Saturday, December 24, 2011 15 comments

Calon Suami Buat Mujahidah

"Kamu inginkan aku? Apa yang kamu faham tentang aku? Boleh kamu menerima aku seadanya tanpa kamu meminta aku untuk mengubah tabiatku? Adakah kamu akan tetap menyayangi aku setelah kamu tahu keburukan ku? Adakah kamu tahu apa yang akan aku tuntut jika dirimu menikahiku?"


Wahai kaum adam.. ketahuilah kamu, aku hanya insan biasa. Yang tak punya apa-apa keistimewaan. Aku tak punya harta kekayaan untuk dibanggakan, aku tak punya kedudukan untuk dipandang tinggi, aku tak punya keimanan yang tinggi untuk dipelajari. Aku tak punya wajah cantik jelita untuk menjadi pendampingmu. Justeru itu, aku memerlukan suami yang boleh membimbingku, meningkatkan lagi ilmu agama di dadaku.


Wahai kaum adam.. Janganlah kamu menerimaku kerana kebaikanku, kerana luaranku. Aku khuatir sekiranya kamu melihat keburukanku, kamu akan membenci dan meninggalkan aku. Terimalah aku kerana menjalankan kewajipan kamu sebagai hamba Allah. Sekiranya kamu tahu apa kewajipan kamu sebagai hamba, kamu pasti dapat memenuhi setiap perinci lelaki idamanku.

Aku sebagai wanita, ingin menjadi seorang isteri yang solehah untuk lelaki yang bergelar suami. Aku mahukan si suami nanti untuk menjadi pelengkapku. Melayar nakhoda perkahwinan hingga akhir hayat seterusnya di akhirat. Bukan sekadar di dunia.

*carilah kebahagiaan untuk akhirat, bukan mencari kebahagiaan di dunia..
Thursday, December 22, 2011 5 comments

Bertemu & Berpisah, Masih Bergelar Sahabat.

Saat paling indah dalam hidup adalah pertemuan. Saat paling pedih adalah perpisahan. Sebagai manusia, biar baik atau buruk sekalipun, jika kamu bertemu aku sebagai sahabat, selamanyalah kamu sahabat. Tak ada istilah putus sahabat untuk aku.

Walau betapa perit sekalipun ayat yang pernah kamu ungkap pada aku, walau betapa sakit hati aku, kamu lukakan, bukan bermakna aku harus membuang kamu dari hidup aku. Sebab aku tahu, setiap manusia boleh berubah. Dan aku selalu inginkan perubahan yang baik buat kamu sahabat.

Tak kisah la dari mana kita bertemu. Sama ada di tempat kita sama-sama menuntut ilmu, di kawasan perumahan, atau pun di alam maya yang serba canggih. Twitter, blog, facebook, octove atau apa sajalah. Sahabat, kan lebih indah andai kita masih macam dulu. Bergelak ketawa, berkongsi cerita, bersama-sama menyelesaikan masalah. Kenapa harus padamkan kenangan indah hanya kerana pemikiran yang kolot?

BENCI..sampai bila? Sampai kita nak diusung dalam keranda? Sampai muka mencium tanah? Sampai akhirat? Allah.... Semailah perasaan sayang pada insan yang bernama sahabat. Bersahabatlah kerana mencari redha Allah. 

*sejujurnya aku rindu kamu..
Wednesday, December 21, 2011 6 comments

Terima Kasih Review Blog PCE.

Sebelum melelapkan mata, aku nak share something dengan korang. Blog Pena Cik Eyqasara telah di review oleh seorang blogger JAY. Terima kasih ye.. Actually blog ni masih newbie dan masih tercari-cari untuk maningkatkan kualiti. 

Seperti yang anda lihat, blog ni bukan harian di update. Antaranya juga sebab kekurangan idea. Tetapi bukan kuantiti jumlah entry yang nak ditingkatkan. Tetapi kualiti blog ni. Blog ni juga adalah blog personal aku. Penulisan yang ada dalam ni banyak dari hati ke hati, untuk mengukir senyuman dari bibir ke bibir. 

Apa pun, terima kasih kepada semua yang follow every post eyqa kat blog ni. Anda amat-amatlah eyqa hargai. Tak kisah la, anda silent reader ke, atau follower tegar.. *malu nak cakap macam ni benornye.. hihi..

So, ini link untuk blogger JAY, yang dah review blog eyqa. Thanks sangat Jay.. (^^) Jika anda sudi, ada lebih masa, jengah blog rakan saya DISINI. (^^,)

*bukan publisiti yang aku cari, tapi sama-sama mencari ilmu untuk dikongsi~
Tuesday, December 20, 2011 18 comments

Facebook? Fake Profile?

Sekarang ni, facebook bukan boleh percaya sangat. *memang tak boleh percaya~!!!! Sebenarnya bukan facebook yang tak boleh percaya, tapi pengguna facebook yang tak boleh nak dipercayai. Identiti yang tertera di info bukan betul sangat.

Aku mula melihat perkara ini setelah aku tengok beberapa info yang dipalsukan. Terutama budak-budak zaman sekarang  ni. Jangankan kata orang lain, pusing-pusing aku tengok, my dear sister pun buat benda yang sama. Selalu benda yang mereka palsukan nama, tempat tinggal, tempat belajar. Tarikh lahir pula, tahunnya mula lah disembunyikan.


