Saturday, May 28, 2011 3 comments

Jaga Status? Standard?

Ade ye manusia yang terlalu jaga status.. Terlalu pentingkan status hingga sanggup berpura-pura. Tanpa sedar kadang kala menyebabkan air muka orang lain jatuh. 

Bila di depan khalayak ramai, senyum pun payah. EGO! Buat muke "jaga standard" muka sombong la katekan. Tapi bila dia berdepan dengan kita TANPA berhadapan dengan khalayak ramai, boleh je senyum, bergurau..

Ye! mungkin bersikap professional TETAPI ape salah kalau kita menegur tu, at least senyum. Tak berdosa kan? Tak salah rasenye. Malaysia pun mewar-warkan supaya sentiasa senyum ketika berurusan. Betul?

Kenapa? Senyum dan bertegur sapa tu boleh menyebabkan status kita jatuh ke? takkan? Tolong la... memang la "be profesional" TAPI agak-agak la sampai bila orang yang rapat dengan kita menegur, kita buat muke sleck kat dia. Terasa tau...then, bila tanpa orang ramai buat mesre-mesre gitu! Kita nak senyum pun dah tawar hati. Nampak benor hipokritnye!

Pangkat, darjat, status kita tak bawa kita ke mana sekiranya kita sombong, riak, bongkak dengan apa yang kita ada. Aku nak pesan pada korang dan aku sendiri, "kita boleh bangga dengan status yang kita pengang, tapi kita juga boleh jatuh hanya kerana status yang kita genggam"

Fikir-fikirkan lah ok?
Thursday, May 26, 2011 1 comments

MINTA MAAF KEPADA PEMENANG CONTEST.. :(

Aku ade wat contest sebelum ni..tu adalah my first contest.. Minta maaf sangat sebab terlalu banyak kekangan dan halangan yang datang... and aku gagal nak menghantar hadiah yang ade tu untuk u guys secepat mungkin. Disebabkan aku praktikal pada office hour and dah habis terus masuk poli pulak wat shortsem cover subject yang aku tersangkut. *tanpa segan silunye mengaku.. uhuks!


Kepada pemenang, jangan risau ye...anda AKAN dapat sejurus eyqa pulang dari poli awal bulan 6 ni masa majlis perkahwinan kakak, eyqa akan postkan pada anda secepat mungkin. Serius, bukan eyqa lupa pada janji..tak sama sekali. Minta maaf secara terbuka untuk anda. Eyqa tau eyqa dah lambat untuk post hadiah tu. 


Untuk sagu hati, please ye...sila bagi no talifon anda pada eyqa coz myb eyqa terdelete email anda sebab eyqa tak jumpe nombor talifon tu.. please sangat... Minta maaf sekali lagi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Hope anda tak mengandaikan yang bukan-bukan ye sebab sejujurnya macam-macam dugaan masa eyqa menguruskan hadiah tu. Dah dapat, nak post pulak jadi masalahnye. 


*sorry sangat... :(
1 comments

Ayat Syahdu Untuk Sesiapa Yang Ade Buah Hati

Bila dia depan kita, kita tak pernah nak hargai.
Bila dia di sisi kita, kita tak pernah nak nampak pengorbanan dia.
Bila dia di belakang kita, kita tak pernah kisah dorongan dia.
Bila dia di bawah kita, kita selalu perlekehkan kewibawaannya.
Bila dia di atas kita, kita tak pernah mengucapkan tahniah.

Bila dia dah tak ada di depan, belakang, sisi, atas dan bawah kita, baru kita sedar yang kita dah kehilangan orang yang sentiasa bersama kita waktu susah dan senang. Baru lah kita merasakan rindu untuk merasakan semangat dia yang sentiasa ada untuk kita. 

Tapi semuanya telah terlambat. Andai kata aku diberi peluang untuk mengubah semula keadaan dan keputusan aku yang dahulu, akan aku ubahkan sikap ku yang membuatkan dirimu sedih bila aku tak menghargai setiap detik kamu bersama aku. Akan aku jaga kamu sebaik mungkin sehingga kamu tak terluka lagi.

Peluang hanya sekali, sekiranya kita kehilangan dia yang menyayangi kita setulus hati, belum tentu kita jumpa orang yang ikhlas seperti dia lagi.

*feeling terlebih pulak memalam ni.
2 comments

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

http://www.benashaari.com/2011/05/segmen-jom-kita-serbu-mereka.html
0 comments

Kawan Penting Time Bila?

