Saturday, May 28, 2011

Jaga Status? Standard?

Ade ye manusia yang terlalu jaga status.. Terlalu pentingkan status hingga sanggup berpura-pura. Tanpa sedar kadang kala menyebabkan air muka orang lain jatuh. 

Bila di depan khalayak ramai, senyum pun payah. EGO! Buat muke "jaga standard" muka sombong la katekan. Tapi bila dia berdepan dengan kita TANPA berhadapan dengan khalayak ramai, boleh je senyum, bergurau..

Ye! mungkin bersikap professional TETAPI ape salah kalau kita menegur tu, at least senyum. Tak berdosa kan? Tak salah rasenye. Malaysia pun mewar-warkan supaya sentiasa senyum ketika berurusan. Betul?

Kenapa? Senyum dan bertegur sapa tu boleh menyebabkan status kita jatuh ke? takkan? Tolong la... memang la "be profesional" TAPI agak-agak la sampai bila orang yang rapat dengan kita menegur, kita buat muke sleck kat dia. Terasa tau...then, bila tanpa orang ramai buat mesre-mesre gitu! Kita nak senyum pun dah tawar hati. Nampak benor hipokritnye!

Pangkat, darjat, status kita tak bawa kita ke mana sekiranya kita sombong, riak, bongkak dengan apa yang kita ada. Aku nak pesan pada korang dan aku sendiri, "kita boleh bangga dengan status yang kita pengang, tapi kita juga boleh jatuh hanya kerana status yang kita genggam"

Fikir-fikirkan lah ok?

3 comments:

AzRi said...

tenang ye dik... ^__^

EYQASARA said...

Azri: Mekasih abg.. :)

suria lekatlekit said...

biasa la manusia.. diri rasa semakin tinggi kot di pandang dengan buat muka mcm tu padahal org mencemuh.

 
;