Tapi aku tak la berapa nak kisah sangat apa yang mereka buat ni. Aku sendiri fake kan beberapa data dalam akaun facebook ni. Kenapa aku buat macam tu, sebab aku lebih selesa begitu, dan tak mahu nak mendedahkan identiti sebenar terlalu detail. 

Tujuan budak-budak zaman sekarang pula, yang aku selidik-selidik, jawapan mereka " saje je nak nampak gempak *walaupun~! , lagipun kalau nampak budak-budak sangat orang tak mau nak add.. etc + +" aduhai.. ke situ pula yang mereka fikir kan? 

Lepas tu, mula gelabah bila orang tanya itu dan ini tapi tak reti nak jawab. Nak saja aku gelak guling-guling tengok gelagat mereka. Mati kutu kan nak jawab? Soalannya berbunyi... "awak study dekat UITM ye? Duduk kolej mana? Ambil jurusan ape? Sekarang sem berapa?" ahaaaa~ budak-budak sekolah kebiasaannya jarang tahu benda-benda bersangkut paut dengan universiti ni. 

Lebih parah kalau ada yang gatal tangan letak tempat belajar di luar negara. Mesir, Jepun, Korea, Manchester, bila orang tanya, mula la block orang sana sini. Aku bukan apa, aku dah tengok senario ni banyak kali. Dan aku hanya mampu menggelengkan kepala.

Adik-adik, cari kawan biar ikhlas. Enjoy your life my dear. Satu hari nanti, panjang umur, kamu akan capai tahap itu juga. Syaratnya belajar betul-betul, dapatkan keputusan yang mantap, boleh belajar di mana saja kamu mahu. Pesanan terutama pada adik aku sorang ni. Hehehe.. :P

*berbanggalah dengan apa yang kita ada..sebab itu adalah nikmat kurniaan Allah..
Monday, December 19, 2011 11 comments

Sejarah itu hanyalah sebuah kisah silam.

Kadangkala, kita terlalu bermain dengan bayang-bayang kisah silam yang mungkin saja akan melukakan hati insan-insan yang dekat dengan kita. Kita mempunyai sejarah silam, jangan diletakkan bebanan tersebut di atas bahu orang lain. Lebih sedih jika orang itu menyayangi kita.

Sedangkan yang melalukan kesalahan, adalah berhak untuk diberi peluang kedua. Inikan pula insan yang baru berjinak-jinak untuk mengenal dunia kita. Siapa kita, untuk meletakkan kesalahan orang lain pada bahu mangsa kita. 

Sejarah silam bukan untuk disimpan sebagai dendam. Tapi simpanlah sebagai kenangan yang dijadikan tongkat untuk kita berjalan menuju kehadapan. Manusia ni perlu dibimbing. Dari segi hati, fikiran.. Siapa yang membimbing? Sejarah hidup kita. "experience is the best teacher in our life.."

*melangkah sebagai manusia celik akal berbeza dengan melangkah sebagai manusia celik mata.
Saturday, December 17, 2011 23 comments

10 Tanda Kita Wajib Berkahwin

Adakah anda tergolong dengan golongan-golongan yang sudah wajib berkahwin? Jom sama-sama kita periksa diri kita. (^^)
  1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi orang ramai.
  2. Kehidupan yang tidak terurus.
  3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina.
  4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.
  5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
  6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.
  7. Jatuh cinta pada seseorang.
  8. Desakan hawa nafsu.
  9. Beronani.
  10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.
" Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA; dan Allah Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui." - Surah an-Nur: 32.

* Sama-sama berkongsi ilmu..sama-sama mendapat manfaat, mencari redhaNYA..
8 comments

Corak Perhubungan CINTA Zaman Sekarang

Zaman sekarang ni nak cari calon suami memang susah. Tapi, Islam dah menggariskan panduan bagaimana nak cari ciri-ciri suami yang baik. Kenapa mahu pertikaikan kehendak mereka yang inginkan suami yang baik? Tapi, untuk mendapat yang baik, para muslimah, perlulah menjadi seorang yang mukminah.

