
*wahai semua yang bergelar wanita, jagalah aurat kamu supaya kamu tidak dihina seperti ini.

0 comments

Nukilan Hari Bapa



Ayah..
Sewaktu kecil,sedari aku lahir suara mu, ku terdegar gemersik mengalunkan iqamah..membiarkan aku dekat dengan Pencipta kita...

Ayah...
Sewaktu aku mula menapak, selalu ayah yang mengajar aku bertatih sedari aku tak pandai berkata sehinggalah aku pandai membaca, mengira, dan sebagainya...

Ayah...
Tak pernah dirimu lokek dengan wang..walaupun ayah susah, walaupun ayah terpaksa mengikat perut..itu semuanya kerana ingin melihat aku berjaya...tanpa mengeluh, ayah mengeluatkan not-not wang dengan senyuman...

Ayah...
Waktu aku bersedih, ayah selalu dekat dengan aku.. memeluk ku...mengusap kepala ku, membisikkan kata semangat...mendoakan kesejahteraan ku...tanpa jemu..

Ayah..
Sewaktu aku menatap wajah mu, aku dapat merasa bahawa peritnya dirimu mengharungi pelbagai dugaan..pelbagai tomahan yang dikau terima sedang aku membesar dimatamu..semuanya kerana kerenahku...

Ayah..
Sewaktu aku sakit, ayah bersama ibu menjaga ku berganti-ganti..menghantarku ke hospital walaupun ketika ayah sakit, aku tak dapat menjaga ayah kerana aku jauh..terbayang seraut wajah itu..

Ayah..
Sempena hari bapa, air mataku mengalir lagi...tak dapat aku memeluk menciup pipi ayah tanda terima kasih membesarkan aku tanpa jemu..ayah berada jauh..sementara aku akan mengambil peperiksaan..

Ayah..
Maafkan aku, selagi ayah bernyawa, aku berjanji akan ku berbakti selagi masih saat berdetik, selagi masih ada siang dan malam, selagi masih dirimu bergelar seorang ayah..

Ayah...
Terima kasih atas segala pengorbanan mu yang tak ternilai. Akan ku serahkan kejayaan aku sebagai hadiah pengorbanan mu...Siapa aku tanpa seorang ayah... Ayah adalah ayah terbaik yang aku miliki... terima kasih ayah...Doaku sebagai anak akan sentiasa meniti dibibir..

*rindu ayah...
0 comments

Cara Orang Yang Tak Sayang Anak!

Sedih! Terase nak nangis hentak kaki macam budak tak dapat mainan.. perghh... boleh pulak kafe tak bukak? Makcik oit! kami ni nak makan ape makciknye... tak kesian ke kat kanak-kanak rabina ni kelaparan.. *tetiba teringat mase berbuka puasa.. adess...

Okey, bukan itu isunye.. tak de kaitan dengan entry...hm, sebenarnya balik dari makan kat kopitiam petang tadi lalu dekat sebuah kereta ni. Dari jauh dah merelip-relip boleh buat mate bute sebab silau cantek..terbaik wa cakap lu.. lalu tu bukan lalu saje kan? intai gak la body kereta tu..dalam kereta.. then?

Aku nampak ade seorang anak kecil yang sedang tidur.. OMG!!! wwwoooohhhh.... kereta dah baik punye chantek..ade bayi pulak dalam tu tengah tidur sorang-sorang.. eh dengar sini ye...kereta tu saje dah menarik perhatian ramai..budak yang kat dalam tu lagi lah~! Bahaya k.. sekarang ni banyak sangat kes penculikan. Kalau biarkan budak tu macam tu, tanpa ada sesiapa yang jaga ibarat minta betis dapat peha *pencurik tu cakap tau.. *suka hati aku wat ayat gini kan?

Untung berlipat kali ganda weh.."sayangilah anak anda.." sampai hati biar budak tu sorang-sorang.. serius bahaya.. mane letak fikiran mereka ni? Walaupun sekejap, dalam satu minit perlbagai perkara boleh berlaku. Guys! tolong laa.. sesiapa yang terfikir nak buat macam ni, think! bukan senang nak jaga satu nyawa ok...

