Sejak dua menjak ni ramai benar berceritakan mengenai kisah cinta, kisah perkahwinan, aurat, kekasih hati, bakal suami dan bakal isteri. Menjadi satu fenomena pula kan? Tak kurang juga aku. Pernah merasakan semua tu. Sampai satu saat aku merasakan tak percaya pada namanya "cinta manusia, kasih sayang manusia" yang seakan membutakan hati dan perasaan, dan memberikan kelalaian semata.
Mujur aku cepat tersedar. Kalau tidak aku pun mungkin lemas dalam namanya "arus percintaan". Aduh! Sakit cinta itu andai tak pandai kita untuk mencorakkannya. Lebih baik la berhenti bercinta dan kahwin terus. Bercinta lepas kahwin lebih indah. Berkenalan seterusnya menjaga hati masing-masing sepanjang masa. Berkahwinlah kerana agama. Menunaikan ibadah.
"Tenang sahajalah, jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat ibadah kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya."
Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.
14 Dzulka'edah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
*tak perlu gelisah bila si dia, si dia meninggalkan anda.
*dia bukan terbaik untuk anda sekiranya Allah tidak pertemukan kalian.
*ada yg lebih baik untuk anda kelak. InsyaAllah..
*senyumlah, bergembiralah, bersyukurlah kerana hidup ini indah diberi nikmat cinta.
*bersangka baiklah dengan Pencipta. Sesungguhnya DIA lebih tahu.
*yang penting jangan ada dendam. Allah maha adil, biar DIA yang membalasnya. (^^)
14 comments:
kesilapan pasangan kekasih sekarang ialah terlalu memberi dan terlalu pasti bahawa pasangan mereka itu adalah jodoh mereka..
bila berpisah masing-masing tak dapat terima..^^,
Zack Entry: btul tu...~!! sokong 111% hihii... (^^)
harap2 sy ni kuat kalau ditakdirkan sesuatu terjadi dlm hubungan yg dijalani skrg :')
Khathy Tuah: Smoga hubgan kalian berkekalan.. yg pnting hubugn berlandaskan agama insyaAllah.. (^^) klu dah suke kawin je cik kathy... hihihi.. :)
subhanallah...akak suka sangat entri ni eyqa...cukup mengubat hati...alhamdulillah...
akak sayang eyqa... :)
tuhan dah siapkan yg terbaik
Kak Sunah: Alhamdulillah.. mekasih kak sunah...
eyqa syg akak jugak~!!! ;)
Jiji Yu: betul tu.. (^^) kita hanya perlu pilih dan menyelusuri jalan.. :)
stuju ngan Zack
Faiz Farish: sy jugak.. (^^)
bijak2..seb baik aku x layan cinta..haha
budak penjara: bley caye ke tu?? hihihihi... :P
apa tu cinta?hehe
PM: nnt la yer eyqa wt entry "apa itu cinta" hehehe.. tp bukn sahih.. tu pndangan semata.. (^^)
Post a Comment