Thursday, April 28, 2011

MAAF BLOG INI AKAN DITUTUP TERUS!

Subhanallah.. aku tak penah rase macam ni.. aku tak penah kene hina macam ni rupe.. terase longlai badan aku. Aku tak pernah jangka benda ni akan berlaku. Aku terharu sebab warga Penerbit tempat aku berkerja sangat mengalu-alukan aku untuk stay kat situ, tapi aku rase sedih..tak semua orang suka kita.. ada insan yang sangat mahukan aku berambus dari UPSI....

Okey, tepat pukul 5 pm aku akan keluar dari UPSI ni dan aku takkan jejakkan kaki lagi kat tempat ni. Dan aku jugak akan keluar dari sini. Aku takkan duduk dekat area rumah aku lagi. Aku akan pergi jauh dari hidup "kamu" yang mahukan aku beredar cepat. Maafkan aku andai perilaku aku sangat menjengkelkan hati kamu.

All bloggers...minta maaf.. riwayat blog aku akan aku tamatkan. Andai kata dari blog ini timbulnya fitnah, aku akan tutup blog ini. Minta maaf sangat-sangat. Aku tak mahu nak tutup tapi aku perlu tutup blog ini. Aku sayang blog ni macam aku sayang diri aku. Tapi aku dah tak mampu berblog. Ini bukan saja nak buat gempak tapi aku betul-betul akan tutup.

Aku tak sanggup kene maki, cemuh aku sebagai "perempuan gedik!" "perempuan gatal"...ntah ape lagi yang keluar lepas ni. All newbies yang minta aku ajar berblog, minta maaf eyqa tak dapat nak penuhi kehendak anda. Pasal banner yang ditempah eyqa try wat. Dan email sj kat blog korang. Aku pasti akan rindukan blog ni.

untuk awak...saya tau saya bukan perempuan baik untuk awak.. awak kate saya gedik.. awak kata saya perempuan gatal.. awak menyampah tengok saya..awak nak saya berambus dari hidup awak.. awak terguris dengan saya, saya minta maaf. Saya takkan muncul depan awak lagi. Semua barang awak saya akan pulangkan segera. Terima kasih sebab pernah menyokong saya. Dan sekarang awak buat saya jatuh. Thanks! penghargaan besar untuk awak. Saya sedar sape saya untuk awak yang baik. Lelaki baik untuk perempuan baik. DENGAR SEMUA LELAKI, TAK PERLU NAK MENGORAT SAYA SEBAB SAYA BUKANLAH PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK AWAK SEMUA!.

*eyqa minta maaf guys.. :'(
*ada sesiapa tahu macam mana nak close blog?

26 comments:

kaizen said...

please....jgn la delete blog...just rename ker...jgn sbb seseorang dah nk delete2....

cik Ida said...

alamak! janganlah sampai nak tutp blog.. sedih kite taw.. :'(

mcm ni lah said...

alaaa rileks laaa jgn mudah putus asa,.. teruskan berblog kawan2 dah ramai tu,. yg tak suka cuma sekelumit jer,. yg suka berduyun2 tau,.. so cakap kat diri sdiri tu,.
ade aku kesahhh,.

Zana Tap said...

Kau ada masalah apa ni mek? SMS aku tak pun call aku. Tak pun malam kang aku top up aku call kau. InsyaAllah. Kau kenapa ni? ): Sedih la mekk. ): Siapa yang kacau kau ni? hadooii.

EYQASARA said...

kaizen:eyqa tak boleh nak berblog klu ia menimbulkan fitnah.. :(

EYQASARA said...

cik ida: sory.. but i have too... ;(

EYQASARA said...

mcm ni lah:sekelumit tu la sbnarnya payah...sebab sekelumit tu yg mberi dorongan sbnarnye.. bila sekelumit tu dah ckp eyqa bukn2..xda kekuatan da..selain followers eyqa..thnx sgt korang...

EYQASARA said...

Zana Tap: umah aku line celcom n maxis mmg tak de.. aku xdpt nak kol ko.. sory zana.. aku xmo tutup..tapi terpaksa... :(

.izzatul.hazwani. said...

janganlah tutup ...
janganla gveup ek .

