Wednesday, October 19, 2011

Kau Sahabat Dalam Kenangan

Mula-mula ko tak kenal aku, aku pun tak kenal ko. 
Even dah berbulan kita berada dalam club yang sama. 
Hobi ko dengan aku sama. Masing-masing suka travel kat dalam hutan. 
Bila ada "kembara dalam hutan" ko dan aku excited nak join!
Masih teringat gelagat ko kacau aku bawa pacat.
Keliling aku lari sana sini. hihi.. *indah saat tu..

Dalam bas, ko lah kawan aku gelak terkekeh..
dari mula naik bas, sampailah kita turun bas..
Dari Johor..Sampailah kat PSIS..
Mengusik kawan, kita pulak yang rapat.. :)

Aku masih ingat, dalam bas kerusi ko belakang kerusi aku.
Tapi handphone ko, sebelah aku mengalun lagu sedih "doa perpisahan"..
Semua gara-gara tragedi hari tersebut bas 3 biji accident..
alhamdulillah, bas yang kita naiki selamat..


Aku lapar, ko teman aku beli makanan. PAU! aku ingat lagi.
Orang lain tak nak teman, ko beria ajak aku makan.
Sebab aku merungut aku lapar. Terima kasih kawan! :)
Kalau tak mesti kebulur aku tengah malam buta tu..

Hubungan tu tak berakhir di situ.
Talifon penghubung kita. Aku masih ingat!
Ko pernah ucapkan sesuatu.
"kalau ditanya, takdir apa yang aku mahu, 
aku mahukan kamu menjadi isteri aku.."
Aku gelak! sedikit pun aku tak ambil serius.
Aku hanya anggap gurauan seorang teman.

Lama-lama, ko jadi malas nak cakap soal hati.
Sebab aku sentiasa mengelak. Ko cakap ko kecewa.
Tapi maaf, bagi aku ko hanya kawan.
Tak lebih dari itu. Aku harap ko faham.
Lama kita tak berhubung.
Berbulan-bulan menyepi diri.

Tiba-tiba, ko online. Ko chat dengan aku. 
Apa ntah mimpinye. (^^)
Aku membalas riang seperti selalu.
Ko pesan pada aku macam-macam.
Aku hanya anggap biasa.

Seminggu selepas tu, aku menerima SMS.
"Shazwan Mokhtar telah meninggal dunia tengahari tadi"
YA ALLAH!! Benarkah??? Betulkah apa yang aku dengar???
Ya Allah!!! Ya Allah!!!! Ya Allah!!! :'(

Aku terus menangis. Aku terus terduduk melutut.
Terbayang dimata ku wajahnya tersenyum memandang aku.
Masih terngiang suara yang pernah menemani aku waktu malam.
Masih jelas terpancar wajah hampa bila aku cuba mengelak bertembung dengannya.
Hari terakhir aku berjumpa dengannya, aku mengelak sehabis mungkin.
Supaya aku tak bertembung dengan dia..


Menyesalnya aku ketika itu YA ALLAH...
Sekarang, Aku tak mungkin bertemu kembali dengannya.
Aku tak mungkin akan mendengar suaranya.
Aku tak mungkin akan melihat senyuman itu lagi..

Al-Fatihah buat sahabat aku.
Semoga kau tenang di sana bersama insan-insan yang dikasihiNYA.
lagu "doa perpisahan" pernah menjadi lagu kenangan kita dalam bas.
Aku tak sangka lagu tu kau benar-benar tuju pada aku.
Sebak bila aku teringatkan kenangan itu.
Selamanya ko sahabat, dunia akhirat.. :'(
Semoga Roh mu dicucuri rahmat. Amin..

*wan, tiba-tiba aku rasa rindu kat ko.. ;(

8 comments:

budak penjara said...

sdihnya baca citer ko..ermm

setiap perkenalan ade perpisahan..

setiap yg hidup, pasti akan mati..

budak penjara said...

sdihnya baca citer ko..ermm

setiap perkenalan ade perpisahan..

setiap yg hidup, pasti akan mati..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

:'( huhuhu... sedih jugak baca entry nie..

al fatihah~

EYQASARA said...

Budak Penjara: btul tu.. tiap yg hidup pasti akan mati...

EYQASARA said...

C.M.A: terima kasih doakan sahabat sy.. :')

hyz said...

waaaa sedeynyer baca.... al fatihah...

siti kektus said...

sedih. =_=


moga dia di cucuri rahmat di sana.

EYQASARA said...

Siti kektus: amin... terima kasih doakan kwn sy..

 
;