Tuesday, July 26, 2011 2 comments

Dilema Seorang Blogger

Macam-macam kerenah! Ada blogger yang tak dikenali memberi link pada aku...ada blogger yang tak mengumumkan pemenang contest. Aduhai.. macam-macam. Yang nak baca boleh tekan SINI thanks pada yang share.. nak jenguk balik blog beliau tak lepas pulak.

Sekarang ni kepada pemenang contest eyqa yang lelaki tu eyqa tak dapat feedback lagi dari anda. Seperti yang diberitahu, eyqa dah lost butiran yang anda hantar pada email dulu atas sebab-sebab tertentu. Pemenang yang lain dah menerima hadiah masing-masing dah. So, diharap sekiranya anda inginkan hadiah anda, tolong la hantarkan butiran secepat mungkin ye. Hadiah tu dah lama eyqa simpan.

Hantar pada blog eyqa je lah ye.. tapi jangan risau, eyqa takkan publish comment anda yang memberikan butiran. Terima kasih. DAN~! Eyqa sendiri pernah diumumkan sebagai pemenang contest dan sehingga hari ini tak dapat hadianye lagi. Ape masalahnye eyqa pun tak tahu sebab eyqa dah hantar mesej di FB beliau. Kalau eyqa sebut siapa mesti anda kenal. Tapi biarlah rahsia supaya tak memburukkan mana-mana blogger. K, chauuu!!
Wednesday, July 20, 2011 1 comments

TEKANAN!!!!!!

Tekanan! Assignment yang mula membukit membuatkan aku sedikit stress...! Dengan masalah PT yang tak masuk-masuk..ntah apekeheinye idoklah teman tau pun.. hhuurrmmm.. aku bukannye dari keluarga elit yang mewah. Kaya lagi lah tak. Sederhana dan hanya mencukupi. So, jangan pelik la bila aku dok bising dan agak rimas bila duit PT aku tak masuk-masuk. Dah hampir sebulan dah, tapi masih tak masuk-masuk lagi duit PTnye... Lect dah bagi hint-hint buku yang harus aku beli. Orang kaya? Pejam mata je bukak dompet LV dorang dan bayar. Perghh...

Aku stress kalau boleh nak menjerit je rasenye. Mula tekanan membuak-buak. Kadang-kadang terasa macam nak menangis mengenangkan pelbagai dugaan aku di sem akhir ni. Mudah-mudahan semua yang aku lalui ini berbaloi. 5 bulan di sem akhir bukan lah lame, tapi kesukaran menempuh hari-hari di sem akhir menyebabkan kadang-kadang aku sukar bernafas. Tersangkut kat kerongkong laaa..dah lepas tersangkut pulak kat liver...dah lepas tang liver tersangkut pulak dekat large intestine.. ah sudah! masuk sains segala pulak..hhhmmm.. masalah.. memang tak pernah nak berakhir.

Berharap sangat suatu hari nanti semuanya akan berakhir dengan kelegaan yang membuatkan aku tersenyum dan menggengam segulung ijazah. *mula memasang angan-angan dengan tersenyum-senyum.. awan-awan dikepala.. adessss....
0 comments

Jauh Rindu, Dekat nak Bercakar je!

kadang-kadang bila aku dah benci tu aku benci sangat-sangat. Sampai nak tengok muka dia pun aku dah tak mahu. Tapi bila aku diingatkan kenangan bersama dia, aku mula rasa rindu. Aku rasa rindu dengan kenangan kami. Nak sangat berjumpa macam dulu.

Bila lagu-lagu yang pernah mengiringi hubungan kami berkumandang di Mp3 atau radio, otak aku terus berputar bersama lagu mengimbau kenangan kami. Masa itu, barulah aku terasa ingin sekali menatap wajahnya, mendengar suara yang pernah dulu menghibur hati.

Tapi bila dikenangkan kembali saat pedih bersama dia, aku rasa tak sanggup untuk berdepan dengan dia. Risau perasaan ini akan membenci lebih lagi. Bukan aku tak mahu untuk memberi peluang.. Tetapi perasaan takut itu lebih tebal dari perasaan sayang yang sememangnya tebal untuk dia.

