Saturday, December 24, 2011

Calon Suami Buat Mujahidah

"Kamu inginkan aku? Apa yang kamu faham tentang aku? Boleh kamu menerima aku seadanya tanpa kamu meminta aku untuk mengubah tabiatku? Adakah kamu akan tetap menyayangi aku setelah kamu tahu keburukan ku? Adakah kamu tahu apa yang akan aku tuntut jika dirimu menikahiku?"


Wahai kaum adam.. ketahuilah kamu, aku hanya insan biasa. Yang tak punya apa-apa keistimewaan. Aku tak punya harta kekayaan untuk dibanggakan, aku tak punya kedudukan untuk dipandang tinggi, aku tak punya keimanan yang tinggi untuk dipelajari. Aku tak punya wajah cantik jelita untuk menjadi pendampingmu. Justeru itu, aku memerlukan suami yang boleh membimbingku, meningkatkan lagi ilmu agama di dadaku.


Wahai kaum adam.. Janganlah kamu menerimaku kerana kebaikanku, kerana luaranku. Aku khuatir sekiranya kamu melihat keburukanku, kamu akan membenci dan meninggalkan aku. Terimalah aku kerana menjalankan kewajipan kamu sebagai hamba Allah. Sekiranya kamu tahu apa kewajipan kamu sebagai hamba, kamu pasti dapat memenuhi setiap perinci lelaki idamanku.

Aku sebagai wanita, ingin menjadi seorang isteri yang solehah untuk lelaki yang bergelar suami. Aku mahukan si suami nanti untuk menjadi pelengkapku. Melayar nakhoda perkahwinan hingga akhir hayat seterusnya di akhirat. Bukan sekadar di dunia.

*carilah kebahagiaan untuk akhirat, bukan mencari kebahagiaan di dunia..

15 comments:

Unknown said...

nanges aku baca ni..msti plangi aku pon pikir bnda sama..bnyk kali dia gitau aku

EYQASARA said...

JIJI YU: hati wanita ni lebih kurg je... ape yg sy rse ni, plangi awk msti rse.. so, bertindaklah sewajarnye.. (^^)

nizam said...

mencintai seseorang bukan kerana luaran tetapi dalamannya..
calon suami yang baik hanya untuk wanita yang baik...

Jay said...

Motifnya hanya satu sahaja..cintalah dengan kejujuran hati..kerana mencari redha allah s.w.t..memang manusia tidak ada yang sesempurna yang kita inginkan..hanya terpulang pada kita untuk membentukkan seorang isteri yg solehah bagi kaum adam..kerana kita di tugaskan melindungi kaum hawa.itu tanggungjawab yang sangat besar untuk kaum adam..andai gagal azab menantimu..andai berjaya..syurga adalah tempatmu..aku suka petik kata2 ni..

"Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya."

"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. (Hamka)"

Jay said...

Harap eyqa sudi baca:)
http://jai-diari.blogspot.com/2011/12/calon-isteri-buat-mujahid.html

Mra Mastura said...

huhu.. same here.

Ainil Husna said...

salam mahabbah fillah :) teruskan perjuangan mu :D

lelakipakaianhitam said...

lepas ni boleh le buat entri "Calon Suami Buat Eyqasara"
he he he

EYQASARA said...

Nizam: ur right abg.. (^^)

EYQASARA said...

Jay: mekasih ye... (^^)

EYQASARA said...

Mra Mastura: kte kan pompuan.. (^^)

EYQASARA said...

nana asyirah ♥ : mekasih nana.. (^^)

EYQASARA said...

lelakipakaianhitam: hahaa.. boleh je... (^^)

Mujahid Raijiyah said...

Semoga Allah temukan jodoh dengan lelaki yang diingkan EYQa~~~ Amin :)

Anonymous said...

orang yang baik untuk pasangan yang baik.

 
;