Sunday, February 27, 2011 18 comments

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA!


SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA!!
wah! semangat di situ kan??? sampai lupa nak bagi salam...
ASSALAMUALAIKUM..
tapi betol la aku sokong nie...
satu hari ada rezeki aku pun nak join...TAPI!
aku harap jangan la korang keji hasil kerja aku yep...
nah! bukan aku je tau! semua orang okey! kasi jatuh you punya kapla!
angguk cepat sebelum aku sepuk! hihi.. no! no! no! merepek dah..

serius sikit! erm... apa yang orang buat, jangan lah kita pandai-pandai 
nak mengadilinya.. siapa kita nak menghakimi orang apa yang dia buat tu
cantik ke tak, buruk ke, bagus ke, tak bagus ke...
tu hasil kerja orang lah.. sepatutnya kita sokong sesama sendiri..
tapi tu lah "manusia"..dalam hati penuh dengan hasrat dengki...
mengata, mengumpat, mencaci, mengkeji...
suka sangat buat "perkara meng" tu...daripada mengeji lebih baik puji...
ikhlas atau tidak blakang kira...sekurang-kurangnya kita tak dapat dosa mengutuk kan?
jangan lah berbuat jahat pada orang yep.. kalau nak bersinar seperti orang lain,
berani membuat perubahan..jangan hanya berada di takuk yang lama..
betul ke? aiseh! tapi MAIN utama aku nak cakap kat sini...
SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA...! 
gedebush! gedebush! gedebush!
*siap bunga api merdeka melayang-layang*
seronok sangat ni.. okey..ABG BEN ..eyqa join yep...
memberi sokongan padu.. ;)



*sekali sekala letakkan diri kita di tempat orang lain.
6 comments

BERSANTAI DI TAMAN TASIK TITWANGSA

Assalamualaikum...

dah lame menyepikan diri seketika kerana sibuk dengan aktiviti luaran
hari ni kembali nak bagi tau ape yang dilakukan selama cuti berblogging...
wah!!! tak percaya aku jadi skema mcm nie!!! hikhikhikhik!!!
okey! hari sabtu dan ahad aku n my family gi Semenyih...
bertandang ke rumah saudara nak gi nilai 3.. ;)
tau tak nape nak g sane?? alarh! pandai la korg!!!
kalau gi nilai 3 memang terkenal dengan peralatan kawen yg mengujakan.
tak gitu tak gitu??? 
hihihi...sebelom tu sempat la kami satu family berjalan-jalan ke 
taman tasik titiwangsa.... dah lame bebenor aku tak gi sana..
dulu time kecik-kecik selalu laa... dah besar ni masing-masing bawa haluan..
tapi detik indah sempat dirakam bersama family...
cau!!! jom tengok ALBUM!!! yeppa! yeppa!














okey? kalau okey kasi jatuh you punya kapla!
ngee~ :D lepas balik dari taman tasik tu...kali gi ke kajang.. makan sate...
lame dah tak makan sate kajang tu.. sate Samuri! mesti yg dah selalu pergi tu tau 
kehebatan di sebalik sate nie kan? huisssyyoo.. sate dia mengancam beb!
lagi syok bila dapat makan sate arnab.. huh! maveles wa lacap lu!! hihihi...
erm... gambar makan sate tak upload..tak edit pape pun lagi.. kosong mosong je...
cukuplah gambar-gambar atas ni memberi gambaran aku kat sane tu...
serius happy giler...hilang semua masalah aku seketika...
seronok dapat luangkan masa bersama keluarga
dan dapat bermain-main dengan budak kecik...
anak minah saleh menjadi tumpuan...
ahaks! sayangnya gambar tak ada...
pape pun!!! enjoy!!!! 
:D

*hargai saat anda bersama family tercinta
Wednesday, February 23, 2011 8 comments

Allah cemburukan kita...

Assalamualaikum

Okey.. baca je tajuk kat atas semestinya mendapat pelbagai tanggapan..
sebagai contoh: "Allah jadikan kita sebagai makhluk..takkan cemburu kot!"

okey... jangan sempitkan pemikiran kita ye.. buka luas..luas...
ada perkataan "Allah Murka"..."Allah Sayang"..."Allah Pemaaf"
nampak disitu ada perasaan.. guys.. uuooollsss jugak cakap.. "cemburu tanda sayang..."
okey, tengok ni pulak!


