Thursday, August 25, 2011 0 comments

Ucapan Bila Menjelang Raye Nanti..

Assalamualaikum. Mukadimah yang indah untuk pagi ni. Sunyi je rase. Kalau tak, bilik aku meriah dengan gelagat-gelagat kawan-kawan aku sememangnye sewel jugak macam aku. Riuh rendah sampaikan bila orang lalu bilik kami ingatkan macam 10 orang kat bilik. Sedangkan kami berempat je pun. Sekarang ni, dah kurang sorang, sorang dari geng aku cabut balik.. Hadoi.. miss u lah dear kiah, gayah, senah, joyah..Mulut korang memang patut aku dilebel macam tu. Macam mak-mak bila dapat bercakap. ngee~ *mati aku kene lepuk ngan dorang nanti nieh!

Ok..Ok..Aku mintak maaf ye kengkawan sekiranya kadang-kadang kenakalan ini keterlaluan. Aku tau kadang-kadang korang rase nak cekik je aku kan? hikhikhik... Banyak kesilapan yang aku dah buat. Tapi sempena hari yang mulia ni, nak minta maaf dari semua pihak sekiranya ada perilaku ni yang tak menyenangkan hati korang semua.


Untuk yang lain..sekiranya ade entry aku yang terkesan kat hati tu..mintak maaf banyak-banyak. Kadang-kadang tersasul, terluah secara melampau, termarah..aish! banyak sangat perkataan "ter" tu...yang pasti tak disengajakan. 


Aku tak tahu bila masa aku akan pergi. Aku memang nak minta maaf. Kot-kot ni entry terakhir ke kan? Tapi kalau Allah masih memberi kesempatan, insyaAllah, muncul la entry-entry lepas raya bila aku dah balik nanti.. hihihi...


Dengan itu sy akhiri dgn ucapan SELAMAT HARI RAYE...!
Wednesday, August 24, 2011 6 comments

Excited Nak Cuba~!

Aku terbaca lalu terpegun dan akhirnya tersenyum.. Subahanallah.. Indahnya Islam.. :)


1.Ambil telefon bimbit korang.
2.Pergi ke "write massage".
3.On kan kamus (dictionary)
4.Taip nombor : 415683125524
Cuba lihat hasilnya dan mari dekatkn diri padanya.. lbh2 lgi d fasa terakhir ramadhan ini..
...Selamat mencuba..:-)

ada sesuatu yang menarik akan muncul...sebar2kan...:)



Credit to Cerita Harian
4 comments

Ada Sebabnya Kenapa Aku Diam..



Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku diherdik sewaktu kecil dulu..
Sebab aku tahu aku salah..
Tapi aku tak marahkan mereka..
Kerana mereka mengajar aku erti salah dan betul..


Kadang-kadang aku diam...
Walaupun orang membuli aku sewaktu di sekolah..
Sebab aku tahu aku insan lemah..
Tapi aku tak kisahkan itu..
Kerana tak berkulat pun aku walau dibuli..


Kadang-kadang aku diam...
Walaupun cikgu di sekolah menengah pulaukan aku..
Sebab aku tahu dia ada sejarah mendorong dirinya buat begitu..
Tapi aku tak bersuara..
Kerana takut ilmunya langsung tak berkat padaku..


Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku menjadi bahan untuk diusik..
Sebab aku tahu sekiranya aku pergi aku akan dirindui...
Tapi aku sekadar tersenyum..
Kerana tak mahu mereka lebih giat lagi mengusik..


Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku dikutuk dan dikata oleh rakanku..
Sebab aku tahu ia telah menjadi adat bila di IPTA..
Tapi aku tak endah...
Kerana aku sedar, mereka yang menilai aku...


Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku difitnah dan dimaki oleh orang yang pernah rapat denganku...
Sebab aku tahu suatu hari nanti kebenaran terungkap dan dia akan sedar..
Tapi aku tak membalas segala perbuatannya..
Kerana aku takut..Takut kesabaranku hilang...


Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku ditekan semahu-mahunya oleh mereka...
Sebab aku mahu mereka melepaskan segalanya...
Tapi aku tak pernah mahu bersuara...
Kerana aku tahu Allah sentiasa ada dengan diriku..


kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku tahu mereka mempertikaikan kelakuanku..
Sebab aku tahu aku menjaga tingkah ku kerana Allah...
Tapi aku tak terdetik untuk membalas..
Kerana aku lakukan bukan kerana menjaga mata mereka..
Tetapi kerana PENCIPTAKU yang satu itu..


Kadang-kadang aku terfikir...
Apa agaknya terjadi sekiranya aku bersuara?
Apa agaknya corak gambaran sekiranya aku melawan?
Apa agaknya perspektif yang ku bawa sekiranya aku melenting?


Akhirnya terjawab bila hamba Allah bersuara bahawa...
Berdiam diri lebih baik. Allah menguji kesabaran kita umatNYA yang terpilih.
Dugaan itu jangan dirasakan berat. Rasakan sebagai ianya hadiah Allah..
Yang sebenar-benarnya mahukan kita lebih dekat dengan DIA..
Ya Allah..aku adalah insan yang benar-benar lemah dan hanya berlindung padaMU..
Tuesday, August 23, 2011 4 comments

Simbolik Manusia

Berbual-bual elokla disisipkan dengan ilmu. Biar apa yang kita cakap tu tak menjadi sia-sia dan membawa kemungkaran. Sesi perbincangan bersama "doktor" *ehem! tetiba rase tekak lain macam...telah memberikan aku pelbagai ilmu. Apa ilmu yang aku dapat? Sabarrrr..aku nak share la ni.. Ni pun buah fikiran dari Dr.Love tentang entry-entry yang nak dipostkan ni. Thanks ye.. ARM..

Beliau membuka mata aku dalam banyak hal. *perbincangan serius kononnye..lalala.. tertarik dengan ayat beliau mengatakan bahawa "simbolik seorang manusia" kenapa manusia dijadikan bermula dari atas iaitu dalam kepala kita ada otak, kemudian mata dan telinga, diikuti dengan mulut, bahu, tangan, seterusnya sampailah ke hujung kaki. Semuanya bersebab dan ciptaan Allah itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Seperti yang saya cakap selalu, pertemuan apa sekalipun ianya membawa erti serta melengkapi satu sama lain sebenarnya. 

Akal Allah letakkan paling atas kerana setiap apa sekalipun yang ingin kita lakukan perlulah berfikir terlebih dahulu ye..tamo main terjah je..padahnye? Tu haaa yang sakit hati, lebih teruk badan-badan pun sakit nak lagi teruk otak pun sakit. *tu aku tak leh nak kate ape la kan?

Barulah dia mencipta mata dan telinga. Mata dicipta untuk melihat kurniaan Tuhan yang amat mengagumkan. Bukannya tengok, kemudian mengata..mengeji..salah tu..kita perlu ucapkan "subhanallah" kerana keindahan yang tercipta. Ni tak...tengok orang tu tengok orang ni..mulut kalau diam tak pe..tapi cakap "eewww tengok muke dia macam si polan, si polan.." "oouuhhh tak cantiknye aweks ni..." "hodohnye budak ni..ada hati nak senyum-senyum.." "erk? not my taste.." hhhmmm... yang memuji pulak? "cantiknye awk..produk ape awk pakai???" lebih gerun bila soalan.. "waaa tengangnye muka dia...ni mesti cucuk botox ni..." tu lah kebiasaannya bila mata memerhati tetapi lupa ciptaan itu dari siapa..Apa pun komplain...minah ni muke senget ke..hidung kembang ke..mata sepet ke..semuanya ciptaan Allah. Melainkan si dia benar-benar merubah ciptaannya. *tengok balik! mak aiii panjangnya.. 

Telinga pulak untuk mendengar ayat-ayat suci al-Quran yang dilaungkan contoh azan..bukan tu aje..elok la dengar benda-benda yang baik. Seperti ceramah agama, tadarus ke...muzik? tu korang boleh fikir sendiri. Berpada bila mendengar lagu. Tak salah. Aku pun dengar lagu. Tapi berpada. Kadang-kadang sibuk dok menyanyi lagu ntah ape-ape yang aku pun kurang jelas maksudnya,bila dikaji rupa-rupanya berunsur pemujaan, syaitan dan macam-macam lagi. So? beware..!