Corak perhubungan cinta zaman sekarang. Yang aku baca pada sebuah buku yang bertajuk "Mencari Pasangan Hidup". Tertarik untuk berkongsi bersama dengan kamu semua. (^^)
  1. Perhubungan bermula dengan berkawan atau persahabatan di antara lelaki dan wanita. Ia boleh jadi bermula sebagai kawan sekelas dan kawan sekerja dan paling terbaru cinta di alam maya. *facebook, twitter, blog, friendster.. etc..
  2. Tertarik dan muncul perasaan suka kerana selalu berjumpa, bersama, chatting, dan seterusnya tergoda dengan kecantikan, kekacakan masing-masing.
  3. Jika wujud perasaan sayang, barulah boleh menerima pasangan tersebut dan mula membuat hubungan lebih serius malah ada yang melakukan perkara-perkara lebih mesra juga 'berat' seperti menonton wayang atau makan malam bersama. Kredit yang dilaburkan beratus malah beribu tidak menjadi halangan.
  4. Perhubungan menjadi lebih mesra, pasangan lebih mengambil berat, mengucap kata-kata cinta, sayang dan madah-madah indah.
  5. Meluahka isi hati kepada pasangan untuk mendapatkan keputusan rasmi.
  6. Diterima atau ditolak.
  7. Jika ditolak, pasangan akan berasa kecewa, sedih, menangis, mula mencari al-Quran untuk dijadikan ubat penenang jiwa. Bersolat dan datang ke kelas agama demi merawat hati yang terluka hingga sembuh.
  8. Jika cinta diterima, maka akan berasa gembira sehingga memasang pelbagai angan-angan.
  9. Menunaikan solat serta berdoa kepada Allah semata-mata untuk meminta hanya si dia menjadi pasangan hidup dan tidak mahu orang lain kerana sudah sayang.
  10. Masuk meminang dan menantikan pinangan.
  11. Menetapkan tarikh pertunangan setaun atau dua tahun mengikut situasi masing-masing.
  12. Bertunang, mencintai serta dicintai sebagai pasangan bertunang.
  13. Putus tunang adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan dianggap mengkhianati cinta, pembelot serta memungkiri janji.
  14. Keluarga menetapkan mas kahwin.
  15. Setelah cukup tempoh pertunangan, maka barulah majlis perkahwinan dilangsungkan.
  16. Mas kahwin dan belanja adalah dinilai mengikut status wanita tersebut sama ada pelajar universiti, graduan bidang-bidang tertentu dalam atau luar negeri.
  17. majlis perkahwinan dibuat secara besar-besaran kerana beranggapan kahwin hanyalah sekali seumur hidup.
  18. Hari pertama sebagai suami isteri.
  19. Bercuti dan berbulan madu.
  20. Selepas berkahwin, maka suami dan isteri mula mendapat penyakit "cinta semakin pudar", bosan dan tidak seperti yang diharapkan.
Lihat? Inilah corak cinta zaman sekarang. Sebelum berkahwin, "saya serasi dengan dia, dia amat memahami, penyabar dan sayangkan saya...." Selepas berkahwin, "saya dah tak serasi dengan dia, kami tidak sefahaman, baru saya tahu sikap dia sebenarnya macam mana......"

*sebenarnya satu saja puncanya. NIAT untuk berkahwin kerana apa? -lu fikirlah sendiri kata nabil-
Tuesday, December 13, 2011 13 comments

MAUT itu pasti.

Kebanyakan manusia kalau boleh ingin tahu bilakah tarikh malaikat maut menjemput. Agar dapat bersedia lebih awal. Tapi aku, aku terlalu takut nak tahu bila tarikh itu. Aku takut menghadapi saat itu. Ntah bagaimana caranya aku akan pergi. Semua manusia tak tahu. Apa perasaan anda sekiranya menghadapi saat begini?

Doctor: At the end of this month, saya hantar surat pada awak, bawa ke hospital "_____" untuk mendapat rawatan lanjut. Saya suspek awak menghadapi ketumbuhan di kepala. Harus mendapat rawatan lanjut. Di hospital lebih mudah untuk disahkan. Kita boleh buat check up dengan lebih detail.

Bagaimana anda menangani masalah yang timbul macam ni? Jantung mesti seakan-akan berhenti bila mendengar masalah tu kan? Wallahualam. Hanya insan yang pernah lalui ini akan merasakan perasaannya bagaimana.

Cuma, ingatlah.. Apa sekalipun dugaan itu, ia adalah sepatutnya untuk hamba-hambaNya. Kita layak di uji dengan apa sekalipun caranya sesuai dengan kehendak Ilahi. DIA tahu kemampuan kita. Ujian yang diberikan adalah untuk penilaian kita di akhirat kelak di mana tempat sesuai untuk kita diletakkan. Dan penentuan tangan mana yang menerima hisab kita di akhirat.

Jangan pernah tanya kenapa siapa pun yang Allah pilih untuk memberikan dugaan sehebat ini. Ia hanyalah diberikan kepada insan-insan yang terpilih. Seharusnya bersyukur kerana dugaan yang hebat, diberikan kepada hambanya yang disayangi. Renung-renungkanlah wahai saudara/ri.

Bertaubat sebelum terlambat. Bila janjinya adalah sedemikian, tidak akan pernah terlewat atau terawal walaupun sesaat.

*ajal kita tak tahu, jangkaan teknologi sekarang bukan boleh pakai sangat. Janji Allah tentang ajal itu PASTI. 
Sunday, December 11, 2011 7 comments

Menilai Seseorang Biarlah Adil.

Kita selalu menilai insan di depan kita, tanpa kita mahu memikirkan kenapa dia bersikap begitu. Kita sering saja menilai yang bukan-bukan dan pada suatu saat apabila kita mengenali peribadinya yang sebenar, kita akan menyesali dengan anggapan yang kita lakukan.Tak kiralah sama ada menyesali mengenalinya ataupun menyesali tidak mengenalinya lebih awal. 

Apabila kita mengenali seseorang itu dengan kebaikan, janganlah disanjung-sanjung kebaikan itu keterlaluan. Cukuplah sekadar mensyukuri kerana Allah memberikan kebaikan melalui hambaNya itu. Kerana, sekiranya kita ketemukan perangainya yang buruk, kita kebiasaannya akan mencemuh, akan memikirkan perkara-perkara negetif tentangnya walaupun perangai yang tidak baik itu cuma sebesar hama.


