Wednesday, February 23, 2011

Allah cemburukan kita...

Assalamualaikum

Okey.. baca je tajuk kat atas semestinya mendapat pelbagai tanggapan..
sebagai contoh: "Allah jadikan kita sebagai makhluk..takkan cemburu kot!"

okey... jangan sempitkan pemikiran kita ye.. buka luas..luas...
ada perkataan "Allah Murka"..."Allah Sayang"..."Allah Pemaaf"
nampak disitu ada perasaan.. guys.. uuooollsss jugak cakap.. "cemburu tanda sayang..."
okey, tengok ni pulak!


"Allah s.w.t cemburu terhadap hati hambaNYA yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-NYA,dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain DIA.." Ibn Qayyim al-Jawziyyah.

kenapa Allah cemburu???
~kerana tanda besarnya cinta..~

Allah tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.
tapi sebenarnya Dia terlalu sayangkan kita...tak mahu kita mendapat
cinta yang tak pasti padahal DIA menawarkan cinta yang tak pernah kenal erti kecewa.
pernah berfikir?? Allah dah banyak memberi pada kita.. dari kita lahir sehingga ke liang kubur.
Tapi apa yang kita lakukan? Orang memberi sepinggan kuih, kita sibuk nak membalas
sedulang nasi.. tapi, Allah yang memberi kita segalanya ada tak kita cuba untuk membalas?
Solat pun kadang-kadang kurang dari 5 waktu... Puasa kurang dari sebulan...
Doa kurang dari sebaris... macam mana tu?

Jangan heranlah kalau Allah tak merestui cinta kita sesama manusia...
kenapa? sebab anda lebih agungkan cinta manusia dari cinta HAKIKI.
jika anda sayang, cinta pada Allah, DIA pasti akan menggandakan kegembiraan
anda yang anda kecapi hari ini...dia akan anugerahkan insan yang mencintai anda setulus hati.
besar pengorbanan itu kan? Anda? bagi cinta pada kekasih hati yang belum pasti
dia ada bagi balasan apa2??? harapan??? janji??? yang pastinya tak kekal...
sedangkan Allah menjanjikan SYURGA...yang menjadi idaman setiap umatNYA.

bila kita tak ambil kisah Allah cemburukan kita, bimbang Dia akan berjauh hati...
akan menarik semula kebahagiaan anda... dia akan meninggalkan kita...
lebih perit bila Dia menjauhkan anda dari kebaikan-kebaikan...
Jauhkan kita dari mendapat hidayahNya.. rahmatNya.. CintaNya...
hidup kita akan hilang keberkatan dan hanya tinggal kefasikkan.
mahukah anda???

"Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah" (surah al-Baqarah 2:165)

MasyaAllah.. terkadang aku sendiri terkenang perbuatan aku...
Aku membaca dari majalah Solusi... hasil buah fikiran Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin..
Terkesima.. kadang-kadang bergenang air mata.. melihat Agungnya Cinta Ilahi...
Subahanallah... tetapi bersyukur kerana dibukakan mata dan hati ini untuk Ilmu 
yang begitu tinggi nilainya...


*share la kepada rakan yang lain..tetapi bagitahu eyqa supaya eyqa tahu siapa yang share..okey?*


8 comments:

AiN_iNa said...

thanks sbb letak artikel ni... sgt mengingatkan diri kepada Allah...

AiN_iNa said...

artikel yg sangat mengingatkan diri kepada Allah...

EYQASARA said...

kak ain... ur welcome... :)

Sunah Sakura said...

nice entry dear...cinta terhadap manusia kadang2 melalaikan kita, tapi cinta kepada manusia kerana Allah itu yang lebih agung...

dan cinta yang itu, sukar untuk dicari...jalannya jauh...tapi insya'Allah akan ada dengan usaha..:)

Puan Nurussalwa said...

sgt bgs..
:) thanx for sharing

EYQASARA said...

kak sunah.. betul tu... mekasih sudi baca.. :)

EYQASARA said...

cik nurussalwa... ur welcome.. :)

Jay said...

Cinta hakiki cinta kepada allah..tidak ada tendingan dengan cinta sesama manusia...carilah cinta bukan kerana rupa kekayaan..tetapi carilah cinta kerana mencari redha allah..insyallah allah pasti akan memberkati:)

 
;