"Allah s.w.t cemburu terhadap hati hambaNYA yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-NYA,dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain DIA.." Ibn Qayyim al-Jawziyyah.

kenapa Allah cemburu???
~kerana tanda besarnya cinta..~

Allah tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.
tapi sebenarnya Dia terlalu sayangkan kita...tak mahu kita mendapat
cinta yang tak pasti padahal DIA menawarkan cinta yang tak pernah kenal erti kecewa.
pernah berfikir?? Allah dah banyak memberi pada kita.. dari kita lahir sehingga ke liang kubur.
Tapi apa yang kita lakukan? Orang memberi sepinggan kuih, kita sibuk nak membalas
sedulang nasi.. tapi, Allah yang memberi kita segalanya ada tak kita cuba untuk membalas?
Solat pun kadang-kadang kurang dari 5 waktu... Puasa kurang dari sebulan...
Doa kurang dari sebaris... macam mana tu?

Jangan heranlah kalau Allah tak merestui cinta kita sesama manusia...
kenapa? sebab anda lebih agungkan cinta manusia dari cinta HAKIKI.
jika anda sayang, cinta pada Allah, DIA pasti akan menggandakan kegembiraan
anda yang anda kecapi hari ini...dia akan anugerahkan insan yang mencintai anda setulus hati.
besar pengorbanan itu kan? Anda? bagi cinta pada kekasih hati yang belum pasti
dia ada bagi balasan apa2??? harapan??? janji??? yang pastinya tak kekal...
sedangkan Allah menjanjikan SYURGA...yang menjadi idaman setiap umatNYA.

bila kita tak ambil kisah Allah cemburukan kita, bimbang Dia akan berjauh hati...
akan menarik semula kebahagiaan anda... dia akan meninggalkan kita...
lebih perit bila Dia menjauhkan anda dari kebaikan-kebaikan...
Jauhkan kita dari mendapat hidayahNya.. rahmatNya.. CintaNya...
hidup kita akan hilang keberkatan dan hanya tinggal kefasikkan.
mahukah anda???

"Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah" (surah al-Baqarah 2:165)

MasyaAllah.. terkadang aku sendiri terkenang perbuatan aku...
Aku membaca dari majalah Solusi... hasil buah fikiran Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin..
Terkesima.. kadang-kadang bergenang air mata.. melihat Agungnya Cinta Ilahi...
Subahanallah... tetapi bersyukur kerana dibukakan mata dan hati ini untuk Ilmu 
yang begitu tinggi nilainya...


*share la kepada rakan yang lain..tetapi bagitahu eyqa supaya eyqa tahu siapa yang share..okey?*


3 comments

TIPS LAGI!!!

Dah dua hari tak buka blog..selasa dan rabu..isnin pun dapat buka kejap je sebab masalah internet..
 huh! naik sawan jugak aku...tak dapat nak update apa2 dalam blog... 
dah la sabtu ahad aku tak online.. kalau sebulan macam ni agak-agak 
korang jumpe aku kat tanjung la kot... bukan tanjong malim..tanjong rambutan.. 
hohoho... *haiiiihhh simpang!* Fuhh!! Serius aku rindu teramat dekat blog nie.. 
agak-agak blog ni rindu aku tak?? hihihi.. *mula la mereng dah tu!* 
okey2...tamo merepek2..aku baru je balik dari pameran buku kat UKM..
aku jaga bahagian Penerbit UPSI.. memang banyak pengalaman aku dapat.. 
aku beli buku yang berkaitan dengan komputer..supaya lebih mahir.. 
wah! wah! wah~! keeelaaaasss ko munah! :P hihihi...
okey! entry sesuai untuk belia-belia yang sedang melanjutkan pelajaran..
tapi yang bekerja turut merasai.. i know that.. so, kalau nak tau topik..
trus scroll okey! jangan malas!! babap kang! :P
okey..sebagai pelajar, pekerja..selalunya ada tugasan untuk pembentangan..kan? kan? kan? 
so, ada tips LARANGAN dalam pembentangan.. sensitif k.. ;) jom kte tengok sama2!!