Hidung? tak banyak nak describe sebab semua orang tahu fungsi hidung tu ape. Sekarang ni nak cerita tentang mulut. "wah senah..ko gini gini..yang kiah tu gitu gitu.." *nampak disana? ahaaa.. tak ketinggalan untuk lelaki ye. Lelaki pun kalau dapat mengutuk kadang-kadang lebih teruk dari perempuan. Tak percaya? Ada entry sebelum ni aku buat. Cari yek...

Nak cerita panjang sangat. Korang pun nak tak nak je baca kan? Selebihnya korang boleh fikir kenapa Allah jadikan bahu, tangan, kaki..cuma yang boleh aku cakap, tujuan dan matlamatnya sama iaitu saling melengkapi satu sama lain. Pesanan untuk anda.. bersihkan jiwa dari kekotoran. Nak lihat baik dan buruk perilaku seseorang itu adalah melalui solatnya. Baik solatnya, baik lah tingkah lakunya. 

Pesanan lain, apabila orang memohon maaf, maafkan lah..jangan berat hati untuk memaafkan walau sebesar mana pun kesilapan. Kerana kita tak tahu bagaimana pula orang yang tidak mahu untuk memaafkan kita. Jaga mulut, jaga hati, jaga mata...jaga segalanya. Gunakan sebaik-baik kurniaanNYA kerana kita tidak tahu bila-bila saja nikmat itu akan ditarik. Atas sebab ape? Wallahualam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air. "
0 comments

Kebenaran Terungkap

Assalamualaikum. Firstly bersyukur tak terhingga sangat untuk hari ini. Alhamdulillah hari yang boleh dikatakan aku amat bernasib baik..*wah! ucapan macam YB YB plak kan? huhu.. Semalam, aku memang tak boleh nak lelap. Gelisah..terpusing sane, terpusing sini. Kalau nak diikutkan mau 360 darjah pusingannye. *melampau! Tapi tu memang suatu hakikat.

Alhamdulillah untuk yang pertama.. Aku berjaya menjawab soalan quiz yang berbaur test. Sebab biasenye quiz cover satu topik je, tapi ustaz aku anginnye kalini lain macam bila cover sekali 4 topik. *aduh! Tapi tu laaa..berdoa la siang malam supaya aku berupaya menjawab dengan pelbagai cara sekalipun. Alhamdulillah senyuman terukir dibibir bila menghantar walaupun kelam kabut. *ngee nampak permainan itu? haha.. ^^

Lagi! Untuk presentation akhirnya bahagian aku dah selesai walaupun ya Rabbi dugaan melimpah ruah macam larva gunung berapi! Mane lappy habis battery, slide show tak dapat buka, terpaksa postpone beberapa minit untuk mencari silap tang mane tak dapat buka. Haish! Berpeluh-peluh aku membetulkan. Akhirnya dapat jugak aku habiskan bahagian aku untuk perbentangan. Syukur sangat.  

Next! Sekiranya kita dipihak yang benar, Allah akan tunjukkan. Ada beberapa perkara terjadi dalam hidup aku sebelum ni yang memang membuat aku sedikit tertekan. *saja tunjuk cool actually..ngahngahngah.. tapi dalam hati aku sedih pilu meraung geram..gggrrr...tapi segalanya terungkai dan Allah serta keadaan memihak kepada aku. "Sesungguhnya ada ganjaran bagi mereka yang sabar" :D

Last yang tak berape nak last, *ayat macam k*****... aku dan kawan menghadapi kesulitan untuk bank in duit memandangkan maybank jauhnya 20km dari tempat aku belajar. Resah jangan cakap la sebab duit tersebut nak di bank in untuk membeli bag baru.. *untuk raya...kihkihkih :P Prebet pulak keje nak cekik darah aje pun. huhuhu..tapi berkat kesabaran, usaha..dicampur sedikit dengan doa dan tawakal..tak lupa juga kipas angin..hihihi..semuanya settle! Alhamdulillah..bag? Ni haaa..chumel tak? I love this colour..very nice..*actually aku tak suke pink! but...pink belacan ni memang sweet.. ngee~~ lalala..


