Saturday, June 18, 2011

Kejamnya Penghinaan Lelaki Untuk Wanita..Nauzubillah!

Nauzubillah...aku cuma mampu menggeleng kepala...tak sanggup nak baca sampai habis... Memang la orang cakap lelaki ni kalau dah mengutuk lebih dari perempuan lagaknye. Orang cakap perempuan ni kuat mengutuk, kuat mengumpat. Tapi rupe-rupenye lelaki lebih hebat ye? tak percaya? tengok bawah ni...*double click utk tumbesaran..





benar, ada benda yang betul beliau berbicara seperti di atas. Tetapi tak semua perempuan macam tu. Jangan lah sampai tulis tak berlapik. Betul bila niat hati kita sebenarnya nak menegur. Tetapi kalau dah macam kat atas ni caranya dah salah dah tu. Memaki hamun, menghina, mengata sesuka hati.. Kalau ianya adalah nasihat, patut berunsur sesuatu yang baik. Perkataan-perkataan yang positif. Bukannya dengan ayat yang kurang ajar macam ni.

Bayangkan...kau mengutuk kaw2 punye ko bagi sampai tak de satu pun ko nak bagi ayat positif. Yang kau nampak cuma keburukan yang "perlu" engkau maki *bagi kau!. Bayangkan ye... keluarga kau macam mane? Buatnye Allah nak balas dengan cara  ahli keluarga kau yang berperangai sedemikian. Mungkin adik, mungkin kakak, mungkin bini kau..tak pun mungkin anak kau..tak fikir? Cakap berhemah la saudara. Jangan ikut sedap mulut saja. 

Page atas ni sebahagian sahaja. Nak tahu lebih lanjut boleh la korang pergi kat link yang aku dah bagi ni. Pompuan yang agak-agak baran tak usah la baca. Kang ade yang laptop kene pijak sebab geram baca ayat yang mereka ni tulis. Komenter2 pun tak kurang hebatnye mengkritik. Panas jugak la note tu... 

*yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.
*wahai semua yang bergelar wanita, jagalah aurat kamu supaya kamu tidak dihina seperti ini.

13 comments:

Domo Mega said...

mcm pernah tgk je ayat2 di atas tp bkn di fb...di blog sape entah x igt.....

tu la psl...kejam betul sape yg reka ayat2 kat atas tu...=_="

Pendekar Berkuda said...

*yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.

*wahai semua yang bergelar wanita, jagalah aurat kamu supaya kamu tidak dihina seperti ini.

Ambil saja yang mana baik... mereka-mereka yang memekik melalak tu adalah mereka-mereka yang panas punggung sebab mereka sendiri yang melakukannya...

Sebab itulah mereka rasa seperti ditampar-tempeleng-lempang-sepak-terajang.... Isu ini timbul kerana mereka sendiri terasa... kalau tak buat tak perlu nak gelabah kan??

Ayat itu memang tak berlapik... perempuan sekarang ni jarang nak dengar cakap lelaki... tapi mereka tak sedar, kerana perempuan lah kebanyakan lelaki itu rosak...

Nak tahu kenapa?? Perempuan selalu menggunakan kecantikan, kerampingan keseksian, kebergetahan yang ada padanya untuk menggoda iman lelaki yang memang relatif lemah pada masa kini....

Cuba kalau iman yang lemah itu dibenteng oleh perempuan dengan pakaian yang sewajarnya... tidak banyak sedikitpun jadilah... Supaya bila sang lelaki itu berjalan ke mana-mana, matanya akan tenang... hatinya akan senang... melihat pemandangan yang indah perempuan yang lengkap bertudung dan mematuhi hukum aurat yang sebenarnya...

Sudah pasti lelaki tersebut tidak akan tergugat imannya...


Berlainan pula bila sang lelaki yang lemah iman ini berjalan2 di khalayak ramai... di kiri perempuan bergetah-seluar-jeans-ketat-tshirt-sendat, di kanan perempuan pakai-jubah-tapi ketat sampai terbonjol bukit yang empat, di depan pula perempuan atas labuh bawahnya legging-bagai nak telanjang... ini tak termasuk lagi di situ..di sana..hujung sana...tepi jalan...dalam pusat bowling...panggung wayang... pusat membeli belah...dan sebagainya....

Apa agaknya akan terjadi kepada iman lelaki tersebut jika itulah keadaan yang dialaminya??

Sama-sama kita fikirkan...jawapannya sudah ada... hanya mahu atau tidak sahaja kita mengambil pengajaran daripadanya...

oh...maaf atas komen yang panjang lebar ini ya.... hanya menyampaikan...

Di sini ada aku....



EYQASARA said...

Demo Mega: yup... eyqa pun rase ayat tu kejam sangat.. erm, tp eyqa juz baca dekat FB je... tak de pulak jumpe kat blog mane-mane.. nak tau jugak ye blog sape...

Pendekar Berkuda said...

kalau nak baca kat blog orang... ada di http://www.penulissenja.com ... dia ada bagi sumber dari mana dia dapat...

Pendekar Berkuda said...

kalau nak baca kat blog orang... ada di http://www.penulissenja.com ... dia ada bagi sumber dari mana dia dapat...

EYQASARA said...

Pendekar Berkuda: Benar saudara.. kata-kata saudara memang benar. Harap sangat perempuan sedar akan kesilapan mereka. Tapi jangan pula menuding jari kepada wanita semata ye. Same-same menjaga maruah. Menegur. Sebab semua adalah saudara kita. Saudara seislam. Tegur dengan cara berhemah. ;)

EYQASARA said...

Pendekar Berkuda: Trima kasih.. link tu... :)

Nurul Jannah said...

ayat pedas..tak baik dia cakap camtu..sepatutnya nasihat elok2...

Sunah Sakura said...

ermmm....salah yang ditegur tu betul, cuma cara dia nak menyampaikan tu mungkin kurang menyenangkan... kadang2 cara macam ni baru perempuan rasa sentap kot bagi diorang, kannnn?

apepun, kita amek mana yang baik saje...

EYQASARA said...

Nurul Jannah: setuju dengan kamuuu.. :)

EYQASARA said...

Sunah Sakura: Betul jugak kak.. mmg yang salah tu pompuan. Tapi salah beliau cara peneguran. Kalau tak, perfect da! :)

Biey said...

yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

bukan semua perempuan kot gitu. tiba2 sakit hati. *sabar2*

 
;