Wednesday, October 26, 2011

Jika Aku Diberi Pilihan



Kalau diberi pilihan, 
Mahu saja aku kembali ke dalam rahim ibuku..
Mahu saja aku kembali lahir dalam suci dan bersih..
Mahu saja aku kembali ke zaman kanak-kanak dulu..
Mahu saja aku hapuskan segala kesilapan dulu..
Mahu saja aku menjauhi KAMU yang menyakitiku..
Mahu saja aku menerima KAMU yang menyayangiku..

ITU JIKA AKU DIBERI PELUANG.
sekarang, apa yang ingin aku lakukan ialah,

Kembali mengutip sisa baki hidup dengan melakukan amal..
Kembali menimba ilmu yang ku tinggalkan..
Kembali membersihkan hati yang aku kotorkan..
Kembali tersenyum setelah duka yang aku rasakan..
Kembali menyemai cinta pada Yang Sepatutnya..
Kembali meraih cinta sejati Allah Taala.


*Ya Allah.. sering saja aku curang kepadaMU..
*Ya Allah.. sering saja aku bermaksiat dijalanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku meninggalkanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku terlupa akanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku berdosa padaMU..
*Ya Allah.. sering saja aku menabur janji palsu padaMU..
Namun tak pernah sekali engkau meninggalkanku Ya Rabbi..
Sesungguhnya aku lupa akan diriMU yang memberikan bahagia itu..
Sesungguhnya Engkaulah KEKASIH yang sebenar. Dunia, dan akhiratku..
Ampuni aku Ya Rabbi...

12 comments:

Syahbinar Shuib said...

nice entry.. jika kita diberi peluang, pasti takkan disia2kan :)

EYQASARA said...

InsyaAllah.. mekasih dear.. :')

Unknown said...

tapi ramai mereka2 yang masih lagi tak nampak peluang yang diberikan

reenapple said...

pilhan slalu ada.. tapi kadang-kadang kita selalu buat pilihan yang salah.. jangan menyesal yerk..=)

EYQASARA said...

JIJI YU: yep.. btul tu.. tak semua yg nmpak..

EYQASARA said...

reenaple: InsyaAllah tak mnyesal sgt kot.. sb semua yg berlaku tu ada hikmahnya.. =) mekasih...

Unknown said...

jom follow~
http://desagues-desague.blogspot.com/

hyz said...

entry ni sesuai untuk ustaz shauki kat drama tahajjud cinta.. hek3.. memerangkap wanita menggunakan agama..

EYQASARA said...

hyZ: errrr... entry atas tu kot.. silap post comment.. hihihi.. tp btul la tu ape yg awk ckp. :D

EYQASARA said...

Gee Latif: insyaAllah.. :D

Jay said...

andai saya diberi peluang itu juga saya ingin kembali ke alam rahim ibuku..terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan di dunia ini..hanya satu yang saya harapkan di saat ini.mencari keredhaan allah s.w.t.segala jalan hidup ini saya bertawakal kepada allah s.w.t.:')

EYQASARA said...

Jay: insyaAllah.. (^^)

 
;