Kawan tu penting. Semalam aku overnight. Study lebih masa sebab ade test harini. Aku study and wat assgnmnt sampai kul 3.00 pg.. Kul 3 tu aku dah rase lain macam. Perut sakit mencucuk-cucuk. Aku dah mengerang sakit sampai kawan pun naik panik. Nak panggil warden dah tengah pagi ni. So, aku decide gi cari member yang pandai mengurut. 
Alhamdulillah dia pun belum tido lagi. Dia baru je sentuh badan aku picit sekali dua. Makaiii..trus bersendawa macam makan 10 pinggan nasi. Nampak tak? betapa banyaknye angin dalam badan aku. Silap jugak sebab aku lengahkan mase makan petang tu. Ikutkan hati sangat tak de selera makan. Lepastu memang sakit la aku...tak pasal2 nak kene panggil mak bidan urut satu badan. Nasib la kawan aku ni ade kepakaran bab mengurut. 
Alhamdulillah dah semakin pulih. Tapi meninggalkan kesan beb..sampai sekarang masih terase sakitnye. Nasib la time aku tengah wat test tak sakit macam ni. Kalau tak mesti aku dapat markah rendah. Huhuu..

*Moralnya, jangan suka lewatkan makan, dan for "nanie" thanks sangat..
Monday, May 23, 2011 2 comments

Tambah Kenalan..Tambah Sahabat...Tambah Rakan..

Shortsem! memang sesuatu yang sangat membosankan. Yelarh... tak de geng.. cik azura cakap hidup sebagai student shortsem kene pandai berdikari. okey tak pe...then?


Hari-hari aku ingatkan sunyi sepi..tapi tak rupenye. Roomate aku memang sekepala. Datang plak ade 2 orang lagi yang seblom ni memang tak rapat pun..tapi aku suke giler dengan cara dorang.. best siot... tergelak sakan aku... hahaha... bergosip? oups! sekadar bercerita.. hihihi... *kantoi!


Nani, Dila... Nani sorang gadis yang comel la bagi aku..coz dia chubby tapi cute sangat. Pandangan aku, dia best! Dila? Gadis yang sebelum ni aku ingatkan sombong...aku ingat dia tak mo kawan aku..tapi..rupenye dia pun bleh tahan otak giler nye.. hihihi... ok what... :)


Ape yang kita jangka tak selalu tepat dan selalu sangat seleweng. Tapi tak pe...kadang-kadang ape yang berlaku, walaupun buruk tetapi sebenarnye baik untuk kita. So, jangan lupe bersyukur di setiap detik okey? Sebab setiap detik tu sebenarnya manfaat dia kadang kala kita tak pernah perasan kebaikannya.


*kawan? banyak..tapi tak ramai kawan yang benar-benar tulus sebagai kawan.
Sunday, May 22, 2011 9 comments

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

0 comments

Diri Kita Sebenarnya..

Kita nak orang respect kita, tapi adakah kita respect orang lain? Kita nak orang jujur dengan kita, tapi bila orang jujur dengan kite, sentap melebih-lebih sampai tarik muke 15 sen! Kita nak orang sayang kite, tapi perangai yang menggedik melampau menyebabkan orang benci kite! Kite sedar ke?

Kita mengata orang mengumpat, dalam tak sedar kite mengumpat. Kita melihat keburukan orang lain dalam tak sedar kita menonjolkan keburukan kita sendiri. Kita memandang rendah pada orang sedangkan kita tak tahu pandangan orang pada kita bagaimana. Jadi?

Kita membara bila orang pandang hina pada kita, tapi itu adalah pendapat orang, siapa kita nak nilai diri sendiri. Kita gembira melihat kemenangan orang lain,kenapa mesti kita bersedih dengan kemampuan kita? Sebab setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi kenapa mesti merungut?

Kita lihat orang cantik, orang kaya, orang berharta, orang pandai. Semua kita boleh dapat asalkan dengan usaha, doa, dan tawakal. Tapi kita? hanya memuji, mengagumi dan hanya melihat kesenangan orang lain tanpa diri sendiri ingin mencari jalan untuk jadi seperti mereka. 

Persoalan demi persoalan demi persoalan. lihat la kawan-kawan...kita takkan kemana sekiranya kita hanya diam dan diam dan diam melihat orang semata-mata dan berkata ibarat tin kosong. So, jom..bersama-sama berazam untuk cari jalan keluar. 

*jangan memikirkan masalah tetapi fikirlah jalan penyelesaiannya.
Wednesday, May 18, 2011 7 comments

Dihentam Owner Rumah Sewa!

Geramnye!!! Dorang ingat jadi student ni dapat duit pinjaman untuk ape?? kadang-kadang letih dengan perangai mereka-mereka yang tak memahami ni.. memang runsing otak dibuatnye!

