Sunday, October 16, 2011

Tanda-tanda Cinta Semakin Pudar.

Assalamualaikum. Sedikit segar mata walaupun jam di laptop menunjukkan pulul 1.15 pagi. Mana tak nya, tersadai aku kat katil setelah menelaah tugasan yang nak dihantar hari selasa ni. Sibuk aku mengalahkan ketua RPI la pula kan? RPI tu "Rakan Pusat Islam". Apa kaitannya? Sebab aku baru saja menghadiri KURSUS KAHWIN selama 2 hari anjuran RPI,PSIS pada 15 & 16 Okt 2011.

Aku nak kongsi pengalaman yang seciput ni pada anda semua. Yelah kan, mungkin anda mengikuti kursus ni di tempat lain, tapi aku yakin tak semua yang disampaikan serupa. Penceramah pun lain-lain kan? Jadi, buka dada menerima ilmu ini bersama-sama walaupun anda dah tahu. =)


Tanda-tanda cinta semakin pudar selepas berumah tangga.
  • Hilang kepercayaan terhadap pasangan.
  • Kurang menghargai pasangan.
  • Kurang mengambil berat terhadap pasangan.
  • Kurang menghormati pasangan.
  • Sukar menerima hakikat.
  • Kurang kesefahaman dengan pasangan.
  • Rasa menyesal berkahwin dengan pasangan.
  • Tak mahu mendoakan pasangan.
  • Bersikap dingin terhadap pasangan.
  • Sering bergaduh kerana masalah remeh temeh.

Kajian ini adalah kajian daripada Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. Sekadar untuk renungan bersama. Bukan nak bajet aku bagus. Tidak sama sekali sebab aku pun belum layak berkahwin agaknya. Sebab tu Allah belum menemukan siapa Mujahid yang aku nantikan. (SI DIA)

Allah memberikan sesuatu itu adalah berkehendak. Maka, janganlah kamu kecewa sekiranya jodoh kamu lambat. Kerana Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk anda. Allah sengaja menemukan kamu dengan sesuatu yang salah terlebih dahulu, untuk memberikan kamu yang benar kemudiannya. 

Ingat, yang baik sukar untuk kita perolehi. Maka, bersabar dan bersyukur. InsyaAllah, DIA akan permudahkan segalanya.

Kawan, setelah Allah memberikan mendung kelabu untuk kehidupanku semenjak dua menjak ini, tetapi hari semalam dan hari ini, Allah memberikan aku sinaran matahari. Senyuman untuk aku tak putus. Semoga senyuman ini kekal untuk esok, dan seterusnya. :) Alhamdulillah.

*mengharap esok lebih baik dari hari ini..

4 comments:

nazirah said...

btul2 hrp2 bila dah kawen nt tak de la ciri2 mcm di atas nauzubillah biarlah rumahtangga itu kekal untuk selamanye amin ..

EYQASARA said...

Nazirah: insyaAllah... :) Amin..

nuriz said...

org zaman dulu bercinta lepas kawen :) ramai yg aman bahagia hingga cucu cicit

EYQASARA said...

tu la..tp tu org dulu... prangai org dulu tak same dgn prangai org sekrg ni.. org skrg ni bnyak main2.. kan nuriz? :)

 
;