Saturday, January 8, 2011

BETUL TAK CINTA GILA MEMBAWA KESENGSARAAN????

Assalamualaikum kengkawan...
pepagi td kan...cuaca sejuk ajer...
umah mmg xpyah nak psang kipas, air cond or cooler..
sb serius beb psang kipas no 1 pun dah membuatkan bdan meliuk lentok mcm udang kene goreng..
huhuhu.. sejuk gler... pepagi td jgak rse kemalasan melampau membuak2...
rse xmo bngun dari katil yg empuk disertai pulak selimut bebulu tebal..bantal yg lembut kiri kanan...
ceeewwwwaaahhh!
erm...sambil  mulut bersempang biskut jejari keju, jari jemari terus berketik2 di atas leptop acer ku satu2nya! waaahh?? apesal ayat skema semcm nie??
td sewaktu aku tgah sarapan pg...nasi gorg dan roti bakar bersama teh o panas... pergh!
tetiba hati tersentak bila tgah mkan, cerita mengenai gadis yg ditikam 19 kali serta di simbah asid telah meninggal dunia setelah 22 hari koma di hospital....
akibat ape nie kwn2??? cinta dan cemburu kan???

Aku pun tak pham laaa... jgn pelik kenapa rmai org tak mahu berpasangan masa kini..
salah satu sebabnya adalah TAKUT! bnyak lg sebab.. hnya individu tersebut tahu mengapa dan kenapa!
berita utusan malaysia pada tahun lepas 30 dis 2010 menarik perhatian aku utk berkongsi...

5 kes hangat terjadi pada tahun 2010..
-cemburu menggila
-kemaluan ditoreh suami
-suami duduk atas perut isteri
-pukul dengan topi keledar
-perut, dada dipijak

kejamnya cinta kalau org yang bercinta itu TERLALU cinta buta...
seram plak bla tgok pelbgai tragedi yg tragis berlaku di negara kita..
semuanya kerana CINTA DAN CEMBURU BUTA...
wajarkah cemburu persoalannya....???

i said: WAJAR seseorang itu cemburu kerana sayang..tetapi wajarkah memaksa jika tidak dibalas ksih sygnya??
i said: TIDAK WAJAR... klu kte syg dgn wanita or lelaki itu..kte kne biarkan dia bhagia... hormati kputusannya..

disebabkan tu, aku nak berkongsi information yg aku dah baca melalui akhbar utusan malaysia yg telah diusulkan pada aku utk membacanya.

WASPADA TANDA-TANDA BAHAYA INI!:
1- Meluahkan cinta terlalu cepat walaupun baru berkenalan. Ini adalah tanda nombor satu hubungan tersebut berpotensi untuk bertukar ganas.
2- Cemburu- tidak mahu pasangan mempunyai rakan lain. Dia merasakan semua orang di keliling "mahukan" sesuatu daripada pasangannya. Cemburu yang keterlaluan bukan sesuatu yang romantik sebaliknya satu masalah.
3-tingkah laku mengongkong- sentiasa mengawasi dengan siapa atau dimana pasangan berada. Mengarahkan apa yang pasangan perlu pakai atau dia sendiri yang memilih rakan untuk pasangannya. Menghalang pasangan daripada mencari kerja, mengambil duit daripada pasangan dan mengugut untuk membunuh diri atau menyebarkan gosip mengenai pasangannya.
4-ganas ( fizikal, metal atau seksual ) : menumbuk dinding, menjerit, menghina, dan menggelar pasangannya dengan nama-nama yang menghina. Menghalang pasangannya berjumpa keluarga atau rakan. Menghempas pintu, mendesak melakukan sebarang aktiviti seksual yang tidak diingini. Membaling barang, mencubit, menolak, menampar dan sebagainya.

Ada LAGI!!!
aku dapat satu info nie... agak hangat!
"DIA mungkin lelaki yang kacak, kelakar, bijak dan mahu sentiasa bersama anda. Malah awal-awal lagi dia sudah mula meluahkan rasa sayang dan cinta yang meluap-luap. Pendek kata dia memang 'tergila-gila' anda sehinggakan ke mana anda pergi, dengan siapa anda berada, apa yang anda, apa pakai dan apa saja berkaitan dengan anda, dia ingin tahu.
Teman lelaki seperti ini anda perlu berhati-hati apatah lagi apabila dia mula melakukan perkara-perkara yang menjengkelkan seperti MEMANDU secara semberono kerana marah ada lelaki lain bercakap dengan anda atau cuba melakukan perbuatan-perbuatan yang membangkitkan kemarahan.
dan apabila dia berkata dia akan bunuh diri jika anda tinggalkannya, ia bukanlah sesuatu yang romantik sebaliknya anda perlu mula berasa takut.
Seseorang itu tidak bertukar menjadi ganas atau pendera secara tiba-tiba apabila mereka dewasa. Keganasan juga tidak bermakna hanya bermula dengan mata lebam. Ia boleh bermula dengan kejadian kecil dan menjadi besar dan besar hingga mengsa boleh berakhir di hospital atau rumah mayat. Malah lebih banyak wanita mati dibunuh oleh pasangannya (atau bekas pasangannya)." 
utusan Malaysia.

berhati-hatilah wahai PENCINTA-PENCINTA sekalian...
ingatlah "CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI"
dan...sehebat mana pun anda, jika anda tidak sabar, anda belum layak dikagumi..

4 comments:

Aidil syukor said...

wow very2 fantastic...i like sgt2....mmg betoi...sesiapa saje x layak dikagumi jika dia tdk memiliki kesabaran yg tggi utk berhadapn ngn pelbagai situasi atau dgn lebih tepat lg dia takut berhadapan dgn kekalahan diri dia sendiri.......so yg plg pnting juga ,harus diingt...kasih syg kite pd seseorg itu x semestinya berakhir ngn memiliki maupn dimiliki oleh sesiapa saje yg kite syg krn smuanye telah ditentukan oleh Tuhan,,:)

Aidil syukor said...

fantastic your story...i like...hihihi:)

Eyqasara said...

yeaaappp... tu btul! :) sb xmahu jd mende2 mcm nie laaa.... kesian yg jd mangsa....

Jay said...

Cinta adalah anugerah allah kepada manusia..tapi harus diingat,cinta herus penuh dengan kesabaran kerana setiap percintaan pasti allah akan menguji...kalau cinta disertakan keimanan dan ketaqwaan insyallah tidak akan berlaku semua perkara buruk itu..:(..

 
;