Nak dijadikan cerita ye puan muan pakcik mokcik...aku ni dah last sem kat poli tu..so, agak berat lah nak dapat peluang untuk dok kat asrama. Jalan terbaik mencari rumah sewa. Yang sakitnye bila owner rumah sewa tu belasah kami habis-habisan! Belasah kat sini erti kata lain hentam lain macam. Ade ke patot duit sewa rumah kat kampung-kampung ni setanding dengan harga kondo kat KL tu!

Kalau chantek tak ngape laaa... tapi tak ade langsung fasiliti yang memuaskan..! Setakat yang ade mesin basuh yang manual, peti ais yang berkarat, toilet yang tak seberape nak bersih! tv 29 inc yang gamaknye kalau sambar dek petir kire memang mampos lah! Bilik? satu rumah hanya ada 3 buah bilik. Dan HANYA dilengkapi oleh tilam-tilam lusuh yang kalau duduk dah tenggelam dek kerana kekabu dah abish dimamah usia! huhuhu... 

Ko nampak tak? nampak tak? sadis kan? hhhuuurrrrmmm... aku nak tekan kat sini bukan aku jenis yang tak reti bersyukur, tapi aku memang hangin la bila rumah tak seberape nak elok dorang dok hentam student sampai RM 1000 sebulan! memang tak laaahh!! dorang tak fikir ke makan minum, bil air letrik, kos pengangkutan yang kami nak tanggung nanti...selfish giler!! 

Mintak maaf awal-awal tapi aku rase ini memang keterlaluan. Teramat keterlaluan. Pernah tak terfikir...kalau budak tu anak orang kaye yang gaji bapak dorang tu 4-5000 sebulan tak ape..tapi yang 4-500 sebulan tu ape cerita? tak boleh nak consider langsung! minta deposit sampai 100 sekepala..dah cukup baik bila kami ambil 1 rumah tu 11 orang.,means? RM 1100 lah kan? perghhh!! berangin je rase..

Tapi sekarang alhamdulillah..aku dah dapat rumah sewa yang harga tak la terlalu mahal..dalam 700 sebulan tapi puas hati sebab rumah baru, cukup kelengkapan termasuk katil...selesa sangat, sejuk, dekat dengan poli dan yang penting luas sangat. Alhamdulillah... :)

*terima kasih makcik sebab sangat memahami.. :)
1 comments

Richard Clayderman VS Piano Instrumental

Semakin lame macam semakin bosan dengan blog. Kenapa aku rase gitu eah? Nak tutup tak kan lah! Nanti semakin boring. Dulu bila sampai mase berblog, cukup sehari tak tengok blog jiwa tu meronta lain macam. Sekarang ni kalau online, rase nak buka blog tu pulak lain macam. Kenapa boleh jadi macam ni???


Sekarang aku dah jumpe minat baru tau..Kalau dulu aku suka dengar lagu yang mendayu-dayu..yang feel gitu! ewah! terase romantis je kan? hahaha...nak pulak bila terbayangkan seseorang..tapi sekarang ni hanya terbayangkan lembaga hitam yang tak berwajah mungkin juga tak berjiwa.


Aku mengadu pada seorang kaunselor ni. Dia cakap mungkin aku perlukan seseorang yang berjiwa, berlainan jantina untuk teman aku sebagai "teman"... aku terfikir..betul ke macam tu? hhhhhmmmm... "let me think first sir"  hahaha... tu respond aku! *terbayang-bayang muke encik tu tersengih..!


Sekarang ni aku dah jadi seorang yang minat pada piano instrumental...tau tak ape? ermmm..just bunyi dari mainan piano. without voice... nice tau... mendayu je...tenang fikiran..betul-betul terapi untuk hilangkan stress..lagi best bila layan piano instrumental dari richard clayderman. Seorang pemain piano bertaraf dunia yang memang best giler arh! aku suka tengok dan download piano instrumental dari beliau ni. Korang yang stress jom layan youTube dari beliau...syiok habis! ;)


sumber en.Google!

Monday, May 16, 2011 0 comments

Tak Sihat La...

Gara-gara tak tidur semalam terase berpinar kepala hari ni. Memang tak boleh nak tidur. Tapi effect dia nauzubillah weh..aku tak sedap perut ni.. makan? terus tak ade selera. Ok, terasa nak makan bila nmpak 1 bar coklat kat dalam laci meja study.. *fikir boleh buat alas perut.

Tup tap tup tap aku teriba rase mual semacam. Member makan okey je pulak! asssssuuuddaaah! kenapa ni? aku berlari dapatkan balik pembalut coklat tu tengok lable *tu la manusia dah makan baru nak tengok tarikh luput..Kalau dah masuk kenyang cam aku kan dah "selamat" tu.. ahaks! 