Begitu jugalah sebaliknya. Kadang-kadang, menilai seseorang itu terlalu awal adalah tidak adil bagi individu itu. Seperti yang aku katakan sebelum ini, hidup umpama pentas lakonan. Di mana saja perwatakan kita sebenarnya ia adalah lakonan. Corak lakonan kita adalah berdasarkan dari corak perwatakan daripada pendidikan yang kita terima sedari kecil.

Latar belakang keluarga memainkan peranan. Pernah tak kita terfikir, mengapa individu tersebut berperwatakan sedemikian, dan sedemikian? Percayalah, setiap manusia menjadi baik atau sebaliknya, masing-masing ada agenda tersendiri. Menjadi baik untuk peroleh yang baik, menjadi sebaliknya juga untuk kebaikan. Cumanya, kebaikan atas diri sendiri tanpa memikirkan orang lain dan seterusnya menggunakan cara yang silap.

*layakkah kita menilai seseorang? Sedangkan kita masih mencari-cari siapa diri kita sebenarnya..
Friday, December 9, 2011 3 comments

Semalam adalah CIKGU kita untuk hari esok.

Dunia ni penuh propaganda. Dalam sedar atau tidak, dunia ini adalah tempat lakonan. Setiap insan membawa watak masing-masing. Yang pada satu masa cerita kehidupan kita akan berakhir. Bila Allah berkehendak, secara tiba-tiba atau dirancang kita harus tamatkan segala lakonan.

Bicara tentang hati memang takkan pernah berakhir. Selagi nyawa di badan, selagi itu lah permainan dengan hati akan berdetik laju selaju nadi yang berdenyut. Masa takkan pernah berhenti, waktu takkan pernah menunggu.

Penat aku berjalan mencari kejujuran manusia, penat aku berlari mengejar perasaan yang sukar diungkap itu, penat aku menelaah hati yang sukar untuk ku temu jawapan, penat aku mengira detik-detik waktu yang aku tak tahu bila akhirnya.

Kini aku berhenti. Berhenti bukan kerana aku takut, berhenti bukan kerana aku pasrah, berhenti bukan kerana aku tak mahu itu. Tetapi aku berhenti kerana memberi ruang padanya, memberi ruang untuk diriku sendiri bermunajat kepada yang SATU.

Aku hanya berserah kepada Allah taala apa pun yang ditakdirkan. Sabar menunggu, insyaAllah ganjaran yang Allah janjikan. Pengalaman semalam, kelmarin dan sebelum ini aku terima sebagai satu pesanan dari Allah.  Bukan hari-hari kita bahagia, bukan hari-hari kita bersedih. Allah tak kejam. Dia cuma mengajar kita erti kehidupan.

*pengalaman semalam mengajar kita kehidupan hari ini.
Thursday, December 8, 2011 4 comments

Jangan Sampai 2 Kali Aku Membenci

Setelah lama aku diamkan diri. Harini terasa ingin mencoretkan sesuatu pada blog. Kolam di mata aku terasa panas. Hati aku terasa benar-benar terasa seperti ditujah-tujah dengan tobak! Semuanya terungkai hari ini. Rahsia, misteri, persoalan yang sebelum ini bermain-main, berlegar-legar difikiran telah terjawab.

Aku berusaha add si dia di FB untuk mencari jawapan atas semua yang di mainkan di layar kehidupan. Si dia pernah menunggu aku selama hampir 6 tahun lamanya. Untuk mengikat aku sebagai suri di hati dan juga kehidupan. Tapi sebagai seorang pelajar, commitment pada pelajaran amat aku utamakan. Andai dia benar-benar sayang, dia akan tunggu selama mana pun. Itu kata hati aku!

Sampai satu saat, apabila account facebook aku (privet) di approve, aku meneliti satu demi satu status, update, yang di postkan di wall FB beliau. Aku melihat apakah puncanya aku mendengar ayat....

"abang dah jumpa pengganti eyqa.."
"eyqa yang tak pandai jaga abang"

Maaf la bila aku dah mula bersuara. Apa hak engkau nak aku jaga engkau seperti kekasih aku? seperti tunang aku? Apa hak engkau nak aku jaga kau seperti suami aku? Apa hak engkau nak yang bukan-bukan dari aku sedangkan kita tak pernah ada apa-apa ikatan? Disebabkan suara itu aku ditolak? Disebabkan permintaannya aku tak turuti aku dibuang dari hidup? Waaah~ hebat alasan tu! aku memang keras hati! memang keras kepala! sebab aku tahu apa yang aku buat untuk hidup aku.

Hari ini aku jumpa jawapan. Rupanya, sudah lama dia mengikat pertalian dengan saudari berbaju putih (nurse) ketika mana dia masih inginkan aku. Sehinggakan taddy bear kuning sebagai ingatan penghubung hati mereka. Ya Allah, kenapa baru sekarang aku tahu? Aku terpaksa lupakan insan yang aku sayang semata-mata kerana terpaksa mengikut kehendak dia! Tapi, rupa-rupanya selama ini, si dia hanya menanti saat untuk mengungkap kata itu!

Sedihnya, saat yang dipilih untuk mengungkap kata itu ketika aku ingin menjalani peperiksaan semester akhir dan setelah aku menolak insan yang aku sayang. Kenapa sekarang? Kenapa bukan dulu lagi? Dulu sewaktu aku tolak engkau! Dulu sewaktu aku tak terima kau atas kesilapan besar yang kau buat! kenapa kau masih merayu menagih kasih pada aku? Bila aku dah terima, kenapa kau hancurkan semuanya? apa niat engkau sebenarnya wahai anak adam???