1- mukadimah yang lemah...
orait! dok depan je, pegang mike.. cari tumpuan orang ramai seboleh mungkin.. 
jangan korang cakap macam orang nak tido..sayu je dengar kan...? orang pun slow je ikut slot korang...dan jangan la korang dok depan bagi salam terus point pertama.. memang kena baling telur la korang nie! hahaa.. :P

2-Berlagak dan Riak..
kalau korang rasa topik tu mudah..jangan nak poyo pulak kat depan tu okey..bangga sangat dengan point yang korang sendiri pon aku yakin cari kat En.G dan Pn.Y..tol tak? jangan nak sombong ok!

3-Membuat lawak yang keterlaluan..
hello..perbentangan okey! bukan raja lawak..bentang tajuk yang serius, memang la nak joke sikit-sikit..kalau tak boring jugak..tapi aku nak highlightkan.. SIKIT-SIKIT okey! habis disitu.. next! :P

4-Visual Grafik yang melampau
yep aku tau korang terer bab2 komputer..power point tu kan? tapi guna lah grafik yang cantik dan tak sakit mata memandang..jangan la guna warna merah macam trafik light..kuning diraja..hijau pucuk pisang..cari warna yang soft..or pada yang suka bercorak, bergambar kat belakang tu jangan la cari yang carca marba..susah nak nampak tulisan. okey? next!

5-Perkataan atau istilah bombastik!
haaa! aku tau ko dapat A++ dalam bahasa melayu..jangan la ayat meleleh k...dan jangan ayat-ayat yang sukar dipaham tu banyak sangat..jelas? truskan..

6-Mengugut Audiens
ewah! mentang2 orang suka point korang.. korang boleh cakap.. "korang tak ada pilihan lain..point aku ni memang paling tepat dan selamat...jadi, pilih point aku...lebih terperinci! *hebatnya koooo*" ahaks! ye..memang selamat....selamat jalan da..! hahaha.. :P

7-Menghalang slaid...
yang nie memang aku tak suka.. kalau agak2 nak tayang muka, baikla kalau letak pic korang dalam slaid sebagai wall..okey kan? hihihi.. okey tak.. maksud aku..jangan ko duduk depan slaid tu..orang nak salin nota dan point2 tu.. bukan nak telik berape jewarat ko ada..kulit itam ke putih.. lebar muka ko berapa inci..jelas? hiihiihii...

8-Penampilan yang buruk..
Yes! kalau aku..nak buat pembentangan aku akan pastikan aku pakai baju yang cun2 punyer...baju mesti berharga RM 50 ke atas sahaja.. tu baru baju, belum masuk kasut..tudung... yang lelaki tali leher.kemeja.. seluar....! hihi.. no! no! no! jap lagi ada pulak mak bapak sepak aku sebab anak dorang nak beli baju mahal2 setiap kali ada pembentangan..alasan~ikut cakap blogger.. uiihh..jangan cari pasal weh.. maksud aku.. kemas.. jangan kusut masai..dengan baju tak ber"iron"...jangan ada bau tengik..tau tengik? okey buka kamus muka surat 357 no 15 okey? xjumpe? memang tak ada.. hihihi.. tengik tu busuk! dah tau kan? tak payah buka kamus.. *bagus eyqa nie..merosakkan minda betul! ahaks! *

9-Membaca nota sepanjang masa..
yang ni aku memang paling benci.. kalau nak baca nota, tak payah bentang.. buka slaid.. salin! sama je kalau baca pun..kan? so, jalan terbaik terangkan..bukan baca..ada paham ka?

10-Penutup yang mendatar..
"sekian terima kasih!" macam tu je? kat slide akhir pun ada..kan? alaaa.. paling kurang pun.. bagi la kesimpulan...lepastu buat sorakan semangat ke.. macam gi kem2 tu.. kan? orang pun happy je nak tepuk tangan..tak da lah dorang tepuk meja.. okey? ups! dak class aku suka mengamalkan tepuk meja ni.. *cover la kunon!*

Dah! Dah!! dah baca kan? so, ada lagi yang aku jumpa wat benda terlarang nie.. jangan heran la kalau time pembentangan ada yang membuat tahi mata dan jangan pelik bila ada yang mengalirkan air "sungai" secara mata terpejam.. ada paham tak?? hangguk cepat sebelum aku cepuk korang! ngee~! tu aje... pesanan penaja.. ewah!


