Tuesday, April 12, 2011

Nak Kahwin Tapi Takut Bila Menjadi Bapa. Macam mana tu?

Ade persoalan yang aku terfikir. Nak kahwin tapi tak nak tanggung resiko. Macam mana tu? Ade la ayat yang aku terima seorang berkata pada aku... yang dia suka nak kawin tetapi ngeri bila mengingatkan tanggungjawab yang nak dipikul sebagai suami. Nak pulak bila dah ade anak. Aku blur dan blur. Kenapa? Semua lelaki fikir macam tu ke? aku jadi takut pulak nak kawin. Tau sebab ape? sebab takut dapat lelaki yang merampus-rampus tak nak tolong aku uruskan rumah tangga... Aku pulak yang ngerinye tau!

Tapi aku respect kat ayah aku.. ibu aku cakap, masa kami adik beradik kecil, time malam bila kami menangis nak susu or lampin basah, ayah yang akan bangun uruskan kami. Dia jugak pesan pada ibu "ina tak payah bagun la kalau anak nangis, biar abang yang urus" ffuuuhh!! tabik spring kat bapak aku nie! biasenye aku jumpe orang lelaki ni bila dorang nak tido, tak de nye dia kisah hal bini dia. Dia lebih suka nak tidur je dari melayan anak menangis. Lazimnya ayat yang keluar "awak ni..tak dengar ke anak menangis tu? abg nak tidur ni! sok kerja.." cis! merungut-rungut! si isteri ni pun bangun la jugak sebab kesian kat anak tu menangis.

Aku macam tak percaya pada mulanya dengar mak aku cakap tu. Tapi aku mula percaya bila mak aku tunjukkan gambar ayah mandikan kami. Tidurkan kami. Seorang demi seorang ibu tunjuk gambar tu. Ayah seorang yang sukakan bayi. Lebih menguatkan kepercayaan aku bila kami ada baby baru. Ibu ayah ambil anak angkat yang usianya baru 4 hari.

Aku sendiri tengok, ayah yang bangun pagi-pagi buatkan susu baby mia, ayah yang mandikan baby mia dan ayah jugak la yang tidur dan bawak dia bersiar-siar. Sekarang ni, baby mia walaupun kene marah dengan ayah sebab nakal, tapi dia tetap pergi jumpa ayah minta dipujuk. Tengok! betapa dia sayangkan ayah kerana menguruskan dia setiap hari yang kini berusia setahun 6 bulan. Lelaki lain boleh?

sekarang mia dah besar!! 

tengok! nak ayah jugak yang dukung.. hihihi...

5 comments:

Fyqa said...

bruntung awak kan. :)

Farah Shamsudin said...

Bila dah berkahwin, memang secara automatikla kena ada komitmen..mana boleh tak bersedia lagi kan..

EYQASARA said...

Fyqa: Beruntung apenye fyqa? :)

EYQASARA said...

Farah Shamsudin:betol tu.. klu tak bersedia tak payah kawin lagi.. huuhuhu...

Zue Cancer said...

follower ke-345!!! hehhe

 
;