-smile-

EYQASARA said...

izzatul.hazwani: ntah laaa... org ckp eyqa pompun gatal, pompuan gedik bila jd blogger ni. eyqa berinteraksi dgn blogger lain pun dituduh sedemikian rupe.. tak payah kot jd blogger. eyqa bukn jenis pompuan mcm tu... ;(

Fadzillah Kamarudin said...

mungkin eyqa perlu masa...
take your time sis...

akak still letak blog eyqa lam bloglist akak...

insyaallah...

kalau eyqa rasa dah kuat...
dah boleh hadapi dugaan dan rintangan...
dah mampu lawan dengan perangai manusia...

eyqa sambung update blog balik ok...

mode : sedih...sob sob...

EYQASARA said...

mekasih kak.. terharu sgt sb msih ada blogger yg menghargai eyqa... thnx sgt.. syg akak.. insyaAllah klu eyqa kuat, eyqa masih dlm dunia blog ni kak..klu tak da lg blog ni tnda eyqa mmg dah surrender... thnx sgt sokongan korg.. love u all.. ;(

Cik Eka said...

eyqa..jgnla tutup..jgn la down sgt2..eyqa keje dekat upsi ke..alah dekat sgt ngn eka tinggal..eka kat slim jer....sabar eh eyqa...

Cik Eka said...

oh ya...ce eyqa try tukar url ker..ni dugaan ni dik..jgn mudah putus asa taw

EYQASARA said...

Cik Eka: erm... klu kte tukar url, org boleh tgok lg kan? tau tk cara nak prvtkan blog...? huhu.. eyqa mmg dah down da ni.. tak tau la nk ckp camne... ;(

Rozita said...

kesian adik...

mungkin ini boleh tolong...

Nak private blog?

nUr _ atiQah said...

jangan la cam tu erk..
mulut manusia tak bole ditutup..
yer ?

EYQASARA said...

Rozita: tme kasih ye kak.. mmg nak buat pun... tme ksih sgt...

EYQASARA said...

nur_atiqah: bukn sj mulut xley ditutup..jari pun xbley diikat... huhuhu... eyqa akan fikirkan dulu.. mgkin nak prvtkan je...

nursyaza said...

sabar bnyak2 ja lah kak, mulut org mna boleh tutup. tgok2 org yg kta kat kak tu lbeh gedik paa...

EYQASARA said...

nursyaza: hihihi.. ntah laaa.. mekasih dear.. :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

eyqa...xmo laaa tutup blog...jgn kerana dia sorg.. eyqa down teruss... ramai rakan blogger yg sokong eyqa wlpun kenal di alam maya.. bykkan bersabar.. sayang laa eyqa trus tutup blog.. tukar url & nama samaran je..

EYQASARA said...

CikMoonAdnan: huhuhu.. insyaAllah ye... eyqa tak berani jamin ape2.. eyqa mmg tgah down sgt... trima kasih sb rakan blogger tak hendi menyokong.. sy korang sume.. sob! sob! :'(

snowballgirl said...

eyqa..jgnlah tutup blog ni. anggap aje tu sume smgt untuk eyqa kembali bgkit b'blog. syg kalau eyqa tutup blog ni. pedulikan semua itu. tapi, smpai hati betul diaorg buat tuduhan melulu mcm tu. sbar ye eyqa. banyakkan brsabr. istighfar bnyak2. ingat Allah. dia sntiasa ada dgn kita. Allah itu maha adil eyqa...sabar k..

syima said...

a bit late.
eqa2..hidup ni macam2 dugaan.
bukan semua suka kita DAN BUKAN SEMUA ORANG KITA SUKA.
kan?kan? kenapa nak down bila hanya secebis yang busuk? ada ramai lg yg sokong eqa..
kita tak rapat pun tapi bila part give up ni yang cek nak cakap. jgn mudah sgt jatuh. banyak lg dugaan dalam hidup ni. yg pasti, bykkan berdoa :)

RaraPuing said...

eyqa stdy kat UPSI ker?? haiish asal xpenah jumpa ni hehehe

 
;