*point dari ~solusi~ isu 28.*
3 comments

CERITA HOT!!

Assalamualaikum

uussshhh korang tengok tajuk hot cepat je click eap! babap kang!
aduuuhhh... ups! serius! serius! sebelum aku yang kene babap...
Wokeh! setelah beberapa hari aku mendiamkan diri sebab tak ada benda nak cerita 
dan tak ada line internet juga untuk ku godek-godek! akhirnya hari ini aku diberikan cerita HOT! 
Memang hot mengalahkan Hot N Spicy potato chips! huh! harini aku single.. 
pergi ke kiosk cik ana nak makan nasi campur.. biasanya aku suka makan kat situ.. 
*tapi tak pulak aku cakap sekarang aku tak suka ye!* 
huh.. nasib baik hari ini aku makan sorang diri.. okey! pendekkan cerita. 
Aku malas nak taip banyak dah.. bak kate raje lawak punch line dia lembab betol! 
hahaha.. aku lah tu.. okey! okey! stop merapu eyqa sebelum 
kepala ko kene hantok kat dinding ala-ala filem hindustan...ayoyoyo... 
disebabkan perut aku dah berbunyi gitar ala-ala lagu rock sharifah aini.. erk? 
*sejak bila sharifah aini nyanyi lagu rock...???* 
ni bahana tengok mentor semalam la nieh! ermm... balik yang tadi k, sory iklan.. 
lagu rock macam awie.. haaa.. aku ke gerai cik ana nak makan nasi campur.. 
alamak lame betoi aku tak makan nasi campur kat kedai! teruja beb..memang teruja... 
*poyo je!* lauk plak memang superb wa cakap lu! cik ana bagi tahu rendang ayam je, 
tanpa sempat cik ana nak promosi lauk lain aku dah cakap.. 
"NAK!" dengan muke poyonyer aku.. hihihi.. *gelak kecil disitu.. :P * cik ana ckp okey.. 
tunggu cik ana hantar.. muka seronok.. terbayang-bayang ayam tergolek 
dalam pinggan bewarna kuning keemasan.. fuuusssshhhyyyoo!
bila dah sampai nasi.. aku tengok air tak sampai-sampai.. okey2! never mind.. 
di sebabkan kurang sabar aku terus menerkam ayam tu... hahaha.. 
uih! tapi aku baca doa k.. jgn kte aku tak baca doa.. aku sepuk kang! 
k smbung baLik.. hmmm... kat mane tadi?? lupe dah.. erk.. ha! 
aku tak pandang dah atas bawah kiri kanan.. terus makan je.. masuk mulut.. 
uuh! PEDAS! tak pe la.. jap lagi air sampai.. okey.. makan lagi... 
fuhh! PEDAS! erk? tak pe.. air dah nak sampai... 
pastu! PEDASSSS!!!!! essss! essss! esss! sumpah aku cakap pedas tahap cipan punya! 
mata dah berair... turut berair.. anggota yang berada dekat dengan mulut tetapi di atas cikit.. 
hohoho... PEDAS! PEDAS! PEDAS! bibir dah mula membengkak macam  anak pak Jolie... 
pipi gebu dah kebas..mesti lebey merah dari pakai blusher.. dalam otak aku... 
"ohh! tak bley jadi nie... bleh buasir aku tunggu lelame!" terus je datang kat kakak tu.. 
"akak! air sy?? *wat muke setosen!* dah dapat..minum macam orang dahaga kat padang pasir daaaa...
 fuhh..!lega.. satu kotak air blackcurrent dan satu air mineral abis... 
masa jalan balik aku sempat lagi fikir.. kalau pasni cirit birit, dah takda sebab laen dahhh! 
ni makan nasi lauk rendang tadi punya pasal lah nie.. huhuhu.. ape? 
tak hot? memang la korang tak hot.. yang hotnye aku nie.. pedas sampai ulu hati.. 
bibir dah tukar kaler merah menyala.. tak payah dah pakai lipsetik sileki gul.. 
tak payah pakai lip dengan bam.. tak payah pakai lip geloossss... huhuhu... 
tak payah! tak payah! original okey! mata merah dah macam ikan 
yg terkandas di pasar-pasar ikan...uhuks! sadis...! dah..dah... 
tu ajer.. hihihi.. *menaip dengan melihat muka dicermin.. 
"fuh! bibir nampak comel bila kene cili hari ni.. ahaks!"*

