Tuesday, October 11, 2011

Exam MUET!

Dup Dab Dup Dab! Memang berdebarlah kan.. Esok, seawal jam 7.30 pagi aku akan di"penjarakan" di perpustakaan PSIS, bersedia untuk peperiksaan MUET. Huish! Kalau discan jantung dan hati aku ni, mau terkeluar dari kedudukan sebenarnya.

Apa sekalipun, terima kasih kepada Miss Tina sebab membantu aku dalam banyak hal walaupun saat akhir. Yelah, orang pergi kelas aku dok tergolek-golek atas bawah katil kan. Memang padan lah muka aku! Thanks kepada member yang tak bagi tahu aku kelas yang sepatutnya ada. -.-" *aku touching dengan korang~! 

Mengharapkan doa ikhlas dari ibu ayah dan sahabat. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar esok hari. Good Luck for all candidates. Group aku, harap kita boleh bekerjasama esok. *My best friends.. apa cerita ko ye? ko dah lepas tadi kan? aku tau ko bagus dalam bahasa Inggeris ni. Mampu tersenyum walaupun muke ko ketat! hehehe...

Geng aku pula mula dah cuak! Kalau ditoreh muka korang mesti tak keluar darah. Pucat je kan? Hihihi... Buat yang terbaik ok. :)

*usaha, doa, tawakal..

4 comments:

JIJI YU said...

mudah mudahan

EYQASARA said...

Jiji Yu: mekasih.. :)

ZACK ENTRY said...

semoga berjaya..^^,

EYQASARA said...

Zack Entry: mekasih sgt.. :)

 
;