*menulis dengan hidung kembang kempis menunjukkan protes..! gggrrr...
Friday, June 17, 2011 9 comments

Keputusan Latihan Industri

Alhamdulillah.. keputusan Latihan Industri telah keluar and i've got "Lulus Cemerlang"...! waaaahh kembang kincup hidung terasa bahagia hidup.. dalam hati *lepas jugak akhirnya~! 

Setelah berbulan menanggung macam-macam kat tempat LI akhirnya aku dah menerima imbalan yang setimpal. Dapat keputusan yang cemerlang *bukan aku nak tunjuk aku hebat tak...tapi aku berasa lega sekurang-kurangnya aku tak payah riso bab report.. repeat.. or.. what ever... dah langsai segalanya. Dah boleh tarik nafas lega. Tak de la lepas ni dok terbayang wajah lect yang interview aku dulu... hihihi... en. Teddy... ***


Sekarang ni just focus for final yang akan berlangsung pada 22 jun ini.. detak jantung dah same dengan detak jantung macam kena kejar anjing... kaki tangan sejuk macam baru keluar dari peti ais lagaknye.. wwwooohhh! ade ke orang tinggal dalam peti ais?

Doa yang terbaik je wat mase ni... hhhmmm... tapi otak dah terfikir.. balik umah nanti nak buat ape ye...??? ambil lesen... qado tidur... tengok tv siaran terlepas.. kemas barang bawak rumah sewa... bla..bla..bla...

-.-" ZzZzZzz...
Thursday, June 16, 2011 0 comments

Dugaan dan Doa Buat Sahabat Kita

Aku sangka dengan masalah aku, akulah orang yang paling berat menanggung dugaan. Sehingga aku down sampai nak hentuk-hentuk kepala kat dinding ala cerita tamil *konon! tapi sebenarnya bila aku mula berfikir kehadapan, bila aku mula melangkah setapak dari orang lain, melihat kiri kanan dan depan belakang.. baru aku sedar bahawa apa yang aku tanggung sebenarnya tak sehebat derita yang "mereka" tanggung. 

Aku melihat dari kaca mata luar aku dan menilai sekadar jelingan. Aku cuma terfikir bahawa ia adalah untuk simpati semata malah berfikir bahawa masalah dia tak seberat yang aku tanggung. TAPI Bila aku mula mengetahui apa sebenarnya yang "mereka" rasa, aku ingin sekali menarik semula kata-kata hati ni *macam situasi di pertandingan tarik tali dengan muka yang bersungguh-sungguh dan berkerut-kerut lagaknya. Menyesal berkata sedemikian tanpa mengetahui hal sebenar.

Bila tahu situasi "mereka", apa yang ditanggung, Ya Allah..terdetik dalam hati bahawa "bersyukur aku masih diberi ruang untuk bernafas dengan tenang berbanding sahabat yang mengalami kesukaran yang menyesakkan dada dan fikiran. Air mata bergenang *bukan berenang.. hati sayu mengenangkan nasib sahabat. 

Ya Allah, KAU berikanlah dia petunjuk, KAU berikan dia semangat, ketenangan untuk menghadapi dugaan yang telah ENGKAU berikan. Permudahkanlah urusannya. Tabahkan hatinya agar tidak terpesong dari jalan kebenaranMU...

*bermulanya kau sebagai sahabat, sampai bila-bila kau adalah sahabat...Dunia Akhirat..
Wednesday, June 15, 2011 6 comments

Selangkah ke Neraka apabila KITA...

Aku menulis sekadar apa yang terlintas. Malam ni terasa nak bermuhasabah diri. Sedar bahawa aku jauh menyimpang dalam aku tak perasan. Aku nak ajak korang sama-sama mengimbau *bukan kenangan cinta antara benua bagai tetapi menimbau dosa yang sering kita lakukan..

Ingatlah bahawa apa sekalipun jasa yang telah kamu tabur sebagai bakti belum tentu diterima oleh Allah. Kenapa DIA tidak menerima? Kerana niat! Adakah ikhlas membantu? Atau ingin menunjuk-nunjuk kebaikan yang anda lakukan? Fikir~

Ingatlah bahawa apa sekalipun kejadian mengenai fizikal terhadap manusia yang semula jadi oleh Penciptanya adalah kehendak Penciptanya sendiri. Sekiranya anda mengeji atau mengkritik bermakna anda sedang mengkritik Pencipta anda sendiri. 

