Friday, October 28, 2011

MULA BERCINTA SEMUANYA MANIS~ZANA


Okey, dah print screen status di atas. Yela, nanti ada pula yang mengatakan aku syok sendiri bicara soal hati, perasaan, cinta dan kasih sayang. Permintaan seorang rakan blogger memerangkap kawan seangkatan, aku nak juga mengulas sedikit. Walaupun dah banyak kali aku bicara pasal cinta. Sampai naik juling orang membaca dan naik pening melihat entry aku. *ade mak kisah? huh~! 

CINTA! lagi-lagi soal cinta. Sekarang ni ramai sangat yang sedang dilamun cinta sehinggakan ada terasa dilambung-lambung dengan hujah manis dan bungaan cinta mekar dihati segala bagai lah kan? Kawan, sekadar bertemu hanya beberapa jam, minit, minggu, bulan, tak cukup untuk kita menilai seseorang itu. Sedangkan yang bertahun kenal pun, masih meragui pasangan. Malah ada juga yang semakin lama berkenalan, semakin dia tak mengenali "siapa" pasangan mereka.


Guys~! satu pesanan. Yang kini aku terapkan dalam jiwa aku insyaAllah. "easy get, easy go!" makanya, jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu pasangan. Ingat~!!!! Selidik sehabis mungkin sekiranya anda ingin berteman lebih rapat bersama si dia. Tahu kenapa? 

Okey, alhamdulillah. Ramai orang inginkan yang terbaik dalam hidup masing-masing. Perempuan, mahukan lelaki yang soleh, yang boleh mengimamkan mereka dan sangat menginginkan lelaki yang bertanggungjawab. Lelaki pula, inginkan wanita solehah sebagai peneman hidup kerana wanita solehah sebagai isteri adalah penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, yang penting sekali yang boleh menjaga dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak mereka. Semua mahu yang baik. Oleh itu ramai juga yang sedang membuat perangkap menggunakan agama sebagai cara mereka memikat hati perempuan.

Hati-hati, kerana anda mungkin salah seorang mangsa itu. Sebab, tiada yang mustahil di dunia ini. Bagaimana untuk anda mencari lelaki yang benar-benar tawadhuk dalam agamanya? Ikutlah cara yang telah digariskan oleh Islam. Carilah yang berilmu dan yang beramal dengan ilmu agamannya dan bukannya mencari orang yang berilmu sekadar belajar di sekolah-sekolah agama semata.

"Mula bercinta semuanya manis".. janji-janji ditabur, kata-kata manis diucap, puji-pujian, yang buruk pun dipuji. Alangkah indahnya sekiranya segala benda ni dilakukan setelah berkahwin. Setelah halal. Puas kerana ucapan itu sudah tentu pada mereka yang benar-benar berkelayakkan.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan......"-Imam Hasan Al-Basri-

*jari bukan sekadar menari, tetapi berpesan kepada diri ini juga.
*jadilah seorang mukminah, bukan sekadar muslimah. :)
*ZANA sila buat entry balas ye.. hihi...

9 comments:

Anonymous said...

alhamdullilah semoga semua dapat manfaat. nantikan entry aku. haha. :) btw, thanks. aku minta sebab nak tengok pandangan orang. mungkin berbeza dgn aku. haha. thanks a lot.

EYQASARA said...

ok.. inform aku pape eah? misi tu xbley blah yerrr... psal cinta plak! hahaha... :P

*i'm waiting..

Unknown said...

hurm..perangkap agama mmg brlambak sgt sekang..sdih tol aku

afzan said...

tu yang adanya pepatah habis madu sepah dibuang :)

EYQASARA said...

JIJI YU: tu la, tak tau mcm mana jln nak hapuskan. Yg terbaik sekarang ni cuma berhati2.. huhu..

EYQASARA said...

afzan: yup! btul tu... :)

Jay said...

cinta amat bermakna dalam hidup seseorang..tetapi berhati-hatilah..jangan cintakan kebendaan,tidak akan kekal hubungan itu..cinta kerana rupa tetap tidak akan kekal sebab rupa hanyalah sementara..cintalah seseorang itu kerana mencari keredhaan allah..berdoalah pada allah agar memberi kita petunjuk tentang niat orang itu terhadap kita..insyallah allah akan sentiasa menolong hambanya..berhati-hatilah kerana dunia sekrang penuh dengan penipuan

EYQASARA said...

Jay: ye...btul tu... cinta kerana mencari redha Ilahi.. insyaAllah... kekal hingga ke akhr hayat,,bahkan ke syurga.. amin..

Jay said...

insyallah...amiin...:)

 
;