Hanya yang mampu aku lakukan adalah berdoa supaya dia baik-baik saja dan bertemu dengan insan yang lebih baik dari aku. Kenangan yang pahit itu mungkin bisa bertukar indah setelah semuanya menjadi sejarah..
Tuesday, July 19, 2011 7 comments

BLOGGER GILA CEKAL KEMBALI


SAYA DAN AWAK sama-sama blogger bezanya cuma SAYA baru, AWAK lama, SAYA perempuan, AWAK lelaki, SAYA kecik, AWAK tegap, SAYA pendek, AWAK tinggi, DAN SAYA kenal AWAK, AWAK tak kenal SAYA...! :)
Sunday, July 17, 2011 4 comments

Tragedi Rumah Sewa

Malam nisfu sya'ban ni banyak fadhilatnye jika beramal. Tapi lain situasinya hari ini untuk aku dan kawan-kawan yang berada dirumah sewa. Bermula dari pagi tadi macam-macam benda yang berlaku kat rumah aku ni. *erk?? skemanye!

Bermulanya sewaktu member dok menyidai pakaian kat tepi rumah. Memang terbaik la dok tengah menyidai pakaian ade pulak sejenis makhluk menjadi pemerhati di atas pokok dok bergayut-gayut. Siap memandang, mengusha gitu kan! Berbulu-bulu badannye. Tau jelah! kera aka lotong! Nasib baik la dia tengok je.. buatnye dia buat hal mampos pulak kawan aku lari keliling rumah kang. Kera kat sini lain macam sikit...! Suka kejar awek2 kat kampung ni.. *miang sungguh!

Dah tu rumah digemparkan dengan pertemuan seekor kala jengking yang duduk sebelah dengan box baju kawan aku. Elok kak ain menyapu angkat2 baju kuar pulak dia terkedek2 dengan ekornye terjungkit tu.. adohhh... kecoh jugak! kalau kecik tak pe.. besau jugak laaaa!



Dah habis tragedi tu bising pulak dengan katak yang dok merayap bawah almari. Mungkin kami alih-alih almari sebab nak buang katak tu, tragedi seterusnye pulak jadi bila almari kain roboh. Aduh...satu hal nak kene kemas semua baju2 yang dah di streka baik tu. *geleng kepala aku ingat balik hal ni.

Dah settle masalah tu, time tengah lepak dalam bilik. Best-best golek-golek sambil online member menjerit lagi sebab nampak lipan bawah tikar! Aduh.. aku dah melompat dengar dorang cakap lipan. Sumpah aku seram dengar pasal lipan ni. Bukan lipan biasa plak! lipan bara tu hah! warna hitam tapi kaki merah. Errmm senang cakap hitam kemerahan lah! besar beb. Kalau sengat mau jugak kitorang ke klinik malam ni. Sape pulak nak menghantar tu kan? 



Malam ni memang tak senang duduk lah aku. Semua kerja jadi terbengkalai. Termasuklah kerja membuat tahi mata pun tergendala. Tak senang hati ni nak tidur. Risau! Risau! Risau! gggrrr... Semoga hari-hari yang akan datang dipermudahkan segalanya. Mudah-mudahan tak ada lagi binatang berbisa dan bahaya yang datang bertempek kat rumah kami ni. AMIN..
Saturday, July 16, 2011 2 comments

Layan Lagu Best Ni..!

Malam ni ntah kenapa laa.. Hati sayu je.. rase macam nak nangis tapi macam tak de sebab. Kenapa ye? Tapi jom la eyqa nak ajak korang dengar sebuah lagu ni.. Memang menyentuh hati. Terasa macam ada seseorang bagi lagu ni kat eyqa.. sedangkan eyqa sendiri yang download.. Pakai download je.. Tapi bila dengar menyentuh hati betul! Jomlah! sape-sape yang agak-agak feel bad jom layan lagu ni... Last Child *PEDIH.


Engkau yang sedang patah hati
Menangislah dan jangan ragu ungkapkan
Betapa pedih hati yang tersakiti
Racun yang membunuhmu secara perlahan


Engkau yang saat ini pilu
Betapa menanggung beban kepedihan
Tumpahkan sakit itu dalam tangismu
Yang menusuk relung hati yang paling dalam


Hanya diri sendiri
Yang tak mungkin orang lain akan mengerti
Di sini ku temani kau dalam tangismu
Bila air mata dapat cairkan hati
Kan ku cabut duri pedih dalam hatimu
Agar kulihat, senyum di tidurmu malam nanti
Anggaplah semua ini
Satu langkah dewasakan diri
Dan tak terpungkiri juga bagi


Engkau yang hatinya terluka
Di peluk nestapa tersapu derita
Seiring saat keringnya air mata
Tak mampu menahan pedih yang tak ada habisnya


Hanya diri sendiri
Yang tak mungkin orang lain akan mengerti
Di sini ku temani kau dalam tangismu
Bila air mata dapat cairkan hati
Kan ku cabut duri pedih dalam hatimu
Agar ku lihat, senyum di tidurmu malam nanti
Anggaplah semua ini
Satu langkah dewasakan diri
Dan tak terpungkiri juga bagimu..


