Setelah lama aku diamkan diri. Harini terasa ingin mencoretkan sesuatu pada blog. Kolam di mata aku terasa panas. Hati aku terasa benar-benar terasa seperti ditujah-tujah dengan tobak! Semuanya terungkai hari ini. Rahsia, misteri, persoalan yang sebelum ini bermain-main, berlegar-legar difikiran telah terjawab.
Aku berusaha add si dia di FB untuk mencari jawapan atas semua yang di mainkan di layar kehidupan. Si dia pernah menunggu aku selama hampir 6 tahun lamanya. Untuk mengikat aku sebagai suri di hati dan juga kehidupan. Tapi sebagai seorang pelajar, commitment pada pelajaran amat aku utamakan. Andai dia benar-benar sayang, dia akan tunggu selama mana pun. Itu kata hati aku!
Sampai satu saat, apabila account facebook aku (privet) di approve, aku meneliti satu demi satu status, update, yang di postkan di wall FB beliau. Aku melihat apakah puncanya aku mendengar ayat....
"abang dah jumpa pengganti eyqa.."
"eyqa yang tak pandai jaga abang"
Maaf la bila aku dah mula bersuara. Apa hak engkau nak aku jaga engkau seperti kekasih aku? seperti tunang aku? Apa hak engkau nak aku jaga kau seperti suami aku? Apa hak engkau nak yang bukan-bukan dari aku sedangkan kita tak pernah ada apa-apa ikatan? Disebabkan suara itu aku ditolak? Disebabkan permintaannya aku tak turuti aku dibuang dari hidup? Waaah~ hebat alasan tu! aku memang keras hati! memang keras kepala! sebab aku tahu apa yang aku buat untuk hidup aku.
Hari ini aku jumpa jawapan. Rupanya, sudah lama dia mengikat pertalian dengan saudari berbaju putih (nurse) ketika mana dia masih inginkan aku. Sehinggakan taddy bear kuning sebagai ingatan penghubung hati mereka. Ya Allah, kenapa baru sekarang aku tahu? Aku terpaksa lupakan insan yang aku sayang semata-mata kerana terpaksa mengikut kehendak dia! Tapi, rupa-rupanya selama ini, si dia hanya menanti saat untuk mengungkap kata itu!
Sedihnya, saat yang dipilih untuk mengungkap kata itu ketika aku ingin menjalani peperiksaan semester akhir dan setelah aku menolak insan yang aku sayang. Kenapa sekarang? Kenapa bukan dulu lagi? Dulu sewaktu aku tolak engkau! Dulu sewaktu aku tak terima kau atas kesilapan besar yang kau buat! kenapa kau masih merayu menagih kasih pada aku? Bila aku dah terima, kenapa kau hancurkan semuanya? apa niat engkau sebenarnya wahai anak adam???
Dulu, disebabkan perangai buruk kau, aku benci lelaki..! Sekarang, kali ke dua engkau membuatkan aku buta hati untuk menilai lelaki! Jangan tanya bila aku sudah tak percayakan kata-kata lelaki! =.=
Tapi hati aku tak pernah kesal sebab menolak engkau dulu. Sebab aku tahu, gerak hati aku memang kuat yang aku, takkan boleh hidup dengan engkau, dengan mak engkau, yang tak pernah nak terima aku atas sebab aku belum berkerjaya. Sikap kamu betul-betul buat aku kesal sebab memberikan kamu peluang buat kali ke 3~!
*maaf, tiada lagi peluang untuk kamu. Hati aku tertutup buat kamu selama-lamanya..
4 comments:
Bersabarlah eyqa...semua ni dugaan...allah sentiasa menyayangi eyqa.Manusia sekrag memang hidup berlandaskan duniawi semata..andai org itu tidak berkerja tidak layak untuk berkahwin...sedangkan bukan itu kebahgiaan yang di cari..biar susah macam man pun cinta,kasih sayang dan kebahgiaan itu yang lebih mulia di sisi allah...bersabarlah..insyallah eyqa akan bertemu juga dengan seseorang yang lebih baik yang mencintai eyqa dengan setulus dan seikhlas hatinya...
Ya allah kau berkatilah hidup eyqa..berilah dia kebahgiaan dan kegembiraan setelah kau uji dia dengan dugaan..ya allah hanya engkau yang tahu rahsia hidup manusia.semoga engkau merahmati kehidupan insan ini di masa akan datang..amiin ya rabbal allamiin..
Senyumlah eyqa.senyumlah..jangan bersedih..allah itu maha adil..semua yang berlaku ini adalah ketentuannya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
just be patient...Allah sedang uji eyka...Allah xkn uji eyka cam2 kalo DIA tahu y eyka xmampu terima ujian yg diberi...
Jay: thnx sb doakan sy... mood terharu... huhu.. :')
Anon: InsyaAllah,.. tme kasih.. :)
Post a Comment