Saturday, August 20, 2011 0 comments

NISBAH DAN PERKAHWINAN

Terfikir... tengok cerita 3,2,1 Cinta tu...terkeluar untuk coretkan satu entry. Nisbah perempuan dan lelaki bersamaan dengan 37:1.. nisbah yang saya kira besar jumlahnya. Kadang-kadang terdetik juga bimbang dalam hati ni. Ada sahabat blogger yang bercerita dengan saya soal cinta, perasaan juga ciri-ciri untuk dijadikan pasangan. 

Kebanyakkannya lelaki sekarang ni berkeinginan wanita solehah sebagai pendamping. Saya memang tak nafikan sebab, seteruk-teruk lelaki, bila ditanya wanita bagaimana yang mahu dijadikan sebagai pendamping adalah wanita yang solehah, yang taat, berakhlak yang baik. Bila ditanya apa yang nak dibuat dengan kekasih-kekasih yang sedia ade..jawapan "spare je.. utk keseronokan" aduh... terpana mendengarnye..macam tu sekali martabat wanita yang dikatekan. Rendahnya di letakkan...





Nasib aku? harap tidak diletakkan begitu rendah. Risau jugak. Risau tak kawin pun yer.. hihihi *gatai nooo..! tapi fitrah laaa..ade ke yang tak mo kawen? ruginye.. hhmmm... dapat pahala banyak usah kira la. Tapi nak dapatkan pahala? Mesti la dengan cara yang betul. Jangan membazir, jangan buat majlis kerana nak menunjuk-nunjuk harta kekayaan dunia tu. Orang tamo tengok k..biarlah bersederhana dan meriah. Amin.. *ececece...


So, moral of the story...berubah la pada mereka yang masih buntu tak temu jalan lurus. Bagaimana? amik pembaris ukur? tak tak tak tak...ukurlah keimanan..itu je yang boleh menunjukkan jalan lurus. Ok, Sama-sama renungi jalan yang disediakan.
Friday, August 19, 2011 2 comments

Kenapa Blog Naik Macam Cendawan Tumbuh?

Assalamualaikum...malam ni sunyi sepi je..seronok menelaah website-website yang menenangkan hati. Ok, bukan nak cerita buku, website ke ape.. persoalan kenapa banyak blog yang tumbuh secara tiba-tiba... hhmmm..mengikut kajian yang tak berapa nak dikaji.. ok, straight to the point lah! Sebagai pelajar, semestinya menerima arahan dari lect tentang tasking2 yang menyebabkan aku boleh dapat menaikkan PB.. hhmmm PB tu ape? bukan Penggodam Blog, bukan Perompak Bersiri...bukan..bukan..bukan ye...PB tu Penilaian Berterusan. 

Makanya kawan-kawan...dengan gigih sekali aku menyiapkan tugasan yang diberi iaitu diarahkan untuk membuat blog. Alhamdulillah aku dah ada..so, tak la berat sangat memandangkan basic tu ada.. Cuma gelisah tak terkira samada nak buat blog baru atau teruskan je ape yang ada. Memandangkan kemalasan melampaui batas-batas yang ada, aku teruskan dengan blog yang sedia ada. Pejam mata je la aku taip. Malu kot...sebab semestinya orang berguling-guling tengok writing aku ala-ala budak tadika baru belajar. Hahaha.. *ish! gelak tak cover u!