Buruk bagi anda? Cantik bagi anda? itu adalah Kehendaknya. Seboleh-bolehnya anda bersyukur kerana nikmat yang diberi kepada anda tidak ditarik iaitu diberi mata untuk melihat keindahan ciptaanNya, diberi telinga untuk mendengar perkara-perkara baik, diberi mulut untuk berkata perkara-perkara senonoh dan sebagainya nikmat yang tak ternilai harganya.

Anda menilai...melihat sesuatu keburukan orang lakukan kepada anda. Anda merungut kerana mendapat layanan sedemikian. Adakah anda terfikir mengapa anda dapat layanan sedemikian? Adakah anda dipilih kerana layak mendapat layanan tersebut? Atau sekadar ujian dari Ilahi yang maha mengetahui?

Anda selalu tidak berpuas hati dengan apa yang anda ada. Selalu sahaja ingin lebih dari orang lain walhal apa yang anda dapat sebenarnya adalah berlipat kali ganda baik dari orang lain. Susah anda rasa? Ada yang lebih susah. Senang anda rasa? Ada yang lebih senang. 

*Bersyukur, berhenti dari sifat tamak, riak, sombong... Fikir ke jalan menuju keredhaannya.
Tuesday, June 14, 2011 0 comments

Gegaran Terasa Di Malaysia Pada 14 Jun 2011?

tengok jam dan dekat pukul 2 pagi. Baru on fb line dah tersangkut-sangkut macam cipan. Hati memang tak keruan la..nak je aku hangkut laptop ni bawak tingkat 4 blog aku ni untuk online. Geram jugak sebab dah pepagi bute ni pun masih tak de line. Terase macam nak gigit-gigit berukband ni. Tapi takut gak dari line se bar dua terus tak muncul bar.. kan panas hati tu?


Membebel ala mak datin cari jodoh je kan? pokok cerite sebenar nak cari tahu..*bukan cari pasal.. Betul ke yang aku dengar terdapat gegaran awal pagi tadi? aku tak pasti kebenarannye. Lect aku la suh serve internet. Aku ni pemalas ala-ala kucing kekenyangan. So, memang tak laaaa.... 


Poli aku ni agak hulu tempatnye. Tapi jangan main-main.. hulu-hulu..jauh-jauh ni la tempat tsunami pernah singgah.. eh silap... tempat ni pernah kene tempiasnye.. So, berdoalah supaya tak de pape terjadi k? Satu lagi! disebabkan gegaran tu... terus bermasalah line talifon dan berukband ni... *pergh... memang hangin je aku..menguji kesabaran tol..


Sejujurnye aku terase gegaran tu. Tapi aku rase lah kan.. tu gegaran mase kawan aku bangkit dari tidur nak pergi kelas. Hmmm~~~ *masalah bila diri dah tak kenal situasi ye puan-puan... kene wat check up cepat takut ada wayar yang putus... -.-"


Alhamdulillah semua test dah lepas... tinggal yang final je lagi. Aku memang mengharapkan korang doakan aku lepas untuk subjek ni eak... untuk lepaskan subjek ni macam-macam la aku tanggung. Sampai kene hentuk kepale lelaju baru boleh nak ingat. Lepas tu sampai naik kejang jari-jari aku ni mengguris trengkas. Perggghhh nasib sebulan... lepas tu insyaAllah aku bley lepas da KOT... amin...


Gambar tak ley nak masuk laaa.. terlalu teruk! line tak de... lain kali je lah heh? ;)
Sunday, June 12, 2011 4 comments

Eyqa Dihadiahkan Banner Cun!

Dapat mesej dari seorang jejaka. Katenye ade something yang dihantar melalui email. Aku yang tengah makan pocketful KFC agak terfikir-fikir "apakah itu???" dengan sepantas kilat jejari menekan punat-punat laptop sambil mengunyah-nguyah enak KFC... perghhh.....

