Thursday, April 28, 2011

Tips Untuk Blogger Newbie

Aku masih baru dalam berblog ni. Tapi baru-baru aku, ade yang lebih baru. Ade yang ingatkan aku dah lama berblog. Tapi untuk pengetahuan, aku still newbie lagi.. masih perlu berguru. Guru aku sape? tu dia boleh tengok kat bloglist "dia berpengalaman".. kebanyakan mereka amat membantu aku. Okey, cukup kat situ..

Ada yang tanya macam mana nak ade followers ramai, macam mana nak bagi blog cantik, macam mana nak bagi blog dikunjungi ramai, macam mana nak tarik pembaca. Seriusnya aku masih belajar bab ni. Tapi untuk berkongsi pengalaman, insyaAllah boleh..tapi tak la sebanyak mereka yang dah bertahun berblog. Blog aku ni setahun pun tak cecah. Baru 9 bulan. Kalau orang mengandung baru nak bersalin. hihihi.. meleret dah!

Tips yang boleh aku kongsi...
  1. Rajin-rajin menjengah blogger lain serta meninggalkan jejak dengan Blogwalking.
  2. Blog anda jangan berat ok. Buang widget2 yang boleh beratkan blog anda.
  3. Susun atur blog biar kemas jangan serabut. Warna jangan terlalu terang boleh wat orang juling.
  4. Gaya penulisan tu..kalau boleh tulis sebijik sebijan yang BOLEH PAHAM. bukan *dewmam, pewnink,  shayunk, lebyiuw,.. dah rase masuk tadika belajar mengeja u.. hihih..
  5. Kalau nak letak lagu, kalau boleh biar lagu yang slow je.. jangan korang tibai rock kapak tu ok.. terkejut orang kang trus innalillah.. kan dah arwah tu.. 
  6. Mudahkan orang untuk comment. Buat pop-up window sebab line berukband bukan selalu ok ye.
  7. Tutup words "verification".. kalau tak faham tulisan utk OKU tu.. lambat. Kalau salah taip dia suh wat yang baru. Mase tu, tau laaa.. azab lambat, trus tekan button merah hujung. Nak? 
  8. Pastikan blog anda ade letak link ye..supaya orang mudah jejak anda bila anda follow orang lain. Ade yang tak letak, yang ade cuma blog yang dia follow panjang berjela tu..
  9. Kalau boleh, jangan letak "content warning" sebab buang masa dan menyusahkan orang nak masuk. Loading sampai 5-10 minit. Masa dah terbuang..
  10. Last, jangan sombong dan jangan guna perkataan "i follow u, follow me back" memang kene sumpah seranah dengan blogger lain. Maaf, sememangnya ramai blogger yang tak suka dengan perkataan tu.
Wat masa ni tu dulu. Khas untuk yang baru je buat blog. Ataupun yang masih tak tahu. Ramai yang dah lama berblog, tapi ramai jugak yang tak tahu benda ni. Percayalah. hhhmmm.. selamat berblogging!

*bukan nak tunjuk pandai. Sekadar memberi info kepada mereka yang tak tahu.

4 comments:

cik riffa :) said...

betul betul betul
tips berguna ni.. :)

EYQASARA said...

Cik Riffa; mekasih... truskan berblogging ye...

.izzatul.hazwani. said...

thanks tips .. cause sy pun newbie . hee~

EYQASARA said...

izzatul.hazawani: ur welcome... same2 newbie.. ;)

 
;