Wednesday, April 20, 2011

Bukan Mudah Untuk Berjaya..

Dah tinggal beberapa bulan je lagi aku nak menghabiskan diploma ni. Hope sempat habiskan. Teringat pulak macam mana sepanjang aku ingin bergelar siswi. Dari mula aku habis SPM.

Aku sedar keputusan aku tak mencapai tahap untuk menjadi seorang yang aku idam. Tak sesuai nak jadi seorang doktor. Fuhh! Luluh hati tengok keputusan ni. Ape yang akan aku jadi ye? Macam-macam permohonan yang aku buat demi dapat sambung belajar.

Dari aku nak beli nombor pin UPU..semuanya duit kumpul dari sekolah dan belas ihsan seorang ibu kepada anaknya. Panggilan pertama mungkin aku tak sebagus orang lain untuk mendapat peluang tu.

Panggilan kedua, semua tawaran yang aku mohon semua menawarkan aku sambung belajar di tempat mereka. Aku masih teringat saat manis aku menerima surat-surat tawaran. Seronok..Aku mula berangan menjadi seorang siswi.

Aku dapat tawaran UITM dalam bidang perakaunan. Ouh! Aku tak minat bidang tu. Aku menolaknya. Memang aku agak bodoh sebab tak tahu bila kita dah masuk boleh tukar course..tak pelaaa.. bukan rezeki aku.

Aku dapat tawaran sambung belajar di Indonesia dalam bidang perubatan. Makcik aku yang terima surat tu sebab kami semua berpindah rumah. Parents aku terus tidak membenarkan kerana tak mahu berjauhan dengan ku. Alasannya kerana ketika itu negara tersebut terlibat dalam rusuhan. Ya! mungkin benar kata mereka. Tapi aku terkilan, bahkan surat itu tidak diserahkan kepada ku. Sedihnya.

Aku dah putus harapan dan ayah memasukkan aku ke dalam Form 6 kerana mahukan aku menjadi seorang guru. Serius aku rasa macam tak boleh bawa. Aku berkeras mahu keluar. Ayah marah sebab aku mungkin tiada peluang lagi. Tapi langit itu masih cerah bila aku tersedar untuk buat semakan politeknik. Alhamdulillah aku dapat tempat lagi.

Kali ini lebih sedih bila ayah berkata "kalau angah nak belajar, cari duit sendiri" huhuhu.. aku kentalkan hati.. Berhenti belajar dan berkerja di Pizza Huts di bahagian service. Macam-macam kutukan aku terima kerana ada pelanggan yang mengaggap kerja aku tu untuk budak yang tidak cemerlang SPM. Aku tersenyum dan berkata dalam hati, suatu hari aku akan buktikan.

Akhirnya, dengan duit titik peluh aku, kini bergelar pelajar. Dan suatu hari nanti insyaAllah aku akan menerajui mana-mana temat sebagai Setiausaha berjaya insyaAllah. Aku tidak akan berhenti begitu sahaja. Aku akan buktikan kepada mereka yang menghina aku sebelum ini. Yah! 

*adik-adik yang lepasan SPM tu..carilah peluang seboleh mungkin..

4 comments:

cik riffa :) said...

entri ni mmbakar smgt lah kak :)

hamzah ian said...

perghhh.... mmg membakar

EYQASARA said...

Cik Riffa: Klu betul... blaja sungguh2... peluang tak selalu dtg untuk kte.. ok dear.. ? ;)

EYQASARA said...

Hamzah ian: hihihi.. kite bako! kte bako! hihih..

 
;