Wednesday, June 8, 2011

Kenangan Perkahwinan Tu Sedih..

Dah lame tak update blog kan? Rindu tak? Rindu tak? Aiseymen bajet macam orang selalu tengok blog aku pulak kan? takpe.. nak tengok, tengok, tak nak tak pe.. takkan aku nak pakse tarik kaki korang sebelah seret dari hujung pintu ke hujung kaki meja nak suh online blog aku kan? Tak de kojenye.. hihihi...


Actually terlalu busy dengan macam2 perkara terutama persiapan kahwin my dear sister dan jugak study coz final dah dekat. So, preparation kene mantop ye dak? Jadi, kene korbankan sedikit tentang masa nak online ni. Ade jugak suara2 yang menunggu entry terbaru. Huhuhu... *mekasih daun kelapa...


Detik2 my c's nak kahwin, 1st aku suka teramat. Tapi aku mula faham kenapa aku tengok orang sedih time pernikahan. Walaupun bukan aku yang bernikah, tapi aku sebenarnya dah kehilangan seorang yang sangat aku rapat. Rapat tu sampai kongsi makan, bantal, katil, story mory..yang tak tahan baju pun kengkadang kitorang main rembat je.. Hahaha.. bukan bangga ape, tapi aku nak tunjuk sejauh mana keakraban kami. *cewah!


Masa persiapan kahwin kakak tu heppy2 je..gelak2. sampai terguling2 kat tepi katil..tapi hari dia menikah tu, aku terasa asing. Malam pernikahan..urm.. orang cakap 1st day diorang hidup sebagai suami isteri mengundang sayu kat hati ni. ewah! ewah munah... ayat novel gitu! tamo! tamo!.. erm, aku sedih la..tetiba aku rase kehilangan sangat. Kalau balik kampung, kami selalu tidur berdua. Pepandai la kitorang cari tempat. Tapi bila dia dah berlaki aku tak leh nak join... *urggghh! memang giler arr kalau aku join kan? tak sanggup.. hahaha...


Aku cerita kat member.. memang terbaik la jawapan dia.. dia suh aku kawin jugak! aiyoooo!!! masalahnye tak de calon beb..terhina, terkesima, terpana, terperanjat, terkejut, terkedu, ter..ter..ter...seangkatan dengannya. Pergghh!! makan dalam beb... makan dalam.. huh!


Memang serius aku terase sunyi bagai.. Aku macam nak gigit-gigit je talipon tu sebab tak berdering. Harap kalau bunyi pun memang nak mintak terajang sebab alarm je yang nak buat gegendang telinga aku nak pecah! Tensen! tensen! 


*erm.. no talifon aku.. 010-6********....bla~bla~bla~bla~

2 comments:

Zana Tap said...

HAHAHA. (: Mek, kenapa kau tak balas msg aku. aku comment kat FB pun tak balas. kau marah aku eh?

EYQASARA said...

mame ade aku balas mek.. tak de kredit.. jo tau laaa.. aku bru blik dr kenduri kawen my sis.. pastu poli ni mane bukak koop.. huhuhu...

 
;