Tuesday, January 18, 2011

Bukan aku jer yg mewajibkan utk baca...Sume..okey...

Assalamualaikum para readers.. 
*ngek! para readers?? mana skolah aku blaja tulis gni?? masyaAllah...
Entry kali ni berdasarkan fakta ye tuan tuan.. *skemanye!
Okey... actually entry ni utk kaum HAWA khususnya...
tapi XBERERTI kaum adam bley ignore yer...amik port okeysss!
sebab kehidupan kaum adam dikelilingi wanita2 cun disekelilingnyer.. wah?
yewlarrr...ade ibu or mummy or umi or mama or bonda or whatever la korg gelar apekan?
selain tu ade adik pompuan, kakak, sedare mare..kengkawan...
haaa paling penting nnt hidup korg akan ade BINI *klu ade jodoh
okey pendekkan...pendekkan....
berkaitan dengan HAID... *menulis dengan pipi mereh n mate kecik-kecik malu,senyum simpul... 

....renung-renung ke jendela hati....

"Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :"

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Okey.. ni sikit infomasi yg aku perolehi daripada Usrah Jemaah Anak Muda...hope korg ley arr g intai2 kat blog ni sememangnya infomasi ini amat penting bagi mereka yg benama ISLAM.. khususnya kaum Hawa...
Berpesan-pesan lah wahai sahabat...

*entry kali ni aku berfakta ckit...skema..tapi msih slumber.. ;)

3 comments:

House of Mama Lynn said...

Ramai yg amik remeh benda2 mcm ni...

Eyqasara said...

btul mama.. mmg rmai yg amik remeh...tapi sbnarnya benda ni lah yg penting..

Jay said...

pengetahuan untuk bakal suami2...perlu di ambil kira semua pengetahuan ini..:)thanks atas perkongsian maklumat:)

 
;