Tuesday, October 4, 2011

Bila Jodoh di antara 2 Pilihan

Bila hidup diberikan pilihan, kita sedaya upaya memilih dengan cara yang paling baik. Menimbang baik dan keburukannya. Sampai satu tahap, tekanan perasaan muncul bagai diapi-api. Sudahnya, keputusan dibuat dalam mood yang tertekan dan ambil yang paling mudah dan tak menyakitkan. Tapi hakikatnya setiap apa yang dilakukan pasti ada saja hati yang terluka. Paling tidak pun hati sendiri.


Seorang hamba Allah ini dalam dilema memilih sama ada menerima pilihan hati, atau pilihan ayah ibu yang diharapkan mereka. Sebagai manusia biasa, adatlah..hidup kita, kita yang mahu tentukan. Setelah berfikir sejenak, akhirnya hamba Allah ini menerima pilihan ibu dan ayahnya sebagai tanda hormat seorang anak kepada ibu bapa yang telah banyak berjasa membesarkannya. Bagi dirinya.....

" Allah tak redha dengan keputusan yang kita ambil, sekiranya IBU kita tak redha dengan pilihan kita... Ibu adalah insan yang paling penting dalam hidup kita setelah Allah dan Nabi Muhammad junjungan kita..."

Redhanya hamba Allah ini kerana ingin menjaga hati si ibu juga ingin berbakti sebagai anak, walaupun hatinya kecewa. Ditolak tepi hatinya demi merebut keredhaan Ilahi untuk kebahagiaan hidup. Pilihan hatinya pula telah berlalu meninggalkan hamba Allah ini mungkin kerana menghormati keputusan beliau. Oleh kerana sikap sabar, tawakal dan redha itu, Allah permudahkan segalanya.


Siapa sangka, lelaki pilihan ibu bapanya itu memutuskan untuk tidak jadi meminang hamba Allah ini dengan alasan telah menjumpai seorang gadis yang sesuai dengannya, dan tak sanggup menunggu hamba Allah ini kerana beliau berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat degree. Maka lepaslah hamba Allah ini dari dua halangan dengan hati yang berbaur rasa. Sedihnya kerana kasihnya telah berlalu, hampanya kerana tersilap percaturan, gembiranya kerana Allah memberi beliau kesempatan untuk hidupnya.

Walaupun hamba Allah ini telah kehilangan seseorang dalam hidupnya, tapi dia masih bersyukur kerana Allah masih memberikan dia peluang untuk membuat pilihan yang lain. Redha dengan ketentuan dan percaya bahawa sesuatu yang indah Allah rencanakan untuk insan yang sabar dalam melalui liku kehidupan. InsyaAllah.. 

*bercinta untuk keredhaan Allah, indah percaturannya... :)

6 comments:

Unknown said...

redha ALLAH..bersama redha kedua ibu bapa

EYQASARA said...

Jiji Yu: yup.. xda redha ibu bapa.. Allah pun tak redha...

iKhRam said...

adalah hikmahnyer tue..

EYQASARA said...

iKhRam: yep.. Ada hikmah setiap kejadian tu.. :)

TenteraFisabilillah said...

^___________^ follow blog sy jgk ye..

EYQASARA said...

insyaAllah boleh.. :)

 
;