Tengok lambat lagi la expired date tu..cam mane nak bagi ilang eah? ni terase lain macam da ni.. nak tengok blog lelame pun rase tak best je.. berdonyut kepalo den ni hah!

aku blur~~ blur~~ blur~~

*cit! benda mcm ni pon nak post... aduhhh..
*nak baca,baca.. tak nak dah..jgn komplain bebanyak...huhuhu..
Sunday, May 15, 2011 6 comments

Cara Meluaskan Pandangan dan Pemandangan Blogger

Malam tadi ntah kenapa otak aku serabut giler..Berat bertambah macam di pam pam! aku rase kan, kalau timbang mesti overweight. Dah tak payah nak merapu! semalam...aku tengok dashboard.. tak de cerita baru sangat.. ntah laaa... orang tak update ke ataupun aku punye blog yang lambat? alaaa biase laaa pakai berukband.. hihihi...

Bila fikir balik, baru la aku dapat..Kalau nak tahu banyak cerita, luaskan pemandangan kite kene FOLLOW orang betul tak?? kite follow jangan pulak letak ayat " i follow u, u follow me back yah" tu ayat mintak pelempang tau tak! majoritinye blogger tak suke ayat tu..ade ke yang suke? aku pun tak suke..nampak sangat follow bukan ikhlas tapi berharap nak mengumpul followers semata. Adesssss....*take note okey...

Then,yang seterusnya add mereka kat FB...penghubung cepat! erm, sekarang eyqa memang tengah wat operasi meng add FB mereka yang ade blog. Bukan ape, if ade masalah kite bley terus langsung tanye kat FB..lebih cepat berbanding tanya kat blog. Betul? bila kite post kat wall mereka, sume menjawab bukan dia je.. kan untung tu.. =D

Motifnye disini..jangan kedekut nak follow nak add "blogger" khususnye..sebab if kite ade masalah dengan blog, kite ade member or family blog yang sangat sporting and tak lokek ilmu...dorang boleh ajarkan. Serius! Itu yang aku rase sekarang ni..dah kenal ramai blogger, ramai yang hot2, kita boleh timba ilmu dari pengalaman meraka. Khas untuk blogger newbie khususnya macam aku jugak! 

*so.. keep blogging..
*tak percaya cuba laaaa... khusus untuk newbie...
2 comments

Cikgu Mengajar Pelbagai Cara

Dulu masa tadika, daftar sekolah sorang2..mesti tak percaya kan? tapi tu lah kenyataan. Sampai sekolah menangis sebab takut. Tapi cikgu baik. Sikit pun tak mara,bahkan marah ayah sebab time tu aku tengah demam. Terharu..sian ayah kene marah dengan cikgu,tapi time kasih sebab cikgu buat aku tersenyum bila ayah ambil aku pulang.. hihihi.. thnks cikgu ani! 

Mase sekolah rendah tak suka subjek matematik. Cikgu Roslinda selalu aim aku dan akan soal aku soalan matematik. Paling tak tahan kene hafal sifir 8. Paling aku lembab! yang peliknye sifir 6..7..9..10..11..12 aku hafal. Pastu ape lagi! perut aku selalu jadi sasaran dia cubit! cis! geramnyeeeeee... huhuhu...

Sekolah menengah aku tak suka subjek sejarah! cikgu aku tak suka aku. Tak tahu kenapa..Aku sedih sebab aku pelajar semenanjung. Tapi aku belajar di area Sabah. Ade "segelintir" cikgu yang tak suka pelajar semenanjung. Tapi tak pe cikgu, walaupun cikgu tak suka saya,saya tetap belajar subjek ni walaupun saya tak banyak paham. Saya belajar sendiri..menangis masa jawab SPM..tapi alhamdulillah saya lulus dengan kepujian.

Masa tingkatan 6..alhamdulillah semua cikgu baik dengan aku. Cuma satu,pengetua terlalu kerek dengan aku. Tau sebab ape? jeles tengok aku pakai kasut jenama.. hihihi... ade ke patut nak di balingnye kasut baru aku..cis! dia kate kasut berjenama cam aku pakai tak sesuai bawak ke sekolah. Alaaa~~ dia jeles kasut dia murah dari aku.. hahaha... *sukahati je!  tak pe cikgu..saya dah kuar dari sekolah tu..tapi kenangan tu saya tak lupe.. hihihi...

Sekarang dah kat menara gading. Walaupun tak tinggi melangit tapi insyaAllah cerah masa depan selagi usaha masih ada di hati. Semuanya atas sebab cikgu. Yang baik tu mengajar aku jadi manusia, yang buruk itu jadikan aku kental, yang bisa itu jadikan aku kuat. 