Tekan punye tekan loading la pulak... gggrrrrr "error" pulak!! memang rase nak lari laju-laju sambil nangis hentak kaki.. *wo? tak dapat dibayangkan...

Dengan kesabaran yang ibarat dah sampai ke puncak.. seperti memahami aku dapat buka akhirnye... alangkah terkejut bila aku di hadiahkan satu banner yang sumpah cantik! aku tak tipu.. aku suke sangat...!!!! sampai ternampak-nampak laptop dan broadband memanggil-manggil suruh update blog dengan segera. Hahaha...


cantik kan? cantik kan? aku suke giler.. terharu.. macam nak tukar banner sekarang..! nak tau tak sape yang bermurah hati memberi banner ni??? ni haaa... mamat encem ni... korang agak-agak nak kenal or nak header jugak boleh la korang follow and bodek-bodek kot dapat. Ahaks! ayat macam nak mintak pelempang kan? hihi.. sorry....

*thanks sangat...to NABIL....serius terharu... ;)

Saturday, June 11, 2011 0 comments

Picture Untuk Gadis Kelabu

Mengantok tahap cipan vx tenuk da ni.. otak pun dah naik bangang daaa... bersin-bersin.. sejuk woh! terase kat hollywood ngah ngah ngah.... aku sempat nak upload gambar aweks cun dari cos yang same ngan aku... member seblok, *tidak sebilik ape lagi sebantal dan sekatil.. member se cos, se jabatan dan se....jantina.. uhuks! 

Malas nak membebel panjang.. sebelum kene hempuk dengan penyapu meh layan gambar yang aku edit untuk dia si gadis bernama "dyla kelabu" maih maih dekat maih!

bukan dengan kakak ye... dengan mak... mereka ni BUKAN solo lagi ok...

Agak-agak korang nak kene blasah ngan pakwe dia cuba lah teckle...

Dua je? memang laaa.. mate ni dah macam ikan seminggu kat pasar tau.. merah je... ngantok.. nak tido... huwaaaaaaa nguap dah! bubye... 

*-.- ZzZzZzZz
2 comments

Motif Anda Sebagai Seorang Blogger?

Adohai... malam ni tak syok laaa... perasan tak? kecoh dok citer pasal bola laaa... af laaa... bosan... ape yang nak hilangkan rase bosan pun tak tahu. Nak online fb pun bosan sebab tak de topik menarik. Blog asik cerita bola bola bola... kalau musim af tu memanjangnye kutuk mengutuk semua keluar. Masalahnye kalau sorang buat cerita tak puas hati lepas tu berderet orang blogger buat entry "menchi af" gggrrr.... tak paham!

Cuba la stand atas diri sendiri.. sekurang-kurangnye banyak jugak cerita yang berlainan aku boleh baca. Ni tak.. kutuk mengutuk tak habis-habis. Aku bukan mengutuk tetapi menegur segelintir blogger yang jadi blogger semata-mata mengkritik semata. Cuba la letak ilmu-ilmu berguna. Cerita hal korang pun tak ape.. best jugak sebab manusia ni perjalanan hidup masing-masing berbeza ye tak?


Ni tak... benda yang same dok di postnye,, aku naik bosan pun ade. Kalau bola, semua dok cerita pasal bola. Kalau input berbeza tak pe. Tapi input same dan yang lebih haru kalau input tu mengutuk. Aiisshhh bosan der..bosan...

Hope pasni blogger kene cari identiti seorang blogger berdiri atas name ape eah! jangan terkenal sebab mengutuk orang, judge orang yang bukan-bukan, mengkritik secara pedas... tamo gitu eah.. kalau nak jadi pengkritik gi la offer diri untuk realiti shows yang akan datan. Kot-kot terpilih pulak kan? untung-untung ko fofuuuullleeeerrrr,,, ye dak?
0 comments

Banner Untuk Perkahwinan Kakak

Pepagi bute dok update blog.. sekarang jam menunjukkan pukul 4.10 am... waa... orang lain dah nyenyak tidur..dengkuran ala-ala miow kelaparan pun ade...air liur basi pastinye mengalir macam kat sungai blakang umah opah aku....yang aku sekarang ni dok menaip sambil tengok movie...citer cina.. terbaik lah kan? dengan selimutnye keliling badan macam orang kat london lagaknye... *perghh..

