Tuesday, December 20, 2011

Facebook? Fake Profile?

Sekarang ni, facebook bukan boleh percaya sangat. *memang tak boleh percaya~!!!! Sebenarnya bukan facebook yang tak boleh percaya, tapi pengguna facebook yang tak boleh nak dipercayai. Identiti yang tertera di info bukan betul sangat.

Aku mula melihat perkara ini setelah aku tengok beberapa info yang dipalsukan. Terutama budak-budak zaman sekarang  ni. Jangankan kata orang lain, pusing-pusing aku tengok, my dear sister pun buat benda yang sama. Selalu benda yang mereka palsukan nama, tempat tinggal, tempat belajar. Tarikh lahir pula, tahunnya mula lah disembunyikan.


Tapi aku tak la berapa nak kisah sangat apa yang mereka buat ni. Aku sendiri fake kan beberapa data dalam akaun facebook ni. Kenapa aku buat macam tu, sebab aku lebih selesa begitu, dan tak mahu nak mendedahkan identiti sebenar terlalu detail. 

Tujuan budak-budak zaman sekarang pula, yang aku selidik-selidik, jawapan mereka " saje je nak nampak gempak *walaupun~! , lagipun kalau nampak budak-budak sangat orang tak mau nak add.. etc + +" aduhai.. ke situ pula yang mereka fikir kan? 

Lepas tu, mula gelabah bila orang tanya itu dan ini tapi tak reti nak jawab. Nak saja aku gelak guling-guling tengok gelagat mereka. Mati kutu kan nak jawab? Soalannya berbunyi... "awak study dekat UITM ye? Duduk kolej mana? Ambil jurusan ape? Sekarang sem berapa?" ahaaaa~ budak-budak sekolah kebiasaannya jarang tahu benda-benda bersangkut paut dengan universiti ni. 

Lebih parah kalau ada yang gatal tangan letak tempat belajar di luar negara. Mesir, Jepun, Korea, Manchester, bila orang tanya, mula la block orang sana sini. Aku bukan apa, aku dah tengok senario ni banyak kali. Dan aku hanya mampu menggelengkan kepala.

Adik-adik, cari kawan biar ikhlas. Enjoy your life my dear. Satu hari nanti, panjang umur, kamu akan capai tahap itu juga. Syaratnya belajar betul-betul, dapatkan keputusan yang mantap, boleh belajar di mana saja kamu mahu. Pesanan terutama pada adik aku sorang ni. Hehehe.. :P

*berbanggalah dengan apa yang kita ada..sebab itu adalah nikmat kurniaan Allah..

18 comments:

Jay said...

memang betul...Jay pun sama mcm yg eyqa katakan...tapi Jay bersebab buat macamtu..Jay taknak org kenal jay sebab kerja jay or hensem or tak..(Hensem ke??)..Jay nak orang kenal diri jay..diri sebenar jay..bukan kerana yg lain..biarlah ikhlas nak kenal kan elok...Jay ikhlas nak kenal sesiapa pun termasuk eyqa..itupun kalau orang sudi nak kenal Jay dengan ikhlas..:)

EYQASARA said...

Jay: (^^)

Jay said...

senyum maknanya tanda setuju kan??hehehe..

Nizam said...

erm...mcm abg lak suka letak yang sebenar...sebab abg x add orang yang rasa ragu2 or tak kenal...if dia blogger pun, sure ada details pasal dia yang boleh kita cari kan..lau tak, say bye la nak approved...lau approved pun sekejap je,pastu removed jer..hehe

EYQASARA said...

Jay: stuju utk ape ye? (^^)

EYQASARA said...

Nizam: hihi.. terpulang utk msing2 abg.. (^^)

Jay said...

setuju nak kenal..hahaha...:P

Nizam said...

betul tu..kalau rasa menyusahkan baik letak fake je...xyah pening2... :)

Fyqa said...

dlm fb mmg rmai yg tipu identiti dia

EYQASARA said...

Jay: (^^)

EYQASARA said...

Nizam: yup~!!! (^^)

EYQASARA said...

Fyqa: btul tu dear.. (^^)

Jay said...

yes eyqa senyum kali kedua..maknanya setuju sgt2 ler tu..hehehe

abel said...

betui3...ahaha

EYQASARA said...

jay: i did't say anything.. :)

EYQASARA said...

abel: hihihi.. (^^)

lelakipakaianhitam said...

fake profile? itu terpulang pada individu itu sendiri. kalau dia fake untuk berbuat jahat, maka jahat le jadinya. kalau dia fake untuk sekadar gitu gitu, maka gitu gitu le jadinya.

EYQASARA said...

lelakipakaianhitam: ye... apa pun berbalik kepada nawaitu.. cuma, kdg2 dr bnda kecik mcm ni, boleh jd isu besar kan..? (^^)

 
;