Sunday, October 16, 2011

KEBURUKAN COKLAT.


Macam sedap saja kan Coklat Printed ni? Memang sedap pun. Pada mereka yang memang mengemari coklat mesti terasa nak sangat kek ni. Serius sedap! Tak dinafikan sebab sekarang ni aku tengah mengumpul sedaya upaya untuk habiskan.

Jangan la buat muka pelik kan? Bukan tak sedap. Tapi kek coklat bukanlah kegemaran aku. Cuma teringin nak makan, jadi minta rakan belikan. Padahnya aku tak boleh nak makan sebab baru beberapa suap, aku dah pening kepala dan mula rasa mual nak muntah. 

Kenapa aku mengalami keadaan macam ni? Kerana keburukan coklat yang sememangnya tak serasi dengan aku.
  • Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
  • Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
  • Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
  • Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.

Bahaya coklat pada aku satu saja. Sebab aku ada migraine. Setiap apa yang berasaskan coklat aku memang tak lalu nak telan. Bila teringin baru la aku jamah. Tapi kesannya menyebabkan aku tak mampu nak berdiri tegak, terasa terhuyung-hayang macam orang mabuk dan rasa nak muntah. Tak lalu nak makan apa pun waktu tu. 

Sekarang ni aku dah mula rasa berpinar-pinar je biji mata ni. *sapa nak habiskan coklat ni? huhu..nampaknya aku bakal-bakal tersadai di atas katil sebab aku dah terasa pening teramat. Perggh!!! 

*padan muka aku la..dah tahu tak makan nak juga! tanggunglah sendiri!

7 comments:

Unknown said...

PATOT LE ENGKO TMBAM

emmiemarja said...

MIGRAIN!! Suka sangat makan coklat sampai migrain..sedey...

EYQASARA said...

JIJI YU: aiiih? tembam sgt ke? tak kan?? hihihi...

EYQASARA said...

emmie marja: tamo wat gitu.. eyqa da rase sakit nye.. adehhh... hihi..

Pendamba Mawar said...

baru je abg nak blanja coklat, eyqa xmao plak..takpe la..xjadi

EYQASARA said...

PM: haha.. pndai yer... dan dan nak blanjer.. hihihi...

Syariniey Amran said...

tap coklat sedap ( degil) hehe
makan jarang2 oke kot kan #sedapkanhati.

huuu T_T

 
;