Thursday, June 16, 2011

Dugaan dan Doa Buat Sahabat Kita

Aku sangka dengan masalah aku, akulah orang yang paling berat menanggung dugaan. Sehingga aku down sampai nak hentuk-hentuk kepala kat dinding ala cerita tamil *konon! tapi sebenarnya bila aku mula berfikir kehadapan, bila aku mula melangkah setapak dari orang lain, melihat kiri kanan dan depan belakang.. baru aku sedar bahawa apa yang aku tanggung sebenarnya tak sehebat derita yang "mereka" tanggung. 

Aku melihat dari kaca mata luar aku dan menilai sekadar jelingan. Aku cuma terfikir bahawa ia adalah untuk simpati semata malah berfikir bahawa masalah dia tak seberat yang aku tanggung. TAPI Bila aku mula mengetahui apa sebenarnya yang "mereka" rasa, aku ingin sekali menarik semula kata-kata hati ni *macam situasi di pertandingan tarik tali dengan muka yang bersungguh-sungguh dan berkerut-kerut lagaknya. Menyesal berkata sedemikian tanpa mengetahui hal sebenar.

Bila tahu situasi "mereka", apa yang ditanggung, Ya Allah..terdetik dalam hati bahawa "bersyukur aku masih diberi ruang untuk bernafas dengan tenang berbanding sahabat yang mengalami kesukaran yang menyesakkan dada dan fikiran. Air mata bergenang *bukan berenang.. hati sayu mengenangkan nasib sahabat. 

Ya Allah, KAU berikanlah dia petunjuk, KAU berikan dia semangat, ketenangan untuk menghadapi dugaan yang telah ENGKAU berikan. Permudahkanlah urusannya. Tabahkan hatinya agar tidak terpesong dari jalan kebenaranMU...

*bermulanya kau sebagai sahabat, sampai bila-bila kau adalah sahabat...Dunia Akhirat..

No comments:

 
;