Thursday, October 6, 2011

DULU lain.. SEKARANG lain..

Dulu waktu engkau single, aku dah berpunya.
Bila aku ada masalah, engkau la yang akan carikan jalan penyelesaiannya.
Engkau lah yang pening kepala fikir masalah aku.
Sampaikan hampir setiap malam aku dengan ko bergayut tak ingat dunia.
Kredit talifon jangan cakap la.. RM 30 tu seminggu je..
Kadang-kadang aku rase macam ko pulak BF aku.. hihihi..

Sekarang bila aku da single, ko pulak dah berpunya.
Bila ko ada masalah, engko haram nak citer kat aku kan?
Alasan ko sebab kredit ko da habis untuk call makwe.
Tak boleh juga aku nak angin sebab tu hak ko.
Tapi bila ko jumpe aku kat mana-mana, kalau ko tak kacau tak sah!

Bila aku makan ais krim aku memang ingat kat engko. Tau sebab ape? 
Engkau memang suka rasuah aku dengan aiskrim bila aku tak mo jumpe ko!
Asalkan aku setuju nak jumpe kan? Tempat dating tak bley blah!
"koop" destinasinye sebab ko akan tanya aku...
"ko nak aiskrim ape?" hahaha....

Ko tak pernah ambil hati bila aku panggil ko sengal.
Sebab ko pulak selalu panggil aku dak tembam.
Bila aku panggil ko budak buchuk..
Ko gelar aku budak gedik dan mengada!
*agak kurang asam disitu! tapi aku buat slumber je..
Sebab aku tahu ko tak pernah maksudkan itu..

Bila aku nak menangis, aku cari engkau.
Bila aku nak ketawa, aku cari engkau.
Bila aku nak menggedik pun, aku cari engkau.
Bila aku nak marah-marah pun, aku cari engkau.


Sahabat...sesungguhnya engkau terbaik yang pernah aku jumpe..
Sahabat...sedih, gembira, marah aku..engkau je yang faham..
Aku tahu engkau dalam masalah yang berat...
Aku doakan semoga engkau tabah yeeerrrr...
Budak ensem mesti kene kuat..biar maintain kacak kan?

Aku rindu otak engkau yang giler-giler tu..
Aku rindu nak dengar gelak jahat engkau tu..
Aku rindu nak dengar orang panggil aku budak nakal..
Aku rindu kawan aku...

Aku tahu ko akan baca.. sebab blog aku ko harus follow..
Sebab cerita engkau *kadang-kadang* aku masukkan..
bila ko dah baca, ko takkan comment. Tapi ko terus talifon and say:

*weh, ape ko tulis kat blog ko dak sengal???
*oiiii ape yang ko citer tu haaaa?
*oit! aku baca blog engkau.. mengadalah ko...
*weh, terima kasih.. aku baca blog ko.. aku malu giler!

*ko kawan terbaik..selamanya terbaik.. *farhan shah*

12 comments:

Dr Love said...

Tulisan kali ni buat saya boleh imagine segala2nya.. jujur, telus, ikhlas dan tiada siafat peribadi.. teruskann.....

Antara Sebab Dan Alasan Berita Harian Kurang Mendapat Sambutan

EYQASARA said...

Dr Love: trima kasih ye... InsyaAllah...

JIJI YU said...

ko tau tak..susah weyh laki nak jd shbt pompuan

Eqa Yazid said...

friendship are more long lasting :)

EYQASARA said...

JIJI YU: tu la pasal... beruntung aku dpt kwn mcm dia.. mmg syukur sgt2.. (^^)

EYQASARA said...

Eqa Yazid: that's true.. (^^)

Sunah Sakura said...

nanti akak gitau dia baca cepat2..eh, ke dia da kol eyqa da? :D

EYQASARA said...

kak sunah: haa elok la gtau dia.. hihihi.. rsenye dia tak tau lg tu.. (^^)

L.O.V.E.U said...

sedey la plak...sob sob sob :(

EYQASARA said...

L.O.V.E.U : huhuhu.. jgn sedey2.. :)

ZACK ENTRY said...

lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat baik..same story with me tapi saya tak pernah bercouple lagi..^^,

EYQASARA said...

Zack Entry: tp sy boleh bersahabat baik ngan dia.. (^^) hihihi... me too.. kami tak bercouple.. dia da ada makwe dia, n sy.. (teetttt) still single.. huhuhu...

 
;