Saat paling indah dalam hidup adalah pertemuan. Saat paling pedih adalah perpisahan. Sebagai manusia, biar baik atau buruk sekalipun, jika kamu bertemu aku sebagai sahabat, selamanyalah kamu sahabat. Tak ada istilah putus sahabat untuk aku.
Walau betapa perit sekalipun ayat yang pernah kamu ungkap pada aku, walau betapa sakit hati aku, kamu lukakan, bukan bermakna aku harus membuang kamu dari hidup aku. Sebab aku tahu, setiap manusia boleh berubah. Dan aku selalu inginkan perubahan yang baik buat kamu sahabat.
Tak kisah la dari mana kita bertemu. Sama ada di tempat kita sama-sama menuntut ilmu, di kawasan perumahan, atau pun di alam maya yang serba canggih. Twitter, blog, facebook, octove atau apa sajalah. Sahabat, kan lebih indah andai kita masih macam dulu. Bergelak ketawa, berkongsi cerita, bersama-sama menyelesaikan masalah. Kenapa harus padamkan kenangan indah hanya kerana pemikiran yang kolot?
BENCI..sampai bila? Sampai kita nak diusung dalam keranda? Sampai muka mencium tanah? Sampai akhirat? Allah.... Semailah perasaan sayang pada insan yang bernama sahabat. Bersahabatlah kerana mencari redha Allah.
*sejujurnya aku rindu kamu..
5 comments:
Betul eyqa..setiap orang pasti akan berubah..kita sebagai manusia jangan sesekali memutuskan ikatan silaturrahim antara sesama kita kerana perkara inilah yang syaitan paling suka..Jagalah ikatan silaturrahim..walau sesakit manapun orang itu pernah sakiti kita jgnlah kita membalas menyakitinya pula..berbuatlah baik kepada musuh kita..insyallah allah s.w.t merahmati hidup kita..
Jay: ye.. btul tu.. (^^)
persahabatan ni satu anugerah juga.Tapi kalau orang tidak menghargai tiada gunanya.Memang perit bila kehilangans sahabat kan..
Nizam: btul tu abg... (^^)
p/s: mendalam tu.. hihi..
sahabat yang baik sama-sama menangung kesusahan orang lain
Post a Comment