Selamat Hari Guru..walaupun cikgu tak tahu...walaupun saya geram dengan cikgu dulu, sekarang saya dah tergelak tersengih tersenyum bila ingat balik. Thanks cikgu.. luv uuuuuu....

*cikgu, beliau mengajar dengan pelbagai cara..
2 comments

Digelar Gadis Banner?

Alhamdulillah setelah beberape hari, aku dah dapat laptop aku balik! lepas ni, korang tak de la tengok blog aku sunyi lagi. InsyaAllah tiap hari nak update... korang pun mesti dah malas nak tengok blog aku kan? yelaaa..dah senyap sepi sunyi diam tak ber update kan? betul ke ayat ni?

Hope laptop aku dah okey... korang.. lepas ni, kalau korang nak minta aku tolong wat banner, insyaAllah boleh aje.. tapi, lambat sikit la eak..dan korang kene tolong emailkan di eyqasara@gmail.com segala butiran yang korang nak buat or masukkan dalam banner tu.. bukan ape, bila download ade jugak yang masukkan virus sekali. Sian eyqa....laptop pun rosak same..banner korang pun lambat dapat kan?

Eh... sebabkan aku nak tolong orang wat banner...ade blogger yang gelar aku "Gadis Banner" adeh... macam-macam... sedangkan aku baru je lagi nak hidup dengan gadis yang membantu orang membuat banner. Ade pulak yang cadangkan aku supaya setiap banner yang aku buat, dikenakan bayaran. Pendapat korang? Aku bukan ape... aku ni cuma membantu..dan aku sendiri tak yakin sangat dengan banner yang aku buat. Bukan cantik sangat pun.. Sedih je.. hahaha... takpe, pandangan korang macam mane?

*segalanya mungkin...
Wednesday, May 11, 2011 5 comments

Surat Cinta Untuk Awak.

Buah hati....

Saya baru miliki awak baru 3 tahun..selama tiga tahun ni awak ade sakitkan hati saya...Saya menangis sebab awak...tapi saya lagi sedih bila awak sakit. Saya hantar awak jumpe dokter. Kawan saya sendiri. Dia tekan-tekan awak..dia picit-picit badan awak...dia cakap awak dah teruk kene serangan virus-virus durjana. *cis! kalau aku dapat ku tampo-tampo sampai mampus!

Awak selalu tolong saya..Saya gunakan awak untuk kepentingan saya..Saya minta maaf..tapi terpaksa! Saya sayang awak sangat sebab awak tak kisah. Awak sentiasa ada bila saya nak buat assignment. Tak pernah awak tak mahu. Awak tak pernah bising walaupun sedikit. Awal selalu nyanyikan saya lagu kegemaran saya. 

Kawan saya nak pinjam awak sekejap sebab awak terlalu baik dan bijak. Saya tak bagi! Bukan kedekut.. Bukan kerana saya tamakkan awak..tapi saya tak nak awak jatuh sakit bila mereka tak tahu untuk menjaga awak. Awak terlalu penting. Penting untuk saya! Awak buah hati saya selagi saya masih disini.

Tanpa awak, saya tak dapat nak berblog. Saya tak seronok kalau awak tak ada untuk saya berblog. Awak sangat memahami dan serasi dengan saya. Segala-galanya awak simpan memori kenangan saya dengan kawan dan saya dengan awak. Tanpa awak,susah la hidup saya..Saya nak sesuaikan dengan yang lain mengambil masa yang lama tau awak...

Awak..sekarang awak sakit lagi. Esok, saya hantar awak pergi klinik servis semua virus-virus cinta awak tu okey.. Selama beberapa hari awak tak dapat teman saya sebab awak kene pergi berehat. Tak pe, saya faham. Saya tak nak awak mati.. Saya nak awak kekal bersama saya. Terlalu banyak saya simpan kenangan saya dengan awak.

Awak, cepat sembuh ye...saya masih perlukan awak segera. Awak jaga diri elok-elok nanti ye.. Jangan nakal-nakal tau..saya sayang awak...

FROM UR LOVE...
TO MY...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-LAPTOP ACER KESAYANGAN.... ~.~"
Tuesday, May 10, 2011 6 comments

Risau! risau! risau!

