Wednesday, July 13, 2011

Jawapan untuk anda...

Alang-alang kat kelas computer ni bleh la update blog kejap! hhhmmm.... nampak sangat suke buat kerje time kat class... *kantoi suda.. tapi tu je yang mampu. Okey.. entry kali ni adalah entry penjelasan. Ade yang masuk blog eyqa dan meninggalkan kesan. Kesan di hati or kesan untuk dijejaki..lebih kurang gi tu laaa...

Beliau memberi pendapat bahawa blog eyqa ni patutnya postkan benda-benda yang ilmiah supaya orang boleh baca. Terima kasih atas pendapat tu. Mungkin saudara hanya membaca satu entry dari entry-entry eyqa yang lain. Kat sini eyqa nak memaklumkan. Dulu, tujuan eyqa masa mula-mula buat blog adalah semata-mata untuk share pengalaman eyqa. Tak de tujuan. Mengaku....

Lama-lama jumpa tujuan jugak. Eyqa buat banner untuk orang. Tapi simple je... tak la cantik dan bagus. Banner untuk newbie macam eyqa je...membantu tanpa charge sebarang bayaran. Tapi, kerja-kerja buat banner tu dah dihentikan serta merta sebab laptop eyqa masuk virus dan tak boleh nak mengupload gambar-gambar yang dah di email kan. Sedih tau bila jadi macam ni..

Blog eyqa bukan hanya memaparkan banner..tetapi turut termasuk kisah hidup eyqa, info-info dan tips-tips yang boleh eyqa kongsi. Bukan ape..blog eyqa bukan lah blog yang formal. Banyak kepada share ape yang eyqa tahu saja.. So, sesiapa yang ingin meneruskan pembacaan di blog eyqa dipersilakan. Siapa yang tak mahu, tak da paksaan untuk anda baca.

Walau bagaimanapun, terima kasih yang memberi komen, insyaAllah akan diterapkan nilai-nilai ilmiah yang lebih banyak lagi dalam blog eyqa ok? :) thanks...

*menyatakan keburukan BUKAN dengan tujuan mengkritik adalah satu nasihat.. thnks.. :D

1 comment:

kaizen said...

bagus laa.. berubah kearah kebaikan tu...

jom join Promot BLOG FREE!!!

 
;