Monday, December 19, 2011

Sejarah itu hanyalah sebuah kisah silam.

Kadangkala, kita terlalu bermain dengan bayang-bayang kisah silam yang mungkin saja akan melukakan hati insan-insan yang dekat dengan kita. Kita mempunyai sejarah silam, jangan diletakkan bebanan tersebut di atas bahu orang lain. Lebih sedih jika orang itu menyayangi kita.

Sedangkan yang melalukan kesalahan, adalah berhak untuk diberi peluang kedua. Inikan pula insan yang baru berjinak-jinak untuk mengenal dunia kita. Siapa kita, untuk meletakkan kesalahan orang lain pada bahu mangsa kita. 

Sejarah silam bukan untuk disimpan sebagai dendam. Tapi simpanlah sebagai kenangan yang dijadikan tongkat untuk kita berjalan menuju kehadapan. Manusia ni perlu dibimbing. Dari segi hati, fikiran.. Siapa yang membimbing? Sejarah hidup kita. "experience is the best teacher in our life.."

*melangkah sebagai manusia celik akal berbeza dengan melangkah sebagai manusia celik mata.

11 comments:

Jay said...

betul...setiap manusia berhak di beri peluang ke dua..tetapi adakala manusia ini ego...belajarlah dari pengalaman yang lalu...pengalaman yg lalu menjadi satu pengajaran...

Nizam said...

pengalaman mengajar kita erti kehidupan...kerana kehidupan ni lebih indah jika dipenuhi dengan pengalaman yang banyak mengajar kita mengenal tentang kehidupan...

EYQASARA said...

Jay: trima ksih.. (^^)

EYQASARA said...

Nizam: thats right.. (^^)

Jay said...

Welcome eyqa..Jay pun bnyak juga kekurangan diri...kekurangan yg perlu di perbaiki...tetapi tidak sesempurna Rasulullah s.a.w..:)

EYQASARA said...

Jay: Rasulullah pun xsempurna.. yg sempurna hanya Allah taala.. (^^)

Jay said...

memang..maksud jay,amal ibadatnya..:)

lelakipakaianhitam said...

tapi.... ada sejarah yang tidak boleh diubah dari benci menjadi sayang. dendam tak terlerai dengan mudah hanya dengan kata kata.....
yang terluka tetap terluka....

EYQASARA said...

lelakipakaianhitam: betul..tp sampai bila dendam tu hrus tinggal dendam.. kte kne ingt juga siapa yg mengizinkan perkara tu berlaku.. kdg2 kta tak sedar..hikmah yg diberikan terlalu besar.. walaupun dgn cara kelukaan.. (^^)

lelakipakaianhitam said...

"kdg2 kta tak sedar..hikmah yg diberikan terlalu besar.. walaupun dgn cara kelukaan.. "
memang benar, tapi.. kalau luka tu boleh tutup dengan plaster takpe le... tapi tak boleh. tu pasal bila dah luka ambil masa nak pulih, sedangkan orang bersalin melalui pembedahan lagi tinggalkan parut, inikan hati dan perasaan... susahhhh... dalam lukanya...

EYQASARA said...

lelakipakaianhitam: btul la tu... luka tu berparut.. parut tu knangan.. huhu~

 
;