Sok ade interview untuk praktikal ni.. hope sume berjalan dengan lancar. Korang doakan untuk eyqa eak! semoga tak de mende-mende pelik-pelik berlaku. Hah? tak tau? camni.. benda pelik yang bakal terjadi kalau tak menepati citerasa dan kehendak adalah...:



  • kertas berterbangan hebat bagai pesta layang-layang
  • Lemparan hebat "cakrawala"
  • Hujah-hujah hebat yang boleh mengeluarkan air dari liang-liang air
  • Muka akan meyerupai mayat *pucat!
  • Kaki tangan terasa macam pergi melancong ke gunung everest
harap-harap itu tak terjadi kepada aku esok.. amin..
0 comments

Dia Sahabat Dunia Akhirat..


sahabat...kalau kawan tu kawan jugak....orang ni lah selalu dengan aku....waktu aku sedih pun aku carik budak ni jugak...budak ni sempoi je... TAPI!! kawan yang sangat baik...dia? kawan aku yang terbaik! aku ingat lagi masa aku bergaduh dengan dia..lame tak bertegur. Tapi tu lah kawan..tak boleh kalau dia tak de...marah-marah pun tetap kawan....

Kami selalu bergurau..sampai orang pening kepala tengok gelagat kami berdua..maki hamun memang selalu kami sebut. Tapi tak pernah tersangkut kat hati. Yang ade cuma ketawa di bibir masing-masing. Kalau bersembang kalahkan pakwe makwe lamenye.. Tapi borak masing-masing hal pasangan masing-masing.

Tapi tu dulu..sekarang kami bincang pasal study dan merungut tak tentu pasal! Mengamuk tak balas mesej macam laki binik! hikhikhikhik... tapi dia jugak yang suke buat aku gelak besar.. thanx kawan.. ko sangat baik!

Hari ni birthday ko kan? Thanx sebab jadikan aku orang first wish! hahahaha.. aku puas! aku tau ko tak puas ati sebab bukan TTTT yang wish ko dulu.. aku pedulik ape! hahaha... :D *jahatnye....*

SELAMAT HARI JADI SAHABAT! aku doakan ko bahagia selalu dan dirahmatiNYA... Amin! :)
12 comments

Header Not Complete Yet

Okey... baru lepas settlekan report. Alhamdulillah.. sok pulak ade interview.. lepas interview insyaAllah masalah semakin berkurang. Tapi tak tau la esok lusa dugaan ape pulak kan? Okey.. kepala serius berdenyut-denyut.. tapi aku tengah fikirkan ape gadget dan mende-mende cute nak masukkan dalam banner di bawah ni. Sian tuan punye blog ni dah lame tunggu header dia.. sorry.. tapi terlalu pack masa eyqa sejak dua menjak ni.


kalau ley biar simple je.. orang cakap " less is better" aku pun berpendapat yang same jugak! kan? kan? hhuuurrrmmmm.... ;)

Monday, May 9, 2011 8 comments

Artis Realiti TV Kedekut!

Assalamualaikum.. haa.. tajuk macam hot kan? artis realiti tv kedekut! OMG.. tak takut reputation jatuh ke bang oiii..?? 


al kisahnye..ade la seorang artis baru ni... nak kate baru sangat tu tak laa..nak kate populer tu tak jugak... warm-warm nail bak kate jihan raje lawak kan.. tapi dia ni kalau keluar kire orang masih kenal laaa.... ade jugak orang yang serbu minta autograf.


Aku ade dengar cerita pasal dia ni dari seorang yang rapat dengan aku. Kire memang boleh pecaya lah! Dia ni kerja kat sebuah restoran fast food. Kebetulan ambil order artis ni.. alaaaahaaaaiiiii... artis la kate kan.. so, minta sumbangan beliau RM2 ringgit untuk tabung bencana alam. 


Lepas tu boleh pulak dia cakap... "saya sendiri pun tak cukup makan dik...." ooommaaaakkaaaiiii!!!! RM 2 ringgit tu celah gigi je cik abg oiii! amboi... bakhil betoi jadi manusia.. awak tu kalau tak dikenali tak pe la jugak..tapi bila dikenali wat perangai macam tu aku terus jadi meluat tau!


Apelah sangat setakat RM2 kan? aku yang tak berkerja pun kalau nak sumbangkan duit untuk tabung kebajikan lebih dari RM2 boleh bagi. Bukan nak tunjuk teror ke kaye ke ape ke.. tapi nak menunjukkan orang yang berkerja tu..nak pulak artis kan.. setakat RM5 tu celah gigi pun lepas. Tapi kalau perasaan kedekut dah ade dalam diri memang payah la.. tak dapek den nak nolong nye haah!


