Aku menulis sekadar apa yang terlintas. Malam ni terasa nak bermuhasabah diri. Sedar bahawa aku jauh menyimpang dalam aku tak perasan. Aku nak ajak korang sama-sama mengimbau *bukan kenangan cinta antara benua bagai tetapi menimbau dosa yang sering kita lakukan..
Ingatlah bahawa apa sekalipun jasa yang telah kamu tabur sebagai bakti belum tentu diterima oleh Allah. Kenapa DIA tidak menerima? Kerana niat! Adakah ikhlas membantu? Atau ingin menunjuk-nunjuk kebaikan yang anda lakukan? Fikir~
Ingatlah bahawa apa sekalipun kejadian mengenai fizikal terhadap manusia yang semula jadi oleh Penciptanya adalah kehendak Penciptanya sendiri. Sekiranya anda mengeji atau mengkritik bermakna anda sedang mengkritik Pencipta anda sendiri.
Buruk bagi anda? Cantik bagi anda? itu adalah Kehendaknya. Seboleh-bolehnya anda bersyukur kerana nikmat yang diberi kepada anda tidak ditarik iaitu diberi mata untuk melihat keindahan ciptaanNya, diberi telinga untuk mendengar perkara-perkara baik, diberi mulut untuk berkata perkara-perkara senonoh dan sebagainya nikmat yang tak ternilai harganya.
Anda menilai...melihat sesuatu keburukan orang lakukan kepada anda. Anda merungut kerana mendapat layanan sedemikian. Adakah anda terfikir mengapa anda dapat layanan sedemikian? Adakah anda dipilih kerana layak mendapat layanan tersebut? Atau sekadar ujian dari Ilahi yang maha mengetahui?
Anda selalu tidak berpuas hati dengan apa yang anda ada. Selalu sahaja ingin lebih dari orang lain walhal apa yang anda dapat sebenarnya adalah berlipat kali ganda baik dari orang lain. Susah anda rasa? Ada yang lebih susah. Senang anda rasa? Ada yang lebih senang.
*Bersyukur, berhenti dari sifat tamak, riak, sombong... Fikir ke jalan menuju keredhaannya.
6 comments:
alhamdulillah... thanks eyqa... mutiara hati untuk malam ni... :)
Alhamdulillah kak sunah.. mekasih.. ;)
Teruskan usaha anda... Dan Semoga Apa yang dilakukan diterima Oleh Allah SWT. =)
Renungkanlah: mekasih nabil.... hihihihi.... ;)
muhasabah yg bagus sebelom tidur,.^^
Nurul Aini Norazman: Sama-sama lah kita muhasabah diri... ;)
Post a Comment