Dulu, disebabkan perangai buruk kau, aku benci lelaki..! Sekarang, kali ke dua engkau membuatkan aku buta hati untuk menilai lelaki! Jangan tanya bila aku sudah tak percayakan kata-kata lelaki! =.=

Tapi hati aku tak pernah kesal sebab menolak engkau dulu. Sebab aku tahu, gerak hati aku memang kuat yang aku, takkan boleh hidup dengan engkau, dengan mak engkau, yang tak pernah nak terima aku atas sebab aku belum berkerjaya. Sikap kamu betul-betul buat aku kesal sebab memberikan kamu peluang buat kali ke 3~!

*maaf, tiada lagi peluang untuk kamu. Hati aku tertutup buat kamu selama-lamanya..
Thursday, December 1, 2011 20 comments

Surat Cinta Untuk Lu la derrrr...~!

ASSALAMUALAIKUM DERR..

Wa tengok, lu banyak sangat kelebihan la der..
Segala-galanya lebih..
Sampai peminat lu pun berlebih-lebih..
Wa tak tau pasal ape dorang minat lu..
Pasti ada reason dorang sendiri lah kan?

Wa tak la jeles sangat derrr.. 
Sebab lumrah la orang macam lu orang kejar-kejar..
Tapi yang wa tau.. 
Kalau wa antara mereka,
Wa berbaris paling blakang derrr..
Lu tau kenapa?
Sebab lu punya peminat, 
jauh lebih bagus dari wa derrr...

Muka cantik, wa pun boley cantik gak der...tp lepas edit by photographer terhebak!
Plajaran tinggi, bangunan poli wa sampai tingkat 4 je derrr..
Dah ade kerjaya, wa baru nak amik kertas plan apa wa nak buat derr..
Duit simpanan dan tebal not RM50. Wa pun ade derr.. tapi not RM1X50 keping..
Agama tahap ustazah, wa punya tajwid baca al-Quran pun tak betul lagi derr..
Keturunan orang kekaya, wa tak da semua tu derr.. tapi kaya sapu kat roti wa ade..!

Lagipun ibu wa dah pesan la derr..
wa kene ukur baju kat badan sendirik~!
lu pun tak kan pandang wa ni kan derrr..
kawan-kawan wa pun cakap wa tak layak derrr..
wa sedar.. wa bodoh sebab wa tetap mencuba walaupun wa tau jawapan lu..

untuk pengetahuan lu kan derr..
wa tak heran pun duit lu kepuk-kepuk..
wa bukan kaki kikis.. 
kalau wa kaki kikis, wa da lama mintak lu duit ribu riban.. 
paling tak pun wa mintak lu topupkan wa...
tapi wa lagi suka pakai duit wa sendiri..
sebab tu lagi puas hati.. duit lu, duit lu.. wa tak penah nak kacau..

wa pun tak mengemis cinta lu derr..
sebab wa tau cinta lu untuk bakal bini lu jerrr..
ada wa kisah? tak, sebab wa pun simpan cinta wa untuk laki wa..

wa penah sayang lu sebab ape?
sebab lu slalu ingatkan wa pada Allah..
lu ajar wa jadi orang yang sabar..
lu uji wa, rase macam wa nak amik PHd derrr..
walaupun wa belum dapat diploma pun lagi..
sebab tu wa sayang lu lebih derrr...
lu backup wa time wa susah ati..
lu selalu mara-mara wa..
lu cakap wa kuat membebel..
lantak lu la kan derr..
wa lex je dengan lu..
wa heppy dow kawan ngan lu..
rase kawan dengan orang sebaya wa..
hahaha.. sempoi, sporting..
cuma wa tak suka lu majok2 derr..
sebab wa memang tak pandai nak pujuk..
so, skang lu tau la kan nape wa tak pujuk lu?

Senang citer skang ni derr..
wa memang tarik diri la dari join contest lu carik awek..
wa dah tau da wa kalah..
tak payah bertanding pun, memang wa tau wa tak masuk list pun..
cuma satu wa nak gi tau lu...

wa sayang kawan-kawan wa..
wa kawan dengan lu, wa tak tau pun lu kaya raya beb..
kalau wa tau awal2 lagi wa blah...
lu tau napa? sebab wa tak mo orang cakap wa kawan lu sebab harta..
wa kawan suka, tapi wa tak suka nak bersaing2 dengan peminat-peminat lu..
sebab wa bukan taraf dorang nak bersaing sama..
wa tak masuk list pun derr..

k la derr.. wa type ni tak sedar panjang melebar..
lu baca ke tak wa tak amik tau pun..
sebab tak penah ada yang berubah lu baca ke tak..
aih? lu ingat ayat ni...???

"tak ada apa2 pun berubah walau ape pun jawapan saya"

hahahaha.. lu mesti tersenyum ingat ayat wa kan?
ke lu marah? wa tak kisah laaa...
dah abis da surat wa..
tak larat nak taip lagi.. 
kang tak pasal-pasal terbongkar lagi banyak rahsia wa..
k, WA CAU LU DERRR~!