Tu aje lah ye.. korang kalau orang minta sedekah or minta sumbangan hulur-hulur la sedikit dengan ikhlas. Harta tu harta dunia..kalau kita buat baik pada orang.. berganda Allah akan membalas kebaikan. Tapi tengok jugak ye.. kalau buat baik nak menunjuk-nunjuk engko kaye.. engko banyak duit..engko nak tunjuk baik tapi hakikatnye dalam hati riak nak mampos.. baik lupekan.. sebab dapat dose je.. duit habis.. dan dilaknat Allah. So, renung-renung kan okey... 


*buat sesuatu tu biar ikhlas.
3 comments

Muslim Tak Hormat Islam!

Dunia ni dah semakin tua..dah tak da ape yang boleh nak dibanggakan. Sedikit demi sedikit dah musnah. Bukan hanya yang musnah tu banggunan, negara bagai...tapi akhlak yang paling teruk. Musnah akhlak, musnahlah segalanya. Betul?

Straight to the point aku tak berape suka akhlak segelintir penduduk taman perumahan rumah aku. aku tak kate semua ye..kang ade pulak yang hantar senapang gajah tepat kat batang idung aku. Tak pasal-pasal tambah lagi dua lubang.. hadoi.. simpang...

Balik pada cerita, al maklumlah.. al magribi al waktu... *suka hati aku je...* ni, dah waktu senja.. orang semua dok berebut nak ambil wuduk untuk solat. Umah aku pun sepi aje.. orang cakap kalau berbisik tu kire boleh dengar lah! Dalam sayup2 aku berzikir tiba-tiba aku rase lain macam pulak dengar "zikir" jiran aku ni.. dalam hati aku.. "aiyok? laen bebenor zikirnye ni.. siap ade rentak-rentak pulak...."

Aiseymen.. diam punye diam... bak kate orang "telinga lintah!" ooomaaakkkaaaiiii... karaoke ruponyo! agak-agak la weh!! tengok jam tu... ekau ni buto ko apo tak nampak jam tu ha? ke ekau nak den ni lotak jarum jam tu kek kepala ekau? kalau nak canteeek sikit boleh la den letak alarm sekali ni haa.. biar padan eh muko ekau! bingit telinga dongar ni dooo....

Kalau ye pun awak ni tak sembahyang... hormat la sikit orang jiran sebelah menyebelah.. kami ni haa nak berzikir tambahkan pahala yang kurang ni.. kok ye pun korang punye "zikir" tu seronok sampai hentak kaki tangan terangguk-angguk geleng-geleng..biar lah kono ngan maso...tengah maghrib ni baik join kami ni haa... goyang sikit-sikit je badan ni... sambil menghayati alunan surah-surah suci.. hhhmmm lega sikit... hati tenang.. jiwa tak la runsing..badan pun tak penat kan?

*manusia sekarang semakin jahil..
Friday, May 6, 2011 0 comments

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

Saya dapat banner dari SI DIA....
Untuk mengetahui cara dan tujuan pulak click SINI
HAHAHAHA.. i'm done!

5 comments

Kenapa Nak Tunggu Hari IBu?

Kalau hari ibu... selalu je lupe.. kalau hari jadi boyfriends sebulan sebelum hari jadi dah tertonggok kat kedai pikir nak beli barang ape untuk dia... betul? ramai yang macam tu sekarang ni.. lebih pentingkan boyfriends yang entah jadi atau tidak sebagai suami.

Sekarang ni, bila tengok balik, dunia dah ke lain.. dah nak terbalik kot! nak keluar gi mane-mane sume nak inform kat boyfriends... ingat lesen awak kuat? kalau tak bagi tahu katenye LUPA... tapi sedar ke tak ni? macam mana dengan ibu awak? dia tahu awak kemana? tak usah heran la bila ibu kehilangan anak, boyfriends dulu yang ditanya.. ye tak?

Aku dah muak dengan boyfriends ni.. bila fikir balik memang ye pun.. selalu je lebihkan si dia dari ibu sendiri.. Sekarang nekad! tak mo ade boyfriends... kenapa nak ade kalau si dia tidak dapat membantu...? Yang ade membuat kite menangis.. adeh.. leleh je.. 

Kalau betul jujur, ikhlas.. trus masuk minang ye tak? hihihi...my dear sister nak kawen 4 june ni.. anda semua dijemput hadir.. :) untuk ibu.. "SELAMAT HARI IBU"... Awal? tak la sangat.. kalau boleh selalu je nak ucap hari ibu sebab terlalu banyak jasanya pada kita.. lagipun, kita tak tahu adakah selepas saat ini kita boleh lagi berpeluang untuk ucapkannya kan?

Kenapa nak tunggu hari ibu? ...ucaplah sekarang sementara kita dan dia masih bernafas... :') malam tadi kat rumah aku dah selamat menyambut hari ibu... anda bila lagi?

