Thursday, October 20, 2011

ENTRY TANGKAP MUAT!

Sempat menaip entry walaupun kepala dah serabut. Okey, dengan hidung yang tersumbat. Kepala yang sedikit biol. Badan yang mula membahang panas walaupun cuaca kat luar sekarang dalam keadaan sejuk sebab hujan agak lebat. Aku sedang menaip duduk bersimpuh di atas lantai dan laptop di atas katil. Sambil berselubung selimut dari atas kepala sehinggalah menutup hampir seluruh tubuh kecil ini. *nampak situasi tu? 

Sebelum ni, pernah aku khabarkan pada kamu aku mengikuti kursus untuk menyediakan Rancangan Perniagaan. Dan aku telah menyertai pertandingan penyediaan RP. Saja suka-suka ikut. Niat nak menang memang tak ada la. Walaupun gigih menyiapkan benda alah tu. Tujuan hanya nak dapat markah PB je. Sekali, hameekk ko! Terpilih pulak kan? Tekanan mula membahang.

Guys! Doakan aku sihat walafiat je untuk aku teruskan perjuangan ni. *aisey! ayat aku kalau tak buat orang rasa nak lempang memang tak sah! Mata betul-betul dah kuyu. Kepala semakin berat. Bahu dah lenguh-lenguh. Nikmat masa lapang Allah dah tarik sedikit. Mungkin sebelum ni aku puas enjoy kot. Tak pe, Mudah-mudahan kelapangan aku untuk esok hari ada lah!


Ini adalah salah satu tugasan yang perlu aku lakukan. *dengan gigih membuatnya. Hasil? Uhhh.. boleh la kan? Ade la rupa invitation card ye tak? Huhuhu..

*jap! aku banyak kerja! nanti online lagi. HUH!

8 comments:

Hafiz Dno said...

get well soon yer akak :)

Zana Tap said...

lawa la invitation card kau. good luck esk. hehe. :))

JIJI YU said...

ooo invitation card rupanya tu

EYQASARA said...

HAFIZ DNO: mekasih dak techik! ;)

EYQASARA said...

Zana Tap: aiseyh! ko perli eah?? hihihi.. pagi2 wat aku tersengih.. mekasih mek! ;)

EYQASARA said...

Jiji Yu: yup! nape? tak nmpak cam invitation card eah? hihi..

siti kektus said...

nmpak jugak lah macam invitation kad. hehehe :p

EYQASARA said...

Siti Kektus: hihihihi.. :P mekasih2.. :D

 
;