Sunday, July 17, 2011

Tragedi Rumah Sewa

Malam nisfu sya'ban ni banyak fadhilatnye jika beramal. Tapi lain situasinya hari ini untuk aku dan kawan-kawan yang berada dirumah sewa. Bermula dari pagi tadi macam-macam benda yang berlaku kat rumah aku ni. *erk?? skemanye!

Bermulanya sewaktu member dok menyidai pakaian kat tepi rumah. Memang terbaik la dok tengah menyidai pakaian ade pulak sejenis makhluk menjadi pemerhati di atas pokok dok bergayut-gayut. Siap memandang, mengusha gitu kan! Berbulu-bulu badannye. Tau jelah! kera aka lotong! Nasib baik la dia tengok je.. buatnye dia buat hal mampos pulak kawan aku lari keliling rumah kang. Kera kat sini lain macam sikit...! Suka kejar awek2 kat kampung ni.. *miang sungguh!

Dah tu rumah digemparkan dengan pertemuan seekor kala jengking yang duduk sebelah dengan box baju kawan aku. Elok kak ain menyapu angkat2 baju kuar pulak dia terkedek2 dengan ekornye terjungkit tu.. adohhh... kecoh jugak! kalau kecik tak pe.. besau jugak laaaa!



Dah habis tragedi tu bising pulak dengan katak yang dok merayap bawah almari. Mungkin kami alih-alih almari sebab nak buang katak tu, tragedi seterusnye pulak jadi bila almari kain roboh. Aduh...satu hal nak kene kemas semua baju2 yang dah di streka baik tu. *geleng kepala aku ingat balik hal ni.

Dah settle masalah tu, time tengah lepak dalam bilik. Best-best golek-golek sambil online member menjerit lagi sebab nampak lipan bawah tikar! Aduh.. aku dah melompat dengar dorang cakap lipan. Sumpah aku seram dengar pasal lipan ni. Bukan lipan biasa plak! lipan bara tu hah! warna hitam tapi kaki merah. Errmm senang cakap hitam kemerahan lah! besar beb. Kalau sengat mau jugak kitorang ke klinik malam ni. Sape pulak nak menghantar tu kan? 



Malam ni memang tak senang duduk lah aku. Semua kerja jadi terbengkalai. Termasuklah kerja membuat tahi mata pun tergendala. Tak senang hati ni nak tidur. Risau! Risau! Risau! gggrrr... Semoga hari-hari yang akan datang dipermudahkan segalanya. Mudah-mudahan tak ada lagi binatang berbisa dan bahaya yang datang bertempek kat rumah kami ni. AMIN..

4 comments:

Mr.Superman said...

uishhh....





macam2 la ada rmh korg ni







;D





xpe2,mudh-mudahan x do la laie yo.













..






















;) sila kemas kini rmh anda.






tp kuar anak naga plk kang.haha

RENUNGKANLAH said...

Wah.... banyaknye dugaan Cik Eyqasara kat umah sewa..... Saya doakan semoga Cik Eyqasara dan kawan2 serumah sentiasa berada di dalam keadaan selamat.... AMIN~

kaizen said...

emmm.. doa jer minx dijauhkn bala...

hati2 la sikit yer...

latest entry Isu HANGAT Blogger Minggu NI!!!

NiSha said...

isshh sama la umah akak pun ade jer tetamu x diundang ni mai.. isshh yg berbisa plak tu.. fobia betul..

 
;