Ayah..
Sewaktu kecil,sedari aku lahir suara mu, ku terdegar gemersik mengalunkan iqamah..membiarkan aku dekat dengan Pencipta kita...
Ayah...
Sewaktu aku mula menapak, selalu ayah yang mengajar aku bertatih sedari aku tak pandai berkata sehinggalah aku pandai membaca, mengira, dan sebagainya...
Ayah...
Tak pernah dirimu lokek dengan wang..walaupun ayah susah, walaupun ayah terpaksa mengikat perut..itu semuanya kerana ingin melihat aku berjaya...tanpa mengeluh, ayah mengeluatkan not-not wang dengan senyuman...
Ayah...
Waktu aku bersedih, ayah selalu dekat dengan aku.. memeluk ku...mengusap kepala ku, membisikkan kata semangat...mendoakan kesejahteraan ku...tanpa jemu..
Ayah..
Sewaktu aku menatap wajah mu, aku dapat merasa bahawa peritnya dirimu mengharungi pelbagai dugaan..pelbagai tomahan yang dikau terima sedang aku membesar dimatamu..semuanya kerana kerenahku...
Ayah..
Sewaktu aku sakit, ayah bersama ibu menjaga ku berganti-ganti..menghantarku ke hospital walaupun ketika ayah sakit, aku tak dapat menjaga ayah kerana aku jauh..terbayang seraut wajah itu..
Ayah..
Sempena hari bapa, air mataku mengalir lagi...tak dapat aku memeluk menciup pipi ayah tanda terima kasih membesarkan aku tanpa jemu..ayah berada jauh..sementara aku akan mengambil peperiksaan..
Ayah..
Maafkan aku, selagi ayah bernyawa, aku berjanji akan ku berbakti selagi masih saat berdetik, selagi masih ada siang dan malam, selagi masih dirimu bergelar seorang ayah..
Ayah...
Terima kasih atas segala pengorbanan mu yang tak ternilai. Akan ku serahkan kejayaan aku sebagai hadiah pengorbanan mu...Siapa aku tanpa seorang ayah... Ayah adalah ayah terbaik yang aku miliki... terima kasih ayah...Doaku sebagai anak akan sentiasa meniti dibibir..
*rindu ayah...
No comments:
Post a Comment