Tu baru mukadimah ye..nak tunjuk ni...aku watkan banner beberapa rakan aku untuk blog mereka. Jangan la search! Wat korang bengang je sebab lepas ni mereka takkan update sebab mereka hanya buat blog untuk menyiapkan tugasan semata. Takde kene mengena nak bmenjadi blogger tegar. Tapi doa2 la mereka terus berminat..ade jugak aku geng blogging..ye dak? Nak tengok tak? Nak tengok tak? jom! hihihi...





lawa tak? tak? lawa? hhhmmm lantak laaa.. ni semuanya disiapkan dalam masa sehari pada waktu malam. Alhamdulillah mereka semua ni tak la minta yang susah-susah. Sekadar ada dan nampak rupa banner je katenye.. hihihi.. aku pulak? Buat banner ni semuanya menanyakan pendapat mereka apa yang mereka mahu. Kirenye buat mengikut permintaan lah katekan! hihihi.. lagipun masa dah suntuk sangat. Kerja yang bertimbun-timbun macam tak lipat kain seminggu punye tinggi. Adui..tapi tak pe..orang kate.. chill suda.. ahaahaha... *nampak sangat menenangkan hati sendirik! adeh.. k, tu je nak tunjuk sebenarnye.. bye...wasalam.
Thursday, August 18, 2011 2 comments

PILIH JALAN MU KELAK..


"bersangka baiklah dengan semua orang...."

kadangkala kita tak sedar kita telah bersangka buruk pada orang. Sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya situasi orang itu. Jangan hanya disebabkan satu situasi, kita dah menganggap dia jahat, teruk dan sebagainya. Bayangkan berdosanya kita bila memikirkan yang buruk-buruk tentang seseorang itu. Bayangkan azab yang kita terima hanya kerana tersalah tafsiran.

Wahai manusia..bersihkan hati. Muhasabah diri. Elakkan dari membenci sesama manusia. Kerana apabila itu terjadi, syaitan laknatullah girang bertepuk tangan melihat pepecahan umah. 

Apabila nikmat yang diberi ditarik semula, janganlah kamu berasa hiba kerana sebenarnya Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik. Apa yang kita rasa terbaik buat kita, kadang-kadang ianya buruk untuk kita dan apa yang kita rasa buruk untuk kita kadang-kadang itulah yang terbaik untuk kita. 



Jangan berburuk sangka dengan PENCIPTA kita. Kerana DIA maha mengetahui segalanya. Bersyukurlah sekiranya dia memberi dugaan kerana ia bermaksud ALLAH masih menyayangi kita dan menginginkan kita bersujud meminta pertolongan darinya. 

Jangan jadi manusia yang takbur. Sedih bila terkenangkan ada juga manusia yang berkata "walaupun aku tidak solat tetapi aku rasa diri ini lebih baik dari mereka yang solat tetapi perangai teruk.." Astaghfirullah...kenapa berkata begitu? Riak menyatakan anda tidak solat. 

Wahai manusia, sejahat-jahat syaitan, mereka masih bersujud pada Allah. Makanya, manusia yang tidak sujud pada Allah apa maknanya? Renungkanlah wahai umat nabi Adam as semuanya. Tidakkah kamu teringin ke Syurga Allah yang seba indah? tidakkah kamu gentar akan Neraka Allah yang sangat mengerikan? 

*jalan ada ditangan kita...bersihkan jiwa sebelum terlambat..esok, belum tentu ada untuk kita..
Wednesday, August 17, 2011 0 comments

PENGHAYATAN SEBAGAI INSANI..

Ya Allah.. Engkau menurunkan hujan dan petir ketika mentari sedang bersinar. Engkau membiarkan aku mencari-cari di mana cahaya itu bersembunyi. Engkau membuatkan aku resah dan gelisah Ya Tuhan. Namun, setelah hujan berhenti, kau menghadiahkan aku sinar pelangi yang sangat cantik dihiasi pelbagai warna. Warna yang menceriakan hidupku ketika mendung kelabu sebentar tadi. MasyaAllah indahnya ciptaan Tuhan..

Ketika aku sedang gembira, Engkau mengirimkan kisah sedih Ya Tuhan.. Engkau menunjukkan pada aku bahawa hidup kita bukan hanya untuk gembira. Tetapi kadangkala harus menitiskan air mata untuk merasai kesengsaraan orang lain. Tapi kadangkala kita harus menerima dugaan dengan tersenyum kerana kita juga perlu menghargai titis-titis air mata..


Ya Allah.. lindungilah aku dari mencintai hambaMU lebih dari PENCIPTA ku Ya Rabbi.. Supaya aku sentiasa mendapat keredhaan mu.. Ya Allah, lindunglah aku dari segala rancangan jahat Syaitan Laknatullah... Supaya hati aku sentiasa bersih bersama MU terhindar dari kekotoran...

