Tuesday, October 4, 2011

Doa dan Jodoh

Sebagai insan biasa aku tak lepas dari merasa keinginan untuk berkeluarga. Mungkin orang sekeliling memandang sinis dengan pengakuan ni dalam seusia aku yang muda kan? Bagi aku tak perlulah begitu. Selewat dan seawal mana sekalipun niat untuk bernikah, tetapi niat untuk mendapatkan pasangan di dalam rumah tangga tu seharusnya ada. Jangan menolak perkahwinan. Berdosa hukumnya. Sesungguhnya, sejauh mana sekalipun cita-cita seseorang itu mengejar duniawi, di sudut hatinya yang paling kecil pasti inginkan sebuah keluarga yang bahagia. 


Bila dah halal, perbuatan begini dapat pahala.. (^^)

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata aku
dan usirlah dia dari relung hati aku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
Dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku
ya Allah, tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, 
mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, 
dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, 
mengerti dan mahu menerima aku
dengan segala kelebihan dan kekurangan aku
sebagaimana aku telah Kau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai 
dan rela membagi suka dan duka aku dengan dia.
Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

*Sekadar cebisan rasa hati..tidak merujuk kepada sesiapa..
* Idea muncul selepas tengok pic yang sangat comel.. credit to Rusydee Artz | Lukisan Dakwah

8 comments:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

nak like 1000x entry nie... :)

JIJI YU said...

bnyk beno engko do ckp sal jodoh..jeng3..ehehe..

typo tu..kesilapan menaip...

EYQASARA said...

C.M.A: hihihi... mekasih... ;)

EYQASARA said...

JIJI YU: hahaha.. kan dah ujung2 ni.. rmai benor nak kawin.. hihihi.. btw, thnx typo tu.. :)

Sunah Sakura said...

ameen....

moga dipertemukan kita dengan jodoh yang terbaik buat kita..ameen..

EYQASARA said...

InsyaAllah kak sunah.. amin.. :)

JIJI YU said...

engko kena letak lik ke share ke..senang aku nak share kat fb ni

EYQASARA said...

Jiji Yu: adeeehh.. tak reti den nak letak mende alah tu.. InsyaAllah kene cari pakar nak tnye.. hiihihi...

 
;