WASALAM.

*-rekaan semata by eyqasara-
*surat ni boleh jadi wujud...kalau dia nak wujud..
Tuesday, November 29, 2011 11 comments

Jawapan Seorang Lelaki

"Kenapa awak pilih dia sebagai isteri? Sedangkan awak tak kenal dia sepenuhnya"
"Saya pilih dia sebab hati saya nak dia, setelah pandang wajah dia, saya yakin dia mampu membahagiakan saya dan keluarga kami nanti"
"kenapa cakap macam tu? tak terlalu awal?"
"Tak, sebab seindah hiasan adalah wanita solehah...insyaAllah.."

**************

"Ada sebab lain mengapa pilih dia?"
"Petunjuk dari Allah...sebuah cinta yg ikhlas"
"kenapa?"
"dia mencintaiku kerana mencari redha Allah.. dan mengubah pendirian sendiri lebih mudah dari mengubah pendirian orang lain"


cinta kerana agama, lain nikmatnya berbanding cinta kerana nafsu..
aku mencintai..kerana mencari redha Ilahi..
aku mencintai..kerana ingin menemukan jalan yang abadi..
Ya Rabb.. pertemukan aku dengan insan yang mencintaimu..agar cintaku lebih mekar bersamaMU.

*Allah sentiasa dengan orang yang sabar.. credit to: DrLove.
12 comments

Ost Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…
uuu…uuu..

Hafiz & Adira : Ost Ombak Rindu (Download)
Sunday, November 27, 2011 8 comments
Ibu pernah berpesan. Pesananan dia tu sampai sekarang aku ingat. Tapi kadang-kadang aku lupa. Sedangkan pesanan itulah yang dia paling nak aku ingat. Supaya aku tak lupa diri. Dia tak suka tengok anak dia tergedik-gedik, perasan, bangga diri. Aku tau tu..


"...apa saja yang kita nak, cermin diri kita dulu...."

Bila aku tengok orang beli benda-benda mahal, aku pun teringin. Nak sangat miliki barang tu. Tapi disebabkan pesanan ibu, aku tak beli. Aku bukan golongan kaya raya. Dengan jumlah duit sebanyak itu, aku boleh beli benda yang lebih bermanfaat. *sekali sekala tak pa la kata ibu..

Bila aku tengok orang hensem, suka je aku nak tengok. Kadang-kadang terasa nak miliki. *gatai nooo.. Teringat kata ibu, aku cepat-cepat buang perasaan tu. Ramai orang yang lagi cantik, kalau setakat muka macam aku, agaknya pandang sebelah mata pun tak kan..?

Bila aku tengok orang yang beragama, hati aku nak sangat memiliki dia sebagai suami. Supaya boleh bimbing aku. Tapi, aku tengok diri aku. Aku tak cukup baik untuk lelaki macam tu. Dia lebih layak dapat yang lebih baik dari aku. Aku perlu raih cinta Allah dulu, baru layak meraih cinta lelaki yang telah memeluk cinta Allah.

Bila aku tengok saudara-mara aku dapat orang yang berpelajaran tinggi. Aku juga menyimpan hasrat untuk memiliki begitu. Tapi, aku sangat sedar diri yang aku ni berlajar pun tahap mana saja kan? Ada hati pula nak orang yang bijak pandai. Memang tak lah! Kena perbaiki diri aku dulu. Baru la boleh berangan nak dapat macam tu. Sedar, aku tak layak pun nak terima tu semua. 

Bila aku tengok orang bahagia, aku perlukan itu juga.. Tapi aku sedar diri, mungkin aku selalu melukakan hati orang atau mungkin hari ini bukan milik aku. Esok lusa, insyaAllah. Allah dah aturkan yang terbaik. Aku cuma perlu bersabar dan menunggu sambil berharap pada Allah agar memberikan aku nikmat itu.

Sebab tu, aku sangat-sangat merendah diri. *walaupun memang sebenarnya aku dah rendah! Sebab tu, aku segan bila ditegur golongan-golongan yang tinggi martabatnya. Bahkan kadang-kadang terasa kerdilnya diri ni. *kerdil? ceh~! ade orang pernah bagi gelaran tu.. seh ngeh leh betul!
Saturday, November 26, 2011 2 comments

Nasihat Ibu Untuk Tahun Baru

Pejam celik, pejam celik dah masuk 1433 H..Selamat Tahun Baru.. Salam Maal Hijrah. (^^) Alhamdulillah. Sempena tahun baru ni, aku nak bersihkan hati. Muhasabah diri setelah apa yang aku lalui tahun lalu. Aku nak maafkan semua kawan-kawan aku, maafkan pada sesiapa saja yang pernah buat silap pada aku. Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja. Yang jelas, mahupun yang terselindung. 

Mulakan hari baru pada tahun baru ini dengan sesuatu yang baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan, aku juga peroleh kemaafan sekiranya aku melakukan kesalahan yang sedar, mahupun yang tak disegajakan. Sedangkan nabi ampunkan umat. Siapalah aku nak menghukum. Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Setiap insan yang bersalah berhak diberi peluang kedua.

Azam tahun baru aku, nak menjadi seorang hamba Allah yang mukminah. Iaitu seorang muslimah yang sentiasa berusaha untuk perbaiki dirinya dari masa ke semasa. Cuba setiap detik untuk memperbaiki diri aku. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk hadapi masa akan datang. 

