Thursday, June 14, 2012 2 comments

Luahan sekadar untuk kepuasan

Dalam hidup, aku tak pernah kisah pada sesiapa yang nak mengambil kesempatan di atas kebaikan yang aku lakukan untuk dirinya. Kerana aku tahu, Allah telah sediakan seseorang yang baik dan ikhlas untuk membantu aku sekiranya aku berada dalam masalah seperti mana yang telah aku lakukan.

Cuma, kadang kala aku terasa hiba. Mengapa ada insan yang suka mengambil kesempatan? Tak takutkah mereka pada hukum karma? Aku percaya.. Seperti mana kita perlakukan kepada orang, seperti itu juga ianya akan kembali kepada kita.

Ibu selalu berpesan... "bagaimana kita nak dilayan, begitu juga kita melayan orang lain..." Betul cakap ibu.. Itu yang aku lakukan. Tetapi kadang kala benak ini tertanya-tanya... " kenapa orang buat angah macam ni ibu...? angah tak buat pun pada orang macam ni..." =.=" ibu kata "sabar... itu dugaan.. Allah bagi dugaan untuk hambanya"

Aku bersabar.. tetapi adakalanya aku rasa bagai hendak meraung. Adakalanya aku bagai nak menjerit memberitahu kepada semua manusia di dunia ini yang aku merasakan begitu sakit kerana perlakuan kamu semua. Aku teringin sekali merintih sepuasnya seperti bayi yang baru lahir..

Aku diam, aku senyum, aku ketawa, kadang kala kelihatan bodoh dengan keletahku sendiri. Sebab apa? Sebab aku ingin membahagiakan diri ini sendiri. Sedangkan mereka sedang tertawa melihat kebodohan yang aku tonjolkan. Dalam hati berkata "biar... Allah tahu apa yang aku lakukan. Mudah-mudahan dengan cara ini aku dapat melenyapkan rasa hati yang sedih ini..."

Sesekali aku cuba memejamkan mata dengan rapat sekali. Dalam hati memohon agar bila aku membuka mata, segalanya kembali seperti dulu.Senyum...tanpa pernah rasa luka sebegini dalam. Hati ini kadangkala terlalu takut untuk hadapi hari esok. Takut akan lebih disakiti.

"awak.. pergilah terus dari hidup saya andai kehadiran awak sebenarnya hanya untuk melukakan.. Tolong... jangan datang lagi... sebab saya tak boleh lupakan awak kalau awak terus menerus hadir..."


 
;