Monday, October 24, 2011

Manusia Ketika Bercinta ada 2 Ciri.

Orang yang bercinta ni ada 2 CIRI. Ada yang Bijak, ade juga yang Bodoh. *agak kasar bahasa, maaf. Kedua-dua ciri ni ada dalam diri setiap insan yang bercinta. Bezanya sama ada ikhlas atau tidak dalam menjalani perhubungan dan sama ada sedar atau tidak. Tapi itu adalalah hakikat. 


Masa bercinta semuanya indah. Bila dah benci, yang indah jadi buruk semuanya. Masa bercinta semua kabur. Serba serbi baik, serba serbi bagus sampai yang buruk pun kita nampak bagus. Sebab menceritakan buruk sendiri orang anggap berani menonjolkan kelemahan sedangkan itu adalah "hint" bahawa anda akan disakiti. Taktik kuno semuanya tapi masih ada lagi yang tertipu. Ada juga yang berniat ikhlas agar si dia dapat menerima baik buruknya. Wallahualam. Itu adalah hak masing-masing.

BIJAK untuk menipu pasangan.
BIJAK untuk membuat helah.
BIJAK untuk memutar cerita.
BIJAK untuk menabur janji.
BIJAK untuk berkata manis.
BIJAK untuk menutup kesilapan.
BIJAK untuk mengambil hati.

BODOH kerana percaya.
BODOH kerana tak nampak cela itu.
BODOH kerana termakan janji manis.
BODOH kerana rela dilukai.
BODOH kerana buta hati.
BODOH kerana terlalu ikutkan hati.


Al kisahnya, ada manusia yang hati hitam. Mempergunakan agama untuk menarik minat hati si pasangan. Beria la mengaku solat 5 waktu tak tinggal, jumpa pasangan siap berbaju melayu bersongkok. Bercerita ke masjid untuk solat jemaah setiap waktu magrib dan isyak. Membaca Al-Quran setiap hari. Sedangkan pada hakikatnya terbongkang bersama talifon, laptop, menonton tv dengan boxernya. Patut tak?


Terdetik pula aku nak buat entry ni. Setuju atau tidak, ini hanyalah pandangan aku. Aku tahu tak semua yang begini tetapi jika terdapat ini semua pada diri kamu dan aku juga, aku nak pesan..itu lah namanya cinta. Suka dan sakit itulah cinta. 

*Pada hakikatnya tersenarai BODOH & BIJAK di atas, ada antaranya aku termasuk sama. >.<

9 comments:

Unknown said...

ko pernah bercinta tak..ekeke

EYQASARA said...

Jiji Yu: tu la msalahnye.. aku pun tak pasti aku penah ke tak.. hahaha.. (^^) *aku pun blurrr...

nurkaloi said...

huhuhu susah bile citer pasal cinta ni
kekadang orang buta kannnn
tipu...hurmm kalau kene tipu memang rase sadiss laa kann
sure rmai suke kalau psangan uh jage adab jage solat hurmmm

Sunah Sakura said...

lelaki menipu untuk nampak hebat depan wanita, tapi jangan lupa Allah tahu ape yang dia buat..

EYQASARA said...

Nurkaloi: sb dia tau org akan suka la dia gunakan agama utk pikat hati.. tak patut btul org mcm ni...

EYQASARA said...

Sunah Sakura: yep~!!! tepat sekali! huhuhu.. :')

hyz said...

dalam hidup kita ada pilihan... setiap pilihan, kita yang kena pilih mana yang kita suka.. tersilap pilih? menyesal kan?

EYQASARA said...

Hyz: yep.. pastinya menyesal.. tp kte kne ingt jugak.. stiap yg berlaku tu ada hkmahnya.. =)

Jay said...

Semua itu pernah terjadi pada saya..tetapi setelah melalui saat itu sebnyak 8 kali di dalam hidup,saya pasrah atas takdirnya..cinta memang menyakitkan..tetapi saya yakin pasti ada yang terbaik untuk diri ini..kejujuran dalam perhubungan penting dan saling ingat mengingati adalah yg terbaik utk menjadi pasangan hidup..tak lupa pegangan agama tersangatlah penting..tetapi tidak akan ada manusia yg sempurna..insyallah saya percaya pasti saat itu akan tiba.

 
;