Download (CLICK pada warna biru tau!!!)
Friday, July 15, 2011 0 comments

Dia Guna Profile Pic Aku?

Sebelum ni aku hanya tersenyum bila ada orang post pada wall FB mereka yang picture mereka dijadikan sebagai profile picture mereka. Aku tak pernah merasa apa yang mereka rasa. Jadi aku hanya tersenyum. Itu yang mampu.

Tapi, hari ini bila aku log in my Fb terkejut aku bila melihat profile picture aku add aku sendiri as a friends. Aku salah tengok ke ape? Check punye check rupanya orang yang add aku tu menggunakan profile picture aku yang pernah aku guna sebelum ini sebagai profile picture Fb dia. Lihat mutual friends tak ada pulak! 

Mula berkira-kira..berfikir-fikir apakah motif sebenar beliau buat macam ni.. Mana dia kenal aku? Mana pulak dia dapat pic aku tu? Dalam FB aku ke dia ambil? or dia google gambar tu? Kenapa add aku sedangkan dia tahu bahawa dia add orang yang ada dalam profile picture Fb dia... aku blur.. tak tahu motif.. Dah la dia private kan semua info, wall, picture dalam FB dia tu. Nasib la dia tak guna nama aku. Hihihihi..


the top one.. hhhmmmm...


Ape-ape pun aku tak berminat untuk apprv.. mesti ada something wrong. Kalau dia bersungguh-sungguh mungkin dia akan menghantar message melalui Fb aku kan? So, just lets see ape yang akan terjadi selepas ni.

Btw, ada gambar terbaru aku yang aku edit positionnye supaya lebih menarik. Satu je.. boring-boring terhasil pulak sekeping gambar yang simple.. Tapi! Sebelum ni ada jugak picture family yang simple telah aku hasilkan untuk wall di my lappy.. sekurang-kurangnya lepas jugak rindu pada mereka bila tengok muka mereka terpapar chumel kat screen ni.. cun tak? hihi...



Thursday, July 14, 2011 2 comments

Tips Mengguris Trengkas dan Shorthand

Yeehaaa.. majoritinye tahu yang aku budak setiausaha. Dah senior ni kan... *angkat kening sikit! cewah! tak berlagak pun... cuma terase diri tua sikit bila orang panggil kakak.. hahaha.. *tak mahu terima kenyataan! Bila aku dah jadi senior untuk cos aku, macam-macam benda yang membuatkan aku geleng kepala. Agaknye masa aku junior dulu senior aku pun rase macam yang kami rasa sekarang ni kot.. hahaha,.. *padan muke aku!

Tips! Trengkas dab Shorthand untuk mengguris lebih laju.
  • Menggunakan pensel kayu (tajam) *jangan la tajam bebenor...
  • Guris dengan lebut dan santai... tak payah tekan-tekan sebab ada beza tekan or not...
  • Latih tangan anda supaya mengguris dengan kecil-kecil saje... tak payah besor-besor..
  • Jangan melangkau baris jika hendak meneruskan baris yang lain. Nanti tak sempat nak catch up...
  • Lipat paper kepada dua bahagian secara verticle ye.. bukan horizontal...
  • Menumpukan sepenuhnya pada paper yang sedang diguris.

Tu jelah tips sikit-sikit dari "akak senior" kou orang ni... Lepas ni ade ape-ape soalan boleh la tanya terus kepada lecturer ye... aku? malas.. hahaha,... gurau je.... boleh je tanye.. jangan tanya aku "boleh tolong buat?" memang jawapnye terbang segala buku pen kertas trengkas ko nanti.. haaaa.. ganas tak ganas tu.. huhu... dah laaa... out! pepanjang pun bukan orang nak baca.. haha...
Wednesday, July 13, 2011 1 comments

Jawapan untuk anda...

Alang-alang kat kelas computer ni bleh la update blog kejap! hhhmmm.... nampak sangat suke buat kerje time kat class... *kantoi suda.. tapi tu je yang mampu. Okey.. entry kali ni adalah entry penjelasan. Ade yang masuk blog eyqa dan meninggalkan kesan. Kesan di hati or kesan untuk dijejaki..lebih kurang gi tu laaa...