*nasihat ibu sempena tahun baru.

InsyaAllah ibu.. Anak ibu bukanlah seorang yang pendendam. Angah redha apa pun yang telah ditetapkan. Angah terima seadaanya. Angah percaya setiap apa yang telah berlaku tu ada hikmahnya. Allah menguji, angah cuba bersabar menjalaninya insyaAllah. Terima kasih ibu..
Friday, November 25, 2011 2 comments

Mintalah kepada Allah..

Harap awak boleh tolong saya...
tolong jangan tunggu saya...
tolong jangan jatuh cinta dengan saya...
tolong jangan berharap pada saya...
tolong jangan cuba curi hati saya...
tolong jangan tabur janji manis awak...
tolong jangan buat semua ni...
Selagi awak, tak kenal siapa saya...

awak baru saja kenali saya..hati budi saya yang awak tak pernah tahu. Kata hati awak, saya perempuan yang baik-baik. Awak tahu dari mana? Alhamdulillah bila pandangan awak baik pada saya. Tapi cukup sekadar itu. Saya bukan seperti yang awak gambarkan. Jangan terlalu kagum dengan sesuatu yang awak sendiri tak pasti. Mintalah pada Allah, agar Dia memberikan jawapan. Saya tak tahu. Saya tak boleh berikan jawapan. Maaf, harap awak hormati pendirian dan faham kehendak saya. 


Firman Allah di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

*mintalah pada Allah, kerana permintaan kamu belum tentu aku mampu turuti..
2 comments

Nukilan Hati

Kalau awak ingat, awak boleh permainkan saya, awak silap!
Kalau awak ingat, muka awak hensem saya boleh terpikat awak silap!
Kalau awak ingat, awak kaya raya boleh membeli hati saya awak silap!
Kalau awak ingat, pergunakan agama boleh cairkan hati saya awak silap!
Kalau awak ingat, kata-kata manis boleh melembutkan hati saya awak silap!

Awak silap selagi awak tak betulkan niat awak memikat hati saya..
Awak silap selagi awak tak berlaku jujur dengan kaum saya..
Awak silap selagi awak tak bertanggungjawab sebagai seorang lelaki..
Awak silap selagi awak tak menggunakan cara yang berlandaskan syariat..
Awak silap selagi awak tak beramal dengan ilmu yang awak ada..


Kisah silam memang mengajar aku. Aku keras hati? Memang. Pada zahirnya aku kelihatan lembut. Tapi kelembutan yang ada bukan untuk kamu pijak maruah aku sebagai seorang perempuan. Aku buka hati untuk kamu, bukan bererti aku membenarkan kamu permainkan perasaan aku. Tabahnya aku sebagai wanita itu mungkin, tapi kecewanya aku sebagai manusia biasa itu Allah saja yang dapat rasa.

Jangan tanya aku kenapa sukar untuk aku memberikan kamu peluang. Sesungguhnya hati aku betul-betul tidak bersedia setelah apa yang kamu lakukan. "Jangan cuba mencipta harapan jika kamu hanya berniat untuk mainkan perasaan..." Carilah jalan yang berlandaskan ajaran agama. Jalan yang sah untuk memiliki hati aku.

Aku tak kisah jika kamu pergi. Bukan kerana aku sombong, bukan kerana aku ego, tapi aku lebih rela begitu. Merendahkan martabat aku di depan kamu bukan aku orangnya. Aku percaya pada takdir ilahi. Jika jodoh itu sememangnya untuk aku, walau sejauh mana kamu berlari, walau sepantas mana aku mendaki meninggalkan kamu, di suatu sudut, Allah pasti temukan kita. 

*nukilan hati
2 comments

Perangai Budak Itam! *miss u babe!


Aku baru nak lelap. Aku pejam mata, aku terbayang seorang demi seorang wajah kawan-kawan aku. Bermula dari zana. Aku terbayang dia duduk depan pintu bilik kita sambil ketawa dan bercerita dengan gaya sempoinye tu. Aku teringat malam terakhir bertungkus lumus di ruangan iron baju, kami berdua menelaah buku 7 bab sampaikan masing-masing dah macam orang gila. Perangai giler-giler dia membuatkan aku selesa dan tak jemu mendengar dia bercakap. 

Aku tersenyum sendiri. Kemudian muncul wajah kak ain, jiran katil aku. Yang sentiasa ada sebelah aku tiap-tiap malam. Teringat segala pesanan-pesanan, dia jugalah yang rajin mengajak kita semua mengaji al-Quran. Dan paling penakut antara semua. *Hihihi.. maaf kak ain, rahsia anda bocor.. :) Kalau nak pergi toilet tengah malam, memang takkan nampak dia bangun. Sebab orangnya tak sampai hati nak kejutkan orang lain. Tapi nak pergi seorang jangan harap lah kan. hihihi..

Kak Aida!! Mummy yang kuat mara-mara. Bagi aku dia dah macam seorang ibu. Selalu bising dan menegur itu ini.. Kalau ada yang rtak kena siaplah! Ayat fames "eyqa, always like that aaa!" dia selalu tegur sebab tabiat aku yang minum air tak pernah nak habis. Aku tak tersinggung pun. Aku cuma hadiahkan dia sengihan yang menawan! Hihihi.. *jangan bayangkan kalau tak mahu pengsan! Dia jugak selalu manjakan kami. Untuk aku, ada lagu yang direka khas.. "eyqasara...waktu kecil..kau berambut..." sila sambung sendiri dan menyanyi mengikut lagu papadom last soundtrack!


