Wednesday, October 5, 2011

Tudung VS Fasyen

Alhamdulillah, semakin ramai wanita hari ini berminat untuk mengenakan tudung di kepala. Harapnya, niat disebalik pemakaian hijab itu bukan sekadar untuk mengikuti fasyen zaman sekarang ya. Biar niat ikhlas memakai tudung adalah kerana menutup aurat. Ada hamba Allah yang bersuara kepada aku. Beliau berkata:

"Buat apa aku nak pakai tudung kalau niat aku tak ikhlas? Aku belum bersedia. Buat apa aku nak hipokrit pakai tudung kalau hati aku tak selari dengan pemakaian aku?"

Astaghfirullah..Inilah silapnya. Bila ditanya mengapa tak mahu bertudung, jawapan mereka kerana tidak bersedia, tak mahu hipokrit, belum mendapat hidayah. Ish... Perlu dijelaskan ke? Tahu tak, memakai tudung, menutup aurat itu adalah sesuatu yang WAJIB??? Sama seperti solat, puasa, bayar zakat. Itu semuanya WAJIB dan tak perlu menunggu mendapat hidayah ataupun tunggu benar-benar sedia kerana sepatutnya itu adalah amalan kita setiap hari yang wajib dilakukan.


Cara pemakaian tudung bukan hanya untuk menutup helaian rambut semata. Tetapi leher, dada, tempat-tempat yang boleh mendedahkan aurat kita, yang boleh menaikkan nafsu kepada kaum adam yang melihat. Jangan pula tudung yang dikenakan mengikut cara pemakaian kaum lain pula. Seperti gambar dibawah:



*fasyen2 juga..jangan sampai terlepas pandang hukum hakamnya..

11 comments:

kaizen said...

inilah pemahaman umat akhir zaman....

*kalau jahil ilmu bertanyalah...

EYQASARA said...

Kaizen: stuju dgn kamu.. :)

ZACK ENTRY said...

selalunya mereka akan jawab "tunggu la bila dapat hidayah nanti baru pakai"..

tapi dieorang lupa..andai kata maut yang sampai dahulu dari hidayah macamana ?

nice entry..

EYQASARA said...

Zack Entry: btul2!!! sokong 101%... hihihi... :)

RENUNGKANLAH said...

Renungkanlah ada satu Link Yang nak kongsi kat sini... Maybe leh tambah ape yg telah cik pena eyqasara postkan... http://www.malaysianvoices.com/2010/12/hukum-tudung-fesyen-bonggol-unta.html

EYQASARA said...

Renungkanlah: trima ksih link tu.. insyaAllah... :)

Unknown said...

urm..bertudung ni isu lama kan..

Unknown said...

http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/04/tutorial-cara-nak-letak-butang-share.html

ko cer tgk sini..tu je la aku leh tolong..ekeke

EYQASARA said...

JIJI YU: mekasih link... erm, psal tudung tu mmg isu baru..tp eyqa tulis sb baru2 ni ada hamba Allah yg ckp psal "belum dpt hidayah nak pkai tdung.." tu yg buat entry.. hrap bukn dia je yg fham.. (^^)

nurkaloi said...

penah gak tegor mmber psl pmakaian tdung nie
tp wat bodoh plak ngan teguran kita sabar jer laa

EYQASARA said...

nurkaloi: sabar je la.. tak pe.. yg pnting kita da tegur kan? :) gud gurl! :)

 
;