Sunday, December 11, 2011

Menilai Seseorang Biarlah Adil.

Kita selalu menilai insan di depan kita, tanpa kita mahu memikirkan kenapa dia bersikap begitu. Kita sering saja menilai yang bukan-bukan dan pada suatu saat apabila kita mengenali peribadinya yang sebenar, kita akan menyesali dengan anggapan yang kita lakukan.Tak kiralah sama ada menyesali mengenalinya ataupun menyesali tidak mengenalinya lebih awal. 

Apabila kita mengenali seseorang itu dengan kebaikan, janganlah disanjung-sanjung kebaikan itu keterlaluan. Cukuplah sekadar mensyukuri kerana Allah memberikan kebaikan melalui hambaNya itu. Kerana, sekiranya kita ketemukan perangainya yang buruk, kita kebiasaannya akan mencemuh, akan memikirkan perkara-perkara negetif tentangnya walaupun perangai yang tidak baik itu cuma sebesar hama.


Begitu jugalah sebaliknya. Kadang-kadang, menilai seseorang itu terlalu awal adalah tidak adil bagi individu itu. Seperti yang aku katakan sebelum ini, hidup umpama pentas lakonan. Di mana saja perwatakan kita sebenarnya ia adalah lakonan. Corak lakonan kita adalah berdasarkan dari corak perwatakan daripada pendidikan yang kita terima sedari kecil.

Latar belakang keluarga memainkan peranan. Pernah tak kita terfikir, mengapa individu tersebut berperwatakan sedemikian, dan sedemikian? Percayalah, setiap manusia menjadi baik atau sebaliknya, masing-masing ada agenda tersendiri. Menjadi baik untuk peroleh yang baik, menjadi sebaliknya juga untuk kebaikan. Cumanya, kebaikan atas diri sendiri tanpa memikirkan orang lain dan seterusnya menggunakan cara yang silap.

*layakkah kita menilai seseorang? Sedangkan kita masih mencari-cari siapa diri kita sebenarnya..

7 comments:

Jay said...

Betul..jgn terlalu mudah menjatuhkan penilaian ke atas individu..cuba kenali hatibudinya..insyallah...semua akan terjawab..:)

EYQASARA said...

Jay: yep~!!!! tu yg sepatutnya..

Jay said...

iya..mmg semua manusia tidak akan sempurna...masing2 ada kelemahan dan kelebihan..apa yang kurang kita terima seadanya...:)

princess said...

tak kenal maka tak cinta . untuk judge seseorang terlalu awal sblm kenal dia itu memang sangat tak adil : )

Bulan Syurga Firdaus said...

setiap yg bnyawa akan mati kn :) Allah....

EYQASARA said...

Princess: betul tu dear.. (^^)

EYQASARA said...

Bukan Syurga Firdaus: yup... dan kematian tu satu tmpat rehat untuk org2 yg beriman...

 
;