Assalamualaikum.. waaa.. lame dah tak mula entry dengan mendoakan orang ni *nampak sangat jahilnye isk! Semoga pembaca entry hari ini mendapat hidayah. *alhamdulillah.. Erm, nampak pelik ye aku? *geleng-geleng kepala untuk mulakan tajuk hari ni. Ada beberapa sahabat, blogger, bertanyakan adakah aku berpurdah? kenapa pakai purdah? Apakah sebab seseorang itu berpurdah? Bertubi-tubi soalan yang diusul dan selalu sangat orang tanye.
Penat nak jawab sebenarnya. Kalau 15 orang tanya 15 kali la aku kene repeat bende yang sama. Nak jawab ni! nak jawab ni! perhatian kejap eah.. Ok di bawah ni adalah pic profile FB aku yang menghantui blogger dan chatter samada aku ni sebenarnya berpurdah ke tidak! Siapa disebalik purdah ni dan macam-macam lagi... *sambil mengesat peluh di dahi.. urk!
Adakah aku berpurdah?
aku sebenarnya tak berpurdah pun. Niat di hati tu ada. Tapi suatu hari nanti mungkin. Tak la dalam masa terdekat ni. Tapi jika diizinkan Allah memang nak pun.
Adakah gambar dalam FB aku tu gambar aku?
Yup! tu memang aslinya muka aku berpurdah. Tak cilok orang punye gambar k... tapi kalau korang nak cilok pic aku tu kene gitau dulu lah! walaupun tak nampak muke aku, tapi tu hak aku ok?? jelas??
Kenapa letak gambar berpurdah?
Sebab aku nak elakkan dari menjadi fitnah. Korang tak nampak ke laki-laki suka kutuk cara perempuan ambil gambar dan update dalam FB? So, ini cara aku utk elakkan dari aku difitnah sedemikian. Selain itu, aku pernah menerima komen gambar yang "menggelikan" aku untuk baca. Berunsur komen yang tak baik dan komen tu jelas boleh menimbulkan fitnah dan jugak ghairah.
Apa hukum berpurdah?
Hukum berpurdah adalah sunat ye.. sebab? ia adalah pakaian isteri para Nabi.
Ada beberapa hamba Allah mengatakan bahawa " purdah hanya dipakai oleh orang-orang yang cantik saja" aku dengar tergelak kecil. *sambil tutup mulut.. ececece... aku bertanya pulak setelah berfikir sejenak erm... "orang yang tak cantik tak boleh pakai purdah la ye? macam mana kalau wajah yang tak cantik tu diperkotak katik ataupun diejek? bukankah perlu berpurdah untuk elakkan dari dia malu?" mereka semua tergelak sakan dengar ape yang aku cakap tapi mengangguk tanda bersetuju ye tak?
Rasionalnya purdah ni boleh dipakai sesiapa saja yang berniat untuk berpurdah. Bukan hanya pada orang yang cantik atau hanya pada yang sebaliknya. Cuma, jadi wajib pakai sekiranya dengan wajahnya menyebabkan dia digilai ramai.
Contohnye... Ada seorang ustaz telah menikahi seorang gadis rupawan yang merupakan seorang ustazah. Subahanallah, sesiapa sahaja yang melihat pasti terpikat. Apabila telah berlakunya akad nikah, abang kepada si lelaki (ustaz) telah jatuh hati kepada perempuan yang baru adiknya nikahi atas kerana wajahnya yang cantik sempurna. Oleh yang demikian, perempuan tersebut telah memakai purdah untuk mengelakkan daripada timbul fitnah serta utk mengelakkan dari perasaan cinta membuak-buak lahir dari hati si abang ipar.
Jelas? aku cuma boleh memberikan sekadar pandangan.. Masing-masing ada cara pemikiran sendiri.. :)
7 comments:
bagus2.. info tambahan purdah/ serban juga dipadang pasir membantu menghalang debu2 masuk ke dlm hidung :)
alhamdulillah. 1 input yang bagus sbnrnya dari mata sy.walaupun entri nya tidak secara menyeluruh,tapi masih boleh diterima pakai..insyaallah sy akan cuba update entri ttg hal ni xlama lagi.insyaallah.sy doakan yang baik2 shj buat sahabat2 saya.
amranaiman: oh yeke? satu lagi info.. trima ksih.. :)
amranaiman: oh yeke? satu lagi info.. trima ksih.. :)
Dr Love: Trima ksh... :) sy tggu entry berkenaan tu nanti.. :)
Cantek kan bile pakai purdah.
teringin jugak. InsyaAllah 1hari nnt.
:)
Cikbeyla Nabiella.. mmg cntik sbnarnye... org je tak tahu.. :) alhamdulillah.. :) bagus2..
Post a Comment