Tuesday, December 13, 2011

MAUT itu pasti.

Kebanyakan manusia kalau boleh ingin tahu bilakah tarikh malaikat maut menjemput. Agar dapat bersedia lebih awal. Tapi aku, aku terlalu takut nak tahu bila tarikh itu. Aku takut menghadapi saat itu. Ntah bagaimana caranya aku akan pergi. Semua manusia tak tahu. Apa perasaan anda sekiranya menghadapi saat begini?

Doctor: At the end of this month, saya hantar surat pada awak, bawa ke hospital "_____" untuk mendapat rawatan lanjut. Saya suspek awak menghadapi ketumbuhan di kepala. Harus mendapat rawatan lanjut. Di hospital lebih mudah untuk disahkan. Kita boleh buat check up dengan lebih detail.

Bagaimana anda menangani masalah yang timbul macam ni? Jantung mesti seakan-akan berhenti bila mendengar masalah tu kan? Wallahualam. Hanya insan yang pernah lalui ini akan merasakan perasaannya bagaimana.

Cuma, ingatlah.. Apa sekalipun dugaan itu, ia adalah sepatutnya untuk hamba-hambaNya. Kita layak di uji dengan apa sekalipun caranya sesuai dengan kehendak Ilahi. DIA tahu kemampuan kita. Ujian yang diberikan adalah untuk penilaian kita di akhirat kelak di mana tempat sesuai untuk kita diletakkan. Dan penentuan tangan mana yang menerima hisab kita di akhirat.

Jangan pernah tanya kenapa siapa pun yang Allah pilih untuk memberikan dugaan sehebat ini. Ia hanyalah diberikan kepada insan-insan yang terpilih. Seharusnya bersyukur kerana dugaan yang hebat, diberikan kepada hambanya yang disayangi. Renung-renungkanlah wahai saudara/ri.

Bertaubat sebelum terlambat. Bila janjinya adalah sedemikian, tidak akan pernah terlewat atau terawal walaupun sesaat.

*ajal kita tak tahu, jangkaan teknologi sekarang bukan boleh pakai sangat. Janji Allah tentang ajal itu PASTI. 

13 comments:

Jay said...

Allah sentiasa menguji hambanya bila ia mahukan..Ujian ini adalah penentu sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan kita.Kalau Jay,jay pun takut bila memikirkan waktu bila Jay akan mati dan bagaimana caranya.Hanya allah yang mengetahui semua itu..
"Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang
menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu
sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku
kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada-
Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau."

Unknown said...

:) jangan takut utk mati...bersedia dan beramal seolah² akan mati esok hari dan bekerja seolah² hidup 1000 tahun lagi

Mun said...

apa skali pon..kita harus berserah pada Allah.. :)

Nizam said...

Allah hanya menurunkan musibah yang hanya mampu ditanggung oleh hambaNya.
bersyukurlah Allah hanya memberi kita musibah tapi tidak mengambil semua hakNYA daripada kita.

p/s:semoga adik dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Biar apa pun melanda, tabahkan hati, kuatkan semangat. :)

EYQASARA said...

Jay: InsyaAllah.. sama2lah kita muhasabah diri...

EYQASARA said...

azam: trima ksih... btul tu.. (^^)

EYQASARA said...

C.M.A: yup.. tu sebaik2nye... :)

EYQASARA said...

Nizam: mekasih abg... =)

Nizam said...

sama-sama adikku... :)

Unknown said...

hmm... bila aku nk kawen ni !!!!!!

EYQASARA said...

Dr Love: bila2 je.. dah boleh kawen da tu.. haha..

lelakipakaianhitam said...

maut? sama ada aku tahu atau tidak bila maut menjelma, aku tetap takut.

EYQASARA said...

lelakipakaianhitam: hhhmm.. sy juga tkut..

 
;