Bila dia depan kita, kita tak pernah nak hargai.
Bila dia di sisi kita, kita tak pernah nak nampak pengorbanan dia.
Bila dia di belakang kita, kita tak pernah kisah dorongan dia.
Bila dia di bawah kita, kita selalu perlekehkan kewibawaannya.
Bila dia di atas kita, kita tak pernah mengucapkan tahniah.
Bila dia dah tak ada di depan, belakang, sisi, atas dan bawah kita, baru kita sedar yang kita dah kehilangan orang yang sentiasa bersama kita waktu susah dan senang. Baru lah kita merasakan rindu untuk merasakan semangat dia yang sentiasa ada untuk kita.
Tapi semuanya telah terlambat. Andai kata aku diberi peluang untuk mengubah semula keadaan dan keputusan aku yang dahulu, akan aku ubahkan sikap ku yang membuatkan dirimu sedih bila aku tak menghargai setiap detik kamu bersama aku. Akan aku jaga kamu sebaik mungkin sehingga kamu tak terluka lagi.
Peluang hanya sekali, sekiranya kita kehilangan dia yang menyayangi kita setulus hati, belum tentu kita jumpa orang yang ikhlas seperti dia lagi.
*feeling terlebih pulak memalam ni.
1 comment:
huu..feelingnyerr..
Post a Comment