*boleh je kalau nak menawan secara semula jadi.. ahaks!*
Thursday, February 17, 2011 15 comments

Photoshoot Dengan Adik Mia!


Wah! wah! wah!
pantang la korang tengok pic adik mia yang chumel tu
trus click! click! eak!! almaklum lar.. dak chumel... hehehe...
tapi jangan la silap ye.. adik mia ni bukan adik mia sara nasuha tu..
yang ini adik aku yang chumel jugak tapi nama dia NURIEN DAMIA..
jom tgok aksi si cilik di depan lensa... ;)



 









okey.. nie semua gambar si kecik molek damia yep...
aku nie tersangat lah rajin nak shoot pic budak kenek nie...
yelah! alang-alang aku dok bawak dia jalan-jalan...
seronok pulak rasenya..*terfikir..bila nak bawak anak sendiri pulak..?? wink! wink!*

nie bukan damia ye.. chichey... ;)

 yang kat atas ni pulak gambo aku... hihihi.. tuan punye blog...
dan photographer yang ambil gambar adik mia...
wah! terasa gah disitu.. aduiissshhh...
tak ada lah! aku bukan photographer...
tapi teringin melayakkan diri untuk digelar sedemikian...
kalau orang tak gelar.. aku gelar sendiri lah!
ngee~ saje nak cuba-cuba nasib.. cungkil-cungkil bakat...kan?
hahaha.. okey tu saja.. ko scroll ke bawah dah tak da jumpa gambar dah..
atas ni aje.. nak tengok gambar lain, kat entry yang sebelom ni okey?? daaa...

*saja layan hobi baru~ :D

Wednesday, February 16, 2011 9 comments

SUDAH-SUDAH LA BUAT PERANGAI WAHAI BLOGGER

Aidesss kali ni agak blur actually... ntah kenape.. mengape.. siape.. berape..
nak merapu seboleh mungkin.. hohohoho...erk??
gulp! tak boleh tak boleh.. nnt orang cop "stupid blog"

wahhh! cakap psal stupid blog...nie cek nak habaq mai kat hampa...
ewah! ehem! aku gi la melawat blog-blog..dalam erti lain blogwalking...
melihat-lihat..menjenguk-jenguk...mengintai-intai topik baru dan hot arini!
terpandang lah al kisah sahabat seorang nie membuat entry tentang seseorang...
uiiiiseeehh! sadis ayatnye.. tak lalu nak copy paste..ups! nope!! sy bukan copycat okey..
harap maklum! satu lagi kes aku jumpe bab komentar ataupun bahasa lainnya pengomen 
yang tidak meninggalkan link tetapi meninggalkan kesan pada penulis blog.. tau macam mana??? 

dengan meninggalkan contoh ayat seperti ini..

*stupid blog*
*ko ingat blog engkau bagus?*
*blog ko kuat merapu*
*blog ntah apa-apa*
*kau ingat ko cantik pakai macam tu?*
*ko ingat ko lawa pose gediks mcm tu?*


perghh!!! orang yang macam ni kan suka buat orang panas hati tau...
Alhamdulillah buat setakat ni tak ada lagi komen-komen yang negetif...
aku harap berterusan lah.. tapi aku tau.. langit tak selalu cerah..
of course pasti ada yang tak suka..kalau tak suka, diam.
jangan sakitkan hati orang okey.... sedih kot...
..banyak sebenarnya mangsa2 kene macam nie... nak cerita panjang melebau...
buat satu karangan pun belum tentu siap lagi... okeh!
senang cerita jangan lah ada hasrat dengki mendengki...kutuk mengutuk...
berbudi bahasa lah sedikit... okey! enough! enough!