*i love u mum...
15 comments

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

2 comments

Datang Balik!

Sebenarnya memang tertekan bila kita seorang blogger tetapi tak dapat nak online... pergh!!! makan dalam beb.. sebelum ni selalu online kat office je..*kantoi* sekarang terpaksa pergi cyber cafe.. alorh! tak suke! serius menyampah giler.. dah la tak de privacy.. sadisnya idop nie... aduhai....

Sebenarnya hari ni baru aku dapat nak online.. sebab memang terlalu sibuk dengan laporan yang tak siap-siap.. maaf kalau ade yang sedang menanti.. lagi perit bila tak dapat nak siapkan 2 banner tempahan orang.. "eyqa minta maaf sangat-sangat.." tolong ye.. i need some space sekejap saje.. untuk pemenang contest eyqa tu.. eyqa tidak berpeluang nak post hadiah anda sekarang sebab ade masalah yang menggangu. Pape pun ika try nak post secepat yang boleh.... ouh.. d*** -.-"

Walaupun da lame tak online terharu sebenarnya sebab masih ade yang follow..ade yg menghantar comment... seronok berblog.. nak je share tips2 baru... tapi masa tu... adoh.. tak nak bagi chance kat aku laaa.. dengki je... hihihi.. *merepek ape ni?

Tak pe..tak pe... dah sampai mase nanti ari-ari aku upadte balik eak.. dun worry be happy... hehehe...

*cau!
Monday, May 2, 2011 4 comments

Itu lah LELAKI!

Kat KFC lagi.. nak ngutuk sikit leh? aiseyh! buat dosa kering je petang-petang ni.. bukan ape, sambil makan-makan kat KFC ni..dah bawak laptop ape lagi.. wifi kan ade..so, manfaatkan kemudahan yang ade..ecehceh!

Elok benor la aku makan sambil dok mengadap laptop, ade 4 orang mamat perasan macho ni dok depan aku. 2 menghadap..dua membelakangkan. Aiseymen! boleh pulak dok toleh-toleh.. tergeliat kepala tu kang naye je...

Yang aku geram tu boleh pulak gelak-gelak tengok muke aku..apekehalnye der..??? dah lame tak makan kasut ke? boleh pulak bergurau-gurau dengan kawan dok cakap aku ngan member ni makwe dorang.... eeeiiii... ko jangan sampai aku gelar korang beruk mak yea...jangan sampai korang kuar muke tenuk bila aku bagi korang siku aku ni..

Nampak ganas kan? ahahahaha... gurau je der... tapi memang tak sopan lah perangai dorang ni.. yang aku tahu lah kan.. laki same laki ni kalau dah bertemu,kalau dapat mengutuk nauzubillah.. mengalahkan pompuan mengumpat. Teruk dorang ni...mau pecah muke kalau pompuan dengar. Tol tak?

*geram dengan lelaki abis sume kene tempias.. hihih.. kasihan deh loh!
16 comments

EYQA NAK BERBLOG BALIK BOLEH?

PIC NI KAT KFC sekarang...sambil online.. rindu bila tengok blog..
sebak menujah-nujah kat dada ni bila baca comment.. grrr...

Setelah ditolak tambah bahagi semuanya, dah terase sepatutnye aku teruskan berblog. Sumpah aku rindu kat blog ni. Alhamdulillah selama aku stop berblog, ramai kawan-kawan blogger serta kawan yang bukan blogger banyak menanyakan hal ni. Terharu rasenye sebab masih ade yang menghargai aku di dunia blog ni.. *aiseh! mula la nak ayat bunga-bunga cinta!

Ni nak cakap.... akhirnya memutuskan untuk teruskan berblog setelah mendapat kekuatan yang dicari. Terima kasih kepada rakan blogger followers terutamanya dan jugak kepada family yang begitu menyokong. *macam terima award je bunyi kan? jangan terkejut! family aku amat menyokong aku sebagai blogger.

Satu lagi... Mungkin ade suara-suara sumbang yang cakap hal ni hanya gimik nakkan perhatian dari blogger lain. TIDAK SAMA SEKALI.. harap faham. Yang ade dekat dengan aku pastinya tahu kenapa aku nak stop. Bukan gimik. Sebenarnya aku betul-betul tertekan beberapa hari ni sejak aku terima kutukan yang teruk. Aku tak tahu ape salah aku sampai macam-macam gelaran yang tak elok diberikan. Kutukan tu aku terima setelah aku menjadi blogger kata "tuan" yang mengutuk. *takpe..aku dah maafkan hamba Allah tu..

*adakah aku masih diterima untuk berblog? ada lagi yang nak baca?
 
;