"..Allah tidak memperkenankan doa insan yang tidak perkenankan kehendakNYA.."
Thursday, August 11, 2011 4 comments

MASALAH!!! HELP ME PLEASE!

Perghh!!! Kalau ade sesiapa yang tengok blog eyqa macam ni jangan lah gelak ye.. eyqa sedang dalam proses untuk membetulkan template yang serabut ni. Asalnye macam ni, eyqa sedang mencari wallpaper yang sesuai untuk blog eyqa. Tapi malangnya ape yang terjadi, blog eyqa menghadapi masalah dan eyqa tidak berape berkenan dengan yang ada sekarang ni. Semuanya menjadi complicated.

Mohon kepada yang pakar untuk membantu eyqa dalam adjust semua ni balik ye.. Tolong laaa.. eyqa dah mula naik runsing memandangkan eyqa juga memerlukan blog ini untuk tujuan pembelajaran eyqa. Mungkin ada yang pelik, tapi ia memang kenyataan. Kami (satu course) diarahkan untuk membina satu blog persoal untuk subjek kami "internet and presentation".

Memandangkan eyqa dah mempunyai blog, jadinya eyqa ingat hanya nak memperbetulkan sikit-sikit. Dan menambah ape yang patut yang boleh menambah markah dalam tasking ni. Tapi sebaliknya yang berlaku. Bertambah teruk... serius! Help me please.... huhuhu... dah semakin gelabah ni sebab dateline hampir tiba.. Aduhai.. -.-"

Responds please?
Wednesday, August 3, 2011 5 comments

Muhasabah Diri Di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum. Dah lama tak mengupdate blog ni. Agak-agak orang dah tak ingat dah kewujudan blog eyqa. Macam tu ke? huhuhu. Pape pun, di bulan Ramadhan... bulan yang indah ini nak la share sikit pesanan. Berpesan-pesan sesama kita walaupun sekecil zarah. Pesan tentang kebaikan. Tak gitu? Mudah-mudahan dapat la jugak keberkatan sempena bulan baik ni kan?

Bermaaf-maafan
  • Manusia ni ego.. payah nak memaafkan satu sama lain. Dendam dalam hati payah di padam. Tapi tak semua. Tak jugak boleh disalahkan. Kadang-kadang apa yang dilakukan tu terlalu perit sehingga orang jadi takut dan sukar untuk memaafkan. Di bulan baik ni, marilah bersama-sama muhasabah diri memaafkan serta memohon maaf antara satu sama lain.
Beramal
  • Kalau sebelum ni payah sangat nak beramal, apa kata di bulan yang mulia ini mengambil kesempatan untuk beramal. Contoh seperti BERSEDEKAH, MENGAJI AL-QURAN, BERTERAWIKH, basahkan lidah dengan BERZIKIR.. insyaAllah keberkatan tu ada. TAPI!!! peringatan juga kepada anda, jangan yang sunat buat, yang wajib ditinggalkan ye. Sebab tak ada makna amalan sunat anda tanpa amalan yang wajib. Ibarat makan tanpa bismillah dan solat tanpa wuduk.
Kurangkan berbicara
  • Macam pelik je kan? Tapi sebenarnya tanpa sedar butir bicara tu boleh menyebabkan kurangnya pahala puasa. Kita ni cakap main sedap mulut je. Aku tak kata orang lain tetapi aku pun kadang-kala terbuat benda yang sama. So, peringatan untuk aku dan kamu semua juga.
Cukup lah setakat ini. Renung-renungkan amalan yang kita lakukan adakah cukup sekadar kepuasan dunia atau ingin dibawa bersama sebagai bekalan di akhirat. " Jangan kenang dan berbangga dengan perbuatan baik yang disumbang kerana belum tentu ia diterima oleh Allah Taala. Tetapi ingatlah dosa, dan kesalahan yang dilakukan selama di dunia ini kerana ia memang dituntut di akhirat kelak.

Wasalam.


 
;