Ada cara lain untuk kita menegur contoh:

*awak, sy rase blog awak ni perlu diperbaiki... + + +*
*awak, awak cantik, tapi lagi cantik kalau awak + + +*
*awak, apa kata awak tukar background blog awak....+ + +*


haaa.. orang yang menerima kritikan tu pun tak da la hangin je baca comment korang kan?
betul tak?? betul tak?? bukan nak tunjuk pandai... tapi mengingatkan....
okey sudah dulu lar.. aku pun dah blink! blink! mate nie..
terkebil-kebil dari tadi.. huhu... mod keje dah datang.. nak pi wat.. hihihi...
Assalamualaikum.

*ape nak jadi dah habis baru bagi salam??*


Sunday, February 13, 2011 15 comments

SAYA PERNAH PESAN KAT AWAK



Saya pernah pesan kat awak...kalau awak ada masalah cerita pada saya...
Awak cakap tak pe..awak tak mahu menyusahkan saya...
tapi awak tak sedar awak sebenarnya menyusahkan hati saya...
tak pe lah... janji awak bahagia.. 

Saya pernah pesan kat awak..kalau awak bosan mesej saya...
Awak cakap tak pe.. awak tak mahu ganggu saya...
tapi awak tak sedar awak sebenarnya gangu emosi saya...
tak pe lah.. asalkan emosi awak tak terganggu... 

Saya pernah pesan kat awak..kalau awak bersedih bagitahu saya...
Awak cakap tak pe..biar hanya awak yang tanggung kesedihan ni..
tapi awak tak sedar awak sebenarnya buat saya sedih dengan perangai awak...
tak pe lah... demi awak saya simpan kesedihan ni.. 

Saya pernah pesan kat awak.. kalau saya merajuk awak tak payah pujuk...
Awak cakap okey... Awak takkan pujuk saya...
Tapi awak bukan saja tak pujuk saya.. malah tak mesej saya...
tak pe lah.. mungkin awak tak faham maksud saya... 

Saya pernah pesan kat awak.. kalau awak dengan saya, awak mesti senyum...
Awak cakap okey,walaupun awak sebenarnya tak mahu...
Tapi awak tak sedar awak sebenarnya mengundang hampa dihati saya...
tak pe lah.. mungkin awak tak perasan... 

Saya pernah pesan kat awak.. kalau tak keberatan nanti telefon saya...
Awak cakap tak nak...sebab awak dah selalu jumpa saya...
Tapi awak lupa yang bila-bila masa saja awak takkan dapat jumpa saya langsung...
tak pe lah.. mungkin saya tak penting bagi awak... 

Saya pernah pesan kat awak.. bila naik motor berjalan jauh bagi tahu saya..
Awak cakap awak tak mahu..sebab takut saya risau...
Tapi awak tak tahu yang saya lebih risau bila tiada khabar berita dari awak...
tak pe lah.. mungkin saya yang terlalu mengongkong..

Saya penah pesan kat awak.. saya tunggu awak pulih dari kemarahan awak..
sampai sekarang saya masih menunggu awak hubungi saya...
Tapi awak tak mesej saya... apa lagi menelefon saya...
Tak pe lah... mungkin awak sibuk...

AWAK...saya buat semuanya kerana sayangkan awak...
Saya tak kisah apa pun orang sekeliling cakap...
Asalkan saya tahu awak selamat dan bahagia...
Tapi bahagia ke awak dengan saya...?
Saya rase awak masih samar-samar dan tak jumpa maksud saya...
Awak mungkin baca entry ini.. mungkin juga tidak..
Kalau awak baca, saya ucapkan terima kasih...
Satu penghargaan buat awak...


~nukilan buat awak~


7 comments

BLOGGER KOMEN HEBAT!

Hebat ke kalau kita komen entry orang???
yup!!! mungkin...TETAPI!
tgok jugak cara orang tu nak komen macam mana..
ada sesuka hati dia je mengutuk, mengkritik, menempelak, mencaci, menghina!
segala jenis "me" la yang boleh wat orang touching...
hoooiiii... agak-agak la wehhh... boleh.. 
aku tak cakap salah kita nak mengkritik.. tapi TOLONG laa...
berhemah bila mengkritik dan mengomen...
jangan lah sampai boleh menjatuhkan maruah orang...