Beliau memberi pendapat bahawa blog eyqa ni patutnya postkan benda-benda yang ilmiah supaya orang boleh baca. Terima kasih atas pendapat tu. Mungkin saudara hanya membaca satu entry dari entry-entry eyqa yang lain. Kat sini eyqa nak memaklumkan. Dulu, tujuan eyqa masa mula-mula buat blog adalah semata-mata untuk share pengalaman eyqa. Tak de tujuan. Mengaku....

Lama-lama jumpa tujuan jugak. Eyqa buat banner untuk orang. Tapi simple je... tak la cantik dan bagus. Banner untuk newbie macam eyqa je...membantu tanpa charge sebarang bayaran. Tapi, kerja-kerja buat banner tu dah dihentikan serta merta sebab laptop eyqa masuk virus dan tak boleh nak mengupload gambar-gambar yang dah di email kan. Sedih tau bila jadi macam ni..

Blog eyqa bukan hanya memaparkan banner..tetapi turut termasuk kisah hidup eyqa, info-info dan tips-tips yang boleh eyqa kongsi. Bukan ape..blog eyqa bukan lah blog yang formal. Banyak kepada share ape yang eyqa tahu saja.. So, sesiapa yang ingin meneruskan pembacaan di blog eyqa dipersilakan. Siapa yang tak mahu, tak da paksaan untuk anda baca.

Walau bagaimanapun, terima kasih yang memberi komen, insyaAllah akan diterapkan nilai-nilai ilmiah yang lebih banyak lagi dalam blog eyqa ok? :) thanks...

*menyatakan keburukan BUKAN dengan tujuan mengkritik adalah satu nasihat.. thnks.. :D
Monday, July 4, 2011 2 comments

Akhirnya boleh post entry...

Minggu lepas...hati membuak2 nak berblog...suke sangat2 dapat bukan blog balik rase macam nak lompat-lompat macam budak-budak dapat coklat cadburry.. hahaha... tapi hati makin lame makin panas je bila entry dah siap tak dapat nak berblog.. Grrr... memang masse tu mood berubah rase nak tendang-tendang PC nieh!

Tapi..dengan adanya entry ni bermakna tak da masalah lagi aku nak berblog..ternyata Allah masih membenarkan aku mencurahkan rasa hati kat sini..cewah! *senyum-senyum khambhing la pulok! Entry pendek je...nak blah da ni..banyak bebenor koje teman..ok ye..bye... 

*tQ 4 reading...
0 comments

Result...Alhamdulillah... :)

Assalamualaikum. Dah lame sangat tak berblog. Bukan saje2 tak mahu berblog. Tapi line internet tak mengizinkan. Ni pun update sebab kebetulan nak check result exam yang lepas. Ha! cakap pasal resut exam. Aritu sumpah aku rase macam nak nangis buat exam sebab aku tak yakin langsung yang aku boleh buat. Lame jugak la aku bertapa kat dalam dewan exam tu mencari-cari idea. Mati kutu dibuatnye!

Macam-macam hal pulak! dengan lect nye buat bising mase jawab exam. Lepas tu student tak ready lagi dah baca speed memang mase tu nak give up jugak laaa..tapi memandangkan aku tak nak sia-siakan sebulan yang ade tu..aku teruskan jugak. *menaip dengan herot-herot mulut menandakan protes!

Berkat kesabaran yang tinggi *cewah! tinggi mane lah agaknye eah! akhirnya penantian itu telah terjawab. Pagi-pagi lagi lepas subuh talifon berbunyi-bunyi. Aku ni memang hangin sikit kalau talipon bunyi pepagi. Mau je aku campak dalam mangkuk jamban rumah tu. Tapi pagi tu talipon yang berbunyi mengubah mood aku. member aku mesej. "eyqa, trengkas ko dapat gred B"... hoh?

Waaa... sadisnya... aku fikir member2 aku mesti dapat A.. ye laaa... Tapi aku bersyukur sangat sebab at least aku lulus.. hihihi.. *tetiba rase insaf.. bersyukur sangat... dan sekarang lebih membahagiakan aku bila pointer aku naik semula... alhamdulillah. Walaupun tak tinggi tapi aku berpuas hati. aku dapat 3.51 HPNM.. 

Akhiri blog ini dengan senyuman manis macam madu, gula-gula..lebih manis dari pemanis.. hikhikhikhik... wasalam... :)

*bersyukur la dengan nikmat yang ada...
 
;