Hari tu 4 jun 2011 perkahwinan kakak. Dengan bermurah hati aku buatkan banner untuk photo album perkahwinan dorang. Tak la cantik mane pun sebab aku bukan la kreatif mane..tapi cun la jugak... *hamboih masuk lif tekan sendiri!

Sape lagi nak puji kalau bukan aku sendiri kan? Perasan tak? blog aku pun dah bertukar lain kan? ade pembaharuan la katekan. Kite ni hidup tak ada pembaharuan tak syok..tak mencabar. Tak gitu? Nyieehaaaaa... panjang betol mukadimah. Kalau ayat pendahuluan macam ni memang kepala aku kene sekeh-sekeh dek cikgu sekolah aku dulu ni.. mau menagis dia berlari-lari sambil tutop muke kan?? hahaha... jom layan!


Terang sangat eah kwarna dia??? ikutkan warna tema hitam putih merah... so, banner dia pun wat macam tu lah! pape pun 4 my lovely c'ster... Love u soooo much! pasni dan susah da aku nak tido ngan ko.. sebab kompom ko akan berkepit 24 hours ngan laki kesayangan ko tu.. hope cepat2 dapat baby da tak saba nak ade anak buah.. muahhahahaha...

Jaga status ko sebagai isteri ok.. tak lame lagi nak jadi mak budak pulak insyaAllah.. kalau ade rezeki mengandung tengok mende yang baik-baik aje ok... contohnye aku.. hahaha... *memang statement mintak kene pijak! hihihi..
Friday, June 10, 2011 0 comments

Alyah Melecur Separuh Badan

Kecoh la bila cerita pasal Alyah berhubungan dengan Dato' Ramli MS..Biarlah.. tu kisah mereka berdua, malas nak masuk campur. Aku kenal Alyah tu sebagai artis dan dia pun tak kenal aku. Lagi sadis tak tahu kewujudan aku.. uhuks! *ade aku kisah?

Bukan nak cerita ape, terdengar pulak al kisahnye Alyah yang pernah popular dengan lagu "Tak mungkin kerana sayang" dan jugak lagu yang terkini "Kisah Hati" mengalami kecederaan yang agak teruk melecur separuh badan dari pinggang ke bawah. Allah.. tak tahu nak cakap ape.. cuma berdoa tak ada yang serius dan harap Alyah baik-baik saja ok...

Peminat-peminat Alyah doakan yang terbaik. Bab kate team melodi "kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi" okey??? cau...!
0 comments

Kesan Post Entry Tanpa Yang Di Tuju

Entry sebelom ni banyak terasekan hati orang ke? nampaknye banyak jugak mesej orang yang aku tak reply eah.. Sory sangat kepada sesiapa yang terase.. saje2 pulak nak tengok tindak balas amacam. Aduiii.. ramai pulak yang hantar mesej and tindak balas yang memohon maaf....

Kepada kalian, bukan tak nak balas mesej saje-saje.. kadang-kadang sibuk dengan tugasan yang menyebabkan tak dapat nak balas mesej. Kalau kawan dengan eyqa tau la eyqa memang pemalas nak menaip mesej. Selalunya terus je tekan "call" nak cepat. Tapi tu laaa... time tak de kredit yang mencukupi, terus tinggal je tanpa pesanan. Huks! hope korang paham eak!!

AND!!!! kepada sesiapa yang hantar mesej nak berkenalan ke... salam tanpa nama ke... pape ke... tu, memang tak dibalas.. nak kenal ke ape ke..nak tanye pape ke.. sila sertakan nama anda.. hihihi... lain macam je kan? tu orang yang kalau tak pernah berhubung dengan eyqa sebelum ni. 

Pasni harap jangan ade yang terase hati lagi yep.. cau!
Wednesday, June 8, 2011 0 comments

Gambar Perkahwinan Black , White and Red

Jom tengok gambar!!! yezzaaa... cam biase blog aku ni sekadar blog yang suka suki... ade beberapa mende nak share... beberape hari lepas kakak aku kawen... yep! seronok? tak laaa.. bukan aku yang kawen.. kakak.. aku? sekadar pemerhati dan membantu.. tamo bincang sembang melalut panjang-panjang sebab tak de sape pun nak baca... jom layan gambar perkahwinan yang aku sendiri photographernye,... hihihi.. cun tak?