INGAT! anda komen di ruanan yang disediakan.. semua orang nak komen pun kat situ...
apa sahaja komen yang naik, semua oran boleh baca..Apa perasaan tuan punya blog?
malu bukan? cuba letakkan diri anda di tuan punya blog tu...
Fikir perasaan orang boleh? kita sama-sama diruangan blog nie..
macam2 kita nak share dengan orang.. kalau anda tak suka..
sila tutup mata.. tutup telinga.. tutup PC laptop or whatever...
kalau anda mengomen teruk2, sampai boleh jatuhkan maruah dia, apa yang anda dapat?
bertambah duit dalam poket ke? bentambah handsome dan macho kah?
bertambah cantik? bertambah lawa? comel?
tak kan?? tambah dosa lagi ada laaa...
kan lebih baik memuji...mengagumi... untung2 dapat pahala...

INGAT! " Apa yang kita berbua baik, belum tentu diterima.. 
TETAPI apa keburukan yang kita buat, kita perlu memohon maaf atas kesilapan kita 
sebab kesalahan kita itu dah tentu dicatat..."

pesanan dan entry ini untuk menegur kepada segelintir pembaca 
yang mengomen secara berlebihan.. teruk2...
disamping mengingatkan aku sendiri dan diri anda yang membaca.
sedihnya aku baca entry rakan2 yang telah "dikritik" secara teruk...
kesian... ini berlaku pada rakan blogger yang bernama
tapi mereka bagus sangat.. sebab kritikan yang diterima
mereka menerima dengan hati yang terbuka tanpa luntur semangat nak berblog...bagus dear! 
teruskan.. followers anda tak berkurang malah semakin meningkat memberikan sokongan.
untuk tuan puan cik adik kakak abang...
aku hope sangat korang paham....aku jugak paham ape yang aku cakap..
ecececeeeeh... hihihi...
kalau tak paham jugak meh sini aku nak cuci pakai mesin basuh kat umah aku nie..
nak letak sabun mandi, sabun buku, sabun basuh kaen, pelembut, clorox skali...
bagi suci murni hati anda.. *boleh ke???*
ahaks! Ape-ape pun.. sendiri mau ingt...kita buat baik, di balas baik, jahat dibalas jahat.
okeysss!! bak kate teacher aku dulu.. "understood???" hahaha...
cau!

*adalah menjadi tugas aku untuk mengingatkan sesama rakan seperjuangan*
*uhhh.. gagal untuk upload gambar*

Thursday, February 10, 2011 5 comments

Prophet Muhammad's Birthday *KEMPEN*

Assalamualaikum...
sekarang ni jalan kemana2 blog memang penuh dengan Contest dan Giveaway
ramai yang menyertai dengan rajinnya.
Ape kata, kita buat kempen pula?
seperti Sunah Mohamad dan Al Hakim punya blog yang aku baru terjah.
2 kempen yang sangat besar pengertiannya 
terutama bagi UMAT ISLAM.
dengan rasa terpanggil aku mengikuti kempen tersebut.
kempen anjuran Kak Sunah aku dah pun join...
sekarang nie kempen sahabat blogger satu lagi..
jom terjah blog beliau...


"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"

kepada semua blogger jom lah kita mengikuti kempen ni..
menunjukkan betapa kita menghargai Rasulullah 
walaupun beliau telah tiada...
berselawatlah tanda cinta kita pada Rasulullah..
jangan lah nak tunggu Maulidul Rasul baru nak berselawat...
rajin2 berselawat.. disamping dapat pahala, kita juga dapat 
ketenangan, keseronokan, kecintaan kepada Rasul dan sebagainya.
tunggu ape lagi? jom lah join kempen nie..
segala syarat dan butiran boleh dilihat di dalam blog saudara yang menganjurkan
kempen ini. "click sini" 

*Umat Islam bagus sambut Maulidur Rasul dari Valentine.
*Hukum sambut Valentine utk Muslim HARAM.
3 comments