Terbayang pulak wajah comel kembar aku si ipin. Yang nakalnya nauzubillah. Suka sangat mengusik orang. Dalam toilet, time nak tidur, time orang study... tangan merayap je nak mencuit, nak menggeletek bagai. Perangai budak comel ni, semua apa yang aku nak dia mesti nak sama. Citarasa kami sama. Sampai kadang-kadang berebut-rebut kat kedai. *malu kau bedah oiii.... Akhirnya untuk selamatkan keadaan, kami beli benda yang sama. p/s! jangan laki pun ko nak sama dah yer ipin!! 

Eyna Acheed! Eyna tu pangkat adik dengan aku. Tapi dia tinggi, dan selalu protect aku. Kalau bergaduh, dia lah penyelamat aku. Hiks! dan dia adalah geng aku untuk makan. Ingat eyna, ingat makan. Sebab kami sama kecik tapi kuat makan. Bezanya tinggi je. Eyna ni pulak suka sangat mengusik orang dalam toilet. Bahaya betul budak ni. Dia ni, nampak je ganas. Bergaduh, bagi je kat dia. Confirmed! Dia orang yang pertama ke depan. Tapi, satu rahsia dia... Suka dengar lagu-lagu jiwang. Lagu 60-an yang tak tahan tu. Hehehe..

Kak Yaz, my ex roomate. Sem 2. Yang ni sorang lagi. Tak pernah dia merungut kalau aku minta dia belikan aku makanan. Sikit pun tak merungut. Dan dia suka buat benda-benda yang pelik. Tulis surat, hantar sms walaupun bersebelahan. Kadang-kadang keletahnya buat aku nak tergelak. But, dia sangat baik. Kalau dia ke bilik aku, YES!! itu bertujuan. Hihihi.. sebab dia jarang la nak lepak bilik aku saja-saja. Cuma akhir-akhir ni kami menjadi sangat rapat. Seorang yang sangat tak pernah nak berkira.


Didi, kawan aku jugak! Gadis emosi. Hehehe.. Kalau dia marah, dia marah sungguh-sungguh, kalau dia tengah happy, boleh nampak wajah keceriaannya. Kalau dia tengah angau, memang jelas kelihatan. Kalau dia tengah emosi, nampak dia tertonggeng-tonggeng atas katil sampai aku kadang-kadang aku geleng kepala lelaju tengok perangai dia. Hihi.. Dia juga sangat obses dengan kecantikan. "didi, kamu dah lawa.." ikhlas dari hati aku cakap.. ;) cuma ingat, cantik di luar, cantik juga di dalam, kamu pasti dikagumi oleh semua orang. (^^)

Tau tak korang, aku menulis entry ni sebab aku rindu korang sangat-sangat. Masa balik semalam, aku tak terasa sangat. Aku mula terasa bila aku nak tidur. Sebab sebelum tidur macam-macam gelagat yang boleh tengok, muka tension, muka happy nak tidur. Yang best! tidur bentang tilam luas-luas, tidur berlima. Serius, aku rasa lengkap ada korang suma. Sebak bila mengenangkan yang detik tu tak mungkin akan berulang kembali. Korang kawan terbaik aku. InsyaAllah.. never end. 

*entry khas untuk kawan-kawan aku..
*entry ni aku taip pada jam 3 pagi..
*tak boleh tidur ingatkan kawan-kawan..
* :'(
Tuesday, November 22, 2011 13 comments

Untukmu Sahabat

Satu demi satu profile sahabat-sahabat aku di facebook aku buka, aku baca, aku lihat gambarnya, aku tersenyum. Tiba-tiba sebak menerjah hati. Adakah lepas ni, aku akan jumpa lagi dengan mereka? Adakah suara ini, akan aku dengar lagi melaung-laung manja nama aku?














Semestinya tak. Masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Ada yang nak terus bekerja, yang nak sambung ke peringkat lebih tinggi, ada yang mahu mendirikan rumah tangga. Semua ada matlamat tersendiri. 24 Nov 2011. Semuanya akan terlerai pada waktu itu. 

tiada lagi usik-mengusik
tiada lagi hilai tawa yang membingitkan
tiada lagi gurau senda yang melampau
tiada lagi bual bicara selepas makan
tiada lagi agenda tampar menampar
tiada lagi aksi berkejaran sana ke sini
tiada lagi suara-suara memberikan kata semangat
tiada lagi sesi luahan hati dan perasaan
segalanya tiada lagi di BLOK B4 itu...

Ya Allah, bergenang air mata apabila mengenangkan saat akhir yang bakal ditempuh. Kami bersahabat, berkongsi derita, berkongsi cerita, berkongsi makan minum, berkongsi kasih sayang. Di sini, inilah keluarga aku. Semangat aku. Kekuatan aku. Itulah dia yang bernama sahabat.


CC: ain arif, ayda ishka, hatikah najieha, eyna acheed, zana tap, yazz farah & didiana.


*sem pertama kami bersama.. sem terakhir pun kami bersama... (^^)
 
;