Sikit je? memang laaa.. aku dah nak terlelap dok upload.. mengantok! pape pun ni juz gambar semasa dalam bilik selepas nikah.. gambar di luar bilik, di luar rumah dan semasa atas pelamin aku akan letak len kali... gambar tak boleh letak banyak2 sebab pengantin pun tak tengok lagi sebenarnye... cian kan? hihihi...

*ade bakat tak?

2 comments

Sebab Aku Tak Balas Mesej Korang!

Antara sebab kenapa aku jadi tak balas mesej korang..

1- Aku tak de sen nan topup kredit! yelah aku bukan anak dato' ye.. ngeh ngeh ngeh..
2- Sebab aku tak kan nak melayan orang yang tak pernah nak ambil berat pasal aku..
3- Orang yang aku tak suka!
4- Orang yang tak bersungguh-sungguh dengan aku.
5- Menjadi penyelamat keadaan korang! korang sepi, korang text aku.. so, maaf anda tidak dilayan!
6- Aku dah delete number korang dari fon aku. So, something wrong la tu kalau sampai aku dah delete!
7- Orang yang menyoal aku dengan mende-mende yang merapu. So, gudbye bebeh!

*agaknye korang pernah tak aku tak balas mesej? so, cari sebab, punca kenapa macam tu!
2 comments

Kenangan Perkahwinan Tu Sedih..

Dah lame tak update blog kan? Rindu tak? Rindu tak? Aiseymen bajet macam orang selalu tengok blog aku pulak kan? takpe.. nak tengok, tengok, tak nak tak pe.. takkan aku nak pakse tarik kaki korang sebelah seret dari hujung pintu ke hujung kaki meja nak suh online blog aku kan? Tak de kojenye.. hihihi...


Actually terlalu busy dengan macam2 perkara terutama persiapan kahwin my dear sister dan jugak study coz final dah dekat. So, preparation kene mantop ye dak? Jadi, kene korbankan sedikit tentang masa nak online ni. Ade jugak suara2 yang menunggu entry terbaru. Huhuhu... *mekasih daun kelapa...


Detik2 my c's nak kahwin, 1st aku suka teramat. Tapi aku mula faham kenapa aku tengok orang sedih time pernikahan. Walaupun bukan aku yang bernikah, tapi aku sebenarnya dah kehilangan seorang yang sangat aku rapat. Rapat tu sampai kongsi makan, bantal, katil, story mory..yang tak tahan baju pun kengkadang kitorang main rembat je.. Hahaha.. bukan bangga ape, tapi aku nak tunjuk sejauh mana keakraban kami. *cewah!


Masa persiapan kahwin kakak tu heppy2 je..gelak2. sampai terguling2 kat tepi katil..tapi hari dia menikah tu, aku terasa asing. Malam pernikahan..urm.. orang cakap 1st day diorang hidup sebagai suami isteri mengundang sayu kat hati ni. ewah! ewah munah... ayat novel gitu! tamo! tamo!.. erm, aku sedih la..tetiba aku rase kehilangan sangat. Kalau balik kampung, kami selalu tidur berdua. Pepandai la kitorang cari tempat. Tapi bila dia dah berlaki aku tak leh nak join... *urggghh! memang giler arr kalau aku join kan? tak sanggup.. hahaha...


Aku cerita kat member.. memang terbaik la jawapan dia.. dia suh aku kawin jugak! aiyoooo!!! masalahnye tak de calon beb..terhina, terkesima, terpana, terperanjat, terkejut, terkedu, ter..ter..ter...seangkatan dengannya. Pergghh!! makan dalam beb... makan dalam.. huh!


Memang serius aku terase sunyi bagai.. Aku macam nak gigit-gigit je talipon tu sebab tak berdering. Harap kalau bunyi pun memang nak mintak terajang sebab alarm je yang nak buat gegendang telinga aku nak pecah! Tensen! tensen! 


*erm.. no talifon aku.. 010-6********....bla~bla~bla~bla~
 
;