Jangan Sambut Kalau Anda Seorang Muslim

Assalamualaikum


HAH! JGN nak menggatal sambut Valentine yep...
*tetiba datang nak marah2 plak... ish3!*
utk yang Muslim lar.. yg laen tu lantok kome ler...
seperti yang diketahui Valentine adalah hari sambutan kekasih (katenye!)
tapi BUKAN untuk fahaman Islam ye.. yang ni fahaman Yahudi.
korg ni Islam ke Yahudi?? kalau Islam tak payah sambut...
adik2 manis.. klu nak berkasih sayang, tak payah la tunggu 14 Feb...
setiap hari kita boleh berkasih sayang...klu 14 Feb saja..hari2 yang laen tu mcm mane plak??
nak sepak terajang? tampo menampo? sekeh menyekeh?
tak kan?? so kenapa nak khas kan pada satu hari sahaja...
okey.. fahamkan ayat dibawah..

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

dan sejarah Valentine boleh click kat link ini utk lebey lanjut...


dah baca? ada paham x???
kalau tak paham meh sini aku nak cuci korg dengan clorox...
kalau boleh nak letak softlan bagi lembut hati sikit terima ilmu..
bukannya apa, takut fahaman korang semakin teruk...
takut akidah terpesong...
aku tak la bagus mane.. tapi aku nak ingatkan je...
same-same kongsi ilmu..same-same dapat pahala..
okey??
so, aku nak letak banner ni.. dari kak sunah aku amik...
dan banner nie diambil untuk menunjukkan aku menyokong kempen tersebut..
kalau korang sokong amik ye banner nie..
jgn lupe wat entry mengenai kempen tersebut...
daaa...~

*eh dah letak kat atas tu.. lupe -.-"*


*sebagai umat Islam aku terase bertanggungjawab



Wednesday, February 9, 2011 7 comments

PETUA AKU HILANGKAN STRESS

Assalamualaikum.

Anda stress???
Wahhhh.. dah rase macam seorg kaunselor pulak!
memandangkan rakan-rakan dan aku punye twin sendiri yg memang la tgah stress...
sampai campak2 kasut.. kerut2 dahi.. terbeliak2 biji mate..hempas2 meja...
so, aku nak kongsi tips time aku tengah banyak assgnmt.. ape aku wat? 

JOM TENGOK!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-pape pun tenangkan hati dahulu-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

1-Mesti ada buku planner 2011 + + +
2- Aku akan tengok semua assgnment dgn teliti.
3-Senaraikan semua sekali task yang dah diberikan
4-Tulis tarikh hantar di setiap hujung tajuk assgnmnt
5-Aturkan semua assgnmnt mengikut tarikh tamat tempoh
6- letakkan target bila task tersebut MESTI disiapkan dalam buku planner
7-Fikirkan jalan penyelesaian BUKAN masalah
8-Buat dengan tenang ketepikan segala yang melalaikan *internet,movie*
9-Bila dah siap...potong task yang telah siap dengan PEN MERAH mcm nie..
10- pegang prinsip "USAHA,DOA,TAWAKAL"

InsyaAllah okey kot.. nie yang aku amalkan...
yang penting toksah nak pening2 kepala.. 
buat serabut otak tapi keje tak berjalan buat ape kan?
aku bukan student cerdik pandai ye...
ulang lagi sekali bukan CERDIK PANDAI..
tapi aku akan usahakan untuk hantar assgnmnt pada tarikh yang ditetapkan
walaupun terpaksa tak tidur malam.
dan tak dinafikan kadangkadang terkandas juga.
Aku tau..ramai blogger2 kat sini student kan?
kalau korang rase nak try petua hilangkan stress ni try la yep...
kalau jadi Alhamdulillah..kalau tak jadi jugak something wrong with you or my suggestion nie..
ni semua aku punya cara..nak ikut? okey je bebeh!
tak mo ikut?? tak kisah pon... mungkin korang ada cara trsendiri lebih effektif kan?
"try and error" je laaa... ;)


salah satu cara aku hilangkan stress yg lain dgn...
mengaji...dengar muzik...dan TDO!
huisshh.. yg besar tu paling kerap aku buat... hihihihi...

*sekadar berkongsi dan memberi pendapat*
 
;